Yelah.. kenapa yea?? aku memang peminat Sudoku, sampai kan aku buat perkara2 ni:
1. aku beli buku Sudoku, aku rasa ada dalam 15 unit dh.. setiap satu, ada dalam 300++ Sudoku puzzle. Buku Kakuro ada dalam 5 buku.
2. aku pernah kasik budak2 kelas aku latihan Sudoku.. Latihan Menjinakkan Minda.. huhu.. sesuka hati aku aje..
3. dalam perjumpaan Advisor-Advisee, aku mesti suka nak buat pertandingan Sudoku.. sapa siap dulu dan btul semua, aku kasik hadiah.. berebut2 anak buah aku advisee2 aku buat Sudoku
4. pernah satu masa aku tak dapat tidor sbb kepala otak aku berpinar2 nampak Sudoku aje.. aduyaii.. dasyat betul time tu
5. dalam beg tgn aku sentiasa ada buku Sudoku dan pensil utk aku guna (dulu lah.. skrg tak obses sgt dah)
6. Aku shopping pensil tekan yg siap ada pemadam panjang kat belakang nya, setiap kali aku masuk kedai jual pen. Sampaikan aku ada pensil tekan pesen tu sebanyak 5 batang huhu..
7. kalau jumpa Sudoku puzzle dlm suratkabo, otomatik aku akan buat dgn gembiranya (pensil kan sentiasa ada)
8. aku jugak explore cabang2 Sudoku lain macam Kakuro dan Kakuro Advance..
9. aku boleh habiskan masa berjam2 buat Sudoku, sampai tertidur.. malam2 itulah ubat tidur aku..
cukuplah sampai 9 point je, sbb Sudoku pun cuma guna 1-9 nombor aje.. huhu..
kebetulannya, meja aku kat opis Massey, dalam salah satu lacinya, ada 1 buku Kakuro, peninggalan org sebelumnya.. wahh.. macam tau2 je.. hehheheh.. i like!!
Monday, May 31, 2010
Kenapa aku suka main Sudoku?
Sunday, May 30, 2010
Raya?
Aku dah selamat shopping baju2 raya utk mak dan adik2 aku.. utk mak mertua pun aku dh beli jugak.. jauh dari tanahair bukan alasan utk aku melaksanakan tanggungjawab yang sekian lama aku pikul tu.. sekarang kan dah mudah.. perkhidmatan online melambak2.. cuma klik2 aje, dan selesai.
kita dijangka mula berpuasa pd pertengahan bulan 8. kalau di Malaysia, dulu2, 2.5 bulan sebelum puasa, iaitu waktu sekarang ni lah, aku dan suami dan mula bizi mencari bahan2 utk buat kuih. Kami kan jual kuih Almond London, dan adalah amat penting budget masa supaya semua tempahan dapat diselesaikan.
Biasanya awal2 ni yg paling penting ialah badan biji. Biasanya kami beli 1 kotak badam, yang beratnya 50 paun iaitu lebih kurang 22.54 kg. Harga badam sgt mempengaruhi harga Almond London, sbb badam ni berbeza dari tahun ke tahun. masa tahun mula2 dulu, rega nya 18/kg, kemudian naik 23/kg, kemudian 30/kg. paling mahal dulu pernah cecah 35/kg.. memang sadis, sbb kami serap semua harga kenaikan tu, dan cuma naikkan 3rm je utk 100pcs (dr 30rm ke 33rm).
badam ni hendaklah dipanggang rangup. cara nak tahu dia dh masak, ialah dengar bunyi dalam oven tu. kalau ada bunyi meletup2 maknanya dia dh masaklah tu. kaup2 kan byk2 kali supaya masak sekata. Badam tak boleh terus dibuat biskutnya waktu panas2. So, esoknya baru kita boleh pakai badam yg dibakar harini.
bahan kedua yang penting ialah tepung biskut dan butter. kami hanya guna butter Tatura yang terkenal sedap, kalau di kalangan org buat kuih. ia setara dgn SCS butter, tapi kalau beli dr kedai kuih, dapat murah sikit. kami beli sekotak ada dlm 60 ketul 250g. 1 bungkus tepung biskut 500g sepadan dgn 1 ketul butter 250g.
