Monday, July 12, 2010

Winter Trip 2010 Part 3: Pukawa Bay-Turangi-Rotorua-Tauranga

Sistem rumah sewa atau hotel atau motel di sini, check-in time ialah pukul 2 petang, tapi check-out time ialah pukul 10 pagi!! awal kan... terpaksalah ikut, sebab kita kat negeri orang.. jgn pandai2 pulak nak check-out pukul 12 macam kat Malaysia, mati ko kena bayar tambahan berapa2 dolar nanti..

Pada pagi ahad 4 hb tu, kami bangun subuh je semua orang dh kelam kabut. Para isteri ni jgn cakaplah, macam lipas kudung. Dahlah pakaian dan barang2 nak di kemas, nak prepare pulak lauk untuk lunch tghhari karang. maklumlah, tempat org camnih, makan keluarga kena di jaga, bukan boleh makan sebarang makanan di luar sana, banyaknya tak halal.

anyway, pagi ni kami buat sandwich telur utk breakfast ala kadar, dan masak telur rebus masak kicap dan gulai lemak ayam dengan kentang untuk lauk tghhari. Ada ayam kak asna sekor dan ayam aku setengah ekor balance dr masak tomyam tempohhari (aku plan 2 ekor, tapi masak 1.5 je). Tgh mengemas2 tu tup2 depa cakap tukang cleaner rumah tu dh sampai. kelam kabut!! mujur kami ada bawa bersama 2 org cleaner bertauliah yang memang cekap memvakuum, menyapu dan menyusunatur balik barang2 sampai nampak macam takde org duduk.. memang power rangers! Sia2 je bayo duit cleaning fee 80dolar pada tukang cleaner tu.. kain2 tuala dan kain2 buruk yang kitorrang pakai pun semua kami dah basuhkan, dan dah sidai siap2..

jam 10.30 barulah kami dapat benar2 keluar dari Lake House. Keluarga Abg Mie pun dah sampai sekali, so kami keluar beramai mengikut ketua rombongan kami si Lornie. perhentian pertama ialah tempat isi minyak, dan tong sampah kat pekan, untuk buang segala sampah sarap yang kami hasilkan sepanjang 3 hari 2 malam kami menginap di Lake House tersebut.

selepas kereta semua diisi minyak kenyang2, kami pun memulakan perjalanan menuju ke Tongariro national Trout Centre di Turangi. Turangi ni tak jauh dari kawasan rumah sewa kami, adalah dalam 40 minit drive aje. sampai kat sana, abang dah excited sebab biasalah, kalau pasal ikan je mesti gembira sakan. Bila kami masuk, rupanya kawasan dia agak luas jugak. Dan ada information center dia, tapi kena bayar sorang 3dolar for adult. Budak2 free. Yang masuk center tu hanyalah aku, abang, Lornie dan Bejau je, yang lain semua tak masuk, cuma pegi tengok kawasan sekitar, menyusuri Walkato River aje. Dalam information center tu banyak giler information pasal trout fishing, on how org dulu2 tangkap trout, dan progress kpd alatan yg ada skrg.

ada juga tayangan video tentang cara2 penangkapan, kaedah tangkap dan lepas statistik2 terkini tentang trout dsbnya. Lepas tu, bila kami keluar dari center tu, terserempak dgn sahabat2 yg lain, dan kami decide nak solat di situ je. Public toilet ada kat situ, so kami solat di open air sahaja, sejadah nya adalah baju sejuk yg kami pakai. alhamdulillah, bumi Allah bersih dan luas bagi yang mahu mengingatinya. kemudian kawan2 yang lain terus gerak ke parking lot, tapi kami berempat pegi tengok sungai waikato dengan harapan kalau jumpa pemancing trout, bolehlah beli sekor ikan trout dari mereka untuk makan malam kami nanti. Malangnya tak jumpe pun pemancing, tapi sungai yang terbentang di depan mata sangat indah dan mengasyikkan, mengingatkan aku pada Sungai Terenggan tempat kami berkhemah dalam Tasik Kenyir beberapa tahun dahulu. Kawasan bibir sungai yang landai dan batu2 kecil dan besar benar2 membawa aku teringat pada kenangan lalu.



Selepas tu, kami terus menuju ke parking lot untuk join kawan2 lain menghadap makan tghhari. Jam pun dah menunjukkan pukul 1 lebih, dan semua kami akan bergerak ke Taupo dahulu untuk acara posing2.

