Sunday, February 28, 2010

Chaiyok! Chaiyok!

Alhamdulillah abang dah dapat kerja. Walaupun keje biasa aje, namun yang penting kerja..

Abang keje sebagai Kitchen Hand kat sebuah restoran namanya Reservoir, yang terletak dalam shopping complex Westfield. Mula2 haritu dia dapat slot utk 2 hari je Khamis dan Jumaat dari jam 5 petang sampai 11 malam. Tapi esoknya, sorang kawannya tukar shift lain, so abang dapat slot 4 hari, khamis sampai ahad. Alhamdulillah..

sebenarnya aku dah pening kepala pikirkan pasal sewa rumah yang terlalu tinggi ni, dan kami plan nak pindah cari rumah yang murah sikit. Tapi kat sini, bila nak masuk rumah sewa baru tu, kena sediakan duit utk bond, advance rent samada seminggu atau 2 minggu dan letting fee pd agent rumah. Semua tu makan 1000 paling minima, atau macam kes rumahku sekarang, haritu kena 1768.00nzd.

tulah yang peningkan kepala ku. Duit elaun yang aku dapat bulan january haritu, masih ada baki tapi hanya cukup2 aje utk hidup. Mana nak cari lagi 1000 lebih utk masuk rumah baru. Kebetulan bulan January haritu banyak sangat keluar duit, utk macam2 hal:

kereta rosak pedal brek haus + WOF: 280.00
minyak hitam dan penapis: 150
tayar pecah: 30
cermin sun roof pecah: 238.00
saman laju (hadlaju 50km/j, time kena tu bawak 73km/j): 170.00
aku buat medical checkup: 150 + 90+37
ubat2 aku sebelum medical checkup: 30 + 38+ 30+36
hantar immigration, fee aku + abang: 200 + 200
kemudian aku plak gi register kelas menari: 108.00

ha semua tu dah berapa dah tu?? punyala banyak.. peruntukkan utk sebulan tu...

alhamdulillah, syukur sangat2 abang dah keje.

so, semalam first day abg keje.. sepatutnya balik pukul 11, pukul 12.30 pun tak balik lagi.. aku dah jadi risau dah, so try tepon.. baru je tepon berdering sekali, dengar pintu rumah bunyi nak buka... abang dah balik.... kesian dia.. penat gile... capek, katanya heheheh.. mentang2 chef kat sana tu ramai org indon, balik pun cakap indon ngan aku chehhhh...

rupanya ada datuk bandar datang stadium utk rasmikan acara apa ntah, so lepas perasmian, beramai2 org dtg makan kat Reservoir, tu yang jadi org ramai gile... patutla capek.. mungkin hari2 lain takde lah sibuk sangat agaknya... if u can go thru this, u can go thru any other day.. yeahh!!

go abang go!! chaiyok chaiyok!!

Tuesday, February 16, 2010

Ikan kering... lagi dan lagi...

Ikan kering ni ada 2 jenis: samada dibuang sisiknya atau tak dibuang sisik. Dua2 jenis pun sedap sangat, ikut pada cara mana kita nak masak.

Yang TAK dibuang sisik tu sangat sedap kalau digoreng garing macamtu saja. sbb sisik2 tu memberikan rasa crunchy dan melindungi daging ikan tu dari terlalu garing masa kita jemur. atau kalau kita buat sambal tumis ikan masin, pun sedap kalau guna yang bersisik nih.


yang dibuang sisik pulak, sedap dan senang dimakan kalau kita masak gulai, samada gulai lemak atau kari, dengan nenas atau terung atau kacang. Jadi, takdelah sisik2 tu keluar masa gulai menggelegak dan mengganggu keselesaan masa makan nanti..

ikan tengah dijemur

Since sekarang ni musim snapper, so ikan snapper pun sedap dibuat ikan masin. Kalau snapper segar, macam ada bau hanyir sikit, tu yang kami tak berapa gemar makan, tapi bile jadi ikan masin, takde pulak rasa hanyir tu. Rasanya, masa diperap dengan garam haritu, segala air ikan tu dah keluar, so rasa hanyir tu pun dah hilang.




