My family ada 1 tradisi yang dimulakan dengan saya since I am the eldest children (dengan sepupu2 kedua2 belah mak dan abah pun aku yang paling tua). Tradisi nya dijalankan pada hari perkahwinan kitorang lah. Siapa2 pun yang kawin (bermula dari aku), pada malam nya akan ada 1 majlis kecil untuk famili sahaja. Dimulai dengan bacaan doa oleh Tok, malam itu pengantin baru akan potong kek dan makan ramai2 dengan sanak sedara dan acara bukak hadiah2 kawin yang dapat pada siangnya. Akan ada sorang juruacara, biasanya juruacara ni kawan pengantin atau kawan adik beradik pengantin yang turut sama memeriahkan majlis perkahwinan tu. Juruacara ni akan baca nota pada kad yg disertakan bersama hadiah, sebelum hadiah tu diserahkan pd pengantin utk dibukak. Yang lain2 akan eager tak sabo nak tengok hadiah apa tambah2 pulak kalau yg bagi tu sedara mara sendiri atau kawan2 yang dikenali. Memang meriah acara ni.
Kemudian, akan ada sesi interview dengan pengantin. Pengantin pihak kami akan memperkenalkan isteri/suami nya dan kenalkan semua saudara mara pd isteri/suami nya tu. Masa ni dibuka untuk sesi interview. Sapa2 pun boleh tanya apa2 saje kat pengantin, dan pengantin mesti jawab sejujurnya. Biasanya soalan2 wajib adalah:
1. Kat mana jumpa?
2. Apa yang berkenan dengan isteri/suami?
3. Nak honeymoon kat mana?
4. soalan2 nakal yang dibombard oleh pakcik2 dan makcik2 ku yang laser heheh
masa aku dulu:
1. Kawan yang kenalkan. Terlibat dengan aktiviti persatuan, selalu jumpa, terbekenan pulak.
2. Berkongsi minat yang sama
3. Genting
Adik lelaki aku (Fairuz):
1. adikangkat - abang angkat. Last2 terangkat.
2. suara manja. ala2 ambik berat gitu.
3. Cameron highland.
Sepupu aku (Rijal):
1. Kawan dari sekolah menengah.
2. baik hati dan peramah.
3. tak tau (tak ingat)
Adik lelaki aku (Zunaidi):
1. Cinta pandang pertama.
2. Baik hati, caring dan mengambil berat.
3. tak tau la. *last2 tak sempat
Adik pompuan aku (Anis):
1. Cinta internet.
2. Berterus terang dan kelakar.
3. Pulau Pinang.
After that, pengantin kena buat 1 persembahan - tak kira lah samada ko nak menyanyi ke, bersajak ke, berpantun ke apa2 lah janji 1 persembahan. Pendek pun takpe, saje buat2 gelak dan bagi semua org gelakkan pengantin je heheh.
Lepas tu, bila semua org dah puashati mengusik pengantin dan pengantin pun macam "dah lah tu.. penat dah nih..", barulah sesi diteruskan pulak dengan persembahan oleh ahli keluarga. Masa ni, sapa2 nak menyumbangkan suara, atau nak berlakon atau nak bercerita, nak nyanyikan lagu sekolah, nak berduet nyanyi nasyid ke, sukahatilah! Boleh jer. Takde hal punya. Biasanya, tuan rumah akan offer, sapa buat persembahan dapat rm2 (duit hasil collection kenduri siangnya tu). So, berebutlah anak2 pakcik makcik aku yang sekolah rendah, sekolah tadika, sekolah menengah ni ambik giliran buat persembahan. Yang org besor2 ni, jadi tukang sorak, tukang tepuk tangan dan tukang gelak. Sambil2 tu, makan kek dah tentulah. Biasa ada hidangan sampingan lain, macam sate ke atau mee goreng ke, air teh o dan teh tarik serta kopi pekat, perghhhh!!