Kami sampai di Taupo jam dah hampir pukul 3, dan sempatlah kami klik sana klik sini, snap sana snap sini sebelum punggah masing2 bergerak ke lain2 arah. Kami akan bergerak ke Rotorua, manakala sahabat2 lain akan bergerak balik ke Hamilton, tidur di rumah kak asna, dan balik ke Albany keesokkannya. jadi tinggallah kereta kami shj iaitu aku dan famili Lornie. Kami dah siap2 sewa rumah lain di Lake Rotoiti, iaitu berhampiran dgn Lake Rotorua.

Keluar je dari kawasan Taupo, kami mengundur ke belakang sikit sebab nak singgah beli ikan fresh. Kami cari jugak kalau2 ada ikan sekor, tapi takde. Jadi aku dan Bejau beli ikan salmon sepotong besar, dan udang fresh 10dolar. Cukuplah untuk dinner kami malam tu.

Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Lake Rotoiti, dan sampai ke sana dah malam dah. Mujur tak susah sangat cari rumah yang kami sewa tu, dan masuk2 je dalam rumah tu terus rasa suka sangat, sbb rumah tu besar lah jugak untuk kami 4 org, dan ada 3 bilik sebenarnya. Ruang tamu pun selesa, dapur dan ruang makan pun cantik. Rumah ni kira rumah baru lah kalau compare dengan Lake House. Ruang bilik air terletak dekat dgn pintu masuk utama, kemudian bilik aku pun kat area situ. kemudian ada pintu lain nak ke ruang tamu, dapur, ruang makan dan bilik Lornie.


malam tu aku terus hilang suara. Batuk aku makin kurang tapi suara pulak hilang. tensen sangat nak bercakap. Anyway, malam tu kami masak ikan salmon, kentang dan udang bakar. Aku masih ada ayam sekilo, so cukai sikit utk masak dgn sos char siu balance bakar semalam. kami takde bawak periuk nasik, tapi mujuk aku ada bwk periuk satu dan kuali satu. Periuk tu pulak ada pengukus. So malam tu masak nasik pakai periuk tu, payah sgt nak kontrol pemanas tu maklumlah kalau masak pakai dapur gas, pandailah, ni susah nak kontrol tahap kepanasan filamen tu, last2 nasik mentah jadiknya. Terpaksa pulak dikukus dulu seblom makan.

Disebabkan malam tu agak sejuk dan pendiang pun macam tak cukup kayu, so kami decide nak tidur kat ruang tamu je, kat situ dh panas. Bilik kami sejuk bangat dan rasanya blower pun tak lut. Memikirkan esok kena check-out pukul 10, jadi aku tidur lambat untuk masak makanan esok. Aku masak ayam goreng garam kunyit je, dan tumis sardin, sebab lauk ikan salmon dan udang tu masih ada lagi. aku tidur pukul 2 pagi malam tu.

hasilnya, esok pagi aku terbangun lambat. Namun, sebab dah siap2 masak malam sebelumnya. so takde lah kelam kabut sgt. kami plan pagi tu nak tengok lady Knox Geyser di Wai-O-Tapu Geothermal, dan menurut brochure tu, geyser tu akan meletus setiap hari jam 10.15 pagi. Jadi, budget kami kena gerak paling lewat jam 9.00, takut tak sempat. Mujur masa bangun pagi tu, Bejau dan bancuh air panas dah dah siap2 masukkan lauk2 dalam bekas. Kami breakfast roti croisant dgn tuna je dan minum kopi o, dan off we go!

berkejaran kami nih takut terlambat. nak masuk tu kena beli tiket dulu, sorang 30dolar. jauh pulak tu tempatnya, kena naik kereta. sampai2 je memang dah ramai org berkejar2 takut terlambat. tgh dok tunggu2 tu ada lah sorang ni jurucakap die datang ke depan dan bukak cerita camne geyser nih mula2 dijumpai. Alkisahnya, geyser nih terjadi hasil pertembungan lapisan air panas yang dibawahnya adalah air sejuk. Jadi, bila air panas tu terlalu panas dan air sejuk tu terlalu sejuk, die akan  meletus keluar dalam bentuk geyser. Jarak masa letusan tu adalah diantara 24 jam hingga 72 jam, dan dalam masa tu, ia mesti akan meletus. Tapi, camne depa jumpa geyser nih dulu? Masa time perang dulu, geyser ni separas dgn tanah je. Askar2 guna air panas yg keluar dari geyser ni sebagai air utk dorang cuci baju. Kemudian 1 hari, salah sorang askar tu terjatuhkan sabun basuh ke dalam geyser tu, dan hasilnya, keluarlah ia dalam bentuk yang sangat tinggi, menjangkau 3 meter. Askar2 tu susun batu di sekeliling tu supaya geyser tu keluar lebih cantik.

