Alkisahnya, jadual keje abang cuma 3 atau 4 hari aje seminggu.. dan hujung minggu hell kitchen reservoir tu diambilalih oleh chik Piah kita.. abang cuma keje hari weekdays aje..
pada hari2 yang dia tak keje tu, abang masih meneruskan hobinya memancing, walaupun cuaca dah masuk winter nih. cuaca winter di auckland ni tidaklah seteruk mana, cuma angin kuat, hujan lebat dan sejuk paling power pun setakat ni hanyalah 6 darjah aje. Tapi disebabkan ini pengalaman pertama duduk kat negara 4 musim, nak adapt tu memang struggle jugaklaa.. tapi cuaca tak menentu.. sekejap panas terik, sekejap hujan.. pastu panas balik.. confuse betul huhu.. angin pulak memang kuat.. tapi kadang2 takde angin langsung.. kalau time kuat tu sampai tercampak kerusi jemur kat luor rumah yg disedekah oleh Adnan.. punyelah kuat..
tapi bagi seorang pemancing tegar bernama Shukor Alipah ni, takde dikiranya.. sanggup pegi jugak tu.. pakai baju 3, 4 lapis dgn termal, baju hujan lagi, sarung tgn yg nampak jari tu, dan bekal air panas 1 flask, dia tetap setia mengujungi Davenport jeti dan berteleku menawarkan umpan pd ikan2 yg kelaparan.
selalunya hasilnya taklah mengecewakan.. ikan selayang selalu dapat, kadang2 dapat sotong fresh.. kadang2 dapat snapper sesat sebab skrg ni bukan musim snapper.. kadang2 dapat kahawai, kadang2 belanak.. memang ikan tu tak pernah putus ada dlm freezer ku..
baru2 ni dia belajar satu yang baru pulak... Perangkap Ketam! dahlah memang abang hantu ketam.. suka sgt makan ketam.. aku tak reti nak makan, kecuali kalau ada org tu yg rajin tolong carikkan isi ketam, ha barulah aku makan huhuhu..
so, semalam abang beli perangkap ketam, umpannya kerangka ayam.. mujur ada jual kat PakNSave, jenama Turks.. (halal ayam Turks nih.. so aku benarkan ayam tu duduk dlm freezer aku..).. dan malam tu jugak abang pegi mencuba nasib.
hasilnya??
dapatlah 4 ekor ketam yang comel2, di samping 4 ekor selayang yang comel2 jugak...
haii.. cukuplah aku sorang je yg comel.. hehhehe..
Tuesday, June 1, 2010
Abang masih gi mancing lagi...
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|