Akhir sekali, biasanya tuan rumah akan buat ucapan penutup, dengan mengucapkan terima kasih kepada semua kerana menjayakan majlis dari awal sampai akhir, mintak mahap kalau ada terlebih terkurang, dan bahagi2kan duit collection kepada sesiapa yang layak dapat lah. Kemudian sapa2 nak berucap pun boleh jugak.
Akhir majlis, biasanya kami akan tayang semula gambar2 yang diambil waktu kenduri siang tadi menggunakan TV (biasalah teknologi digital sekrg ni, dari kamera digital jer) sambil gelak2kan org dalam gambar tu. Masa tu, pinggan2 kek telah dikumpul dan dihantar ke dapur, dan bantal2 pulak telah dihulur ke depan untuk sape2 melabuhkan badan. Pengantin pandai2 la masuk bilik yea heheh..
Kalau nasik / lauk ada berlebih, acara akan sambung esok pagi, di mana semua kuarga akan datang untuk breakfast kat rumah kami. Berakhirlah 1 acara tradisi keluarga yang tujuannya tak lain tak bukan untuk merapatkan silaturrahim terutama di antara keluarga dengan ahli baru keluarga kami itu.
Thursday, June 19, 2008
Tradisi Mengeratkan Silaturrahim
Wednesday, June 18, 2008
Universiti Malaya
This is one of my beloved place. I spend the important 6 years of my life here - full of ups and downs as a teenager/adult and tears and sweats as a student. I will never forget the many2 memories, things, lessons that i learned here, be it as a person or as a student. Whatever it is, had made me as what I am today.
pinpoint:
1. the real ragging stuffs from seniors
2. many late hours of studying/talking/gossipping
3. many2 trips to Dewan Makan
4. many2 trips to Dewan Kuliah (Pusat Asasi Sains, Fakulti Sains, Fakulti Sains Komputer)
5. lots lots more i cannot express in words!
Anyway, right now I had to go to Pekan Buku for sending some work stuff. This is surely a walking down the memorylane for me....
Monday, June 16, 2008
Play game sambil beramal
It is very good games - build up your vocabulary and all. At the same time, when you answer correctly, you get a 20 grain which you can donate to the needy.
So click here to give it a try and enjoy helping others, too!
Ingatlah, dalam harta kita, ada hak orang2 yg memerlukan.
What a pleasant surprise!
Last Friday, when i was having lunch with few of my colleagues, i got a phone call. It is from my secondary school friend - IJAH! What a plesant surprise! It seems that, she had things to settle at Putrajaya, somwhere near my workplace, with husband and uncle, and they need to peform the Jumaat prayer and Ijah has nowhere to go. Luckily, she remembered me working here, and seconds later, called me up. So we met again after few years - the last we met each other was during her wedding day, where Kema and me was there together and we sort of refresh all the good old times together. Lin, at that time, already married and staying in Sarawak.
Ijah now staying in Kemaman, following her husband that works there earlier. They have a 2 years old daughter, Amna Zulaika. She is a school teacher, teaching at SK Lubuk Mentok, Kemaman. We exchange updates - stories, photos, gossips and then, the 2-hours flew unnoticed!
We parted, never know when we can see each other again, but that must be another surprise. In other words, we leave it to the Only GOD, who knows the best for everyone.
Well Ijah, its really nice to see you again. You know, we might have change in the outside, but inside, we are just like the 13 years teenagers again, when we first met, 21 years ago....
