Friday, September 9, 2011

Ke mana kawan2 ku?

Kalau diputarkan masa ke alam remaja, time2 raya camnih, apakah yang paling best sekali? Anggaplah cuti sekolah tu panjang dan raya pun panjang, so apekah yang kita buat, let say, umur dalam 15 tahun gitu?? auuwwww... mudanyaaaa... ehheheh

kalau budak2 skrg nih, hampehh... beraya pun main henpon... kalau tak call atau sms, sanggup tu main game dalam henpon tu.. bukannya nak bermesraan ngan sedara mara dan kawan2... isk iskkk...

sebenonya, aku teringat adik aku haritu masa kami gegas2 nak balik KL, dan mak abah gegas2 nak ke Lambor, dia tinggal sorang2 kat rumah, sbb kawan2 dia nak dtg beraya.. ehheheh... otomatik aku teringat kisah aku beraya bertahun2 dahulu, sewaktu aku masih muda rumaja ahakssss.....

seingat aku, masa aku sekolah rendah, aku tak pandai nak beraya sendiri tanpa mak dan abah... tapi bila aku dah sekolah menengah barulah aku dilepaskan untuk beraya sama kawan2... tapi masa tu, kami naik bas dari satu rumah ke satu rumah... bas kat kg aku tu pulak bertime, setiap setengah jam satu bas, tapi ada 2 bas yang boleh naik, iaitu bas Bidor-Teluk Intan, atau bas Bidor-Kg Coldstream.. dua2 pun lalu kg aku... tapi kekerapan ke Kg Coldstream tu agak limited.. sejam satu kot...

alkisah, kawan2 aku dulu kebanyakkannya tak raya mana2 pun, semua beraya kat kg aku tu.. kecuali yg aku ingat, famili Arwah Rusman.. kalau nak dtg rumah dia, kena dtg hari raya ke3, baru dia ada rumah, dan dapat makan laksa mak dia yang sangat sedap.. sanggup tu, nak makan laksa punya pasal... rumah Rozaini dan Supi adalah rumah yang paling hujung sekali menghala ke Batu 6, kemudian Hanom, diikuti oleh Samsul, Arwah Razak dan rumahku.. lepas tu baru jumpa rumah Jamal, kemudian tepi sekolah rumah Karim dan Rusman.. depa ni duduk Batu 5... selebihnya kawan2ku semuanya duduk di Batu 4, atas kongsi yang asalnya dibina untuk pekerja2 lombong bijih timah...

aku ingat 1 tahun tu, kami berkonvoi beramai2 naik bas pegi beraya.. yang last sekali kami raya kat rumah Maslina, masa nih rumahnya di Kg Pasir, dan hanya dia sorang je yg duduk situ.. selalu kami malas nak pegi sbb agak jauh, dan bazir 1 rumah je, tapi tahun tu kami pegi gak... seksa betul kena tgu bas! ada sekali tu kawan2 aku tak dtg rumah aku, tapi terus direct gi rumah Hanom.. sampai sana baru depa tepon aku suruh aku dtg rumah Hanom.. merajuk betul aku masa tu, sampai tahun depannya aku ungkit lagi!! ehheheh

ada sekali kami konvoi naik moto pulak, ni dh besar sikit, harus form 4 atau form 5 kot... aku naik ngan hanom, wati naik ngan ju.. budak2 lelaki konvoi ntah berapa bijik moto tah... tahun tu lah kami dapat beraya byk sikit rumah sbb senang nak gerak... taklah nak kena tgu bas...

disebabkan tu, kami semua rapat ngan parent each others, sbb dah tentu sekampung.. pastu kalau berkumpul tu, bukannya tanya nama kita, tapi depa tanya, "ko ni anak sapa?" "anak saad, makcik, cucu uteh" "ooooo.... !" mmg gitu lah cara org kg beramah mesra, kannnn...

bila time depa menyerang rumah aku plak, bapak aku mesti join sekaki sekejap seblom mak aku plak join... tapi selalunya depa pun memang kenal semua kawan2 aku so takde lah nak intebiu bagai... macam mak aku kata "alah mak ngan mak dia tu sama2 bawak perut ke klinik dulu.. " ngandung sama2 lah tu!! hehheeh..

rindunya aku ngan kawan2 sekampung aku tu!! kalaulah masa boleh diputarkan semula, aku nak bersama2 mereka merayau kampung, menziarah dari satu rumah ke satu rumah, makan kuih raya dan maruku sambil minum sirap bergelas2, sambil layan tv dan menghimbau cerita2 kelakar di sekolah rendah..

