Shahril ni adikku yang ke5.. dia merupakan anak lelaki bongsu dalam keluarga ku.. tapi bawahnya ada lagi 3 adik perempuan.. berbeza dengan abang2nya, semasa kecil beliau tiada ramai kawan.. dan aktiviti nya banyak dihabiskan di rumah.. sangat rapat dengan mak, opah dan atok..
beliau merupakan cucu kesayangan atok Usop kami.. kalau sapa2 balik kampung, soalan yang pasti ditanya pada kami ialah: "shahril ada balik?" macamlah kami duduk serumah dengan shahril hehheeh.. setiap kali shahrik balik kampung, pasti Tok akan ajak dia pei pekan Bidor, nak gunting rambut.. sanggup tunggu tu walaupun adik aku bangun lambat pagi.. biasala membuta heheh..
beliau merupakan cucu kesayangan atok Usop kami.. kalau sapa2 balik kampung, soalan yang pasti ditanya pada kami ialah: "shahril ada balik?" macamlah kami duduk serumah dengan shahril hehheeh.. setiap kali shahrik balik kampung, pasti Tok akan ajak dia pei pekan Bidor, nak gunting rambut.. sanggup tunggu tu walaupun adik aku bangun lambat pagi.. biasala membuta heheh..
shahril lahir masa umur aku 9 tahun, aku darjah 3.. sejarah kelahirannya aku tak ingat, tapi aku ingat masa tu kami semua duduk rumah opah, kecuali abah je yang duduk rumah kami, jaga rumah.. ala rumah ku ngan umah opah sebelah menyebelah aje.. rumah kampung.. bila ada barang mak suruh ambik kat rumah, nanti aku akan lari balik rumah, dan masuk rumah la.. masa tu lah aku ada satu perasaan sayu sbb rumah tu sangat sunyi, yelah abah je duduk, dan abah pun siang2 gi keje.. dan dapur sangat berkecah heheeh.. perasaan tu aku masih terasa sampai sekarang dan situasi dalam rumah yg kosong tu aku masih dapat gambaran..
by the way, shahril lahir betul2 ketika azan subuh berkumandang.. mak kata, shahril byk ikut mak, waktu lahir pun sama macam mak.. rupa pun banyak ikut muka mak.. dan dia pun memang anak mak! hehheh..
shahril dan lin bergambar dgn Atok masa raya 2009
masa dia beritahu nak bertunang, kami semua tanya die betul2, ko dah pasti ke ni?? sbb shahril ni agak playboy masa bujangnya dulu.. kejap2 kawan ngan org ni, kejap2 dah dgn org lain.. byk insiden dia dgn budak2 pompuan masa belaja, masa keje dan sebagainya.. mentang2 la muka dia hensem sikit.. aiii.. kami semua naik risau, sbb takut pulak kalau dah bertunang nanti tup2 jumpa org lain plak.. malu lah keluarga kalu camtu kannn..
tapi dia berkeras jugak, maka kami turutkan aje.. so shahril bertunang pada 2008 dan selamat melangsungkan perkahwinan pada bulan 3 2009. cerita shahril bertunang dan berkahwin ada kuceritakan dalam blog ini.
Semalam, tanggal 9 Februari 2010, selamat menjengah dunia, anak sulung beliau dan isteri tercinta nya Azlina Khairi. Comel betul baby nya. Yang paling gembira tentulah mak ku di kampung kerana selang 10 hari je beliau dapat 2 org cucu, sorang pompuan sorang lelaki.. haiii.. mesti mak tak sabar2 nak buat majlis kenduri naik buai dan cukur jambul cucu2 nya tu.. hehehBila makngah dapat lambung2 baby 2 org nih?? haaaiii.. lambatnya lagi nak habis belajar.. sabar sabarr....
|