Saturday, February 13, 2010

Tercapai hasratku...

Tujuan asalku buat ikan masin haritu sbb aku teringin sangat nak makan gulai lemak tulang ikan masin dengan nenas. So, khamis haritu, aku telah berjaya menunaikan hasratku dengan tulang ikan masin yg aku buat sendiri.


gulai lemak ikan masin dengan nenas


menurut kawan2 ku kat sini, ikan masin sangatlah mahal. Alhamdulillah, abang rajin memancing, dulu2 ikan yang kami dapat, biasanya kami jual. Tapi disebabkan aku nak sangat makan ikan masin, so, penjualan dibekukan dulu heheheh...
sedapnyaa....!!
sekarang ni musim snapper tgh banyak, so dalam sekali trip abang mancing tu, bolehlah dapat dalam 4 ekor saiz sedang2 aje. Ada sekali tu die bawak balik 7 ekor, ada sekor yg besar btul.. bestnya.. kebetulan kami tak berapa minat makan snapper, ntah kenapa.. bukan berlagak tau.. sbb aku lebih suka makan ikan trevally yang murah tu.. sedapnya masak kari kapitan nyumnyum... abang pulak, memang susah sikit bab ikan nih.. ikan yg besar dia tak makan, suka pancing je.. kalau kat mesia, dia makan ikan bilis, atau pelaling atau bawal putih kecik2 tu.. atau ikan parang masak asam pedas.. ikan lain dia cuit2 sikit je.. aku je yg kuat makan ikan.. hehehh

ini ikan selayang, bukan snapper



pasni abang kata musim trevally pulak... bestnyaaaa... tak sabar nak dapat trevally... tak sabar nak makan kari kapitan lagik...

Wednesday, February 10, 2010

Muhammad Harris Ikhwan..

.... ahli terbaru keluarga besar kami.. anak sulung pembuka lembaran sejarah keluarga yang penuh kasih..


kecik2 dah nampak hensem.. kebanggaan ayahbonda, tempat diletakkan harapan dan impian masa hadapan..



semoga membesar menjadi anak yang soleh dan membawa kebahagiaan kepada semua yang menyayangimu.... yea Harris..!

Putera kepada Mohd Shahril

Shahril ni adikku yang ke5.. dia merupakan anak lelaki bongsu dalam keluarga ku.. tapi bawahnya ada lagi 3 adik perempuan.. berbeza dengan abang2nya, semasa kecil beliau tiada ramai kawan.. dan aktiviti nya banyak dihabiskan di rumah.. sangat rapat dengan mak, opah dan atok..

beliau merupakan cucu kesayangan atok Usop kami.. kalau sapa2 balik kampung, soalan yang pasti ditanya pada kami ialah: "shahril ada balik?" macamlah kami duduk serumah dengan shahril hehheeh.. setiap kali shahrik balik kampung, pasti Tok akan ajak dia pei pekan Bidor, nak gunting rambut.. sanggup tunggu tu walaupun adik aku bangun lambat pagi.. biasala membuta heheh..

shahril lahir masa umur aku 9 tahun, aku darjah 3.. sejarah kelahirannya aku tak ingat, tapi aku ingat masa tu kami semua duduk rumah opah, kecuali abah je yang duduk rumah kami, jaga rumah.. ala rumah ku ngan umah opah sebelah menyebelah aje.. rumah kampung.. bila ada barang mak suruh ambik kat rumah, nanti aku akan lari balik rumah, dan masuk rumah la.. masa tu lah aku ada satu perasaan sayu sbb rumah tu sangat sunyi, yelah abah je duduk, dan abah pun siang2 gi keje.. dan dapur sangat berkecah heheeh.. perasaan tu aku masih terasa sampai sekarang dan situasi dalam rumah yg kosong tu aku masih dapat gambaran..

by the way, shahril lahir betul2 ketika azan subuh berkumandang.. mak kata, shahril byk ikut mak, waktu lahir pun sama macam mak.. rupa pun banyak ikut muka mak.. dan dia pun memang anak mak! hehheh..