skrg ni masing2 sudah berkeluarga dan punya tanggungjawab terhadap suami/isteri disamping tanggungjawab hakiki kepada ibubapa.. masa cuti yang makin singkat pulak perlu dibahagi 2 kampung, dan banyak perkara perlu dipertimbangkan untuk sesi ziarah rumah kawan2..

harapanku semoga semua sahabat2 sekampungku bergembira di hari raya yang mulia ini, dan sentiasa menyimpan kenangan manis usia remaja, dan mengenang diriku walau secebis sebagai salah satu fragmen yang pernah hadir dalam hidup mereka, sepertimana aku mengenang mereka sebagai sahabat2ku... insyaAllah, jika ada rezeki dan umur panjang, kita akan berjumpa semula, dan aku yakin sangat yang kita akan menghimbau semula cerita2 kelakar di sekolah rendah tu dan membina semula ikatan ukhuwah yang lebih erat. Amiinnnn...

Thursday, September 8, 2011

Beraya di jalan raya.. huhuhu!

Salam Syawal buat semua.. ni dah masuk 8hb 9, maknanya dah 10 hari kita menyambut hari raya.. cepat je kan masa berlalu.. kalau sapa2 yang puasa 6 tu, dah habis dah.. tapi aku tak start pun lagi huhuhu... penat sangat lah mak ngah!!

hari raya tahun ni kami sambut di Klang dulu.. yang kesiannya mak di Bidor, hanya ada adik 2 org je (Mira dan Anje).. yang lain2 semua beraya di rumah mertua masing2.. sabo lah ye mak... tahun depan, kita kasi pecah rumah Bidor pulak.. heheheh... ni raya haji nih kaknyah balik Bidor, dun wurry.. :)

Raya di Klang, macam biasa, mesti ada ketupat nasik punya.. so aku pun turut sama menganyam ketupat sebab aku risau skill menganyam aku pupus.. heheh.. macam haiwan pualk kan, nak pupus bagai... anyway, aku berjaya menganyam hampir 50 ketupat, untuk ditopup ngan mak punya yang telah dianyam sebelomnya sebnyak 90 bijik... masak lauk2 semua aku tak buat, sebab selera famili husband ku ni susah sikit nak terima orglain masak.. so aku masak lauk feveret aku je, iaitu Kari Ayam Kering, pakai kerisik, sama kentang dan lain2... kalau di Bidor, memang wajib ada lauk nih, maklumlah, kami kan keturunan belah utara, kari mesti takboleh lepas punya!

lepas solat raya, (aku tak pegi sebab trend famili husband, hanya lelaki shj yang pegi - sbb ramai sangat kot org kat klang nih, masjid penuh melimpah), kami makan beramai2.. tgh makan tu ada pulak sedara mara dah dtg dah pun... aku terus ambik tender basuh pinggan.. dok kat dapur, dan bancuh2 air segala... start tu terus tak berenti org datang, sampailah petang dalam pukul 4 lebih tu baru stop.. aku pun tertidor sbb letih bangat...

malam tu lepas maghrib, kami ramai2 3 keta konvoi ke rumah Pak Ngah (abang Mak) dulu.. seblom tu, beraya rumah jiran seblah umah mak.. penuh rumah dia heheheh... kat rumah pakngah, dpt makan ketupat pulut yeehaaa... pastu kami gerak pulak gi umah Pak Andak (adik Ayah).. anak2 Pak Andak nih semua lelaki, so memang port cantikla budak2 lelaki melepak... memang penuh budak2 lelaki... kami makan kerepek pisang super sedap hasil tangan Mak Andak sendiri... pastu kami gerak lak ke rumah belakang rumah Busu Atan (sepupu Ayah).. Busu Atan pun anaknya 4 org lelaki, memang geng ngan anak2 Pak Andak.. seronok dengar Busu bercerita, kami balik hampir pukul 1 pagi!!

