Thursday, July 22, 2010

Klinik di NZ

Salam semua..

Dah lama tak menulis sejak citer Winter Trip haritu.. aku dilanda batuk yg sangat teruk start 4 hari sebelum pegi trip, dan sampai skrg suara aku masih belum kembali seperti asal.. haii.. kalu jadi penyanyi, habis lumpuh mata pencarian huhuhu... nasib baik aku setakat penyanyi bilik air shj, yg sesekali diperlukan utk nyanyi lagu Happy Birthday aje di sana sini huhuhu...

punyelah teruk kan... 2 kali hilang suara, nak bercakap pun tak boleh.. tekak bengkak dan ada sekali tu berdarah terus... kahak pun masih ada lagi nih... mula2 dulu kaler jernih je, skrg kaler kuning... doktor yg tanya kaler apa, tu pasal aku tahu tu hehhehe..

kat sini sakit macamana pun, kalau kita direct dtg klinik, kita tak dapek jumpa doktor.. ni aku merujuk pada klinik Massey lah.. klinik swasta tu aku tak penah pegi pulak.. aku hanya pegi klinik universiti je.. klinik massey ni ada 2 org doktor dan 2 org nurse.. utk jumpa doktor kena buat appointment dulu, jumpa nurse tak payah.. jumpa doktor kena charge 30dolar, jumpa nurse 15dolar.. tapi utk dapat prescription ubat, kena diberi oleh doktor, nurse tak laku okeh.. masa perjumpaan dgn doktor limit 15 minit shj, nurse tak pasti plak, tapi kalu lebih 15 minit, off u go and buatlah next appointment..

kaedahnya semalam aku nak jumpa doktor utk mintak prescription ubat for the next 3 months je.. sbb ubat aku ni kan setiap 3 bulan kena ambik.. yelah... kena berterusan kalu tak takut darah tinggi jadi terlalu tinggi pulak.. bila aku pegi, dia tak kasik aku jumpa doktor sbb appointment doktor dh penuh, hanya boleh jumpa nurse je, tapi nurse plak time tu gi lunch.. lama nak tunggu tu last2 aku buat je appointment utk jumpa doktor jumaat nih, iaitu esok lah.. pukul 3.15 petang..

kalau kat Malaysia, ko redah ajelah, mesti dapat jumpa doktor punya, walopon lambat.. mcm AzZahrah kat Bangi tu, kalau pegi, ambik nombor, ko bolehla gi makan dulu kat Kopitiam tu pastu dtg balik belum tentu nombo ko dipanggil huhuhu.. kalu sakit tu, dah terbaring trelungkup kat situ pun ko tunggu ajelahhh.. tapi, ko confirm dpt jumpa doktor... kat sini, ko tak payahlah nak jumpa doktor kalu tak buat appointment.. dikira melanggar adat resam melawat doktor gitu.. hehhehe

lagi satu, klinik kat sini takde sediakan ubat.. dia akan bagi prescription shj atas kertas yang doktor tu sign.. pastu pandai2 lah ko carik mana2 farmasi luar utk ko beli ubat tu.. yang ni macam bagus jugak sebenarnya.. sbb semua farmasi lain2 harga ubat2nya.. so ko bolehla compare2 harga.. macam contoh:

beli Metformin kat Rosedale Pharmacy 90 bijik $10.90, tapi kat Apollo Pharmacy 21 bijik je dah $15.90
beli Glibenclamide kat Rosedale 45 bijik $12.10, tapi kat Apollo 21 bijik dah $16.60.. punyelah jauh beza.. terus aku tak beli dh kat Apollo... kena rajin sikit kat sini check harga.. even stesen minyak pun jual minyak tak sama rega... camtu sekali..

tu antara secebis perbandingan antara malaysia ngan negara orang.. macam2 kat sini.. mana yang baik kita tiru lah.. yg tak baik tu kita avoid kan.. ok...

Wednesday, July 14, 2010

Winter Trip 2010 Part 4: Tauranga-Albany

Bilik motel ni adalah bilik famili, dan 2 tingkat. Tingkat bawah ada katil queen, meja makan, dan ruang dapur yg kecik bangat. Tingkat atas cuma ada 2 katil single. Masa nak check-in tu tanya tuanpunya nya, boleh masak ke tak? Dia cakap, takde dapur, tapi dia boleh kasik hotplate 1. Risau gak takut dia tak kasik masak, tapi masa dia kasik hotplate tu, dikasiknya sekali 1 periuk dan 1 kuali frypan, maknanya, bolehla kami masak. Tapi periuk ngan kuali dia kami tak ambik, tak larat nak menyamak bagai, dan lagipun aku memang ada bawak periuk dan kuali.

badan rasa penat sangat, tapi kalau dah start baring2 nanti jadi malas nak buat keje. So, dalam 5.30 camtu kami keluar berempat, naik kereta Lornie je. Hajat tu nak cari Foodtown atau Countdown dan nak cari makanan utk malam tu. Tgh pusing2 ternampak PaknSave, terus kami masuk situ. Masuk2 tu kan area sayur2an, terus abang cakap, kita beli mushroom la.. malam ni buat sup mushroom boleh ke?? Aku terus semak barang2 makanan yg aku bwk.. hmmm.. boleh gak, cuma kena beli susu la.. ok set!

so kami beli cendawan sikit, kemudian bejau beli sayur 1 pek.. beli susu 1 botol, kemudian nampak muffin, abang terus teruja.. yelah, sbb siang tadi makan muffin kat cafe kat geyser tu seketul 4.50 dolar, kat sini dia jual 1.35dolar je... abang geram terus ambik 4 ketul lain2 perasa.. okla.. muffin ni kita buat brekfast esok, ok... lepas tu beli jugak roti utk cicah ngan sup cendawan, dan blistex, ubat utk bibir aku yg kering dan pecah2 sakit melampau.. pastu kami pun balik..

sampai je terus masak nasi, buat sup cendawan, dan panaskan roti. Bejau panaskan semua makanan2 kami yg lain dlm microwave. Lepas makan malam tu, baru aku mandi, pastu masak nasik utk buat nasik goreng esok, kemudian kami terus tidur. Aku dan abg tidur kat bawah manakala Lornie ngan Bejau kat atas. Aku taknak duk atas sebab aku selalu terbangun tgh malam, dan aku batuk2 berkahak, senak nak gi bilik air. Memang penat sungguh kami haritu, tidur bagai kayu mati!


Esoknya, kami breakfast muffin yang dihangatkan dlm microwave, dan buat nasik goreng. Semua lauk2 yang ada, habis aku masukkan dalam nasik. Mujur Bejau ada bawak coldman utk isi nasik yg dia bawak masa datang trip haritu, so kami isi dlm bekas tu supaya nasik tahan lama sikit panasnya. Dalam beberapa minit lagi nak pukul 10, kami pun check-out dgn beri kunci bilik pd tuan motel yg masa tu tgh kemas bilik sebelah kami. selamat dan lega rasanya, nak memulakan hari yang baru.

