Friday, July 9, 2010

Happy Anniversary ke 7..

Selasa 6 Julai baru ni genap sudah 7 tahun usia perkahwinan aku dan abang. Diam tak diam dah 7 tahun kami melayari hidup bersama sebagai suami isteri. Selama itu banyak juga dugaan yang kami tempuhi atas tiket menesuaikan diri dgn pasangan hidup. Dan last2nya kami mengambil keputusan yang certain2 perkara memang takkan boleh berubah, dan cubalah sesuaikan diri sebaiknya.

Perkenalan kami sebenarnya mudah aje. Takde banyak liku2 penghalang atau pihak2 yg dengki atau keluarga yang tak setuju dsbnya. kami diperkenalkan oleh kawan kami berdua, sbb kononnya kami ni peminat puisi dan org yg minat puisi je yg paham seorg pemuisi yang lain (reason dia lah masa nak kenalkan kami tu). Shukor la yg first tulis surat kat aku, surat tau, bukan email huhu.. dan bila aku balas surat tu, kira kami start berkawan lah tu.. waktu tu bulan puasa tahun 2000 hujung tahun.. ada sekali aku tidur rumah kawan yang kenalkan kami, dan agaknya dia dh pakat dgn shukor, dan malam tu shukor tepon. tu lah first time aku bercakap ngan dia dlm tepon.

perkenalan kami berlangsung dengan surat. kadang2 surat aku balas dgn surat dia balas bertembung2 tgh jalan sebab main balas je walopontak dpt balasan lagi. wah time tu laku bangat sampul surat uniten aku kejekan heheheh...

masa cuti Nuzul Quran bulan ramadhan tersebut, seluruh selangor cuti. bangun tidur pagi2 tu, terus aku tepon kawan aku si org tgh tu, dan ajak dia jalan2 ke klang untuk mencari seorg pemuisi bernama Shukor. huhuhu... so, 2 org anak dara yg masa tu, usahkan Klang, daerah sebelah sana tu memang tak penah jejak, boleh menjejaki Shukor yg masa tu tolong adik dia jual ayam di Pasar Mini Ah Chai, di Kg Sungai Udang. yang ajaibnya, kami boleh pulak jumpa tu, walopon sesat barat jgn cakaplaa... tgh2 traffic light tu boleh tanya drebar lori seblah lagi... hehheh..

selepas kejadian hitam itu, shukor pun selalu dah datang ke bangi sbb kakak dia pun duduk di bangi. tapi aku jarang dapat jumpa die, sbb aku mengajar tusyen masa tu.. so malam aku dah gi ngajar dlm 8.30 mlm.. kalu dia dtg main terjah gitu, alamatnya takde lah jumpa... kecuali dtg plan dulu..

selepas perkenalan bulan ramadhan tersebut, kami berkawan biasa je, sehingga awal tahun 2002, baru kami serius memikirkan hala tuju persahabatan ni.. yelah, duit setem dh banyak habis nih.. minyak keta pun dh banyak gak habis.. duit gayut kat tepon pun dh hangus banyak huhuhu.. so, shukor dtg jumpa keluarga aku dalam bulan 6 tahun 2002. Kemudian, aku pulak di bawa jumpa ahli keluarganya bulan yg sama. pada bulan 7 keluarga shukor datang berjumpa keluarga aku dalam majlis merisik. majlis ni simple aje, keluarga shukor pun dtg hanyalah parent dan siblingnya shj + abang iparnya. keluarga aku pun yg ada hanyalah mak2 sedara aku ajelah.

ni gambar aku dlm bilik dgn brg2 hantaran tunang


Bulan 9 2002 aku sah menjadi tunangannya. Adat org perak, hantaran dr pihak perempuan ni kebanyakkannya masakan manis2 belaka semoga impian berumahtanggan jadi manis.. sementelah aku anak sulung, jadi majlis dibuat agak meriah. abah tempah khemah, dan buat lemang lagi. opah buat wajik, dan cadar bilik aku gunakan cadar baldu bertekat kebanggaan org Perak sempena kawen makngahku dulu..

ni dgn hantaran2 tunang sebelah shukor


Shukor tak dtg, walopon rombongan dari Klang seramai 10  kereta + 2 van.. dekat 40 org yg dtg.. Shukor siap gi keje lagi pada hari tu (sabtu). hantaran dr aku setelah dicampur2 dgn pemberian sedara mara dan jiran tetangga, berjumlah 24 perkara... byk giler!! tapi, nak buat camne, hantar ajelah.. dari pihak mereka, 9 dulang..