Monday, June 9, 2008
Zaman sekolah menengah Part 2
Cikgu masa Form 1 ni, guru kelas namanya Cikgu Zaitun. Cikgu ni ngajar kami English. Garangnya cikgu ni jgn cerita, kasut dia dari jauh dah dengar denting dentang, semua dah pakat duduk kat kerusi senyap bagai anak murid mithali. Cikgu ni selalu bagi kerja rumah maha banyak, dan kalau esoknya suruh baca dalam kelas, dia akan suruh bangun 1 barisan demi 1 barisan. Ada sekali tu, masa barisan aku bangun, aku siap2 lah kira ngan member seblah aku nombor berapa yg kami kena baca.. pastu siap praktis bagai. Bila tiba tima aku, dia langkau di suruhnya kami baca yg nombor lain which is aku tak buat pulak tu. Memang keluar peluh jantan la jugak. Last2 nya piunggggg... melayang buku exercise tu keluar kelas kena campak. hampir separuh kelas kena dudul kat kaki lima kelas sambil siapkan latihan tu. Malu gila tambah2 time tu time rehat, so akak2 senior lalu kat tepi koridor tu sambil tersengih2, kami pulak rasa macam nak sorok muka dalam kain je rasa heheh.. Cikgu Zaitun oh Cikgu Zaitun.
Masa Form 3 ada sorang Ustazah ni, namanya Ustazah Masniah. Dia ni rajin sangat buat kelas tuisyen, kat mana2 kelas pun takpe. Hujung tahun, lepas periksa akhir tahun, kan adalah waktu honeymoon, so malam2 memang free, waktu prep adalah waktu melalak je kejenya. Time2 tu lah Ustazah Masniah ni meronda, dan mana2 kelas kosong takde cikgu tu dia akan masuk dan terus buat tusyen bahasa arab. Ada sekali tu, kami dari jauh dah nampak Ustazah Masniah ni datang, so, ramai2 kami pakat duduk dalam kelas, kunci pintu depan belakang dan duduk diam sediam2nya. Dengar je tapak kaki dia datang, pastu ketuk pintu kami berkali2. Kitorang diam je tak bukak pun pintu sampai akhirnya Ustazah blah gitu jer.. meneruskan cari kelas lain agaknya. Selamatttttt...
Kat sekolah kami juga ada 1 permainan, namanya Monito. Selalunya dimainkan pd hujung tahun bile dah habis exam final. Monito melibatkan 2 pihak, samada kelas dengan kelas, atau asrama dengan asrama. Cthnya, masa aku form 1, kelas aku 1B main dengan kelas 2A, dan bilik RBBB main dengan RPBA. Masa aku form 2, kelas kami 2B main dengan kelas 4C, dan RBBB main dengan bilik RMBA. Masa form 3, RBBB main dengan RHBD, dan seterusnya dah tak ingat dah. Mula2 1 bilik akan initiate permainan ni, iaitu 'melamar'. Cthnya, RBBB melamar RMBA. Bila melamar tu, kita akan buat rombongan Cik Kiah ke RMBA, jumpa dengan ketua bilik RMBA dan cakapkan tujuan kita, ajak main monito. Ketua bilik akan bincang ngan anak buah dia la budak2 bilik tu lah, setuju ke tak setuju. Takut dah ada lamaran bilik lain pulak lah kan. Kalau clear, takde sapa2 lamar lagi, pihak RMBA akan hantar wakil ke RBBB cakap setuju. Habis 1st phase. 2nd phase pulak, now budak2 RBBB akan create nama samaran masing2. Ikut suka hatilah nak buh nama apa pun - Napoleon, Ronaldinho, Misbun Sidek, Erra Fazira, Semah Janda, Makcik Kantin, Abang Macho, segala macam tok nenek yang teringat lah. Setiap sorang yang nak main tu boleh bagi seberapa banyak pun nama yg dia suka, boleh jugak kalau taknak main. Sukati ko lah.. takde paksaan punye. Pastu adalah sorang wakil pegi hanto nama2 tu ke RMBA.. bubuhla dalam plastik ke takut tercicir