Balik rumah je terus solat dan tidor.. esoknya, bangun sembahyang subuh, aku dan abang terus gerak balik Bidor.. huhuhu.. bestnya balik kampung!!.. kami sampai kampung dalam pukul 10.00 gitu.. jalanraya ok je tak de jem pun.. kat kampung yang ada Munei ngan Mar je yang baru sampai mlm seblomnya... masa tgh makan2 kat dapur, Adik ngan Ijam pun balik dari Air Hitan.. pastu depa bleh cepat2 plak check-in bilik yang best! Bilik depan memang Munei dah check-in dulu.. aduhhh heheheh

pastu aku segera menggunakan kuasa veto suruh Anje pindah bilik Mira buat seketika, kasik laluan aku dan abang untuk check-in bilik dia.. anje buat muka tapi aku buat tak layan je heheheheh... so dapatlah aku check-in bilik anje.. best jugak bilik dia nih, sejuk je.. tapi takde bilik air dalam bilik le...

mak cakap mlm ni ada makan2 umah MakNgah (adik Mak), so, cantekkk... kami pun masak lunch ala kadar je.. masa tgh makan2 kat umah makngah tu, sekali Shahril, Lin dan Harris plak balik!! budak comel tu memang geram aje tapi taknak kat org sangat... hahah Cail terpaksa check-in kat ruang tamu aje!! ehheheh

esok paginya, kami memulakan expedisi jelajah raya... mula2 kami ke rumah Wan Dut (sepupu Mak) yang sakit terlantar di kg kami tu je.. kesian tengok Wan Dut.. lepas tu kami gerak plak ke Kg Cegar di Bidor untuk melawat Tokcik Hassan (adik bungsu Arwah Opah), yang sakit stroke tiba2... tokcik kenal beberapa org je, rasa macam aku pun dia tak berapa kenal.. anak tokcik, Mak Andak Halawiah berkawan baik dgnku sedari kecil lagi.. dulu masa kecil tak panggil mak andak pun, jd sampai skrg janggal nak panggil mak andak.. (Mak Andak Halawiah ni idola aku dari kecil... aku ikut je dia masuk Taayah, SRP 8 aggregate, SPM, pastu masuk UM.. lepas dia kawen, baru aku lak kawen.. heheheh)

lepas tu, kami berkonvoi le pulak ke Bota utk menghadiri majlis resepsi perkahwinan Linda dan suaminya Mizan. Linda ni bestfren adik aku Icah, tapi dah dianggap mcm anak angkat Mak, dan dia pun panggil Mak aku tu Mak.. pangiil kami pun semua mcm adik beradik je.. lama giler perjalanan ke Bota siap sesat2 dihujung jalan lagik heheheh... lepas makan gulai tempoyak ikan patin yang super sedap, kami pun bergerak pulak balik menuju ke tatau apenama tempat nih, tapi gi umah Paklong Ripin (abang Abah satu bapa, lain mak).. paklong Ripin ni walopon jumpa sesekali tapi tahap kemesraannya memang tinggi... kami pun memang bukan jenis pendiam, dan anak2nya pun semua jenis ramah2, memang seronok berkumpul beramai2.. (info: masa Tokwan (bapa Abah) dan Tokmok (mak Abah) kawin, masing2 duda dan janda. Tokwan ada anak lelaki - Paklong Ripin, dan Tokmok ada anak pompuan - Maklong Siah. Depa dapat 2 org anak lagi, iaitu Abahku dan Maksu Sarimah. Abahku digelar anak2 buahnya sebagai PakLang. Istimewanya, di sebelah Abah, kami ada dua set paklong dan maklong iaitu Paklong Ripin + Maklong Sayang, Maklong Siah + Pak Olong Mat)

Selepas dibekalkan dgn 2 ekor ikan keli afrika yang besar, kami meneruskan perjalanan ke Tapah utk pegi rumah OpahCik (adik Arwah Tokmok - kiranya mak sedara abah lah).. Opahcik ni dah tak nampak, salam dgn dia, nanti dia akan raba2 muka kita.. sedih sungguh.. 3 kali seminggu beliau akan buat dialisis cuci darah.. memang kesian tapi gembira jugak hati aku berkesempatan berjumpa Opahcik... Maklong Hajar masakkan kami mee goreng yang sangat sedap!

balik rumah kami semua kepenatan, maklumlah sampai je dh pukul 8 malam... kelam kabut solat maghrib.. aku takpele sbb aku bleh jamak qasar huhuhu... lepas mandi siap2 semua dlm kol 9 kami gegas2 pulak gi umah MokDe (adik Mak) di Kg Pasir.. De buat kenduri kecil dan cater makanan utk malam tu, so makan le lagi.. aku belasah pecal je sbb masih kenyang makan mee goreng sedap kat umah Opahcik tadi.. balik umah malam tu, tgk2 Jodi dan Yanti serta Nia dan Mia dah balik dr Gemas... wah seronoknya main ngan Mia!!