Jadi si jurucakap tu pun jatuhkan 3 ketul sabun dalam geyser tu sbg pemangkin utk geyser tu meletus... laaa... camtu rupenya.. patutlah kitorang wonder camne bleh geyser tu meletus everyday at the same time, rupanya guna pemangkin. and indeed, few seconds after that, geyser tu mula start meletus. Mula2 rendah je lama2 tinggi bangat. Dan letusan tu boleh bertahan selama lebih sejam!! Lama tuuu!! Cantik sangat lah geyser tu, kami pun apelagi, cam biasa snap sana snap sini..


Dah puas tengok geyser tu, barulah kami balik ke kaunter tiket tadi, untuk masuk ke dalam gethermal punye area. Luas gile area ni, terbahagi 3 bahagian. bahagian 1 kalau nak pusing jalan kaki ambik masa 30 minit. tambah bahagian 2 kena tambah lagi 10 minit, maknanya 40 minit la.. tambah bahagian 3 lak, akan tambah 35 minit lagi, jadi semua 75 minit. Aku ngan abang hanya buat bahagian 1 ngan 2 je, dah tak larat nak jalan.. tapi Lornie ngan Bejau habiskan semua bahagian. Cantik2 bahagian kat dalam tu. Walaupun berbau sulfur keseluruhan kawasan, namun taklah sekuat macam kat Tangkuban Perahu kat Bandung, dan kawasan kat situ macam2 boleh tengok, memang happening lah jugak.

Lepas habis tu, kami ronda2 kat tempat kaunter tiket tu, ada jual barang2 cenderahati serta ada cafe sekali. Kami minum kopi dan makan muffin kemudian aku beli sweater 1 tulis New Zealand. First time beli sweater first hand huhuhu... kami nak lunch kat situ tapi takut org cafe tu tak kasik kami bukak bekal, so kami pun keluar jelah. kami pegi pulak ke Mud Pool kat area2 situ jugak tapi kena naik kereta la. Ajaib sangat Mud Pool tu sbb mud mengelegak2 macam buih2 bila kita tanak nasik tu. Malangnya masa ni kamera aku habis bateri lagik.. isk isk... terpaksa tumpang kamera Lornie.

Kat parking lot kat Mud Pool tu memang tak banyak kereta, so kami pun bentang tikar dan bukak bekal kami dan makan.. Sambil tu kami berbincang2 tentang plan kami untuk pegi melawat Kiwi Orchard. Memandangkan hari dah nak petang, maka kami bercadang untuk tambah sehari lagi trip supaya berbaloi perjalanan kami nih.

Lornie terus text pada Mark, agent rumah sewa di Lake Rotoiti, namun tiada balasan. Jadi kami mengambil keputusan drastik untuk terus je menuju ke Tauranga dan cari motel2 murah di area sana. Aku dan Shukor pun perlu cari tempat utk solat nih.

Jadi kami pun terus menuju ke Tauranga. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam lebih juga sbb Wai-O-Tapu terletak di selatan Lake Rotorua, tapi Tauranga terletak sebelah utara barat. Kami sampai ke Fenton Street, Tauranga, jam dah menunjukkan pukul 4 lebih. Aku dan Bejau cepat2 gi tanya motel, selang satu.. kalau Bejau gi sini, aku gi yg depannya utk tanya. Kami cuba dapatkan bilik famili, sbb biasanya ianya lebih murah dan boleh lah berkongsi.

Akhirnya, setelah tanya lebih kurang 5 motel, kami setuju nak menginap di Ace Motel aje, sbb bilik famili nya yg paling murah - cuma 110 dolar semalam, tapi dia kasik diskaun lagi tinggal 100 je. okla tu kan.. kami pun terus setuju je dan dapatlah kunci bilik.

Aku dan Shukor cepat2 solat Zohor dan Asar, dan rileks2 sekejap dalam bilik motel. Kisah trip kami seterusnya bersambung dalam next part.. perghhh panjang betul kisah aku nih... hehhehe