shahril dan lin bergambar dgn Atok masa raya 2009

masa dia beritahu nak bertunang, kami semua tanya die betul2, ko dah pasti ke ni?? sbb shahril ni agak playboy masa bujangnya dulu.. kejap2 kawan ngan org ni, kejap2 dah dgn org lain.. byk insiden dia dgn budak2 pompuan masa belaja, masa keje dan sebagainya.. mentang2 la muka dia hensem sikit.. aiii.. kami semua naik risau, sbb takut pulak kalau dah bertunang nanti tup2 jumpa org lain plak.. malu lah keluarga kalu camtu kannn..

tapi dia berkeras jugak, maka kami turutkan aje.. so shahril bertunang pada 2008 dan selamat melangsungkan perkahwinan pada bulan 3 2009. cerita shahril bertunang dan berkahwin ada kuceritakan dalam blog ini.

Semalam, tanggal 9 Februari 2010, selamat menjengah dunia, anak sulung beliau dan isteri tercinta nya Azlina Khairi. Comel betul baby nya. Yang paling gembira tentulah mak ku di kampung kerana selang 10 hari je beliau dapat 2 org cucu, sorang pompuan sorang lelaki.. haiii.. mesti mak tak sabar2 nak buat majlis kenduri naik buai dan cukur jambul cucu2 nya tu.. heheh

Bila makngah dapat lambung2 baby 2 org nih?? haaaiii.. lambatnya lagi nak habis belajar.. sabar sabarr....

Monday, February 8, 2010

andai ada sumur di ladang....

Selain keluarga tercinta, takkan meriah dan bermakna hidup ini tanpa kawan2 dan sahabat handai. Kawan2 yang datang dan pergi dalam hidup kita sesungguhnya membentuk diri kita menjadi apa yang kita jadi sekarang ini. walaupun pahit, pasti akan ada manis dihujungnya, jika kita redha dan memilih optimis dalam pilihan yang di depan kita.


bukan nak berjiwang pulak kat sini, cuma mengenangkan kuasa internet dan hujung jari membolehkan kawan2 lama yang sekian lama terputus hubungan, terjalin semula. Pasti ada cerita untuk dikongsi bersama, untuk mengisi ruang yang kosong sejak kali terakhir kita berjumpa.

semasa zaman bujangku dulu, memang aku ramai kawan, baik lelaki mahupun perempuan. adalah keadaan yang menyebabkan persahabatan tidak berakhir dengan baiknya seperti yang dirancang. dan dengan jiwa luka, masing2 menghayun langkah jauh dari titik pertemuan.

lupakan semuanya.

semua itu sudah jauh meninggalkan kita, di usia yang lain. sekarang kita lebih bijak mentafsir erti sahabat, isu yang kecil2 lebih baik dibuang jauh2, dibenam saja dalam Tasik Taupo.

kini kita lebih santai dan terbuka. kalau pun membicarakan kisah dahulu, namun usahlah lagi disimpan di dalam hati. keadaan telah jauh berubah, mentelah statusku juga meletakkan satu garis sempadan yang jelas dan nyata.

kegembiraanku kini mutlak. jiwaku kini telah punya arahtuju. haluan hidupku tidak lagi bengkang bengkok. jalan didepanku, sungguhpun berduri dan tidak tentu, namun tanganku dipimpin.

moga itu, kau mengerti sedalamnya.

Wednesday, February 3, 2010

Nur Alisha Firzanah..

.. nama yang diberikan sungguh indah.. sesuai dengan orangnya yang sangat comel.. baru umur 5 hari dah nampak cerdik..


itulah anak buah ku yang terlatest.. kejap je tu pegang title latest tu sbb ada sorang lagi tgh que nak tunggu masa je nak menjengah dunia.. hmm..

ni lah dia nya tuan empunya diri...