cara buat ikan masin ni, menurut cara pak mertua ku, yang memang dulu meniaga ikan di pasar, dan buat ikan kering yang besar2 ni macam kurau, talang, merah, tenggiri dan lain2 lagi. caranya:

ikan disiang belah belakangnya supaya tercerai dari tulang tgh.
buang segala isi perut dan insang.
basuh ala kadar aje. jangan basuh beriya nanti hilang manis nya.
kemudian garam diletak dalam bekas, selapis, letak ikan selapis garam lagi selapis, ikan dan garam berselang seli. jgn lupa sumbat sikit garam dalam kepala ikan tu
last sekali mesti garam.
kemudian tutup dengan kertas, dan letakkan benda berat di atasnya utk tekan ikan tu. boleh letak besen isi air pun takpe. Simpan kat luar je (bukan dlm peti ais).
selepas 2 hari, bolehla dikeluarkan ikan tu, dibasuh, dan dijemur.




kalau ikut cara ni, air ikan tu dah abis keluar, so kalau betul2 panas, 1 hari je dah boleh kering cantik. kalau shower mcm cuaca sekarang, 2 hari pun dah ok dah.



ikan masin bersisik yang dah dipotong2.. ready utk digoreng




sedap makan nasik panas dengan ikan masin snapper bersisik. Cuba lah!

Monday, February 15, 2010

Raja Segala Buah..

Haritu masa gi Silverbell, aku dok ronda2 kat bahagian Frozen tu, ternampak lah buah durian frozen. fuhh.. terasa sangat nak makan durian.. aku memang hantu durian. Kalau kat Malaysia, memang selalu aku singgah gerai2 tepi jalan masa on the way balik keje tu utk beli durian. Nasiblah, kadang2 dapat buah yg elok, kadang2 hampeh.

Ada sorang pakcik cina tua yang jual durian kat area rumah aku, jual sangat murah dan buah2 nya sangat elok dan power. Memang selalu lah kitorang beli ngan uncle tu. Tapi dia bukan selalu ada, ikut mood dia je agaknya.

Anyway, berbalik pada durian frozen tadi, aku tengok kat bekas dia tulis durian thailand, dan ada tulis AAAAA lagi.. perghhhh 5 A tu.. kira dah power habis la nih.. aku tengok rega dia NZD8.99. nak beli ke taknak nih?? aku tanya abang, boleh ke beli nih? Beli jelah, kalau dah nak makan, pergh terus aku sambar 1 bekas.

Ada dalam 8 ulas je. 1 dah makan seblom ambik gambar sbb tak tahan hehhe



Balik tu punya lama nak tunggu die defrost. Sabar je aku tunggu. Itupun, masa aku makan tu, masih sejuk lagi durian tu. Tapi memang puas hati beli. Bijiknya kisit2 je, isi tebal dan kaw giler!


aku cakap ngan abang, lagi 4 bulan baru beli 1 bekas lagi heheheh..

Sunday, February 14, 2010

Mari buat air soya!

Aku memang suka minum air soya. kalau kat Malaysia, kalau balik ke Klang, kat simpang 3 kat Kampung Delek tu memang ada org jual air soya yang sangat sedap - pekat, banyak kuantitinya dan murah pulak tu! memang aku tak pernah miss lah beli kat situ..

kat sini air soya nya dijual hanya kat kedai2 Asia je macam Tofu Shop, Tai Ping, Dahua atau kedai2 sayur macam Fresh And Save, Lim Fruit and Vege, dan Silverbell. kat kedai lain susah nak dapat, malah kat pasaraya besar pun payah nak jumpa.




kacang soya yang tengah direndam


Mahal tau air soya kat sini. Yang 1 liter tu 2.70 - 2.90 ikut kedai. Yang 2 liter pulak dalam 4.00 - 4.10... padahal harga susu lembu biasa 2 liter baru less than 3.00 dolar. camtu lah perbandingan nya.

so, haritu aku sebenarnya nak beli kacang dhal sbb aku nak buat masalodeh. Sekali bila aku rendam, rupa2nya kacang soya! Terus tuka menu dari masalodeh jadik air soya!! hehheh..


air soya diblend sampai halus


Air soya ni nak buat dia agak leceh, tapi taklah susah mana. Bila kita dah rendam kacang soya tu sampai kembang, kita blend sikit2. biasanya 3 kali blend dah tak pekat dah, kalau nak pekat pure, 2 kali blend dah cukup. kemudian tapis, masuk dalam periuk. Dulu aku terpaksa korbankan sehelai kain tudung ku utk jadi penapis, sekarang aku dah ada penapis kain yg biasa pakai utk tapis teh tarik tu. thank you pada ayah mertua ku yang mengirimnya tempoh hari hehhe..




air soya ditapis dalam periuk, sebelum di masak


bila dah abis semua kita blend, bolehlah kita masakkan atas api, sampai menggelegak. Masukkan gula siap2, tapi jangan manis sangat. agak2lah..


tengoklah air soya yang pekat tu...!