biskut disiapkan terlebih dahulu. biasanya 2 bulan dr masa 2.5 bulan sebelum puasa tu memang dihabiskan utk buat biskut shj. Mula2 dulu kami isi biskut tu dalam tin biskut yg 4 segi tu, namun masalah pulak nak dispose bila dh habis pakai semua biskutnya, so kami dpt idea dr cara org2 Sungai Besar simpan kerepek2 mereka - dalam plastik aje. Kami susun plastik2 berisi biskut kat atas katil bilik no 2 yg tak pakai.
bile dah masuk aje bulan puasa, atau lagi 2 minggu nak puasa, sesi mengtopping pun bermula. sesi ni tak boleh buat seorang, sbb tak sempat nak tabur badan, susun dan masukkan biskut dlm coklat. Coklat perlu dimasak secara double boil, dan dimasukkan cocoa butter utk kasik dia berkilat dan lambat beku. kemudian coklat dmasukkan dalam coklat tu, sebelum dikaup satu persatu utk diletakkan dalam cup kertas. kemudian badam cincang ditabur seblum coklat mengeras.
biskut2 yg dh siap, kena terus disusun dalam bekas, dan diseal dgn sellotape, takut masuk semut.
camtulah kaedahnya. kalau hari cuti, memang tak tido sampai subuh. biasanya, utk sahur tu, kami pegi lah makan kedai mana2 atau pegi mcdonald aje.. lepas subuh, baru tidur bagai nak pengsan.
paling tak tahan, sakit pinggang sbb duduk lama sgt kat lantai.. kaki pun lenguh jugak.. nanti jalan pun mcm org tua.. huhuhu
kita dah pencen kan abang kan?? tak buat dh kuih utk jual kan?? huhuhu...
Friday, May 28, 2010
Entry ke 100 - Pertama Kali...
wah.. tak sangka diam tak diam dah masuk entry ke 100.. huhuhu.. sejarah ni.. maknanya dah byk gak aku tulis dalam ni, walaupun kadang2 tu memang lama tak update sebab diburu masa dan keadaan yang tak mengizinkan.. agaknya kalau dikumpul mau setebal tesis PhD kot.. huhuhu...
so, apa nak tulis yea.. pada ketika ni, aku cuma rasa tenang aje.. so takpelah.. aku nak ceritakan perasaan2 dan pengalaman2 Pertama Kali dalam hidup aku lah..
Pertama Kali aku masuk asrama, aku memang tak rasa sedih. Sebab sedari kecil aku telah ditanamkan impian dan cita2 oleh emakku untuk duduk asrama. Emak akan cerita tentang asrama seolah2 dia dah pernah mengalaminya.. ayat2 perangsang mcm nanti turun aje bilik, terus jumpa bilik kelas (padahal jalan jauh jugak sebenonya), duduk ramai2 dalam bilik dengan kawan2 (yg ni memang aku terbayang2 dlam kepala), basuh kain sendiri (part ni tak syok hehhe) dan mcm2 lagi.. ringkasnya, aku takde perasaan homesick tu.. aku rasa mcm biasa je..
Pertama Kali aku masuk universiti pulak, masa tu aku dh banyak baca buku2 pasal kehidupan kat uni, sampai aku ternanti2 saat2 kena ragging dgn senior heheh.. teruk tak aku.. bukannya nak sedih kena tinggal ngan famili, sebaliknya tertunggu2 saat kena tengking dgn senior, kena cari nama senior dsbnya.. aku masih ingat perasaan masa mula2 kena tengking herdik dgn senior, dlm hati aku tersenyum sendiri "oh camni rupanya" hahhaa.. tak takut pun dgn senior, cuma curious aje.. tapi bile aku jadi senior aku tak berpeluang pun nak buli2 nih, sbb aku tak kuasa nak jadi ahli jawatankuasa minggu haluansiswa.. tak layak pun agaknya hehhehe...
