Abang dan kawan2 seMalaysia di North Shore ni kebanyakkannya semua dh bekerja. Kerja rencam2 samada part time atau kontrak aje. Untuk hidup di sini dengan duit elaun yg dapat, memang tak cukup. Terpaksa korek segala duit gaji yg ada di Malaysia. Bayangkan, duit sewa rumah sahaja dah lebih 60% dari duit elaun. Tak termasuk lagi bil letrik, bil air, bil telefon rumah dan bil henpon. Duit minyak kereta dan roadtax kereta serta insuran. Setiap 6 bulan, kereta perlu dicheck samada layak diberi Warrant of Fitness (WOF) atau tidak. Takde WOF boleh kena saman wooo...
Jadi, untuk hidup yang lebih selesa sekurang2nya ada duit sikit utk shopping di Browns Bay, maka terpaksalah hero2 kami nih mencari pekerjaaan rencam. Masa kami mula2 sampai dulu, agak susah nak dapat keje, namun pemburuan keje terus berjalan, dan alhamdulillah, sekarang ni semua dh dapat keje, dan menambah ekonomi New Zealand ni.
aku teringat kenangan2 aku sewaktu aku membuat pelbagai keje2 rencam, untuk menyambung hidup dan membantu keluarga.
aku memang tak pernah duduk lama di kampung sejak aku keluar dari kampung atas tiket menuntut ilmu. seingat aku, paling lama aku duduk di kg tanpa berbuat apa2 adalah selama 2 minggu. Masa aku lepas SPM, aku duduk dengan makcikku di Teluk Intan, dan keje di Kilang Plastik di sana. Kilang ni menghasilkan plastik untuk pelbagai barangan spt bungkus fishball, bungkus tisu dsbnya. gajinya RM6 sehari huhuhu... Malam pulak aku ngajar budak djh 6 tusyen, sama2 ngan makcik aku tu.. aku duduk di Teluk Intan sampai aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UM. kawan2 aku kat kilang ni ramai kap lam ya nga.. tapi seronok betul berkawan ngan dorang.. sebelah kilang ni ada surau, so senang je aku nak gi solat.. kilang ni skrg dh jadik kilang biskut rasanya..
Masa matriks 1st year nak masuk 2nd year, aku memang plan nak bekerja.. tapi masa tu mak aku bersalinkan adik aku yang bongsu si Anje.. jadi mak aku tak benarkan aku keje jauh.. last2 aku keje di Langkap, berulang dari rumah aku je.. masa tu MakAndak aku pun keje sekali sama2 ngan aku. Pagi2 pukul 7 aku dh tunggu van kat depan rumah, biasanya van akan lalu rumah aku untuk kutip org lain dulu, paling jauh dari Kg Rahmat, kg sebelah. kemudian baru ambik aku, dan kutip ramai lagi dlm perjalanan ke Langkap tu. Bayangkan dalam van tu boleh muat 18 org.. perghhh.. kalah sadin hehheh... dahle driver nya orang kap lam ya nga, hari2 dok pasang lagu tamil sampai aku dh boleh hafal huhu.. kilang kat Langkap ni kilang elektronik yg buat particle utk TV.. so byk benda2 kecil2.. aku keje kat bahagian testing. gajinya RM10 sehari.. aku jugak ambik keje extra, yang boleh buat kat rumah.. so malam2 sambil tengok tv dan layan adik kecik aku, aku buatlah keje tu.. murah giler.. buat 1000pcs, dapat dalam 3 ringgit agaknya.. gitulah..
masa 2nd year matriks nak masuk degree 1st year pulak, kali ni aku tak reti lagi nak cari keje kat KL, so aku apply lagi keje kat kilang elektronok kat Langkap. makAndak tak join aku dh, so aku keje sorang2 lah.. di samping tugas extra menjaga adik aku yg baru setahun masa tu..