Kami memulakan perjalanan menuju ke Kiwi360 Orchard yang terletak di Tauranga itu. Tak lama perjalanan pun sbb Lornie kan follow GPS so kami pun sampai dalam pukul 11.00 gitu. Sampai2 je snap2 posing2 dulu di kiwi gergasi tu sbg bukti kami dah sampai ke situ.

Bila masuk dlm kaunter, rupanya ada tour ke dalam orchard untuk tgk pokok kiwi dan melawat kilang serta boleh makan kiwi sekali. Kena lah beli tiket dulu, sorang 20dolar, tapi student dapat 18dolar. Dalam pukul 12, kami memulakan perjalanan naik kart memasuki kebun kiwi. seronok jugak naik kart tu sbb pemandangan sekitar boleh dlihat 360darjah, takde dinding hehehh..

jurupandu kami memanglah seorg yg sangat pandai tentang kiwi, segala2 nya dia tahu. sebenarnya pokok kiwi ni bukanlah pokok native NZ. ia di bawa ke sini oleh seorg pesara guru dari negara China. Buah kiwi ni ada pokok jantan dan ada pokok betina, dgn nisbah 1:4.. 1 pokok jantan kepada 4 pokok betina.. ehhh... mcm org laks.. hehehhe...


pokok kiwi takleh membiak sendiri melainkan dengan pertolongan.... lebah! pada musim yg sepatutnya, beribu2 sangkar lebah di bawa masuk ke dalam ladang untuk membantu proses pembiakan ini. hebat kan?? bergantung sepenuhnya pd haiwan kecil tu je.. kemudian kiwi dipetik dalam masa 10 minggu shj, iaitu dalam bulan april-jun. Sepanjang proses pemetikan buah kiwi ni, berpuluh ribu pekerja sementara diperlukan, dan semua buah kiwi dipetik tak kira kecik atau besar. Dalam kilang, barulah buah kiwi diasingkan mengikut saiznya, dan dimasukkan dalam kotak, dan dilabel. kemudian kotak2 ni dimasukkan dalah freezer yang sangat besar, dan dibekukan untuk dikeluarkan sikit2 bagi penjualan sepanjang tahun!! maknanya, kalau kite beli kiwi pd bulan mac, itu adalah buah kiwi dr produk tahun sebelumnya!!

ladang kiwi360 ni menghasilkan lebih kurang 80% pengeluaran kiwi NZ dan sebenarnya hampir 95% pengeluaran kiwi NZ dihasilkan di Tauranga. Menurut juru pandu, climate Tauranga dan tanahnya yg subur adalah paling sesuai utk buah kiwi menyebabkan kiwi yg dihasilkan di sini lebih besar dan manis dari yang lain. Ntahlah.. itu apa yang dia bagitahu kami lah, kami semua kan macam melopong je dengar dia cerita tu hehheeh..

musim sejuk ni, adalah musim pokok kiwi di browning, iaitu dahan2 ditetak dan dibuang. proses ini memrlukan profesional shj sbb takut salah tetak nanti akan merosakkan pokok yang diperlukan lagi utk next season. proses browning ni mengingatkan aku pd proses browning kelapa sawit di kampungku, yng mana daun2 ditetak dan dibuang supaya buah kelapa sawit ada ruang lebih besar untuk tumbuh lebih banyak. konsep yang sama lah ni agaknya. (oh tiba2 teringat pd kebun sawitku dikg)

Selepas abis sesi menjelajah ni, kami melepak di area cenderahati nya sekejap sbb masing2 perlukan toilet! kebetulan haritu adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke7, so kami pun belikan masing2 hadiah kat kedai cenderahati tu. hmm... bukan selalu kan kita sambut anniversary huhuhu..

kami keluar dr Kiwi360, jam dah nak masuk pukul 2. kami pikir kalu terus shoot ke Albany pun, tak sempat jugak sebelum maghrib, so mesti nak solat dulu di mana2. Setelah dipikir2, kami setuju nak gi area pantai maurangi unt:uk berhenti makan dan solat. Sampai kat sana, kami terus bukak bekal, dan makan. Kemudian, selepas solat, kami terus shoot balik ke Albany.

Kami sampai Albany jam dah pukul 5 lebih, cuaca dah gelap sangat dan badan pun letih sangat. Kami berhenti kejap kat depan Tofu Shop untuk tengok barang2 mana2 yg patut diambil dan patut ditinggal. Pastu selamatlah kami balik ke rumah masing2.

malam tu aku hilang suara lagi sekali, dan tekak rasa sakit sangat. Aku langusng tak pegi univ untuk sepanjang minggu tu.

Perbelanjaan:

Minyak kereta dr awal: 240
belanja barang2 makan kat Lake House: sorang kena 31.60
ayam yang kubawa utk trip: 10kg drumstick + 2 kg wings + 3 ekor saiz 18
+ kak asna bawak sekor
- 1.5 ekor tomyam
- 6kg drumstick + 2 kg wing utk BBQ
- 4kg ayam masak merah
- 1.5 ekor gulai masak lemak
- 1 ekor goreng garam kunyit utk trip aku yg extra tu
Perggghhhhh... gila banyak makan ayam!!

masuk ski sightseeing: 46
masuk wai-o-tapu: 60
masuk kiwi360 kart: 40
masuk trout center: 6

sewa rumah lake house: 70
sewa rumah rotoiti: 35
sewa motel: 50

yang lain2 tu perbelanjaan kecil2 tu malas lah nak rekod.. hehehhe...

anyway, we had one of a kind winter trip, yang sangat seronok dan mengujakan.. tahun depan kita pegi lagi yea kengkawan... tapi seblum tu, jom kita naik ke utara dulu, ke Whangarei..!!

Monday, July 12, 2010

Winter Trip 2010 Part 3: Pukawa Bay-Turangi-Rotorua-Tauranga

Sistem rumah sewa atau hotel atau motel di sini, check-in time ialah pukul 2 petang, tapi check-out time ialah pukul 10 pagi!! awal kan... terpaksalah ikut, sebab kita kat negeri orang.. jgn pandai2 pulak nak check-out pukul 12 macam kat Malaysia, mati ko kena bayar tambahan berapa2 dolar nanti..

