Kerja2 PhD ku setakat ini berjalan dgn slow motion, kata Supervisor ku.. aku dh naik takut nih.. sbb macam banyak je lagi yang aku tak tahu.. dan aku dh macam saspen dengar cerita kawan2 dan nasihat2 mereka aku tadah dengan tekun dan cemas nya..
proses kat sini, utk setahun pertama memang masih dalam ketidaktentuan.. sbb bila genap setahun barulah kita kena defend proposal.. selepas itu barulah kita dianggap pelajar PhD sebenar.. seblom tu kita ni hanyalah candidate aje, belum PhD student lagi..
untuk defend proposal, menurut kata supervisor ku, sepatutnya dah clear tentang research question, dan apa yang nak dibuktikan nanti. dan juga telah diterangkan cara2 mendapatkannya ataupun research method on how to answer all the research questions. apart from that, u have to convince them that the mehod is doable, and at least 1 of the research question tu dah nampak bayangan jawapannya, walaupun later on mngkin berubah when our research expand and more clear data was gathered.
kalau research kita ada kena mengena dgn orang, samada perlukan data dr oranglain dalam bentuk survey, questionaire, intebiu dsb nya, kena lah dapatkan ethics approval pula.. yang ni paling leceh sbb ethics nih kena buat betul2.. ramai kawan2 sini yang mengeluh tentang ethics kerana menyusahkan keje2 research mereka..
selepas dpt ethics approval, barulah boleh collect data ikut cara yg kita kemukakan masa defend proposal tadi. boleh jugak tukar, tapi kenalah justify kenapa tukar.
research yang aku buat ni berkaitan dgn econsent yg diberi oleh patient bila mereka mendapatkan rawatan dr hospital. biasanya patient beri consent thru paper, tapi skrg nak tgk practicality kalau menggunakan electronik devices. ada banyak jenis consent yg melibatkan privacy dan data access, dan kena balance lah diantara dua tu..
so, aku bercadang2 data collection aku nanti nak ambik dr hospital dan patient directly, macam in-field study lah.. tapi setelah ku fikir2 dan ku tanya2 kengkawan yg dh senior, usul aku tu mungkin akan ada problem masa ethics nanti, kerana agensi hospital kat sini lain sikit dr mesia, dorang punya sistem consent sudah matang, dan ethics mereka sangat tinggi serta privacy mereka sgt terjaga.. malah mereka ada health privacy act lagi..
yang merisaukan aku adalah kalau ethics aku tak lulus, atau byk problemnya, akan melambatkan perjalanan aku nih.. lambat tu takpe lagi, jgn terbantut langsung pulak.. risaunyaaaa.... 1 solution nya, adalah memikirkan cara lain utk collect data nih, dan cuba utk tidak melibatkan org langsung.. bolehkah?? sebenarnya data yang sedia ada memang lah ada, hasil dr research terdahulu, cuma aku tak pasti sesuai ke tak, dan adakah masih valid lagi data2 tu.. sbb data2 tu dikutip oleh supervisor dan geng research dia 2 tahun lepas..
tapi bolehkah?? takut supervisor tak setuju aje..
aku juga pikir, 1 cara lagi utk collect data adalah dgn cara study existing econsent system.. namun takde system lagi yg didevelop.. yg ada hanyalah prototype aje, semuanya didevelop oleh jabatan health informatics di universiti of wollonggong, australia.. kalau aku dapat analyse semua protottype yg ada, akan jadi input yg sgt baik sekali utk research ku, namun supervisor ku kata, mcm susah nak dptkan sistem org, sbb, yelah, adakah kita senang2 nak kasik system yg kita buat pd orglain.. melainkan dgn collaboration yg memberi kebaikan kepada mereka jugak. win-win situation.. so, aku kena pikirkan apakah caranya atau solutionnya supaya win-win situation tercapai.. dgn kata lain, apakah approach yg aku nak pakai, supaya depa sanggup kasik sistem tu utk dicuba, dan pd masa sama tak rasa bahwa aku ni perompak sistem mereka.. hah.. camne tu??
dan cara ni ugak, confirm kena apply ethics sbb melibatkan urusan dgn universiti luor..
hmmm... nampak gaya, aku dh kena tengok2 ethics form tu.. takut sangkut lama sgt kat situ lah..
Ya Allah.. berilah hidayahMu.. permudahkanlah urusan teka teki ini.. hanya Engkau yg mengetahui yg terbaik untukku...
Wednesday, June 16, 2010
teka teki PhD
Labels:
Kehidupan Auckland,
study
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|