Pertama Kali aku jatuh cinta.. huhuhu... memang indah.. jatuh cinta ni kira betul2 cintan le bukan admirer kat org.. kalau admirer kat org (org tu tak ambik pot pun).. tu tak kira yea hehheh... aku jatuh cinta masa dh nak habis belajar, so dh agak dewasa sikit hehhe.. perasaan masa tu memang indah.. boleh tersenyum sorang2.. siap masa tu aku kira berapa kali kami keluor dating, pakai baju apa, makan apa, pegi mana, pastu apa2 kejadian yang significant lah, mcm terlewat setengah jam, silap naik bas (pengangkutan awam shj yg mampu huhu), first time naik LRT, mcm2 lah.. tapi aku tak jiwang mana pun.. memang takde lah tulis surat2 cinta tu, cuma kena tepon hari2.. standard lah tu kan.. setakat tanya kaba, makan apa, tgh buat apa.. cukuplah.. seposen pun jadik la.. hihihi
Pertama Kali aku konvo masa degree wahhh.. itu memang saat yang ditunggu2.. aku hampir2 tak dapat tidur malam sebelumnya tu sbb gabra nak salam ngan Sultan Azlan yang hensem tu.. dan tak sabar2 nak try baju baru kasut baru tudung baru yang dibeli khas untuk majlis konvo. kegembiraan habis belajar dikongsi ngan famili aku dan kawan2 (masa ni dh putus cinta .. cissss).. cuma famili terpaksa balik awal lepas majlis sbb nak solat jumaat dan atok tinggal sorang kat kg.. aku pun tinggallah dan celebrate lagi ngan kengkawan selama 3 hari 3 malam hehheheh... gile betul...
Pertama Kali aku mengajar pulak.. phewwwww... pengalaman yang tak dapek dilupakan... aku berpeluh jantan kat depan kelas tu sbb tiba2 aje hilang perkataan yg nak dicakap, dan beku sekejap adalah dalam beberapa minit. Setiap kali nak pegi kelas, aku memang tak pandang kiri kanan dah.. akan tekun mentelaah lebih tekun dr masa aku nak ambik exam time study dulu.. sampaikan aku memang btul2 expert subjek tu.. haii.. menyesal pulak masa belajar dulu taknak belajar betul2.. kalu tak mesti aku dapat 1st class hehhehe... kalau kelas aku isnin pagi pukul 8, memang tak berseri la weekend aku jawabnya.. nak enjoy pun tak senang hati sbb takut punya pasal.. heheh
Pertama Kali aku jumpa bakal keluarga mertua pulak, memang haru.. hehhe.. yelah masa tu aku sorang2 je, dan semua nak menengok aku lah konon2nya.. tak saspen ke.. dan aku sanggup masa tu solat kat surau dulu seblum ke rumah depa sbb segan nak tumpang solat.. perasaan berdebar2 tu takleh cakap la.. dan tertanya2 boleh ke depa terima aku seadanya huhuhu.. memang saspen lah.. tapi alhamdulillah diorang ok aje..
Pertama Kali detik2 selamat diijabkabulkan perasaan aku adalah lega yang teramat sangat. Sbb impian hidup bersama yang tersayang kini telah terlaksana. Aku takdelah sedih meninggalkan alam solo, cuma terfikir sekarang ni tanggungawabku hanya kepada suami. Skrg ni segala tindakan perlu mendapat keizinannya dulu, tidak boleh lagi buat perkara2 yang 'ikut suka hati kehendak aku je'. Mujur juga suamiku bukan jenis mengongkong, dan aku masih lagi punya waktu bersama kawan2 bila ada masa Ladies Day Out atau aktiviti2 Uniten yang diluar waktu keje...
Pertama Kali aku berjalan ke luar negeri, masa tu pegi Bandung aje selama 5 hari. Kami pegi sana utk shopping2 sambil jenjalan. Memang seronok sgt nak pegi tu, siap survey internet berminggu2 utk cari deal yang terbaik, tanya kengkawan dan mcm2 lagi. tapi kami takde lah berbelanja sakan pun sbb duitnya gitu2 aje. Cuma terasa mcm milionnaire la bwk duit rupiah hehhehe..