Pada pagi ahad 4 hb tu, kami bangun subuh je semua orang dh kelam kabut. Para isteri ni jgn cakaplah, macam lipas kudung. Dahlah pakaian dan barang2 nak di kemas, nak prepare pulak lauk untuk lunch tghhari karang. maklumlah, tempat org camnih, makan keluarga kena di jaga, bukan boleh makan sebarang makanan di luar sana, banyaknya tak halal.

anyway, pagi ni kami buat sandwich telur utk breakfast ala kadar, dan masak telur rebus masak kicap dan gulai lemak ayam dengan kentang untuk lauk tghhari. Ada ayam kak asna sekor dan ayam aku setengah ekor balance dr masak tomyam tempohhari (aku plan 2 ekor, tapi masak 1.5 je). Tgh mengemas2 tu tup2 depa cakap tukang cleaner rumah tu dh sampai. kelam kabut!! mujur kami ada bawa bersama 2 org cleaner bertauliah yang memang cekap memvakuum, menyapu dan menyusunatur balik barang2 sampai nampak macam takde org duduk.. memang power rangers! Sia2 je bayo duit cleaning fee 80dolar pada tukang cleaner tu.. kain2 tuala dan kain2 buruk yang kitorrang pakai pun semua kami dah basuhkan, dan dah sidai siap2..

jam 10.30 barulah kami dapat benar2 keluar dari Lake House. Keluarga Abg Mie pun dah sampai sekali, so kami keluar beramai mengikut ketua rombongan kami si Lornie. perhentian pertama ialah tempat isi minyak, dan tong sampah kat pekan, untuk buang segala sampah sarap yang kami hasilkan sepanjang 3 hari 2 malam kami menginap di Lake House tersebut.

selepas kereta semua diisi minyak kenyang2, kami pun memulakan perjalanan menuju ke Tongariro national Trout Centre di Turangi. Turangi ni tak jauh dari kawasan rumah sewa kami, adalah dalam 40 minit drive aje. sampai kat sana, abang dah excited sebab biasalah, kalau pasal ikan je mesti gembira sakan. Bila kami masuk, rupanya kawasan dia agak luas jugak. Dan ada information center dia, tapi kena bayar sorang 3dolar for adult. Budak2 free. Yang masuk center tu hanyalah aku, abang, Lornie dan Bejau je, yang lain semua tak masuk, cuma pegi tengok kawasan sekitar, menyusuri Walkato River aje. Dalam information center tu banyak giler information pasal trout fishing, on how org dulu2 tangkap trout, dan progress kpd alatan yg ada skrg.

ada juga tayangan video tentang cara2 penangkapan, kaedah tangkap dan lepas statistik2 terkini tentang trout dsbnya. Lepas tu, bila kami keluar dari center tu, terserempak dgn sahabat2 yg lain, dan kami decide nak solat di situ je. Public toilet ada kat situ, so kami solat di open air sahaja, sejadah nya adalah baju sejuk yg kami pakai. alhamdulillah, bumi Allah bersih dan luas bagi yang mahu mengingatinya. kemudian kawan2 yang lain terus gerak ke parking lot, tapi kami berempat pegi tengok sungai waikato dengan harapan kalau jumpa pemancing trout, bolehlah beli sekor ikan trout dari mereka untuk makan malam kami nanti. Malangnya tak jumpe pun pemancing, tapi sungai yang terbentang di depan mata sangat indah dan mengasyikkan, mengingatkan aku pada Sungai Terenggan tempat kami berkhemah dalam Tasik Kenyir beberapa tahun dahulu. Kawasan bibir sungai yang landai dan batu2 kecil dan besar benar2 membawa aku teringat pada kenangan lalu.



Selepas tu, kami terus menuju ke parking lot untuk join kawan2 lain menghadap makan tghhari. Jam pun dah menunjukkan pukul 1 lebih, dan semua kami akan bergerak ke Taupo dahulu untuk acara posing2.

Kami sampai di Taupo jam dah hampir pukul 3, dan sempatlah kami klik sana klik sini, snap sana snap sini sebelum punggah masing2 bergerak ke lain2 arah. Kami akan bergerak ke Rotorua, manakala sahabat2 lain akan bergerak balik ke Hamilton, tidur di rumah kak asna, dan balik ke Albany keesokkannya. jadi tinggallah kereta kami shj iaitu aku dan famili Lornie. Kami dah siap2 sewa rumah lain di Lake Rotoiti, iaitu berhampiran dgn Lake Rotorua.

Keluar je dari kawasan Taupo, kami mengundur ke belakang sikit sebab nak singgah beli ikan fresh. Kami cari jugak kalau2 ada ikan sekor, tapi takde. Jadi aku dan Bejau beli ikan salmon sepotong besar, dan udang fresh 10dolar. Cukuplah untuk dinner kami malam tu.

Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Lake Rotoiti, dan sampai ke sana dah malam dah. Mujur tak susah sangat cari rumah yang kami sewa tu, dan masuk2 je dalam rumah tu terus rasa suka sangat, sbb rumah tu besar lah jugak untuk kami 4 org, dan ada 3 bilik sebenarnya. Ruang tamu pun selesa, dapur dan ruang makan pun cantik. Rumah ni kira rumah baru lah kalau compare dengan Lake House. Ruang bilik air terletak dekat dgn pintu masuk utama, kemudian bilik aku pun kat area situ. kemudian ada pintu lain nak ke ruang tamu, dapur, ruang makan dan bilik Lornie.


malam tu aku terus hilang suara. Batuk aku makin kurang tapi suara pulak hilang. tensen sangat nak bercakap. Anyway, malam tu kami masak ikan salmon, kentang dan udang bakar. Aku masih ada ayam sekilo, so cukai sikit utk masak dgn sos char siu balance bakar semalam. kami takde bawak periuk nasik, tapi mujuk aku ada bwk periuk satu dan kuali satu. Periuk tu pulak ada pengukus. So malam tu masak nasik pakai periuk tu, payah sgt nak kontrol pemanas tu maklumlah kalau masak pakai dapur gas, pandailah, ni susah nak kontrol tahap kepanasan filamen tu, last2 nasik mentah jadiknya. Terpaksa pulak dikukus dulu seblom makan.

Disebabkan malam tu agak sejuk dan pendiang pun macam tak cukup kayu, so kami decide nak tidur kat ruang tamu je, kat situ dh panas. Bilik kami sejuk bangat dan rasanya blower pun tak lut. Memikirkan esok kena check-out pukul 10, jadi aku tidur lambat untuk masak makanan esok. Aku masak ayam goreng garam kunyit je, dan tumis sardin, sebab lauk ikan salmon dan udang tu masih ada lagi. aku tidur pukul 2 pagi malam tu.

hasilnya, esok pagi aku terbangun lambat. Namun, sebab dah siap2 masak malam sebelumnya. so takde lah kelam kabut sgt. kami plan pagi tu nak tengok lady Knox Geyser di Wai-O-Tapu Geothermal, dan menurut brochure tu, geyser tu akan meletus setiap hari jam 10.15 pagi. Jadi, budget kami kena gerak paling lewat jam 9.00, takut tak sempat. Mujur masa bangun pagi tu, Bejau dan bancuh air panas dah dah siap2 masukkan lauk2 dalam bekas. Kami breakfast roti croisant dgn tuna je dan minum kopi o, dan off we go!

berkejaran kami nih takut terlambat. nak masuk tu kena beli tiket dulu, sorang 30dolar. jauh pulak tu tempatnya, kena naik kereta. sampai2 je memang dah ramai org berkejar2 takut terlambat. tgh dok tunggu2 tu ada lah sorang ni jurucakap die datang ke depan dan bukak cerita camne geyser nih mula2 dijumpai. Alkisahnya, geyser nih terjadi hasil pertembungan lapisan air panas yang dibawahnya adalah air sejuk. Jadi, bila air panas tu terlalu panas dan air sejuk tu terlalu sejuk, die akan  meletus keluar dalam bentuk geyser. Jarak masa letusan tu adalah diantara 24 jam hingga 72 jam, dan dalam masa tu, ia mesti akan meletus. Tapi, camne depa jumpa geyser nih dulu? Masa time perang dulu, geyser ni separas dgn tanah je. Askar2 guna air panas yg keluar dari geyser ni sebagai air utk dorang cuci baju. Kemudian 1 hari, salah sorang askar tu terjatuhkan sabun basuh ke dalam geyser tu, dan hasilnya, keluarlah ia dalam bentuk yang sangat tinggi, menjangkau 3 meter. Askar2 tu susun batu di sekeliling tu supaya geyser tu keluar lebih cantik.

