Alkisahnya, dalam adik beradik emak aku, hanya ada sorang je lelaki.. iaitu PakLang aku.. dalam keluarga kami, (anak cucu Opahku), paklang lah org pertama yg masuk universiti.. (tak termasuk sepupu2 nyelah.. ni hanya keluarga Opah aku je).. Paklang lahir tahun 1955, ketika dia masuk univ, aku belum lahir lagi.. mak ada cerita, yg duit collection kenduri kawen dia, semuanya diserahkan pada paklang untuk duit belanja belajar di univ. PakLang aku belajar di London, universiti apa, aku tak tahulah..
2 tahun kemudian iaitu tahun 1974, aku lahir. Ketika paklang balik semula ke sini, aku dh berumur 4 tahun lebih.. paklang belikan aku sepasang baju gaun kaler kuning dan 1 kasut boot kaler kuning jugak.. aku ada bergambar dgn baju dan kasut tu, dalam caption gambar tu di refer sbg "baju dan kasut dari London" huhuhu...
makngah aku dan makde aku tak pegi universiti tapi mereka masuk maktab perguruan sultan idris dan jadi cikgu sekolah..
ketika aku di tingkatan 4, tahun 1990, paklang melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Canada. ketika tu, aku cuma terpikir, selepas 3 tahun bila paklang balik, aku dh habis Spm, dan mungkin sedang melanjutkan pelajaran ke mana. Paklang ketika itu berumur 35 tahun..
kemudian, bila aku dpt masuk UM, aku jadi org kedua yang masuk universiti.. 2 tahun kemudian, adik aku yang bungsu si Anje (Noradilah Haifa), lahir dalam tahun 1993..
Ketika Anje dalam tingkatan 4, aku pulak melanjutkan pelajaran ku di peringkat PhD di New Zealand ini. Usia ku ketika aku dtg ke sini ialah 35 tahun.
rentetan sejarah keluarga kami berulang lagi..
Paklang lahir 1955, aku 1974, adikku 1993.. iaitu setiap 19 tahun
Paklang masuk univ 2 tahun seblum aku lahir, adik aku pulak lahir 2 tahun selepas aku masuk univ.
Paklang buat PhD ketika umurnya 35 tahun, sama mcm aku
Paklang pegi, aku Form 4, dan ketika aku dtg sini, adik aku pulak Form 4
sekarang ni aku nak tgk adakah adik aku boleh follow aku pulak, dan sapekah yg lahir selepas 2 tahun dia masuk univ, iaitu tahun 2012, iaitu 19 tahun selepas dia lahir (1993)..
misteri sungguh kalau direnung2.. hehheheh...
Wednesday, June 9, 2010
History repeat itself....
Labels:
Famili,
Sejarah Hidup
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|