Monday, February 8, 2010

andai ada sumur di ladang....

Selain keluarga tercinta, takkan meriah dan bermakna hidup ini tanpa kawan2 dan sahabat handai. Kawan2 yang datang dan pergi dalam hidup kita sesungguhnya membentuk diri kita menjadi apa yang kita jadi sekarang ini. walaupun pahit, pasti akan ada manis dihujungnya, jika kita redha dan memilih optimis dalam pilihan yang di depan kita.


bukan nak berjiwang pulak kat sini, cuma mengenangkan kuasa internet dan hujung jari membolehkan kawan2 lama yang sekian lama terputus hubungan, terjalin semula. Pasti ada cerita untuk dikongsi bersama, untuk mengisi ruang yang kosong sejak kali terakhir kita berjumpa.

semasa zaman bujangku dulu, memang aku ramai kawan, baik lelaki mahupun perempuan. adalah keadaan yang menyebabkan persahabatan tidak berakhir dengan baiknya seperti yang dirancang. dan dengan jiwa luka, masing2 menghayun langkah jauh dari titik pertemuan.

lupakan semuanya.

semua itu sudah jauh meninggalkan kita, di usia yang lain. sekarang kita lebih bijak mentafsir erti sahabat, isu yang kecil2 lebih baik dibuang jauh2, dibenam saja dalam Tasik Taupo.

kini kita lebih santai dan terbuka. kalau pun membicarakan kisah dahulu, namun usahlah lagi disimpan di dalam hati. keadaan telah jauh berubah, mentelah statusku juga meletakkan satu garis sempadan yang jelas dan nyata.

kegembiraanku kini mutlak. jiwaku kini telah punya arahtuju. haluan hidupku tidak lagi bengkang bengkok. jalan didepanku, sungguhpun berduri dan tidak tentu, namun tanganku dipimpin.

moga itu, kau mengerti sedalamnya.