Jadi si jurucakap tu pun jatuhkan 3 ketul sabun dalam geyser tu sbg pemangkin utk geyser tu meletus... laaa... camtu rupenya.. patutlah kitorang wonder camne bleh geyser tu meletus everyday at the same time, rupanya guna pemangkin. and indeed, few seconds after that, geyser tu mula start meletus. Mula2 rendah je lama2 tinggi bangat. Dan letusan tu boleh bertahan selama lebih sejam!! Lama tuuu!! Cantik sangat lah geyser tu, kami pun apelagi, cam biasa snap sana snap sini..


Dah puas tengok geyser tu, barulah kami balik ke kaunter tiket tadi, untuk masuk ke dalam gethermal punye area. Luas gile area ni, terbahagi 3 bahagian. bahagian 1 kalau nak pusing jalan kaki ambik masa 30 minit. tambah bahagian 2 kena tambah lagi 10 minit, maknanya 40 minit la.. tambah bahagian 3 lak, akan tambah 35 minit lagi, jadi semua 75 minit. Aku ngan abang hanya buat bahagian 1 ngan 2 je, dah tak larat nak jalan.. tapi Lornie ngan Bejau habiskan semua bahagian. Cantik2 bahagian kat dalam tu. Walaupun berbau sulfur keseluruhan kawasan, namun taklah sekuat macam kat Tangkuban Perahu kat Bandung, dan kawasan kat situ macam2 boleh tengok, memang happening lah jugak.

Lepas habis tu, kami ronda2 kat tempat kaunter tiket tu, ada jual barang2 cenderahati serta ada cafe sekali. Kami minum kopi dan makan muffin kemudian aku beli sweater 1 tulis New Zealand. First time beli sweater first hand huhuhu... kami nak lunch kat situ tapi takut org cafe tu tak kasik kami bukak bekal, so kami pun keluar jelah. kami pegi pulak ke Mud Pool kat area2 situ jugak tapi kena naik kereta la. Ajaib sangat Mud Pool tu sbb mud mengelegak2 macam buih2 bila kita tanak nasik tu. Malangnya masa ni kamera aku habis bateri lagik.. isk isk... terpaksa tumpang kamera Lornie.

Kat parking lot kat Mud Pool tu memang tak banyak kereta, so kami pun bentang tikar dan bukak bekal kami dan makan.. Sambil tu kami berbincang2 tentang plan kami untuk pegi melawat Kiwi Orchard. Memandangkan hari dah nak petang, maka kami bercadang untuk tambah sehari lagi trip supaya berbaloi perjalanan kami nih.

Lornie terus text pada Mark, agent rumah sewa di Lake Rotoiti, namun tiada balasan. Jadi kami mengambil keputusan drastik untuk terus je menuju ke Tauranga dan cari motel2 murah di area sana. Aku dan Shukor pun perlu cari tempat utk solat nih.

Jadi kami pun terus menuju ke Tauranga. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam lebih juga sbb Wai-O-Tapu terletak di selatan Lake Rotorua, tapi Tauranga terletak sebelah utara barat. Kami sampai ke Fenton Street, Tauranga, jam dah menunjukkan pukul 4 lebih. Aku dan Bejau cepat2 gi tanya motel, selang satu.. kalau Bejau gi sini, aku gi yg depannya utk tanya. Kami cuba dapatkan bilik famili, sbb biasanya ianya lebih murah dan boleh lah berkongsi.

Akhirnya, setelah tanya lebih kurang 5 motel, kami setuju nak menginap di Ace Motel aje, sbb bilik famili nya yg paling murah - cuma 110 dolar semalam, tapi dia kasik diskaun lagi tinggal 100 je. okla tu kan.. kami pun terus setuju je dan dapatlah kunci bilik.

Aku dan Shukor cepat2 solat Zohor dan Asar, dan rileks2 sekejap dalam bilik motel. Kisah trip kami seterusnya bersambung dalam next part.. perghhh panjang betul kisah aku nih... hehhehe

Sunday, July 11, 2010

Winter Trip 2010 Part 2: Pukawa Bay-Ruapehu-Pukawa Bay

Pelan asal kami, kami sewa 3 buah rumah. Rumah 1 ialah Lake House, yang bakal dihuni oleh famili Lornie, famili aku, famili Hanafiah dan famili Zack. Rumah 2 ialah Quaills Run yang bakal dihuni oleh Famili Adnan dan famili Nihra. Rumah 3 bakal dihuni pula oleh famili abg Suhaimi. Namun disebabkan famili Nihra tak dapat join sama kerana masalah kesihatan, maka famili Adnan macam tak syok nak duduk sorang2 kat rumah dia. Solutionnya: masuk je duduk sesama di Lake House.

Mujur juga rumah di Lake House sangat besar. Ada 5 bilik semua sekali. 1 bilik ada katil king, 1 bilik lagi ada 5 katil bujang termasuk 2 tu double decker. Bilik ke 3 ada 1 queen, dan bersambung dgn bilik ke 4 yang ada 1 katil bujang. dalam bilik ke 3 ni jugak ada tangga naik ke atas bilik ke 5 yg ada katil king single. Aku dan abang memang dari awal2 dah cop bilik kat attic, so kami cepat2 letak barang kat atas tu. Bukan apa, at least ada tempat nak tukar2 baju, tempat tidur tu tak berapa penting sgt.

Selepas selesai kemas barang itu ini, zack buatkan tabir yg pisahkan bilik dia dgn bilik 4 dan tangga bilik 5, rumah pun dah terasa panas, pembakar dah berdesir membakar tongkol2 kayu untuk memanaskan satu ruang tamu yg besar tu. Sapa2 yang nak mandi, dah mandi dah. Sebahagian budak2 masih main kat luar, para bapa berkeliaran mencari samada rumah dapat Sky atau tak, dan sibuk carik channel tv supaya pasti ada siaran bola World Cup nanti. Kak asna terus goreng ikan kembung untuk makan malam tu dan panaskan daging yang dia dah masak siap2 dari hamilton.