Pertama Kali aku melanjutkan pelajaran lagi ke luar negara, kali ni bukan utk 5 hari tapi 3 tahun (minima).. perasaan tu tertanya2 bolehkah adapt dgn cuaca dan suasana di sini.. kita kan dtg dr negara 1 musim aje.. takde problem punya.. tup2 duduk kat negara 4 musim.. memang tak tahan.. namun pengalaman tu mahal harganya.. hanya org terpilih aje yg dapat rasa pengalaman camnih, so, selagi boleh, hayatilah..
hmmm apelagi pengalaman Pertama Kali aku yea.. tu je kot.. tunggu2 lah apelagi yg akan jadi Pertama Kali masa akan datang???
hummm...
Sunday, May 23, 2010
Jin? Jean? Jane? Ahaks...
ape punya tajuk daaa.... heheheheheh
anyway, Jane tu tuanrumah aku di 557... Jane Zhan Qiao namanya, orang negara China sana nun.. hehehe..
Jin?? takde apa kaitan dengan jin pun.. tapi genie nama chatting aku dulu2 masa zaman belajo dulu, time muda rumaja zaman berani mati ala2 mampu mengubah dunia.. huhuhu..
pada masa tu memang aku suka pakai seluar jean.. so harini aku nak cerita pasal seluar jean je heheh..
alkisahnya, 1st time aku terlibat dengan seluor jean masa aku kat matriks.. haa.. sebelom tu memang aku tak tahu pun kewujudan seluor jean nih.. sbb mak ayah aku memang tak pernah pakai, kami adik beradik pun tak pernah beli seluor jean. macam kampung sangat lah pulak kan, tapi itulah realitinya.. masa aku kecik2 aku tak ingat le...
kisahnya aku tengok kawan2 kat uni, masa tu mesti ada seluor jean nih.. aku pelik jugak, best sgt ke seluor ni, sbb kainnya tebal dan keras, macam tak selesa.. aku ni tak penah beli dan nak beli pun tak reti.. jadi, masa aku cuti semester break 1st year asasi nak masuk 2nd year, aku jumpa 1 kedai tukang jahit kat bidor yang jahit seluor abah aku.. abah aku memang pakai seluor tempah, ntah.. agaknya lebih selesa kot.. bila aku tanya, rupa2nya dia boleh jahit seluor jean.. jadi aku pun tak bertangguh lagi terus tempah sehelai. Yang kelakarnya, masa tu aku pakai baju kurung, pastu apek tu nak sukat saiz aku kan.. masa nak sukat tu dia masuk tape kat tgh2 celah kaki aku sbb nak sukat panjang dr pinggang ke celah kangkang kot.. tapi sbb aku pakai kain kan dah jadi susah nak ukat tu.. hehehhe... buat malu kompeni aje.. mujur takde org nampak.. hasilnya jadikla seluor jean yg aku tempah tu labuh giler kat kangkang dia dan pendek je kakinya macam katik aje gitu kikikiki... itulah citer pertama aku dgn seluor jean..
pastu tak lama pastu makcik aku kawen dan duduk di Cheras.. 1 hari masa aku gi melawat dia, dia ajak aku gi umah sedara kitorang jugak, tak jauh dr situ, tapi naik bas la.. rumah acik Nab, yg duduk sama2 ngan makUda Normah dan mak Andak Lamah. depa ni adik beradik. masa tu Acik Nab sedekah kat aku selai seluor jean dia yg dia tak muat katanya. Bila aku try, ngam2 seih ngan aku.. so itu lah jadi seluor jean aku yg pertama buatan kilang heheheh... aku sayang sgt jean tu...
pastu aku ada beli 1 jean lagi kaler hitam pulak, tu masa aku dh masuk degree dh.. reganya dekat 50 ringgit aku rasa mahal sangat dah tu.. pastu aku dapat selai lagi jean dari adik aku bb dia tak muat (actually jean tu aku yg belikan utk dia, 20rm, pastu dia kasik aku balik sbb dia dh membsar) ehheh... so ada 4 je jean aku sepanjang pengajian aku dulu.. sedih kan.. heheh
anyway, masa belajar, memang selesa pakai jean aje.. tapi masa tu aku masih kental jiwa perempuan melayu teraakhir, so jean hanya dipakai sesekali je.. lain2 hari memang aku pakai baju kurung je.. tapi kalau aku nak keluar KL atau balik kg, aku akan pakai jean sebab nak berebut naik bas mini dan melangkah tangga bas express tu memang mencabar jugak kalau berbaju kurung sopan dan ayu gitu..