Bila dah masak, sejukkan, masuk dalam botol atau jug dan simpan dalam peti ais.. sedapnya minum air soya fresh di waktu tghhari panas!!

i love soya!

Saturday, February 13, 2010

Tercapai hasratku...

Tujuan asalku buat ikan masin haritu sbb aku teringin sangat nak makan gulai lemak tulang ikan masin dengan nenas. So, khamis haritu, aku telah berjaya menunaikan hasratku dengan tulang ikan masin yg aku buat sendiri.


gulai lemak ikan masin dengan nenas


menurut kawan2 ku kat sini, ikan masin sangatlah mahal. Alhamdulillah, abang rajin memancing, dulu2 ikan yang kami dapat, biasanya kami jual. Tapi disebabkan aku nak sangat makan ikan masin, so, penjualan dibekukan dulu heheheh...
sedapnyaa....!!
sekarang ni musim snapper tgh banyak, so dalam sekali trip abang mancing tu, bolehlah dapat dalam 4 ekor saiz sedang2 aje. Ada sekali tu die bawak balik 7 ekor, ada sekor yg besar btul.. bestnya.. kebetulan kami tak berapa minat makan snapper, ntah kenapa.. bukan berlagak tau.. sbb aku lebih suka makan ikan trevally yang murah tu.. sedapnya masak kari kapitan nyumnyum... abang pulak, memang susah sikit bab ikan nih.. ikan yg besar dia tak makan, suka pancing je.. kalau kat mesia, dia makan ikan bilis, atau pelaling atau bawal putih kecik2 tu.. atau ikan parang masak asam pedas.. ikan lain dia cuit2 sikit je.. aku je yg kuat makan ikan.. hehehh

ini ikan selayang, bukan snapper



pasni abang kata musim trevally pulak... bestnyaaaa... tak sabar nak dapat trevally... tak sabar nak makan kari kapitan lagik...

Wednesday, February 10, 2010

Muhammad Harris Ikhwan..

.... ahli terbaru keluarga besar kami.. anak sulung pembuka lembaran sejarah keluarga yang penuh kasih..


kecik2 dah nampak hensem.. kebanggaan ayahbonda, tempat diletakkan harapan dan impian masa hadapan..



semoga membesar menjadi anak yang soleh dan membawa kebahagiaan kepada semua yang menyayangimu.... yea Harris..!

Putera kepada Mohd Shahril

Shahril ni adikku yang ke5.. dia merupakan anak lelaki bongsu dalam keluarga ku.. tapi bawahnya ada lagi 3 adik perempuan.. berbeza dengan abang2nya, semasa kecil beliau tiada ramai kawan.. dan aktiviti nya banyak dihabiskan di rumah.. sangat rapat dengan mak, opah dan atok..

beliau merupakan cucu kesayangan atok Usop kami.. kalau sapa2 balik kampung, soalan yang pasti ditanya pada kami ialah: "shahril ada balik?" macamlah kami duduk serumah dengan shahril hehheeh.. setiap kali shahrik balik kampung, pasti Tok akan ajak dia pei pekan Bidor, nak gunting rambut.. sanggup tunggu tu walaupun adik aku bangun lambat pagi.. biasala membuta heheh..

shahril lahir masa umur aku 9 tahun, aku darjah 3.. sejarah kelahirannya aku tak ingat, tapi aku ingat masa tu kami semua duduk rumah opah, kecuali abah je yang duduk rumah kami, jaga rumah.. ala rumah ku ngan umah opah sebelah menyebelah aje.. rumah kampung.. bila ada barang mak suruh ambik kat rumah, nanti aku akan lari balik rumah, dan masuk rumah la.. masa tu lah aku ada satu perasaan sayu sbb rumah tu sangat sunyi, yelah abah je duduk, dan abah pun siang2 gi keje.. dan dapur sangat berkecah heheeh.. perasaan tu aku masih terasa sampai sekarang dan situasi dalam rumah yg kosong tu aku masih dapat gambaran..