Dalam pukul 6.45 kami berkonvoi beramai2 menuju ke rumah abg Mie pulak untuk dinner. Rumah abg mie terletak di area yang sama, cuma nama jalan berbeza. jarak perjalanan dalam lebih kurang 10 minit, tapi kami sesat barat malam tu tak jumpa2. Jalan dah lah gelap gelita, memang saspen. last2 abg mie terpaksa susur kami,

Rumah abg mie 3 tingkat! Pergh... cantik betul! Level bawah ada bilik besar siap ada table tennis dan dart. Level ke 2 ada bilik2 tidur, ada 3 bilik rasanya. level ke 3 ada dapur dan ruang tamu yang penuh dgn game macam bric brac, foosball, domino dan buku2 cerita serta board game mcm scrabble dsbnya. Menu malam tu di taja oleh famili abg mie dan famili adnan, ada sup daging, ikan goreng, sayur dan sambal serunding kelapa yang yummy, daging masak kicap dan sambal belacan yg ummppphhhh... memang kenyang terover kami dibuatnya.

kebetulan malam tu sambut besday abg mie sekali, so semua pun mood celebration. semua pun pakat2 ambik gambo ala2 sanding kat kerusi yang cantik di situ. bukan main lagi hehhehe...

lepas habis segala makanan, kami pun bergerak balik ke lake house. Teringat nak jengah jugak rumah Quaills Run yang tak jadi duduk tu, sebab dah bayo siap2 kan, boleh gak jengah, dapat lah compare2. So selepas sesat barat 2, 3 round, sampailah kami ke rumah tersebut. tengok dalamannya sangat selesa, walaupun taklah sebesar Lake House. Sempat jugak 2, 3 org pegi mandi manda, dan qada hajat. Lepas tgk keliling lebih kurang, kami pun balik ke Lake House semula.

Kaum ibu tengah berpikir2 untuk lauk esok, takut tak sempat nak masak waktu pagi2 buta tu, so kami ambil keputusan untuk masak siap2 malam nih jugak. Terus je kami goreng ayam sebanyak 4 kg drumsticks, 6 kg lagi drumsticks + 2 kg wings di perap dengan Char Siu Sauce dan disimpan dalam peti sejuk untuk function BBQ malam esoknya. Sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng dan nasik lemak, semua di masak siap2. Sambal ayam masak merah pun di masak terus. Roti sandwich yang nak di bawa esok di kerat tepinya, dan disapu butter siap2. Sardin pun dilenyek dan disiapkan juga, cuma esok kena sapu je. Lebihan roti yg telah dikerat2 tu aku terus buat puding roti dan siap malam tu jadi juadah sambil tengok tv.

dalam pukul 12.30 kami semua pun tidur. Aku dan shukor ambil keputusan untuk tidur di ruang tamu aje sbb takut sejuk kat atas. Lagipun kami cuma bawak blower aje, takut trip electrik takleh menampung terlalu banyak blower yg dipasang serentak malam tu. Aku terjaga 2 kali tgh malam utk tambah kayu, dan dekat nak subuh abang pulak tambah kayu banyak2 so api tu marak menyala dan panas kuat. best sgt tidur dekat pendiang nih.

Esok pagi2 semua org bangun tidur dgn excitednya. Selepas sarapan nasik lemak, sandwich sadin dan minum kopi o panas, semua siap2 nak bergerak sambil tunggu abg Mie. bekalan masing2 bawa sandwich, dan nasik serta lauk ayam masak merah utk bekal makan tghhari nanti. Kami keluar dari rumah lebih kurang 8.30 pagi.

Perjalanan menuju ke Mount Ruapehu memang mengujakan. Van kami ada passenger cilik seramai 3 orang. Dalam van havoc dengan suara mereka je. Sebenarnya Mount Ruapehu ni ada 2 site utk ski, iaitu di Turoa dan di Whakapapa. Turoa terletak di bhgn selatan dari puncak gunung manakala whakapapa terletak sebelah utara-barat dari puncak gunung. kedua2nya menyajikan pemandangan salji yang memukau. menurut kata kawan, di Turoa kawasan skinya lebih landai dan lebar, manakala Whakapapa lebih tinggi dan curam.

Sampai shj kami ke parking lot 6, kami kena tinggalkan kereta kat situ. Kemudian naik bas free yang disediakan untuk angkut pengunjung dan skiers. sampai shj acara yg pasti adalah posing2 dulu, maklumlah first time jumpa salji real. sebelum ni asyik tengok dalam tv je. Udara sejuk dan berangin, memang pedih muka dibuatnya. Mujur dah pakai losyen siap2 masa kat rumah tadi. Shukor pun aku pakaikan losyen tu.

Bas dropkan kami kat tempat depan kaunter tiket. ada 2 bahagian kawasan ski di sini. Yang pertama nya rendah aje, turun ke bawah naik chairlift, yang ni free je. Situ ramai sgt org, terutama yang belajar ski. memang ada ski school dibukak kat situ, untuk org belajar. peralatan semua boleh disewa. harganya tak catit pulak. Yang bahagian keduanya, ada 2 level, in between memang kena berhenti. untuk naik bahagian ni, kena bayar adult 23dolar sorang, children 14 sorang, tapi untuk famili 60dolar, regardless bilangan anak. so, lagi ramai anak, lagi untung lah. Kecuali abg mie, yg lain semuanya beli tiket naik ke atas ni.

dr Level 1 ke level 2 nih chairliftnya hanya muat utk 2 org shj. jauh jugak naik tu, memang gayat. yang paling tak tahan, angin kuat sangat, dan muka pedih sangat. aku siap tutup2 muka dgn tgn yg berglove ni utk kurangkan pedih. rasa mcm kena cucuk2 dgn jarum2 halus.. sampai je kat level 2 terus lompat turun dan bergegas nak pegi ke cafe kat situ, nak minum kopi. malangnya cafe dah tutup, yang ada hanya kat level 3 nanti. mujur seblah tu ada public toilet. bila bukak airnya, air panas!! phewww... punyelah sedap rendam tangan dalam air panas tu.. lega rasanya. lepas tu barulah boleh berposing2an dan bergambar sakan.


Agak lama kami kat level 2 ni, sebelom naik chairlift lagi ke level 3. chairlift yang ni agak besar, boleh muat 4, 5 orang. dan jarak pun tak jauh sangat, cuma lebih tinggi dari tadi. sampai je kat atas, kami terus tuju ke cafe yang ada tu, punyelah ramai org tgh minum, maklumlah, kesejukan, dapat minum air panas memanglah nikmat tak terkata. Harga kat atas ni boleh tahan jugak, taklah mahal mana. Kami berdua minum Hot Choclate dan Mocha, 3.50 je satu, lebih kurang harga kalau kat cafe kat pekan jugak. Kira murahla tu memandangkan ni kat atas gunung Ruapehu yang susah nak sampai supply kan.. anyway, tak cukup pulak secawan, repeat order lagi sorang satu baru ok. melampau heheheh.... dan bukaklah bekal sandwich tadi. Memang kebulur dibuatnya huhuhu...

lepas tu kami turun ke level 1 terus. Ingat nak terus je balik, pastu rasa dah alang2 tu baik turun je yg tempat free tu, tengok apa2 yang ada. sekali turun punyela ramai umat manusia, dan takde apa2 pun kat situ. Last2 kami naik balik ke level 1, dan naik bas balik ke parking lot 6.

kami keluar dari kawasan pergunungan Ruapehu, dan berhenti kat parking lot kat area whakapapa village untuk berhenti makan tgh hari. Keluarga abg Mie tak ikut kami sbb mereka dah balik lebih awal. Mungkin kesian kat makcik (mak abg Mie yang ikut sama). Kami sampai semula ke Lake House lebih kurang jam 4.30. Masing2 bekejar ke toilet dan mengerjakan solat yang dah nak habis tu. macam semalam, aku tunggu terus je masuk maghrib terus solat jamak maghrib dan isyak sekali harung.