Semoga kau membesar menjadi anak solehah yang membahagiakan keluarga, yea sayang...

letih..

aduhhh tak larat nak menulis (sebenonya ketandusan daya nak menulis... idea byk nih)..

aku attend courses 3 hari dari hari selasa sampai khamis.. dan nak settlekan visa lagi, kena pegi immigration kat city kat Queen Street..

nak jumpa supervisor plak isnin depan nih, keje banyak tak siap lagi nih.. jawabnya, weekend nih memerap ajelah kat umah.. tapi rasa macam nak pegi Browns Bay jer.. iskk..

nanti lah aku update cerita bila dah ok sikit..

serabut kepala otakku ini.. huhuhu..

Monday, February 1, 2010

Puteri kepada Nor Anisah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang melimpahkan rahmat ke atas hambaNya.. tanggal 31 Januari lalu adik perempuanku Nor Anisah selamat melahirkan anaknya yang kedua, seorang puteri diberi nama Nur Alisha Firzanah. Anak sulung beliau, lelaki, Muhammad Zhafran Afeef. Jadi dah ada sepasang lah..

Adikku ini merupakan anak ke 4 dalam keluarga dan anak perempuan kedua selepas aku. Jarak umur kami 7 tahun, jadi ketika dia lahir, aku dah agak besar. Saat kelahiran beliau, masih aku ingat sampai sekarang. Pagi tu, seperti biasa, mak membeli ikan dan sayur dari orang yg datang berjualan dengan motosikal ke kampungku. Aku dan 2 adikku juga turut sibuk membeli jajan dan mengacau2.. biasalah budak2.. bila dah habis je, mak ku tiba2 ajak kami semua ke rumah Opahku yang terletak bersebelahan.. dgn alasan, mak sakit perut nak terberak.. (masa tu toilet kat rumah opah je).. memang suka lah kami2 ni dapat berjalan rumah opah, sbb dapat attention dari makcik2 ku (MakDe dan MakAndak) yg masa tu masih anak dara lagi..

Anisah dan Zhafran



tak lama lepas tu, terus kecoh2 mak nak bersalin. abah pulak takde kat rumah sbb masa tu dia keje di Parit, Perak, dan balik hujung minggu je. Masa kecik kami selalu mengusik Anisah ni, cakap " abah ko takde laa.. abah ko kat Parit" heheh

aku memang tak merasa sama sekolah dgn Anisah sbb bila dia masuk darjah 1, aku dah sekolah menengah, di Ipoh pulak tu.. Tapi masa aku sekolah asrama tu, bila setiap kali mak datang melawat, aku akan bawak Anisah dan adik2 ku datang ke asrama, kena kerumun dengan kawan2 aku lah.. seronok betul..

Dia melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik di perak semasa tingkatan 4, kemudian matrikulasi di Kolej Taj, Sungkai, sebelum ke USM di Penang. Semasa dia bergraduan, aku telahpun berkahwin, dan kami menyewa apartmen di Penang utk tinggal semalaman. Sesat2 kami dibuatnya di Penang tu..

Anisah bercinta dan putus cinta, sebelum bertemu dengan suaminya sekarang Mohd Firdaus, orang Tumpat, Kelantan. Alhamdulillah, jodohnya orang baik2 dari keluarga yang besar dan terpuji akhlak, serta mesra sangat dengan seluruh ahli keluarga. Kenduri kahwin Anisah dibuat selang 3 bulan dari abang nya. Abang nya bulan 8, Anisah bulan 11, tahun 2006. Kami sangkakan mesti tak ramai org datang, sbb baru je buat kenduri kawin, sekali punyela ramai yang datang, sampai lauk pun tak cukup.. terpaksa kami beli lauk dari beberapa restoran kat Bidor sbb tetamu masih datang sampai petang.. perghhh letih bangat!

Sekarang, dia dah jadi ibu kepada 2 orang cahayamata.. tak sabar rasanya nak menatap wajah puterinya, nak tengok rupa sapa yang ditirunya. Anak sulungnya, saling tak tumpah tiru ayahnya, macam potostat aje.. hai.. anak ayah katakan... heheh

Semoga hidupmu senantiasa dirahmati dan gembira selalu di samping suami dan anak2 tercinta. :)