bila aku start keje, aku telah diosund oleh seseorg.. aku tak ingat sapa.. katanya, rentikanlah pakai seluor jean nih, tak sesuai lagi dah dgn jiwa kewanitaan berkerjayaan gitu ehheheh... so aku pun mengambil padu nasihat tersebut, dan menyimpan jauh2 jean2 aku dan terus membeli bagai nak rak seluor slack dan blouse bunga2 dan tempah blous senada dgn skirt, skirt labuh.. bila pakai rasa macam pompuan jepun jalan ala2 cepat2 langkah kecik2 dah terasa diri super ayu.. ehehhe.. aku jugak mula start berkebaya labuh, kebaya pendek, kebaya fesyen2 terkini, yang kainnya susun kiri kanan (belah takleh yea, nampak aurat).. sulam 3 lapis... oh yea kebarung (time tu memang zaman kebarung) dan mcm2 fesyen lagi lah.. memang penuh wardrobe aku..
seluor jean langsung aku tak pakai dah..
bila aku sambung belajo ke NZ ni, aku mula terpikir nak kena cari seluor jean, sebabnya: 1) mudah pergerakan kat sini 2) seluor ni tahan sejuk sbb tebal. So, aku pun dgn payahnya cari jean utk aku bawak dtg sini.. paham jelah.. saiz aku ni agak susah jugak nak jumpa...
sekali, bile aku dtg sini, pergh.. punyelah byk jual jean yang ada size aku kat sini.. gembira betul.. tapi bila aku dok try2, rupanya taklah semudah disangkakan.. sbb untuk saiz manusia normal, saiz aku adalah yang terbesar, namun utk manusia besar, saiz aku ni adalah yang terkecil.. so, range utk aku memilih tu, adalah kecil sbb tak ramai sgt org yg berada ditgh2 alam macaam aku nih..
mcm haritu aku beli saiz terkecil dalam saiz manusia besar, dah terlonggar pulak pinggangnya, terpaksa aku tunjuk skill jahit sikit pinggangnya heheh.. anyway, aku teringat kawan aku Lin, yang duduk sama2 aku di Q119B Seksyen 17 PJ dulu, die ni kecik je orangnya.. kalau saiz manusia normal, saiz dia adalah saiz terkecik.. tapi saiz kanak2, adalah saiz terbesar.. last2 dia selalu terpaksa beli baju kanak2 aje hehehe... mcm sama kes je ngan aku..
cuaca dah semakin sejuk.. aku terpaksa pakai seluor jean pegi uni... tak tahan kalau pakai seluor slack aku yg nipis tu terasa bulu roma aku kat betis naik berdiri.. oppsss... hehehh... takpelah kan.. sbb waktu ni aku pakai topi STUDENT.. bukan topi WANITA BERKERJAYA gitu.. hehhehe...
tu ajelah kisah aku dan seluor jean..
sekian, terima kasih..
:)
Thursday, May 20, 2010
Rindu Opah
Harini 20 Mei 2010, genap setahun pemergian arwah Opahku yang tercinta, Hajah Uteh Rodziah bt Haji Mu'aid. Beliau pergi dikelilingi suami, Haji Yusof Md Ali, semua anak2, cucu2 dan kaum kelurga serta jiran tetangga dengan kesedihan dan keredhaan.
Opah suka bercerita. Tabiat yang menurun pada anak2 dan cucu2nya. Kalau malam kenduri kawen makcik2 aku masa aku kecil2 dulu, malam nak kenduri tu memang tak dpt tidur.. sbb semua org akan bercerita dalam gelap.. opah dan kakaknya (opah tak) biasanya akan bukak citer lama2.. kemudian, disampuk oleh mak aku dan adik beradiknya.. saling bertingkah, gelak2 dan ingat2 lupa kisah di sana sini.. kami yang kecik2 nih akan dengar dan menyampuk sesekali dgn ayat "kat mana mak?", "dgn siapa opah?" "best tak makngah?" "masa tu mak umor berapa?", "opah dh kawen ke belom?", "tok hensem tak opah? (ayat gatal)", dan macam2 lagi.. biasanya bile sampai soklan2 gatal tu, nanti opah akan sound.. "udah.. tido le... maleih aku layan kome" katanya.. tapi kami terus gak desak.. "ala opah.. citer laaa..." hehheheh... sampai lah sorang2 tertidor.. biasanya paling awal tido Mak Ude aku... nanti semua org akan kutuk.. "hmmhhh.. de kamu... takleh ajak berlawan sembang... hanyuttttt aje dia..."... pastu de akan ala2 terjaga dan tanya "apadia?" dan semua akan tukar topik otomatik supaya dia konpius... dan tidor balik lepas tu... hehheheh....