by the way, shahril lahir betul2 ketika azan subuh berkumandang.. mak kata, shahril byk ikut mak, waktu lahir pun sama macam mak.. rupa pun banyak ikut muka mak.. dan dia pun memang anak mak! hehheh..

shahril dan lin bergambar dgn Atok masa raya 2009

masa dia beritahu nak bertunang, kami semua tanya die betul2, ko dah pasti ke ni?? sbb shahril ni agak playboy masa bujangnya dulu.. kejap2 kawan ngan org ni, kejap2 dah dgn org lain.. byk insiden dia dgn budak2 pompuan masa belaja, masa keje dan sebagainya.. mentang2 la muka dia hensem sikit.. aiii.. kami semua naik risau, sbb takut pulak kalau dah bertunang nanti tup2 jumpa org lain plak.. malu lah keluarga kalu camtu kannn..

tapi dia berkeras jugak, maka kami turutkan aje.. so shahril bertunang pada 2008 dan selamat melangsungkan perkahwinan pada bulan 3 2009. cerita shahril bertunang dan berkahwin ada kuceritakan dalam blog ini.

Semalam, tanggal 9 Februari 2010, selamat menjengah dunia, anak sulung beliau dan isteri tercinta nya Azlina Khairi. Comel betul baby nya. Yang paling gembira tentulah mak ku di kampung kerana selang 10 hari je beliau dapat 2 org cucu, sorang pompuan sorang lelaki.. haiii.. mesti mak tak sabar2 nak buat majlis kenduri naik buai dan cukur jambul cucu2 nya tu.. heheh

Bila makngah dapat lambung2 baby 2 org nih?? haaaiii.. lambatnya lagi nak habis belajar.. sabar sabarr....

Monday, February 8, 2010

andai ada sumur di ladang....

Selain keluarga tercinta, takkan meriah dan bermakna hidup ini tanpa kawan2 dan sahabat handai. Kawan2 yang datang dan pergi dalam hidup kita sesungguhnya membentuk diri kita menjadi apa yang kita jadi sekarang ini. walaupun pahit, pasti akan ada manis dihujungnya, jika kita redha dan memilih optimis dalam pilihan yang di depan kita.


bukan nak berjiwang pulak kat sini, cuma mengenangkan kuasa internet dan hujung jari membolehkan kawan2 lama yang sekian lama terputus hubungan, terjalin semula. Pasti ada cerita untuk dikongsi bersama, untuk mengisi ruang yang kosong sejak kali terakhir kita berjumpa.

semasa zaman bujangku dulu, memang aku ramai kawan, baik lelaki mahupun perempuan. adalah keadaan yang menyebabkan persahabatan tidak berakhir dengan baiknya seperti yang dirancang. dan dengan jiwa luka, masing2 menghayun langkah jauh dari titik pertemuan.

lupakan semuanya.

semua itu sudah jauh meninggalkan kita, di usia yang lain. sekarang kita lebih bijak mentafsir erti sahabat, isu yang kecil2 lebih baik dibuang jauh2, dibenam saja dalam Tasik Taupo.

kini kita lebih santai dan terbuka. kalau pun membicarakan kisah dahulu, namun usahlah lagi disimpan di dalam hati. keadaan telah jauh berubah, mentelah statusku juga meletakkan satu garis sempadan yang jelas dan nyata.

kegembiraanku kini mutlak. jiwaku kini telah punya arahtuju. haluan hidupku tidak lagi bengkang bengkok. jalan didepanku, sungguhpun berduri dan tidak tentu, namun tanganku dipimpin.

moga itu, kau mengerti sedalamnya.

Wednesday, February 3, 2010

Nur Alisha Firzanah..

.. nama yang diberikan sungguh indah.. sesuai dengan orangnya yang sangat comel.. baru umur 5 hari dah nampak cerdik..


itulah anak buah ku yang terlatest.. kejap je tu pegang title latest tu sbb ada sorang lagi tgh que nak tunggu masa je nak menjengah dunia.. hmm..

ni lah dia nya tuan empunya diri...