wah penatnya beraya.. jumaat tu kami tak kemana2, tapi petang tu aku, Mira dan Anje ke Teluk Intan sbb nak carikan barang2 depa... kejap je pegi, pastu balik dalam pukul 6 ptg...sabtunya, mak dan abah, serta jodi sefamili akan pegi ke Lambor pulak sbb nak menghadiri kenduri kawen anak Toksu Harun (adik bungsu Arwah Tokmok).. aku, shahril dan Munei akan balik ke KL menamatkan cuti raya.. kebetulan kereta Pak Andak sangkut di bengkel di Behrang, jadi Andak dan Zahida naik keta aku, Pak Andak dan zahid tumpang shahril..

kami selamat sampai di Bangi jam 3 petang... tertidur sampai maghrib, punyelah penat... malam tu, Cail tepon pulak, dia ada di Bangi rumah tok sedara Lin.. aku pun jengah sekejap sbb adik sendiri kan, tak baik pula, lagipun bulan raya yang mulia... sempat jugak main ngan harris sekejap.. shukor tak ikut pun sbb dia kepenatan..

ok, so tamatlah kisah raya tahun ni.. open house aku awal2 dah mention no open house, sbb rumah pun takde hehehe... insyaAllah, kalau ada rezeki, kita buat le makan2 di lain masa dan ketika...

Salam Syawal yang penuh berkat, jgn terlalu banyak membazir, ingatlah ada yang kelaparan di luar sana. Muhasabah diri dgn kelebihan dan kekurangan sendiri.

Friday, August 26, 2011

Kisah raja-raja.. Tengku Amir Hamzah

Dalam 2, 3 hari ini (in fact, sepanjang minggu ni), aku bagaikan terkesima dengan kisah seorang Pahlawan Nasional Indonesia dalam bidang sastera, Tengku Amir Hamzah (TAH). TAH memperjuangkan penggunaan bahasa melayu ketika bahasa belanda diwajibkan di seluruh indonesia.

Alkisah aku telah membeli 1 buku cerita karya Masriah Masrom bertajuk "Nyanyi Sunyi". tajuk ni diambil dari satu ontologi puisi TAH dgn tajuk yang sama. Aku kebetulan teringat buku yang pernah kubaca dulu iaitu "Nyanyi Sunyi Seorang Bisu" karya Pramoedya Ananta Toer. Karya2 dari penulis Indonesia memang aku suka, tapi karya penulis malaysia pun aku ghairah juga huhu (kecuali penulis2 buku seperti yang melambak di pasaran - aku kurang minat kisah cinta tak berhaluan - maaf yea!)

dalam buku cerita tersebut, wataknya sangat diinspirasikan dengan hidup TAH dan wanita disekelilingnya. Kisah ini membuatkan aku nak sangat tahu tentang TAH, lalu apelagi, aku surf internet mencari bahan.

yang paling kukagumi dalam kisah TAH ini adalah kekuatan jiwa orang2 yang disayangi/menyayangi beliau. Semuanya mempunyai jiwa yang sangat besar. Pertama sekali, ibunya Tengku Mahjiwa yang melepaskan anak bungsunya belayar jauh mencari ilmu. ketika dia sakit tenat pun, masih direlakan anaknya tidak pulang kerana bakal menempuh periksa akhir, dan pergi menemui Ilahi tanpa sempat memeluk dan mencium anak tersayang.

kekasih hati TAH, Ilik Sundari lebih besar jiwa dan hatinya kerana merelakan kekasihnya menikahi perempuan lain. Ilik wanita terpelajar yang menguasai ilmu sastera hingga peringkat tinggi. Dia bukan sebarang orang, malahan puteri Solo dari keturunan Raden. Tapi demi TAH memberitahu yang dia perlu menikahi Tengku Kamaliah atas urusan tugas, Ilik memahami sesungguhnya TAH bukan miliknya lagi.

oh, betapa beratnya hati melepaskan kekasih yang tercinta, bila diketahui sang kekasih juga tidak rela!

Tengku Kamaliah kurang cantik dibandingkan dengan Ilik. Badannya sedikit berisi dengan muka bulat, sedangkan Ilik bermuka bujur dengan dahi luas, tulang pipi yang tinggi dan mulut menguntum seperti ciri biasa masyarakat Keraton Jawa. Namun hati Tengku Kamaliah bersih, ikhlas mencintai TAH selayaknya seorang isteri mencintai suami.Walaupun dia tahu keluh kesah TAH yang patah hati, sedikit pun dia tidak mengamuk atau marah2 menengking herdik, malah dia terasa bersalah pula memisahkan 2 hati itu. Niat sucinya nak menerjakan haji ber4 (TAH, Tengku Kamaliah, anaknya Tengku Tahura dan Ilik Sundari) tidak kesampaian kerana TAH ditangkap orang dan tidak kembali lagi.