Opah nih kg asalnya ialah kg Air mati di pinggir sungai perak.. tempat W.W. Birch mati kena tetak si Putum... tahun 1885.. opah aku belum lahir lagi masa tu... Datuk maharajalela yang kemudiannya dihukum gantung, adalah pemerintah/pembesar daerah pasir salak pd masa tu. datuk maharajalela berketurunan bugis, dari daeng sedili... (mohon ckLah tolong betulkan fakta2 nih yea.. ).. Opah aku dulu selalu cakap, yang kami ni keturunan Bugis.. aku rasa Opah ni memang ada darah Bugis agaknyelah..
Ayah Opah ni iaitu onyang aku Hj Mu'aid, adalah anak jati Pasir Salak, duduk di Mekah selama 25 tahun, baru balik dan berkahwin dgn orang Perak. Aku syak Onyang aku ni berketurunan Rawa sbb darah Bugis tu dan beberapa pangkat gelar dlm keluarga aku. firstnya, beberapa lama dulu, masa aku buat blog walking, aku jumpa satu info tentang Raja Rawa yang ambik anak Raja Bugis jadi penggantinya selepas anaknya dibunuh atas arahan baginda raja jugak (suruh bunuh semua anak lelaki yg lahir tahun sekian2 selepasa dpt mimpi ada anak lelaki yg akan rampas tahtanya, tanpa pengetahuannya, anaknya turut dibunuh). 2ndly, dlm keluarga aku, yang paling tua di panggil Wah atau Uwah (pompuan) dan Wak (lelaki) oleh anak buah, yang mana sgt tak sama dgn pangkat gelar org Perak, iaitu MakYong atau PakYob. Dlm blog walking tu juga, aku jumpa perkataan Uwah ni, merujuk kepada kakak sulung bapa penulis blog, iaitu pangkat mak sedara, yang tua. 3rdly, masa paklang aku kawen dgn maklang aku, maklang aku nih memang org Rawa sejati (dr daerah Gunung Mesah, Gopeng, tempat Rawa sejati), bile diselidik, rupanya opah aku dan besannya tu bersedara. Jadi mungkin jugak Opah aku keturunan Rawa. 4thly, kampung aku memang ramai org Rawa, dan aku sebetulnya boleh sikit2 cakap Rawa dan paham cakap Rawa.
Opah selalu bercerita tentang kehidupannya masa zaman Jepun dan pengalamannya dengan adik beradiknya yg masih kecil2 lagi masa tu. Ada 2 orang adiknya yang mati masa keadaan darurat tu, bile dia bercerita, masih lagi nampak die mengalirkan airmata.. sedih sgt mengenangkan adiknya yg telah lama meninggalkan alam ini.
Agaknya disebabkan dulu opah usah nak dapat makan yang sedap2, bila dh kawin, hidupnya dilimpahi kesenangan dan opah terbiasa makan makanan yang sedap2. Opah seingat aku, selalu beli ikan potong, yang memang mahal harganya. Dulu masa kami kecik2, susah jugak hidup kami, biasanya opah akan beli ikan mahal utk dirinya, dan beli ikan kembung atau ikan plata atau ikan bijik nangka dan sedekah kat kami. Mak tak kisah pun sbb kami asal ada lauk je semua makan. Tabiat makan sedap2 nih sekarang dah menular pulak pd mak aku, hari2 nak makan yg best2 aje. Aku rasa, sbb dulu time anak kecik2, tak kira sedap, janji ada aje dh cukup. Sbb ada je org lain yg tak dapat makan, lagi kesian. tapi skrg, sbb dh makin tua, tekak mula memilih. Mungkin jugak aku pun macamtu bile dah berusia mcm mak skrg :)
Ikan yg opah suka ialah ikan aji-aji, ikan tofu dan ikan nyoknyok... lauk yg dia suke pajeri nenas, masak tempoyak ikan patin sama timun ladang, rendang pedas udang galah dan macam2 lagi lah. rindu aku nak makan masakan opah, empoi aje dia maak tapi sedapnya bukan main lagi.