Semoga kau membesar menjadi anak solehah yang membahagiakan keluarga, yea sayang...

letih..

aduhhh tak larat nak menulis (sebenonya ketandusan daya nak menulis... idea byk nih)..

aku attend courses 3 hari dari hari selasa sampai khamis.. dan nak settlekan visa lagi, kena pegi immigration kat city kat Queen Street..

nak jumpa supervisor plak isnin depan nih, keje banyak tak siap lagi nih.. jawabnya, weekend nih memerap ajelah kat umah.. tapi rasa macam nak pegi Browns Bay jer.. iskk..

nanti lah aku update cerita bila dah ok sikit..

serabut kepala otakku ini.. huhuhu..

Monday, February 1, 2010

Puteri kepada Nor Anisah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang melimpahkan rahmat ke atas hambaNya.. tanggal 31 Januari lalu adik perempuanku Nor Anisah selamat melahirkan anaknya yang kedua, seorang puteri diberi nama Nur Alisha Firzanah. Anak sulung beliau, lelaki, Muhammad Zhafran Afeef. Jadi dah ada sepasang lah..

Adikku ini merupakan anak ke 4 dalam keluarga dan anak perempuan kedua selepas aku. Jarak umur kami 7 tahun, jadi ketika dia lahir, aku dah agak besar. Saat kelahiran beliau, masih aku ingat sampai sekarang. Pagi tu, seperti biasa, mak membeli ikan dan sayur dari orang yg datang berjualan dengan motosikal ke kampungku. Aku dan 2 adikku juga turut sibuk membeli jajan dan mengacau2.. biasalah budak2.. bila dah habis je, mak ku tiba2 ajak kami semua ke rumah Opahku yang terletak bersebelahan.. dgn alasan, mak sakit perut nak terberak.. (masa tu toilet kat rumah opah je).. memang suka lah kami2 ni dapat berjalan rumah opah, sbb dapat attention dari makcik2 ku (MakDe dan MakAndak) yg masa tu masih anak dara lagi..

Anisah dan Zhafran



tak lama lepas tu, terus kecoh2 mak nak bersalin. abah pulak takde kat rumah sbb masa tu dia keje di Parit, Perak, dan balik hujung minggu je. Masa kecik kami selalu mengusik Anisah ni, cakap " abah ko takde laa.. abah ko kat Parit" heheh

aku memang tak merasa sama sekolah dgn Anisah sbb bila dia masuk darjah 1, aku dah sekolah menengah, di Ipoh pulak tu.. Tapi masa aku sekolah asrama tu, bila setiap kali mak datang melawat, aku akan bawak Anisah dan adik2 ku datang ke asrama, kena kerumun dengan kawan2 aku lah.. seronok betul..

Dia melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik di perak semasa tingkatan 4, kemudian matrikulasi di Kolej Taj, Sungkai, sebelum ke USM di Penang. Semasa dia bergraduan, aku telahpun berkahwin, dan kami menyewa apartmen di Penang utk tinggal semalaman. Sesat2 kami dibuatnya di Penang tu..

Anisah bercinta dan putus cinta, sebelum bertemu dengan suaminya sekarang Mohd Firdaus, orang Tumpat, Kelantan. Alhamdulillah, jodohnya orang baik2 dari keluarga yang besar dan terpuji akhlak, serta mesra sangat dengan seluruh ahli keluarga. Kenduri kahwin Anisah dibuat selang 3 bulan dari abang nya. Abang nya bulan 8, Anisah bulan 11, tahun 2006. Kami sangkakan mesti tak ramai org datang, sbb baru je buat kenduri kawin, sekali punyela ramai yang datang, sampai lauk pun tak cukup.. terpaksa kami beli lauk dari beberapa restoran kat Bidor sbb tetamu masih datang sampai petang.. perghhh letih bangat!

Sekarang, dia dah jadi ibu kepada 2 orang cahayamata.. tak sabar rasanya nak menatap wajah puterinya, nak tengok rupa sapa yang ditirunya. Anak sulungnya, saling tak tumpah tiru ayahnya, macam potostat aje.. hai.. anak ayah katakan... heheh

Semoga hidupmu senantiasa dirahmati dan gembira selalu di samping suami dan anak2 tercinta. :)