Keinginan untuk mengorek cerita TAH lebih lanjut membuatkan aku kepingin sangat mencari buku karya NH Dini bertajuk Amir Hamzah: Seorang Pangeran Dari Seberang. Buku ini mengupas secara total seluruh kehidupan TAH dari mula dia lahir hingga saat dia dipenggal kepalanya semata-mata kerana fahaman anti-feudal dan beliau keluarga bangsawan. Tamatlah kisah beliau dalam umur 35 tahun, sangat muda.

"Cintaku hanya satu. Dan yang satu itu telah kuberikan kepadamu." - Amir Hamzah kepada Ilik Sundari.

Sayunya hatiku membaca kisah cinta trajis ini. Namun ringkasnya, mereka sentiasa meletakkan kecintaan yang lebih besar dihadapan mereka dan mendahulukan orang yang tersayang dari diri mereka sendiri.

1. Amir Hamzah mendahulukan tugasnya kepada masyarakat untuk mengembangkan sastera dan budaya bangsa dari mengikut kata hatinya untuk mengahwini Ilik.

2. Ilik Sundari mendahulukan Amir Hamzah dengan merelakannya pergi dan menikahi oranglain sedangkan Amir ialah kekasih hatinya, belahan jiwanya.

3. Tengku Kamaliah mendahulukan Amir Hamzah dalam kehidupannya sehingga sanggup dimadukan jika itu boleh membuatkan Amir hidup bahagia.

"Bukankah kebahagiaan itu melihat orang yang dicintai hidup bahagia? - Masriah Masrom, Nyanyi Sunyi.

Alangkah bahagianya jika semua orang mendahulukan orang lain dalam kehidupan untuk mencapai kebahagiaan abadi. Alangkah!!

Thursday, August 25, 2011

Hari Raya dah makin hampir...

Oh sungguh gembira dapat menyambut raya di tanahair sendiri... namun bukan itulah yang penting, yang penting sekali, kita meraikannya dengan cara yang betul, walau dimana bumi dipijak...

ketika di NZ tahun lepas, kami menghidupkan ramadhan di tempat orang kapir tu dengan tadarus, disusuli majlis khatam quran... juga kami buat dodol beramai2 sebagai pelepas kerinduan... malam raya pula kami buat takbir dari rumah ke rumah... pagi raya, kami berkumpul di rumah terbesar di kalangan kami, untuk menikmati suasana pagi hari raya... namun, pemberian angpau raya bukan tradisi di sana, maklumlah, semua pun hidup atas elaun diberi orang.. hehheh...

tahun ini, kemeriahan raya ada di mana2... jangankan pasaraya2 terkemuka, kedai runcit ah kau dan pasar mini ramayya pun meriah jugak... dengan pasar ramadhan di sana sini, bazar ramadan yg tumbuh melata, khemah2 menjual lemang serunding dan rendang, termasuk yang menjual mercun dan bunga api!

itulah tradisi yang takbleh tak ujud..

yang bestnya, tahun ni kami mengambil langkah drastik sekali untuk tidak melakukan apa yang lazim dibuat orang:

1. kami tak shopping baju raya pun.. semuanya recycle tahun2 lepas punya..
2. kami langsung tak berbuka luar, samada kedai tomyan atau hotel 2, 3 bintang.. (hotel 5 bintang memang tak pernah gi, kecuali org belanja huhuhu)
3. kami minimize habis penjengahan pasar ramadhan.. ada 2 kali je pegi kat area rumah aku nih, dan kat kg ku kat bidor, sekali je..
4. aku buat sendiri kuih raya iaitu almond london dan tart nenas... sedap!! dan paling penting, jimat..
5. kami merajinkan diri gi solat terawih since surau sgt dekat dan takde apa aral sbb tak buat kuih raya utk niaga pun.. yeehaaaa!
6. boleh dikatakan 80% abang yang masak lauk berbuka, aku cuma touch up sikit2 je huhuhuhu