harini, aku teringat sgt kat opah. pagi2 tadi aku terus goreng kelapa parut, buat kerisik. rebus cili, blend dengan bawang, bwg putih, halia, serai, kunyit, dan masak rendang pedas udang. cuma takde daun kunyit aje, kat sini memang tak jumpa daun kunyit frozen, dan susah pulak nak carik ibu kunyit. takpelah.
Opah, semadilah dengan tenang di sana. cerita2mu akan jadi kisah2 pula untuk anak cucu akan datang. InsyaAllah kita akan jumpa lagi di alam sana, di suatu masa yang ntah bila, namun pasti.
salam sayang teramat sayang dariku, cucumu yang sulung.
Wednesday, May 12, 2010
Lamanya tak update blogku...
.... dah bersawang di sana sini... fuhhhh... penat menyapu sarang labah2 tadi... sembur sikit pewangi udara dan tukar2 sikit kedudukan.. baru selesa...
ok.. apa nak cerita yea.. yang utama, aku dah pindah rumah.. rumah lama di Carolina Place dah tamat tempoh kontraknya, dan memang kami taknak sambung sebab mahal sangat. pemburuan rumah baru memang memenatkan. Proses kat sini tak sama macam kat Malaysia, sbb kalau kita dah berkenan satu2 rumah tu, belum tentu kita dapat. TUan rumah boleh pilih ikut sukahati dia nak pilih sapa jadik tenant. So banyak ugak rumah yang kami tengok, rasanya ada 10 bijik kot.. ada yg tak terpilh, ada yg terpilih tapi kali tolak sbb agak jauh, bilik tak berpintu, macam2 lah..
so rumah yang kami duduk sekarang, tuanrumahnya Chinese dari Negara China sana.. kaya landlady nih, rumah sewanya ada ntah berapa bijik ntah.. dia single mother, anak sorang lelaki, dah besar jugak, macam 16 gitu.. mungkin sbb dia immigrant, dan dtg dr belah2 sana, so dia pilih kitorang agaknya.. dan kami pun memang berkenan sangat rumah nih.. kawasan kelilingnya luas dan boleh bercucuk tanam.. luar pintu sliding bilik ada pelantar boleh lepak2.. pemandangan sgt marvellous, nampak laut Browns Bay yang kebiruan.. kalau hari cerah tak berkabus, kejauhan nampak Rangitoto Island yang terkenal dgn aktiviti lasak mcm jungle trekking dan climbing.. pokok2 bunga kwsn rumah ni eksotik semuanya mcm pokok Bird of Paradise, rose merah, bunga raya kuning, malah ada pokok pisang lagi, cuma daunnya byk koyak2 sbb angin kuat sangat..
sewa rumah baru nih kurang 70dolar seminggu dari rumah lama.. so sebulan dah jimat 280dolar.. bil api dan air termasuk dalam sewa, dan internet dikongsi sama2.. alhamdulillah, dalam sebulan kami boleh kurangkan belanja kasar sebanyak 400dolar.. bolehla kami hidup selesa sikit, dan berjimat.. target kami, taknak korek duit gaji aku pun dah cukup baik.. kebetulan sejak 2 bulan lepas abang pun dah keje sebagai Kitchen Hand di Reservoir, dapatlah buat duit belanja harian. Ikan pun abang pancing sendiri, banyak juga dapat ikan yellowtail, snapper merah, kahawai, belanak. Ada jugak dapat sotong fresh. Cukupla tu, malah boleh jual lagi pada kawan2 kat sini.
