Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang melimpahkan rahmat ke atas hambaNya.. tanggal 31 Januari lalu adik perempuanku Nor Anisah selamat melahirkan anaknya yang kedua, seorang puteri diberi nama Nur Alisha Firzanah. Anak sulung beliau, lelaki, Muhammad Zhafran Afeef. Jadi dah ada sepasang lah..
Adikku ini merupakan anak ke 4 dalam keluarga dan anak perempuan kedua selepas aku. Jarak umur kami 7 tahun, jadi ketika dia lahir, aku dah agak besar. Saat kelahiran beliau, masih aku ingat sampai sekarang. Pagi tu, seperti biasa, mak membeli ikan dan sayur dari orang yg datang berjualan dengan motosikal ke kampungku. Aku dan 2 adikku juga turut sibuk membeli jajan dan mengacau2.. biasalah budak2.. bila dah habis je, mak ku tiba2 ajak kami semua ke rumah Opahku yang terletak bersebelahan.. dgn alasan, mak sakit perut nak terberak.. (masa tu toilet kat rumah opah je).. memang suka lah kami2 ni dapat berjalan rumah opah, sbb dapat attention dari makcik2 ku (MakDe dan MakAndak) yg masa tu masih anak dara lagi..
Anisah dan Zhafran
tak lama lepas tu, terus kecoh2 mak nak bersalin. abah pulak takde kat rumah sbb masa tu dia keje di Parit, Perak, dan balik hujung minggu je. Masa kecik kami selalu mengusik Anisah ni, cakap " abah ko takde laa.. abah ko kat Parit" heheh
aku memang tak merasa sama sekolah dgn Anisah sbb bila dia masuk darjah 1, aku dah sekolah menengah, di Ipoh pulak tu.. Tapi masa aku sekolah asrama tu, bila setiap kali mak datang melawat, aku akan bawak Anisah dan adik2 ku datang ke asrama, kena kerumun dengan kawan2 aku lah.. seronok betul..
Dia melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik di perak semasa tingkatan 4, kemudian matrikulasi di Kolej Taj, Sungkai, sebelum ke USM di Penang. Semasa dia bergraduan, aku telahpun berkahwin, dan kami menyewa apartmen di Penang utk tinggal semalaman. Sesat2 kami dibuatnya di Penang tu..
Anisah bercinta dan putus cinta, sebelum bertemu dengan suaminya sekarang Mohd Firdaus, orang Tumpat, Kelantan. Alhamdulillah, jodohnya orang baik2 dari keluarga yang besar dan terpuji akhlak, serta mesra sangat dengan seluruh ahli keluarga. Kenduri kahwin Anisah dibuat selang 3 bulan dari abang nya. Abang nya bulan 8, Anisah bulan 11, tahun 2006. Kami sangkakan mesti tak ramai org datang, sbb baru je buat kenduri kawin, sekali punyela ramai yang datang, sampai lauk pun tak cukup.. terpaksa kami beli lauk dari beberapa restoran kat Bidor sbb tetamu masih datang sampai petang.. perghhh letih bangat!
Sekarang, dia dah jadi ibu kepada 2 orang cahayamata.. tak sabar rasanya nak menatap wajah puterinya, nak tengok rupa sapa yang ditirunya. Anak sulungnya, saling tak tumpah tiru ayahnya, macam potostat aje.. hai.. anak ayah katakan... heheh
Semoga hidupmu senantiasa dirahmati dan gembira selalu di samping suami dan anak2 tercinta. :)
|