tahun ni aku akan menyambut raya di Klang dahulu seblom balik ke kampungku di Bidor, mungkin ptg raya pertama, atau raya kedua... sambutan di klang tidak semeriah di bidor, namun kenalah bertolak ansur kan... kalau di bidor, pagi2 selepas balik sembahyang raya, mesti berkumpul dan bersalaman ikut umur.. aku lah yang start dulu, sampai adik yang bongsu.. mesti ikut giliran.. lepas tu biasanya keluarga makngah dan mak andak akan dtg ke rumah sbb mak ku anak sulung, mestilah adik yang mintak maap ngan kakak kan... tu lah tradisinya.. pastu kami ramai2 pulak ke kubur, untuk meraikan hari raya dengan mereka yang tersayang yang telah pergi menemui Ilahi - arwah Opah, Paklang, Tokmok, TokWan, abangku Yop Ajam dan sedara mara yang lain spt Opah emak (onyang), sepupu2 nya yang dah tiada spt Yang Mat, kawanku Rusman sekeluarga dan ramai lagi.

balik dari kubur, kami akan beramai pulak menyerang rumah mak andak dan rumah mak ngah... melepak makan kuih raya sambil bercerita itu dan ini.. ptg sikit, jika tiada sedara mara datang bertandang, barulah kami gerak ke rumah Opah Chik (mak saudara abah) di Tapah, atau Maklong Siah (kakak abah) di Teluk Buluh. Dulu kami akan juga ke rumah Maksu (adik abah) di Batu Masjid, dan rumah Tokcik (adik opah - bapa saudara mak) di Kg Cegar, namun maksu dah berkerat rotan berpatah arang dgn abah, dan Tokcik pula tak berapa sihat dan dibawa anaknya (MakNgah Khairi) ke Kedah.

saudara mara belah mak paling ramai datang berkunjung compare dgn sebelah abah. lagipun, rumah kami terletak seblah rumah opah, jadi sejak opah tiada, otomatik, mereka akan ke rumah kami, mentelah mak anak sulung dan paling dikenali oleh sedara mara.

tahun ni, anak2 mak semuanya raya rumah mentua masing2, tinggal 2 org yg bujang tu aje lah... mak pun bercadang buat lemang lepas raya je, sbb takde sapa nak tolong bako.. sian mak... sabarlah ye mak.. anakanda balik nanti kita buat lemang, ok!

opis pun dh sunyi, sbb ada yg dh mula bercuti... suasana dh makin terasa!!

Selamat Hari Raya semua!! Semoga Syawal ini membawa cahaya dalam hidup kita, dunia dan akhirat.. aminnnnn....

Monday, August 22, 2011

Jaga exam...

Salam Ramadhan... hari ni dah masuk hari ke 22 berpuasa... dan hari ni aku kena jaga budak2 pereksa final.. aku menggantikan Mona, sbb giliran aku sepatutnya Sabtu lepas, so, aku tukar dgn mona sbb aku balik kampung, berbuka dengan Mak tersayang..

pagi2 aku dah sampai Library level 6, tempat exam berlangsung... disebabkan dah lama aku tak jaga peksa kan, so agak semangat lah jugak heheheh... berkobar2 nih... tapi aku perhatikan, depa nih berbeza sgt dengat my time dulu2 sewaktu aku bergelar pelajar di UM..

pelajar2 ni dengan selambanya bawak masuk pencil case... pelbagai corak, warna, bentuk, malah ada bentuk arnab ke kucing ntah... ohhh aku teringat diriku sendiri pd minggu2 peperiksaan sebeginni di suatu waktu dahulu, hampir 20 tahun yang lalu... mak datuk.. lamanyaaaa..... iaitu zaman aku belajo di Asasi Sains Hayat di UM... malam sebelom hari periksa, masing2 dah sibuk carik rubber band, untuk ikat pensil, pen, pemadam dan pembaris.. takde sesiapa pun bawak pencil case, nak mampus!! Exam is a very strict business, i will never take it for granted.. one more, aku tak pernah bawak liquid paper, for me, it is just wasting time and money, silap2 gaya boleh rosak markah (kes padam, pastu lupa nak tulis balik).. dan kalkulator, walopon exam English.. takut nak jeopardize, manalah tahu tiba2 nak pakai, kan dah menyesal...

