Pelan perjalanan percutian geng2 seAlbany tahun 2010 ni memang telah dirancang rapi dari bulan 4 lagi. Ketua rombongan kali ini diamanahkan kepada Saudara Lornie dan Bejau yang telah membooking rumah2 sewa dan memulakan itinerary perjalanan.
Kami mengadakan meeting sebanyak 2 kali untuk memilih rumah2 sewa, dan meneliti pelan perjalanan keseluruhan supaya semua agenda dipenuhi dan tempat2 lawatan dikenalpasti. jarak perjalanan dan masa yang diambil dari satu poin ke satu poin juga diambilkira.
Bagi aku dan Shukor, ini merupakan pengalaman pertama kami terlibat dalam percutian jarak jauh beramai2 dalam komuniti Albany ini. yelah, kami pun baru 9 bulan di sini, belum pun cukup 1 cycle 4 musim di negara All Blacks ini. Sudah tentulah percutian ini dinanti2kan dengan perancangan dan persiapan sebaik mungkin.
Dalam beberapa minggu terakhir, kami mendapat tahu bahawa Encik Azmi, kawanku seUNITEN yang menyambung pelajaran di Waikato Uni, Hammilton akan menumpang rumah kami untuk Bersatu Games di Auckland. Kami memang takde halangan apa, sudah jadi adat merantau di tempat org, rakan2 lah tempat meminta pertolongan. Tapi, pada minggu terakhir seblum pergi, kak Asna mencadangkan supaya aku dan Shukor bergerak dulu ke Hamilton sehari sebelum hari sepatutnya, dan konvoi bersama keluarga dia untuk tunggu sahabat2 lain di Cambridge.
Pelan asal, iaitu berkumpul di Massey uni, dan bergerak ke hamilton pd pagi Jumaat, singgah di Huntly dan bergabung dgn famili Asna+Adnan di Cambridge masih berjalan spt biasa untuk famili2 lain, cuma kami shj yang bergerak awal sehari, dan jumpa mereka di Cambridge. dgn cara ini, kami dapat jugak menyerahkan kunci rumah kepada en azmi secara by hand, jadi terasa lebih selamat dr letak bawah tong sampah (pelan asal).
Maka, kami pun gerak pd hari Khamis 1 Julai, selepas Zohor dalam pukul 2. Banyak destinasi yang kami singgah, termasuk klinik massey uni, kedai ayam halal dan northcote. Pukul 3 lebih barulah betul2 kami menuju Hamilton.
Perjalanan lancar aje, kecuali hujan renyai2 sesekali tapi cuaca cepat bertukar cerah pulak. Camtulah keadaan winter di NZ nih. Kami sampai di Hamilton, ngam2 masuk waktu Maghrib. Cuaca sangat sejuk tapi mujur rumah kak asna ada heater gas.. so sedaplah berdiang kat situ. Sampai2 je, terus goreng ikan kembung yg aku beli di Dahua Northcote, makan dengan budu dan petai. Huh... sampai licin periuk hehehh...
Dalam pukul 7 malam, kami beramai jalan kaki ke rumah en Azmi. Tak jauh dgn rumah kak asna tu.. Adnan tak pegi sebab die gi keje. Kak Aina hidangkan cekodok pisang dan keropok goreng. sedap jugak makan time2 sejuk walopon dah kenyang. Pukul 9 kami balik. Kemudian kami keluar pulak ke rumah Kak Hanim + abg Zul, tapi kali ni kena naik kereta. Tak sanggup nak jalan kaki dalam malam sejuk2 tu.. boleh beku dibuatnya.. Rupanya kak hanim dah siapkan bun kacang merah serta kuewtiau tomyam lagi. terpaksalah makan jugak kan, nanti tuanrumah kecik hati hehehhe..
Malam tu aku dan abang tidor kat bilik Najwa. Sejuk sangat dan aku pun sebetulnya tak berapa boleh tidur sbb batuk2 dan makin teruk.
Esoknya pagi2, aku dh bangun. Lepas solat, aku terus duduk kat ruang tamu je, berdiang dgn gas heater tu. dalam pukul 8, aku masak lauk yang memang bahagian aku utk masak, iaitu tomyam ayam. sekejap je masak tomyam, main campak je semua barang. kak asna pulak siap2kan barang2 nak bawak dan bekal anak2 dia. Dalam pukul 10 kawan Albany dah call cakap mereka dah nak sampai Huntly, cuma dalam 20 minit je ke Cambridge tu. Mujur mereka singgah lama gak kat Huntly tu. Kelam kabut kami semua packing barang2 dan sumbat masuk kereta, dan berdesup pegi ke tempat pertemuan yang dijanjikan. Sampai sana, dorang takde lagi, so aku dan abang pegi Countdown sekejap beli ubat batuk.
Balik dr Countdown, semua org dh ada. Salam gitu gini, kami pun memulakan perjalanan dengan Lornie kat depan, dan Zack kat belakang sekali. Kami ada berenti rehat sekejap kat mana ntah, sekadar nak buang air dan lurus2kan pinggang. Sempat posing 2, 3 keping, pastu kami teruskan lagi perjalanan.
Kami sampai di Huka Falls lebih kurang jam 1.30 tghhari, memang betul2 ikut pelan yang dirancang. kat sini kami cuma singgah untuk ambik gambar sahaja memandangkan Huka Fall ni sangat cantik. Kita boleh tengok air yang menderu masuk dgn kapasiti 250k gelen per second, iaitu lebih kurang saiz 2 kolam renang olimpik! memang menakjubkan. Dalam hati rasa gayat dan seriau melihat air yg sangat deras dan banyak - org yang pandai berenang pun belum tentu selamat jika terjatuh dalam tu. nauzubillah!
Selepas posing2 dan jalan2 sikit, kami meneruskan perjalanan ke Lake Taupo. Ikut pelan, kami akan berhenti makan dan solat di sini, sbb ada public toilet. Dari tempat kami berhenti makan tu, nampak bot2 pelayaran sedang berlabuh. Menu kami tghhari ni seperti yang dirancang terlebih awal: Tomyam ayam, daging masak kicap, sayur campur dan telur dadar. Memang sedap makan, tapi sejuk sangat sampai rasa bercinta nak basuh tangan. Dan pelan asal nak solat di situ, setelah ditimbangtara, macam sempat kalau buat di rumah sewa nanti, so semua pun setuju solat je di rumah sewa nanti, di Pukawa Bay.
Perjalanan kemudian diteruskan dan kami tiba di rumah sewa dalam pukul 4.15. Maghrib masuk pukul 5.11 waktu Rotorua, so kami pun bergegas2 untuk solat jamak Zohor dan Asar. Aku tunggu terus masuk Maghrib, dan terus jamak pulak Maghrib dan Isyak. Budak2 masa tu mengeksplore kawasan sekitar dan main macam2 permainan kat situ. kaum ibu sibuk punggah barang2 makanan dan pakaian, sementara kaum bapa sibuk memastikan rumah panas.
ok pasni kita cerita pasal rumah dan aktiviti seterusnya pulak dalam part 2.
Saturday, July 10, 2010
Winter Trip 2010 Part 1: Albany-Hamilton-Taupo-Pukawa Bay
Labels:
Jalan-Jalan,
Kehidupan Auckland
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|