kan.. Pastu, balik bilik dan lepakje tunggu surat dari RMBA pulak. Yang budak2 kat RMBA pulak, once depa dah dapat nama2 tu, depa pilihlah ikut suka hati depa, dan depa pun create la nama samaran jugak, dan balaslah surat2 tu. Kemudian wakil depa hanto ke RBBB pulak dan seterusnya lah. Kalau ko bernasib baik, ko dapatlah monito yang best giler, rajin tulih surat, bagi hadiah bagai, balik prep ada plak laksa ke air sirap ke. Kalau ko dapat monito yang hampeh, tulih surat pun malas, tulih pun macam ala2 malas, jarang belanja makan, hadiah jauh sekali.. hmmm.. malang la ko. Tapi, kita pun kena laa rajin jugak membalas surat, membelanja akak/adik monito kita tu, dan bagi2 hadiah simple2 pun takpe macam buku nota, maggi sebungkus, roti bun yg 20sen tu, maruku ke macam2 lah. Syarat utama, before balik bercuti hujung tahun, mesti dah reveal identiti sebenar kat each other. Ha lepas tu, nasib jugaklah, samada korang jadik kamceng giler atau jadik biasa2 je atau terus tak ngam langsung heheh. Masa aku Form 1, akak monito kelas 2A tu namanya kak Rohaida. Yg bilik tu aku tak ingat. Masa form 2, akak 4C tu kak Salina Ibrahim yang sekarang ni jd penulis/wartawan/pengarang yg glamour. Tak caya cuba google dan cari. Yg RMBA plak, kak apa tah lupa nama nya. Wah dah ramai akak2 dan adik2 monito aku yg terlupa.. tapi best giler lah main monito nih, kalau ada bilik/kelas dtg melamar, seronok je rasa.
Oh yea, masa aku form 2, aku dan Ijah berpakat nak ambik adik angkat. Sbb kami ni close, so kami pun ambik adik angkat pun 2-2 sebilik (RPBA). Adik angkat aku namanya Juhaida Tajuddin, adik angkat Ijah namanya Azizah Arbain (Juhaida sekrg ni eksekutif TNB manakala Azizah pulak jd cikgu sekolaPerak). Kami selalu juga lepak berempat dan rajin lah adik2 tu datang tidur bilik kami kalau hujung minggu tu. Masa Form 3, aku dan Kema pulak ambik adik angkat bersama, maknanya kami kongsilah adik angkat tu, namanya Suhana Mokhtar atau Sue. Sue ni baik budaknya, pendiam tapi kalau baik ngan dia, byk gak boraknya. Masa ni kami2 dah jadi agak senior la kan.. maklumla dah Form 3. Tapi walaupun tahun ni banyak kenangan2 indah, tapi kami ada SRP hujung tahunnya, so kena study jugak. Masa tahun ni, aku kamceng ngan budak2 kelas aku spt Zalie (Zalina Abu Zaid), Mizah (Khairul Hamizah Abdul Raof), Sue (Suhaila Hasbollah), Maei (Maidiatul Hashimah) dan ramai lagi lah.. selalu kami study kalau hujung minggu tu, kami dah setkan, minggu ni bilik sapa, so semua akan kumpul kat bilik tu pd hari sabtu malam ahad. Konon2 study, tapi berborak je lebih heheh..
Tahun ni jugak kami ada pertandingan persembahan every 2 minggu, berselang2 tingkatan. Cthnya, minggu ni Form 1, lg 2 minggu Form 2, lg 2 minggu Form 3, dan seterusnya. Sebab kat sekolah takde entertainment lain, sbb tu lah ada malam persembahan ni. Setiap form ada 3 kelas, so paling2 teruk pun dapat no 3 je heheh.. anyway, kitorg cukup enjoy buat persembahan2 tu mcm drama purba, tarian billie jeans, lakonan, dikir barat dsb nya.
Sehingga lah hari peperiksaan datang dan pergi. Kami semua berusaha bersungguh2 untuk stay kat Serata, takut2 kena buang sekolah kalau result teruk. Dan kami semua berjanji untuk stay kat Serata sampai Form 5.