from my experience today, students does not bother to be a little bit aware of rules and regulations.. they can easily captured copying if, they accidentally put a piece of paper with some written note on it in their pencil case - which i know is common amongst student.. biasalah, small notes letak dlm pencil case, at least, i am one of those... let say terlupa nak keluarkan, dan terjulur keluar atas meja, eventhough it is from other subject (not related to current paper), or, the fact that you are not refering to it at all, it will not change the real fact that you have breach the rules and regulations. Hadiahnya, either FAIL dan ambik semula subject tu next sem, atau repeat exam.. tapi kalau kes camtu, memang tiada ampun  bagimu, dapat 0 for final, so, harapkan kerja2 kursus shj, paling power pun, dapatlah D atau D+... nak ke??

 satu lagi, kes handphone.. memang dah jelas dan nyata, students are not allowed to bring in handphone ke dalam dewan peperiksaan, still, they brought in. even though they put it on silent atau off, but still, it is NOT ALLOWED.. tak paham ke bahasa inggeris, kalau bahasa melayu pun tak paham.. nak kena cakap jerman lak agaknye huhuhu...

mujurlah aku tak jadi chief invigilator, kalau tak, memang semua tu aku filekan misconduct je... baru depa sedor diri... but this things will surely happen again, every semester.. i like to propose that before last class of every semester, lecturer kasik rubber band to all their students, and ask them to use it instead of pencil case. for phone problem, so far, no solution that i can think off... kalau confiscate karang, kita pulak yang kena, maklumlah, depa tu anak2 orang kaya belaka... tengok henpon pun mengerikan... heheheh

oh i miss the real exam situation!!

Friday, August 5, 2011

Rumah baru ku..

Salam 5 Ramadhan buat semua... sekejapan je kan kita dah masuk hari ke5 berpuasa.. sungguh laju masa berlari.. tak terkejar kita..

anyway, sepanjang 4 hari tu, semalam je aku pegi ke paso ramadhan.. tu pun paso yang paling dekat dgn rumah, gerainya adalah dalam 6,7 gerai je hehehe... hujan punyelah lebat tak hengat, menyebabkan aku basah kuyup... dan aku pun pegi ke gerai yang mula2, beli karipap 4 ketui + koci seketui (rm2) dan kuih tako 5 pcs (rm2).. tu jer.. aku pun balik.. cam tak berbaloi je kan basah2 beli banyak tu je huhuhu...

balik rumah, kena hon suruh abang keluar bukakan pintu pagor plak.. dah le pintu pago tu terkeluar dari kawasan yang dicover dari hujan, so abang memang kuyup jugak heheh.. baru adil kan.. bila aku amsuk rumah, salin baju dsbnya, sekali aku intai abang tgh mencangkul kat luar dalam hujan lebat!! apekehei?? rupanya, dia dah alang2 basah, terus mencangkul sikit sbb tanah tu tgh lembut... macam2... risaunya aku sbb kilat berdentum2... hishh... malam tu badan abang terus dedor2.. mujo tak demam... sengaja cari penyakit...

oh ya, kami dh pindah rumah baru... rumah sewa yang baru nih rumah setingkat... rumah kami sendiri di seri kembangan telah disewakan pada orglain, so selama sebulan lebih, kami menumpang umah kak ngah (kakak shukor), di bangi.. memang budget nak pindah sebelom puasa, alhamdulillah, dimakbulkan Allah... seronok sgt duduk rumah atas tanah, sebelom ni duduk atas awan je... heheh

alkisah, rumah ni ada 3 bilik... bumbungnya tinggi melangit, so siang2 memang terang benderang.. namun, ruang tamu, dapur, bilik 1 dan 3 telah bersiling, cuma bilik 2 dan bilik air 1 je yang nampak bumbung tinggi tu... dapurnya agak luas, bilik air ada 2 dan luas2 bilik airnya.. tu pun extra point tu sbb senang aku nak berligan dlm bilik air hehehhe... antara bilik 1 dan bilik 2 ada kwsn rehat kalau2 kita nak letak 2nd tv atau komputer memang sgt sesuai.. kiranya, agak tersorok lah kalau ada tetamu dtg berkunjung.. ruang tamunya luas sangat, dan panjang ke belakang.. lebih pjg dari rumahku dlu.. sangatlah selesa kalau sedara mara nak dtg tumpang bermalam...