Bila aku turun semula ke bawah, tengok ayam dah start dibakar. Nasik2 yang belen dah dibuat nasik goreng 2 jenis oleh kak asna, sambal tumis ikan bilis pun ada lagi, memang lebih dari cukup untuk makan kami semua malam tu.

Lewat malam tu, kami berjaga malam sebab nak layan world cup Germany lawan Argentina. Disebabkan aku memang penyokong Germany, kemenangan 4-0 ke atas Argentina malam tu menutup hari aku dengan penuh manis nya huhuhu. Abang dah lama tido masa tu, sbb die tak layan bola. So, malam tu aku tidur kat atas loteng la kat bilik aku, terpaksa pasang blower, mujur tak trip.

Seronok sungguh akhirnya dapat main salji, namun percutian aku belum berakhir. Sambung lagi kisah aku di next entry huhuhu...

Saturday, July 10, 2010

Winter Trip 2010 Part 1: Albany-Hamilton-Taupo-Pukawa Bay

Pelan perjalanan percutian geng2 seAlbany tahun 2010 ni memang telah dirancang rapi dari bulan 4 lagi. Ketua rombongan kali ini diamanahkan kepada Saudara Lornie dan Bejau yang telah membooking rumah2 sewa dan memulakan itinerary perjalanan.

Kami mengadakan meeting sebanyak 2 kali untuk memilih rumah2 sewa, dan meneliti pelan perjalanan keseluruhan supaya semua agenda dipenuhi dan tempat2 lawatan dikenalpasti. jarak perjalanan dan masa yang diambil dari satu poin ke satu poin juga diambilkira.

Bagi aku dan Shukor, ini merupakan pengalaman pertama kami terlibat dalam percutian jarak jauh beramai2 dalam komuniti Albany ini. yelah, kami pun baru 9 bulan di sini, belum pun cukup 1 cycle 4 musim di negara All Blacks ini. Sudah tentulah percutian ini dinanti2kan dengan perancangan dan persiapan sebaik mungkin.

Dalam beberapa minggu terakhir, kami mendapat tahu bahawa Encik Azmi, kawanku seUNITEN yang menyambung pelajaran di Waikato Uni, Hammilton akan menumpang rumah kami untuk Bersatu Games di Auckland. Kami memang takde halangan apa, sudah jadi adat merantau di tempat org, rakan2 lah tempat meminta pertolongan. Tapi, pada minggu terakhir seblum pergi, kak Asna mencadangkan supaya aku dan Shukor bergerak dulu ke Hamilton sehari sebelum hari sepatutnya, dan konvoi bersama keluarga dia untuk tunggu sahabat2 lain di Cambridge.

Pelan asal, iaitu berkumpul di Massey uni, dan bergerak ke hamilton pd pagi Jumaat, singgah di Huntly dan bergabung dgn famili Asna+Adnan di Cambridge masih berjalan spt biasa untuk famili2 lain, cuma kami shj yang bergerak awal sehari, dan jumpa mereka di Cambridge. dgn cara ini, kami dapat jugak menyerahkan kunci rumah kepada en azmi secara by hand, jadi terasa lebih selamat dr letak bawah tong sampah (pelan asal).

Maka, kami pun gerak pd hari Khamis 1 Julai, selepas Zohor dalam pukul 2. Banyak destinasi yang kami singgah, termasuk klinik massey uni, kedai ayam halal dan northcote. Pukul 3 lebih barulah betul2 kami menuju Hamilton.

Perjalanan lancar aje, kecuali hujan renyai2 sesekali tapi cuaca cepat bertukar cerah pulak. Camtulah keadaan winter di NZ nih. Kami sampai di Hamilton, ngam2 masuk waktu Maghrib. Cuaca sangat sejuk tapi mujur rumah kak asna ada heater gas.. so sedaplah berdiang kat situ. Sampai2 je, terus goreng ikan kembung yg aku beli di Dahua Northcote, makan dengan budu dan petai. Huh... sampai licin periuk hehehh...

Dalam pukul 7 malam, kami beramai jalan kaki ke rumah en Azmi. Tak jauh dgn rumah kak asna tu.. Adnan tak pegi sebab die gi keje. Kak Aina hidangkan cekodok pisang dan keropok goreng. sedap jugak makan time2 sejuk walopon dah kenyang. Pukul 9 kami balik. Kemudian kami keluar pulak ke rumah Kak Hanim + abg Zul, tapi kali ni kena naik kereta. Tak sanggup nak jalan kaki dalam malam sejuk2 tu.. boleh beku dibuatnya.. Rupanya kak hanim dah siapkan bun kacang merah serta kuewtiau tomyam lagi. terpaksalah makan jugak kan, nanti tuanrumah kecik hati hehehhe..

Malam tu aku dan abang tidor kat bilik Najwa. Sejuk sangat dan aku pun sebetulnya tak berapa boleh tidur sbb batuk2 dan makin teruk.

Esoknya pagi2, aku dh bangun. Lepas solat, aku terus duduk kat ruang tamu je, berdiang dgn gas heater tu. dalam pukul 8, aku masak lauk yang memang bahagian aku utk masak, iaitu tomyam ayam. sekejap je masak tomyam, main campak je semua barang. kak asna pulak siap2kan barang2 nak bawak dan bekal anak2 dia. Dalam pukul 10 kawan Albany dah call cakap mereka dah nak sampai Huntly, cuma dalam 20 minit je ke Cambridge tu. Mujur mereka singgah lama gak kat Huntly tu. Kelam kabut kami semua packing barang2 dan sumbat masuk kereta, dan berdesup pegi ke tempat pertemuan yang dijanjikan. Sampai sana, dorang takde lagi, so aku dan abang pegi Countdown sekejap beli ubat batuk.

Balik dr Countdown, semua org dh ada. Salam gitu gini, kami pun memulakan perjalanan dengan Lornie kat depan, dan Zack kat belakang sekali. Kami ada berenti rehat sekejap kat mana ntah, sekadar nak buang air dan lurus2kan pinggang. Sempat posing 2, 3 keping, pastu kami teruskan lagi perjalanan.

Kami sampai di Huka Falls lebih kurang jam 1.30 tghhari, memang betul2 ikut pelan yang dirancang. kat sini kami cuma singgah untuk ambik gambar sahaja memandangkan Huka Fall ni sangat cantik. Kita boleh tengok air yang menderu masuk dgn kapasiti 250k gelen per second, iaitu lebih kurang saiz 2 kolam renang olimpik! memang menakjubkan. Dalam hati rasa gayat dan seriau melihat air yg sangat deras dan banyak - org yang pandai berenang pun belum tentu selamat jika terjatuh dalam tu. nauzubillah!