Cuti hujung tahun ni aku spend kat rumah Mak Ngah aku kat Sungai Besar. Kemudian bila result keluar, Alhamdulillah aku dapat keputusan yang ok. Aku punya benchmark ialah mak sedara aku yg tahun tu ambik SPM. Dan result SRP aku sama ngan dia masa dia SRP, so aku lega la dan happy sangat dgn keputusan aku..
Sambung lg utk masa2 terindah dalam zaman persekolahanku - Form 4 dan 5.
Friday, June 6, 2008
Zaman sekolah menengah..
Masa aku mendaftar masuk ke Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA), mak sedara aku dah memang ada kat sekolah tu, masa tu dia tingkatan 3. Begitu gak dengan adik kpd best friend ayah aku form 3 gak. So, aku masuk situ memang dah siap2 ada bodyguard hehe.. Anyway, masuk je aku diassignkan ke Rumah Biru Bilik B (ringkasnya RBBB). Semua sekali ada 5 rumah aje - Putih, Biru, Merah, Hijau, Kuning. Dan bilik2 plak ada A, B, C dan D, tapi tak semua rumah ada 4 bilik. Rumah Putih ada RPBA dan RPBC jer. Masa tu RPBB jadi library, dan RPBD adalah 2 bilik kelas. Rumah Biru ada RBBA dan RBBB jer. RBBC jadi sekerat bilik kelas, sekerat lg Bilik TV. RBBD pulak, sekerat jadi bilik rekreasi, sebelah lagi bilik Sains Rumah Tangga (SRT) . Rumah Merah ada RMBA, RMBB dan RMBC. RMBD adalah sekerat kantin, sekerat lg Bilik Sakit. Rumah Hijau ada full RHBA, RHBB, RHBC dan RHBD. Rumah Kuning pulak ada RKBA, RKBB dan RKBC. RKBD masa tu jadi surau kami (hujung tahun 1990 kami ada bangunan surau sendiri, tapi RKBD kekal kosong. Mungkin sekrang jadi bilik lah kot aganya). Ringkasnya, Rumah Hijau ada 4 bilik, Rumah Merah dan Kuning ada 3 bilik, Rumah Putih dan Biru paling sikit penghuni sbb ada 2 bilik jer.
Masuk2 situ aku first2 kenal dgn budak Ipoh, namanya Khadijah Zulkifly, yg kemudian dikenali sbg Ijah. Kemudian aku kenal Norakmar Abdul Ghani (Kema), budak Gopeng dan Shazlin Md Isa (Lin), budak Batu Gajah. Kami semua 1 bilik, dan kami jd geng ber4 tapi aku dan Ijah paling rapat sekali. Kami selalu pakai baju yg sama, kasut sama sampai kawan2 lain panggil kami kembar tak seiras hikhik.. dah tentu muka kami tak sama.
Kelas pulak, aku masuk kelas 1B sama dgn Ijah. Masa tu kelas kami di bawah bilik RBBA, kiranya a part of RBBC lah.. selalu kami ngintai senior2 yg lalu depan kelas kami, sbb kalau balik tghhari, utk ke dewan makan memang kena lalu kelas kami. Masa ni aku ada sorang kakak angkat, namanya Haslinda Tahid, org Sabah, aku panggil kak lin. Dia form 2, so selalu lah dia bg buku2 form 1 dia kat aku. Kemudian ada sorang lg ambik aku jd adik angkat, namanya Sazaazti Rasdi, aku pangil kak saza. Kak saza ni cantik orgnya, putih dan the only girl dlm famili dia. Kak saza ni form 3. Tapi, aku lebih rapat dgn kak lin sbb kak lin ni kelakar orgnya dan kami selalu lepak kat bilik malam2 lampu dah tutup sambil makan maggi. Lampu kat bilik akan ditutup pukul 12 malam dan kami selalunya kelaparan selepas balik prep pukul 10.30 tu. Biasalah, maggi jelah.