tahun depannya, masa cuti 1st year nak masuk 2nd year, kali ni aku dh tere sikit camne caranya nak cari keje kat KL dan PJ. since asrama aku asrama luar kampus, di seksyen 17, PJ, so aku merayau serata PJ mencari keje. masa tu zaman miskin - takde kereta, takde henpon - so cari keje kena cari yg boleh accessible by bus.. alhamdulillah aku dan kawan aku Aja, dapat keje kat Kimberley Clark PJ, yang buat tisu Kleenex, pad Kotex, dan macam2 lagi. Huggies pun under syarikat ni jugak. Masa tu huggies tu produk US, so kitorg kena tampal sticker saiz huggies tu ikut saiz asia... gaji keje kat sini 20rm sehari. dan aku keje dari pukul 3ptg sampai 11 malam. tapi disebabkan kilang ni hanya kat belakang asrama aku je, so sangat mudah utk gi keje dan balik keje. lagipun, pagi tu aku masih sempat nak shopping2 dan jalan2 hehhehe
Masa 2nd year nak naik 3rd year pulak, aku dapat keje sbg proof reader di area damansara jaya. Company ni kecik aje, tapi banyak jugak kejenya. Company ni bayo ikut jam, dalam sejam aku dapat sbyk rm4 lebih.. keje kat sini dr pukul 8 sampai pukul 3 je.. biasanya aku tak rehat, pukul 3 tu baru gi makan, solat dan terus naik bas ke Seksyen 14 PJ pulak. kat sana aku keje sebagai cashier kat Guardian Pharmacy, dari pukul 6 petang sampai 10 malam. gaji kat sini rm4 sejam, so campur 2-2 keje, dalam sehari aku boleh dapat dalam dekat 50ringgit.. tapi aku keje sbg proof reader tu sekejap aje, sbb aku dapat keje lain thru agent pulak.. sebagai kerani ganti org cuti bersalin di IBM Plaza, area Taman Tun Dr Ismail. Keje thru agent ni dibayar mahal sikit (rm5 lebih sejam) dan gaji dapat setiap minggu. kena isi time slip, dan ketua kat tmpt keje akan sign. Timeslip ni kena hantar setiap minggu, paling lewat hari sabtu, utk dapat bayaran hari khamis minggu depannya. so masa ni lah aku kaya sikit sbb buat 2 keje, dan keje pun gaji mahal sikit. Memang best. Keje kat IBM ni memang best, sbb aku jumpa dgn org2 Melayu yg power2, dan ketua aku pun sangat baik. Namanya Puan Kadariah, kami panggal Puan Kay.. dia selalu belanja aku makan (dia tau aku miskin hehhe) dan banyak kali dia bwk aku dtg rumah dia utk ajar anak dia komputer. Alah ajar simple2 aje sbb aku pun bukan tere sangat hehehh...
masa 3rd year nak naik final year, aku tak keje. masa ni aku praktikal kat TNB HQ di Bangsar. Masa ni dapat elaun praktikal rm10 sehari.. sikit je.. huhuhu... masa lagi sebulan nak habis praktikal, elaun tu dinaikkan jadi rm20 sehari.. sekejap je lah aku merasa elaun 20rm tu...
lepas habis je periksa final, lebih kurang pertengahan bulan 3, aku terus cari keje kat KL. lepas bercuti 2 minggu di kg, 1 april tu, aku dan kawan2, Nik, Nana, K. Aya dan Kay (kamariah) duduk menyewa di Subang Goodyear Court 6 di Subang Jaya. Rumah yg kami sewa tu fully furnished, memang best sgt, sewanya 750 sebulan. masa kami start sewa, kami semua takde keje.. memang gamble berani mati punya.. masa ni hari2 dok tengok iklan keje kat suratkabar.. aku nik, nana, kak aya, penah keje kat syarikat kurier yg pos surat2 dr company2 besar.. kami keje tempek address org atas sampul surat.. 1000pcs, dapat rm3.. gile pedih jari2ku menarik sticker address dan menampal nya nak dapatkan 15rm sehari.. gile betul.. pastu kami buat keje sukarela kat rumah anak yatim, belakang giant kat subang jaya, skrg yg dekat ngan Mydin terbesar tu.. kemudian aku dpt keje thru agent kat company oversi.. Adamax Sdn Bhd gitulahh namanya.. jadi kerani buat excel file dan data entry.. oklah jugak.. masa tu tak mampu nak makan luar.. lunch time aku akan balik rumah jalan kaki, singgah kedai beli sadin tin kecik, balik tu kak aya masakkan.. dan kami lunch sesama.. kak aya tak keje lagi masa tu... gitulah hidup kami, sampai aku dpt offer keje UNITEN, yg start 1 June 1998.. maknanya, kami duduk kat rumah tu selama 3 bulan.. dan hari terakhir, kami ramai2 kumpul di rumah tu untuk kali terakhir.. yelah.. masa tu, nana dh keje di kedah, nik di rawang, aku di kajang, cuma kay dan kak aya je yg masih duduk disitu by akhir bulan 6 tu..
sedih sgt sbb rumah kat Subang Jaya tu memang best giler... seronok sgt rumah tu.. macam2 kenangan kami kongsi kat situ especially saat2 getir takde duit dan takde makanan heheeh... sesapa yg keluar dating, pakwe tu kena belikan makanan utk housemate awek nya tu heheh.. masa tu aku berkawan ngan sorang mamat yg aku kenal masa keje tempek address kat syarikat kurier tu.. buat kelako je masa lepas makan buat ayat sadis "hosmet saya suruh awak belikan mee goreng 1, nasik goreng cina 1, bihun tomyam 1..." isk isk isk.. tak sanggup kukenangkan saat2 itu.. mcm citer P Ramlee pun ada hehhehe... mujur jugak la dia kaya so mampu nak belikan semua2 tu hehehhe...
waduh waduh... macam2 keje rupanya yg aku dh buat.. tapi yg pasti, aku keje masa time cuti aje.. masa belajar, aku tak keje.. aku tak mampu nak channelkan tenaga ku utk belajar dan keje sekaligus..
boleh lah simpan kenangan2 keje2 rencam ni utk diceritakan pd anak cucu di kemudian hari.. ye tak?? kalau tak buat keje2 ni, takde lah aku jadi seperti aku harini, kan??
hmmm....
Monday, June 7, 2010
pengalaman keje2 rencam
Labels:
Sejarah Hidup
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|