kami cuma nak hidup seberapa sempoi yang boleh... sbb mungkin kami akan berpindah lagi dlm masa terdekat... namun, yang basic2 tu kami dh beli... peti ais, mesin basuh, Tv, dapur, meja lipat utk makan yg murah... perabot2 semua kami tak beli pun, so rumah kami sejuk je... memang best.. kami tidor pun atas toto je, bantal pun sorang satu je.. heheheh

kawasan rumah kami baru je start kumpulan berjaga malam... disebabkan banyak masalah kecurian baru2 nih, maka diwujudkanlah kumpulan2 ini yang duty setap hari 5 org.. boleh dikatakan, sorang akan duty 3 kali dalam 2 bulan.. tapi nama abang takde lagi dlm list, sbb kami baru je join.. haritu dh bayo duit join 50rm dan duit bulanan 10rm.. tapi abang mcm takleh join katanya, sbb semua pun org otai2 belaka.. set2 dh pencen je ramai duduk kawasan nih... abang perasan muda lah tu heheheh

rumah ni ada tanah sikit kat depan, belakangnya pulak, di luor pagar tu, seberang longkang memang ada tanah yang luas bangat, menghadap jalan  besar.. org sebelah kanan rumah siap buat reban ayam lagi.. dan tanam pokok buah2 besar macam mangga, rambutan, nangka, cempedak... perghh... best betul.. pagi2 aku suka duduk nengok hijau2 tu, terasa duduk di kampung... disahut pulak kokokan ayam bersahutan... memang tak syak lagi!!

surau pun sangat dekat dgn rumah aku nih... jalan kaki je kami gi terawih... kalau waktu subuh tu, depa ada buat kuliah subuh, tak payah pegi pun takpe, sbb boleh dengar dgn jelas dari rumah.. seronok betul!!

jiran2 pun macam ok... yelah, semua pun dh tua2, semua atas 60 tahun je... so, kami ni memang macam anak2 je lah.. deret kami tu ada berapa je rumah, yg mula2 en lim, pastu hashim, kami, anthony, tajwal, hassan, habibul, rama, halim, salauddin, azhar, nazir... tu je.. rasanya azhar tu je yang baya2 kami, yang lain tu semua otaiii... heheheh...

apa2 pun, seronok sangat lah duduk rumah nih.. gembira je rasa nak balik rumah.. tuan rumah pun ok, senang, tak banyak kira.. sewa pun 500 je, kira murah le kalau area2 bangi nih, mana nak dapat.. (apartmen tingkat 2 pun 600rm tau..!)

terima kasih Allah mempermudahkan urusan kami ini... :)

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakah!

Kepada semua  sahabat2ku diseluruh pelusuk alam, kutitipkan salam Ramadhan dgn penuh kesyukuran.. tahun ini kita berpeluang mengucup wajah Ramadhan lagi, berpeluang juga menghirup nafas dalam bulan yang suci ini... buatlah Ramadhan ini sebagai satu penghijrahan diri ke arah yang lebih baik lagi..

insaf rasanya akan kekerdilan diri, tahun ini kembali menyambut Ramadhan ditanahair tercinta.. terkenang juga pengalaman di rantau org dulu, di mana roh Ramadhan tidak disambut oleh rakyatnya.. jadi terpulang kepada kita utk menghidupkan semangat Ramadhan.. berbuka dan bersahur pun tidak sesempurna mana, namun itulah asam garam kehidupan di tempat org..

tahun lepas, Shukor berbuka di tempat keje shj, jadi peluang utk kami berbuka bersama, hanya 1, 2 hari shj, sementelah pula masatu shukor cover chik piah, yg pulang ke malaysia utk data collection. Jadi aku kena balik awal dr uni, masak ala kadar,dan bekalkan abang lauk + nasik.. kemudian tinggallah aku sorang2 di rumah, berbuka sendirian.. sahur pula kami makan sempoi2 aje, sbb siang pendek, jadi tak lapar sgt..

tahun ni, kami berazam utk berjimat cermat walaupun kehidupan Ramadhan di Malaysia dilimpahi makanan dan kuih muih sebagaimana lazimnya.. tengok, samada kami mampu utk melayani akal pikiran dari dikuasai nafsu makanan melampau.. huhuhuhu

kepada semua sahabat2 ku di luar negara, jadilah seperti ikan di laut, yang tidak masin isinya walaupun seumur hidupnya dalam air masin.. jadilah seperti kelapa yang semakin tua, semakin tebal isinya dan banyak pula gunanya... jadilah seperti padi yang semakin tunduk pula bila ia semakin sarat dgn isi dan semakin matang...

kepada semua sahabat2 seagama, saudara2ku di dunia dan diakhirat, marilah kita hidupkan roh Ramadhan sedaya kita, sebagai umat akhir zaman yang penuh dihimpit cabaran.. yakin BOLEH!!