Sejak duduk sini jugak, barulah aku tahu yang rumah2 kat sini kebanyakkan nya dibina mengadap utara untuk dapatkan cahaya matahari yang maksimum. Maklumlah, kat Malaysia, kat mana2 ko pacak rumah pun, memang confirm dapat matahari punya.. lain lah kalau duduk bawah jambatan hehehh.. jadi, tiap2 pagi kita bukak langsir supaya matahari menyinar masuk dlm rumah, dan agak2 dah petang, cepat2 tutup langsir supaya panas kekal dlm rumah.. susah jugak rupanya dok negara 4 musim nih.. kena ada ilmu jugak hehhe..
sekarang ni dah masuk autumn.. daun2 dah banyak kaler merah, kering dan gugur. Kat depan pintu rumah aku ada satu pokok ni yg tgh galak meluruhkan daunnya. Kalau bukak pintu je, angin bertiup penuh daun masuk rumah aku hehhe.. bilik kami cuma 1 aje, tapi cukup luas sampai boleh letakkan katil, tv, recliner, meja komputer dgn amp gitar abang dan macam2 lagi.. syukur sangat lah dengan semua2 nih..
pasal study aku pulak, diam tak diam now dah 6 bulan aku kat sini, nak masuk 7 bulan pun.. masa mula2 dulu aku kena banyak membaca paper2 oranglain, mujur bidang aku ni tak banyak sgt paper yg nak dibaca.. skrg ni supervisor aku si Tony, dah suruh aku start menulis paper utk conference atau jurnal.. mula2 aku tulis haritu direjectnya 2 dari 3 isi penting dlm tu, dan dia suruh kembangkan yang 1 tu je.. bila aku tulis yang 1 tu pulak, direjectnya semua sekali.. sedih betul aku huhuhu... tapi takpe.. itukan proses belajo huhu.. so, dia suruh aku concentrate yang lain pulak, sbb kalau takde bahan, dia taknak hantar paper, buat malukan dia je.. gitulah..
antara perkara yg selalu dia cakap kat aku, suruh berfikir.. deep thinking... jgn scratch on the surface je.. tu master level, katanya.. hmm... tapi betul sgt dia cakap tu.. bila aku dok perati, fokus dan consentrate, memang aku dapat idea yg lain dari yang sedia ada.. dan bila aku tunjuk kat dia hasil yg aku dapat, dia mcm suka, dia cakap aku dah mula berfikir, so kekalkan pemikiran macamtu.. satu lagi yang dia komen tentang english lah.. dia byk betulkan dan komplen english aku.. hmm.. bila aku compare nota aku masa minggu2 awal dulu dgn sekarang ni, memang berbeza jugak cara menulis aku.. tony memang supervisor yg bagus.. untung sangat aku dapat dia nih hehhe...
terpikir jugak aku, kalau aku dh habis belajar nanti, dan balik berkerja, mampu ke aku jadi seorg supervisor sebaik Tony? bila ingat2kan camtu, rasa diri sangatlah kerdil.. dari segi ilmu tu memang confirmlah... dari segi karismatik sbg supervisor tu, bolehke aku? ahhh... yg penting kutip dulu ilmu sebanyak mungkin..
cuaca skrg sangatlah sejuk.. sejuk tu satu hal lak, yang tak tahan tu berangin sesangat tu.. dan hujan lebat sangat.. teringat masa aku pegi Bandung, bulan April ialah bulan hujan.. memang sejuklah.. camni lah kat sini, cuma berangin bagai nak terbang aku dibuatnya.. malam2 kami tidur terpaksa pasang heater, pakai stokin tebal, pakai baju tidur tebal, selimut fleece lagi. Cadar pun kena pakai kain fleece, kalau pakai cadar Malaysia, memang tak sanggup nak baring.. rasa macam tidur atas ais..
mujur kat opis, suam2 kuku aje suhunya, so selesa lah kalau nak membaca dan menulis.. cuma kalau nak gi solat tu payah sikit.. sbb tempat solat agak jauh, kena jalan kaki... tak tahan hujan dan kesejukan..
hai.. ni belum winter optima lagik nih.. camne lah nanti... cukup ke tak baju2 yang ada nih untuk menampung kesejukan, kami pun tak tahu lah.. sbb belum pernah tempuh lagi.. harapnya ok aje..
wah pjgnya aku menulis kali nih.. byk cerita yang terangkum... insyaAllah nanti lepasni aku akan tulis lagi, lebih kerap heheh..