Selepas posing2 dan jalan2 sikit, kami meneruskan perjalanan ke Lake Taupo. Ikut pelan, kami akan berhenti makan dan solat di sini, sbb ada public toilet. Dari tempat kami berhenti makan tu, nampak bot2 pelayaran sedang berlabuh. Menu kami tghhari ni seperti yang dirancang terlebih awal: Tomyam ayam, daging masak kicap, sayur campur dan telur dadar. Memang sedap makan, tapi sejuk sangat sampai rasa bercinta nak basuh tangan. Dan pelan asal nak solat di situ, setelah ditimbangtara, macam sempat kalau buat di rumah sewa nanti, so semua pun setuju solat je di rumah sewa nanti, di Pukawa Bay.

Perjalanan kemudian diteruskan dan kami tiba di rumah sewa dalam pukul 4.15. Maghrib masuk pukul 5.11 waktu Rotorua, so kami pun bergegas2 untuk solat jamak Zohor dan Asar. Aku tunggu terus masuk Maghrib, dan terus jamak pulak Maghrib dan Isyak. Budak2 masa tu mengeksplore kawasan sekitar dan main macam2 permainan kat situ. kaum ibu sibuk punggah barang2 makanan dan pakaian, sementara kaum bapa sibuk memastikan rumah panas.

ok pasni kita cerita pasal rumah dan aktiviti seterusnya pulak dalam part 2.

Friday, July 9, 2010

Happy Anniversary ke 7..

Selasa 6 Julai baru ni genap sudah 7 tahun usia perkahwinan aku dan abang. Diam tak diam dah 7 tahun kami melayari hidup bersama sebagai suami isteri. Selama itu banyak juga dugaan yang kami tempuhi atas tiket menesuaikan diri dgn pasangan hidup. Dan last2nya kami mengambil keputusan yang certain2 perkara memang takkan boleh berubah, dan cubalah sesuaikan diri sebaiknya.

Perkenalan kami sebenarnya mudah aje. Takde banyak liku2 penghalang atau pihak2 yg dengki atau keluarga yang tak setuju dsbnya. kami diperkenalkan oleh kawan kami berdua, sbb kononnya kami ni peminat puisi dan org yg minat puisi je yg paham seorg pemuisi yang lain (reason dia lah masa nak kenalkan kami tu). Shukor la yg first tulis surat kat aku, surat tau, bukan email huhu.. dan bila aku balas surat tu, kira kami start berkawan lah tu.. waktu tu bulan puasa tahun 2000 hujung tahun.. ada sekali aku tidur rumah kawan yang kenalkan kami, dan agaknya dia dh pakat dgn shukor, dan malam tu shukor tepon. tu lah first time aku bercakap ngan dia dlm tepon.

perkenalan kami berlangsung dengan surat. kadang2 surat aku balas dgn surat dia balas bertembung2 tgh jalan sebab main balas je walopontak dpt balasan lagi. wah time tu laku bangat sampul surat uniten aku kejekan heheheh...

masa cuti Nuzul Quran bulan ramadhan tersebut, seluruh selangor cuti. bangun tidur pagi2 tu, terus aku tepon kawan aku si org tgh tu, dan ajak dia jalan2 ke klang untuk mencari seorg pemuisi bernama Shukor. huhuhu... so, 2 org anak dara yg masa tu, usahkan Klang, daerah sebelah sana tu memang tak penah jejak, boleh menjejaki Shukor yg masa tu tolong adik dia jual ayam di Pasar Mini Ah Chai, di Kg Sungai Udang. yang ajaibnya, kami boleh pulak jumpa tu, walopon sesat barat jgn cakaplaa... tgh2 traffic light tu boleh tanya drebar lori seblah lagi... hehheh..

selepas kejadian hitam itu, shukor pun selalu dah datang ke bangi sbb kakak dia pun duduk di bangi. tapi aku jarang dapat jumpa die, sbb aku mengajar tusyen masa tu.. so malam aku dah gi ngajar dlm 8.30 mlm.. kalu dia dtg main terjah gitu, alamatnya takde lah jumpa... kecuali dtg plan dulu..

selepas perkenalan bulan ramadhan tersebut, kami berkawan biasa je, sehingga awal tahun 2002, baru kami serius memikirkan hala tuju persahabatan ni.. yelah, duit setem dh banyak habis nih.. minyak keta pun dh banyak gak habis.. duit gayut kat tepon pun dh hangus banyak huhuhu.. so, shukor dtg jumpa keluarga aku dalam bulan 6 tahun 2002. Kemudian, aku pulak di bawa jumpa ahli keluarganya bulan yg sama. pada bulan 7 keluarga shukor datang berjumpa keluarga aku dalam majlis merisik. majlis ni simple aje, keluarga shukor pun dtg hanyalah parent dan siblingnya shj + abang iparnya. keluarga aku pun yg ada hanyalah mak2 sedara aku ajelah.

ni gambar aku dlm bilik dgn brg2 hantaran tunang


Bulan 9 2002 aku sah menjadi tunangannya. Adat org perak, hantaran dr pihak perempuan ni kebanyakkannya masakan manis2 belaka semoga impian berumahtanggan jadi manis.. sementelah aku anak sulung, jadi majlis dibuat agak meriah. abah tempah khemah, dan buat lemang lagi. opah buat wajik, dan cadar bilik aku gunakan cadar baldu bertekat kebanggaan org Perak sempena kawen makngahku dulu..

ni dgn hantaran2 tunang sebelah shukor


Shukor tak dtg, walopon rombongan dari Klang seramai 10  kereta + 2 van.. dekat 40 org yg dtg.. Shukor siap gi keje lagi pada hari tu (sabtu). hantaran dr aku setelah dicampur2 dgn pemberian sedara mara dan jiran tetangga, berjumlah 24 perkara... byk giler!! tapi, nak buat camne, hantar ajelah.. dari pihak mereka, 9 dulang..

ni gambar kenduri seblah aku, masa berarak masuk

tak sampai setahun bertunang, kami dinikahkan oleh tok naib kadi Bidor, di masjid jamek kg jeram mengkuang. Pagi2 tu aku khatam quran, dan masa berarak ke rumah tok guru aku tu, pihak lelaki dh sampai dh utk akad nikah. masjid ngan umah aku tak jauh, dan selorong lurus je, boleh nampak. bayangkan le kelam kabut aku pas khatam tu nak gi ke masjid. aku nak gi jugak nak dengar lafaz abang, walopon tak pegi pun boleh.

ni dgn geng2 adik aku

selepas selesai akad nikah, aku balik lak untuk dimekapkan oleh jurumekap. memang havoc lah.. dan rasa penat sgt. walobagaimanapun, aku enjoy jd pengantin sbb tak payah buat keje heheheh... Baju nikah dan baju sanding seblah Klang aku buat sendiri, so aku dapatlah simpan sbg kenangan. kasut pun aku tempah sendiri, aku guna lebihan kain dr baju kawen tu..

ni kat seblah Klang.. yg depan bwk bunga pahar tu makcik aku.. sama kan muka?


masa tgh terpacak dalam terik tgh hari menunggu nak duduk kat pelamin


kami kat pelamin kat Klang

makan beradap di Klang

minggu depannya kenduri seblah klang pulak. Keluarga dr Melaka dtg sewa 1 bas lagi utk hadir kenduri kawen kami. memang meriah, sbb shukor pun anak lelaki yg 1st kawen, dan kenduri kakaknya seblom tu dan berlalu 10 tahun... mana tak meriah, semua org dok tunggu bila nak buat majlis.. hehehhe...