ni gambar kenduri seblah aku, masa berarak masuk

tak sampai setahun bertunang, kami dinikahkan oleh tok naib kadi Bidor, di masjid jamek kg jeram mengkuang. Pagi2 tu aku khatam quran, dan masa berarak ke rumah tok guru aku tu, pihak lelaki dh sampai dh utk akad nikah. masjid ngan umah aku tak jauh, dan selorong lurus je, boleh nampak. bayangkan le kelam kabut aku pas khatam tu nak gi ke masjid. aku nak gi jugak nak dengar lafaz abang, walopon tak pegi pun boleh.

ni dgn geng2 adik aku

selepas selesai akad nikah, aku balik lak untuk dimekapkan oleh jurumekap. memang havoc lah.. dan rasa penat sgt. walobagaimanapun, aku enjoy jd pengantin sbb tak payah buat keje heheheh... Baju nikah dan baju sanding seblah Klang aku buat sendiri, so aku dapatlah simpan sbg kenangan. kasut pun aku tempah sendiri, aku guna lebihan kain dr baju kawen tu..

ni kat seblah Klang.. yg depan bwk bunga pahar tu makcik aku.. sama kan muka?


masa tgh terpacak dalam terik tgh hari menunggu nak duduk kat pelamin


kami kat pelamin kat Klang

makan beradap di Klang

minggu depannya kenduri seblah klang pulak. Keluarga dr Melaka dtg sewa 1 bas lagi utk hadir kenduri kawen kami. memang meriah, sbb shukor pun anak lelaki yg 1st kawen, dan kenduri kakaknya seblom tu dan berlalu 10 tahun... mana tak meriah, semua org dok tunggu bila nak buat majlis.. hehehhe...

Now, dah 7 tahun berlalu. dulu2 masa aku blom kawen, org cakap, 5 tahun pertama adalah masa sukar dalam sebuah perkahwinan, sbb nak menyesuaikan diri dgn org yg asing, dan keluarga nya juga asing dgn kita. Alhamdulillah, aku dikurniakan keluarga ipar duai yang baik2 belaka, sangat mengambil berat tentang diriku, dan ipar2ku seumpama kakak2 dan adik2 sendiri. Yang penting sekali, cara kita membawa diri kan? kalau kita mahu diri disayangi atau dihormati, kita kenalah lebih dulu menyayangi dan menghormati orang lain. Ular, walau menyusur akar, takkan hilang bisanya.

dikenang2, waktu aku dan shukor bersengkang mata dimusim2 begini tahun2 lepas, iaitu musim2 buat kuih raya, kami selalu ungkit kisah2 percintaan kami yang taklah panjang mana, dan taklah berliku mana pun.. antaranya: ingat tak baju apa yg dipakai masa first time jumpa, ingat tak kedai makan yg kita selalu pegi, apa pandangan pertama kali tengok face to face, apa yang sebabkan suka nak berkawan dgn each other dan macam2 lagi kisah kelakar2 kami.

Shukor dulu pernah menguji aku dgn satu ujian yang aku masa tu taktahu pun itu adalah ujian. dia suruh aku tidur rumah kawan baik dia, kawan dia tu dh kwen pun anak 5 lagi. saje je. esok pagi nya awal2 dia dtg nak breakfast sekali kat rumah kawan tu, masa dia sampai aku tgh pakai kain batik gitu, tgh sapu sampah lagi. so, aku lulus. hehhehe.. apa punya ujian daaa... Mungkin dia risau bila pikirkan aku ni pensyarah univ, camne nak bergaul ngan famili dia yg biasa2 je dan dia pun keje supervisor kilang je masa tu pun. Dia taktau aku ni bab pergaulan ni insyaAllah takde problem le.. semua org pun aku berkawan, kecuali kalau org tu menyakitkan hati aku je, tak nak le..

hmm... gitulah... liku2 hidup aku memang byk pun, bergaduh kecil2 masa diawal2 perkahwinan, memang kami tak terkecuali lah. Tapi setakat ni takde lah yg bergaduh besar2an tu. Harap2 takde lah camtu sampai tua dan maut memisahkan kami.

Happy anniversary abang!! Semoga perkahwinan kita sentiasa harum mewangi dan dirahmati Allah sentiasa. Doakan saya sentiasa berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi isteri terbaik buatmu. Amin..

oh ye, sempena ulangtahun ke 7 ni, abang belikan aku bracelet dan aku belikan abang rantai jade. Kami pilih sendiri hadiah ni masa kat Kiwi360 kat Tauranga haritu, semasa trip Ruapehu-Rotorua-Tauranga. Simple je hadiahnya, yang penting tanda ingatan.




hadiah2 kami.. masing2 di short listed oleh pasangan, dan dipilih sendiri oleh si pemakai.. adil kan?? heheheh