Now, dah 7 tahun berlalu. dulu2 masa aku blom kawen, org cakap, 5 tahun pertama adalah masa sukar dalam sebuah perkahwinan, sbb nak menyesuaikan diri dgn org yg asing, dan keluarga nya juga asing dgn kita. Alhamdulillah, aku dikurniakan keluarga ipar duai yang baik2 belaka, sangat mengambil berat tentang diriku, dan ipar2ku seumpama kakak2 dan adik2 sendiri. Yang penting sekali, cara kita membawa diri kan? kalau kita mahu diri disayangi atau dihormati, kita kenalah lebih dulu menyayangi dan menghormati orang lain. Ular, walau menyusur akar, takkan hilang bisanya.

dikenang2, waktu aku dan shukor bersengkang mata dimusim2 begini tahun2 lepas, iaitu musim2 buat kuih raya, kami selalu ungkit kisah2 percintaan kami yang taklah panjang mana, dan taklah berliku mana pun.. antaranya: ingat tak baju apa yg dipakai masa first time jumpa, ingat tak kedai makan yg kita selalu pegi, apa pandangan pertama kali tengok face to face, apa yang sebabkan suka nak berkawan dgn each other dan macam2 lagi kisah kelakar2 kami.

Shukor dulu pernah menguji aku dgn satu ujian yang aku masa tu taktahu pun itu adalah ujian. dia suruh aku tidur rumah kawan baik dia, kawan dia tu dh kwen pun anak 5 lagi. saje je. esok pagi nya awal2 dia dtg nak breakfast sekali kat rumah kawan tu, masa dia sampai aku tgh pakai kain batik gitu, tgh sapu sampah lagi. so, aku lulus. hehhehe.. apa punya ujian daaa... Mungkin dia risau bila pikirkan aku ni pensyarah univ, camne nak bergaul ngan famili dia yg biasa2 je dan dia pun keje supervisor kilang je masa tu pun. Dia taktau aku ni bab pergaulan ni insyaAllah takde problem le.. semua org pun aku berkawan, kecuali kalau org tu menyakitkan hati aku je, tak nak le..

hmm... gitulah... liku2 hidup aku memang byk pun, bergaduh kecil2 masa diawal2 perkahwinan, memang kami tak terkecuali lah. Tapi setakat ni takde lah yg bergaduh besar2an tu. Harap2 takde lah camtu sampai tua dan maut memisahkan kami.

Happy anniversary abang!! Semoga perkahwinan kita sentiasa harum mewangi dan dirahmati Allah sentiasa. Doakan saya sentiasa berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi isteri terbaik buatmu. Amin..

oh ye, sempena ulangtahun ke 7 ni, abang belikan aku bracelet dan aku belikan abang rantai jade. Kami pilih sendiri hadiah ni masa kat Kiwi360 kat Tauranga haritu, semasa trip Ruapehu-Rotorua-Tauranga. Simple je hadiahnya, yang penting tanda ingatan.




hadiah2 kami.. masing2 di short listed oleh pasangan, dan dipilih sendiri oleh si pemakai.. adil kan?? heheheh

Wednesday, July 7, 2010

Go Jerman go!!

Walopon dh terlambat nak suka2 time Jerman membenamkan Argentina 4-0 haritu, namun aku masih dlm mood bola yea..

haritu tak boleh nak access blog sbb aku bercuti sakan di Ruapehu-Rotorua-Tauranga sampaikan percutian 4 hari 3 malam bertambah jadik 5 hari 4 malam.. wuhuuu... enjoy sakan dalam aku batuk2 kung kang kung kang tak berhenti..

namun perlawanan hebat tu kami layan jugak dlm kedinginan Turangi dan aku gumbira sakan Jerman mara ke semi final.

malam ni, atau tepatnya pagi ni la, jerman bertarung dgn spain pulak. Aku cuma harap pasukan jerman main dengan baik sekali sebaik perlawanan mereka sebelum2 nih, dgn gaya bertahan, dan counter attack yang tajam dan pantas. Kekalkan tactikal 4-2-3-1 dgn Klose di depan sekali sebagai penyerang tunggal yg berbisa. Macam ular tedung kepala tercacak tunggu nak menyembur mangsa..

harap2nya aku terbangun awal esok, utk layan perlawanan yg mendebarkan ini

Friday, July 2, 2010

Ruapehu - Pre perjalanan

Hujung minggu ni jika tiada apa2 aral, kami dan beberapa famili lagi akan ke Mount Ruapehu di North Central.


gambo aku tgh main ski.. huhuhu...percaya tak??


Mount Ruapehu ni adalah satu2nya kawasan di North Island yang dilitupi salji tebal sampai org boleh main ski. Tempat2 lain yellek, kat Auckland ni langsung takde salji, mahupun anak salji (macam anak bulan pulak dah hehehe).. yang ada hanyalah hujan dan angin kuat shj di Auckland ini...

Jadi, sebagai org yg tak pernah tengok salji seumur hidupnya yg dah nak masuk 40 (pakkor lah.. aku lambat lagi huhuhu - kalau dia tahu ni mesti dia hangin heheh), maka ala2 saspen jugaklah kami nih..

macam2 persiapan yg aku buat, selain dr cari baju dan kasut yg sesuai, perkara2 lain pun penting, macam ubat2an, makanan, minuman, aktiviti yang nak dibuat, tempat2 yg nak dilawat, dan macam2 lagi lah.

alkisahnya kami akan lepak di Turangi 2 malam, kemudian aku dan shukor serta lornie dan bejau akan melencong ke lake Rotorua pulak, dan tido sana semalam lagi. Hari isnin baru balik..

Aku ngan pakkor pulak akan gerak ke hamilton dulu pada hari khamis, dan gerak sekali ngan keluarga adnan pada hari jumaat sebelom bergabung dgn famili2 lain dr albany yg gerak hari jumaat tu..

doakanlah kami semua selamat pergi dan selamat kembali dgn gumbiranya...

lagi satu, bulan julai ni anniversary aku yg ke7.. dan jugak besday pakkor yg ke tige puluh ehem ehem... wahhh rasa macam baru je kecoh2 kenduri kawen kat rumahku, tup2 dh 7 tahun hidup bersama...

nanti lah aku post entry lain utk kisah besday, anniversary, dan post-ruapehu...