Masa form 1, byklah rules yg hanya form 1 je kena ikut. Hampeh. cthnya, pakai kelambu. Semua form 1 wajib pakai kelambu utk tidur, dan lagipun kami tidur katil atas. Memang leceh pakai kelambu, sbb esok paginya nak mengemas kelambu tu yg malas. Kelambu tu perlu digulung kemas2 dan ditarik tegang2 disangkut dihujung 1 lagi. kalau tak tegang nanti ketua bilik akan sound dan kita akan malu lah gitu. Form 1 juga takkan dapat katil bawah, semua katil atas. Form 1 jugak wajib tukar pakai baju tidur seblum tidur. Ketua bilik kami kak Salina ke Saliha nama dia tak ingat dah. Tapi masa tu jugak, kami sgt rapat dgn akak2 form 3 yg lain spt Kak Zirah (Hazirah Amran), Kak Ana (Rohana Ismail), Kak Zu (Zuraini) & Kak Z (Zuraida). Akak2 ni sgt happening dan merupakan geng kami ponteng prep, solat kat bilik, mandi lambat hari ahad, main carom tgh2 malam buta, main seremban, main terup, posing sakan tgh2 malam dan byk lagi lah. Seronok gile lah geng ngan akak2 tu sbb diorg sgt baik dgn kami.
ok nanti sambung lagi.. buntu dah kenangan2 lama best sgt dikenang semula.. mana mereka sekarang yea??
Harga minyak naik?
Hmm.. merata org dah cakap pasal isu ni, so aku pun taknak mengulas lanjut sbb aku tak pandai ekonomi. Kalau nak baca review yang membina minda dan berbeza perspektif, boleh baca kat sini:
Ulasan Berilmiah Dari Perspektif Berbeza
Aku just nak nasihat sket je kat semua.
Teknik2 berjimat cermat
1. Rajin2 lah baca flyers yg dihantar ke rumah kita oleh various shopping market tu seperti Giant, Tesco, Carrefour dsbnya. Buat perbandingan harga dan kena bersikap ambik tahu sikit tentang perbezaan harga. Jgn pegi byk2 tempat dalam 1 bulan - pegi 1 tempat je, so check harga betul2, buat perbandingan dari segi harga, berat dan kesegaran. Jauh jarak pun kena take into account jugak, ok.
2. Kurangkan makan kat luar. Katakan dulu selang sehari makan kat luar, sekarang ni limit kepada seminggu sekali je. And yang sekali tu ko belasah ler order bagai nak rak, takpe, dibenarkan. Lain2 hari ko masak kat rumah yea. Goreng ikan bilis pun takpe, sbb kalau kena geng lauk2 nya, sedap jgn cerita ler.
3. Jgn membazir beras. ingat bahwa beras mahal dan sgt berharga. So, budget berapa byk nak masak 1 hari, kalau terlebih, simpan dalam fridge. Kalau esok masak nasik, letak kat atas nasik tu, dia akan lembut semula dan boleh makan. Kalau masak nasik goreng, boleh bubuh air sikit dalam nasik tu bagi lembut masa goreng. Kalau rajin, kukus dulu nasik before goreng. Aku selalu buat cara paling senang - rebus air dalam periuk, letak penapis kelapa atasnya dan letak nasik sejuk tu dalam penapis kelapa tu. kira macam open kukus camtu.
4. Masak lauk dalam kuantiti yg boleh dihabiskan. Jgn masak byk sgt dan jgnlah ciput sgt sampai tak cukup pulak.
5. Kalau ada kenduri kawin ke, kenduri doa selamat ke, majlis harijadi ke atau sebarang majlis yg dianjurkan oleh kawan2, rajin2lah pergi kerana boleh makan free hehhe. Maklumlah, sekarang kan cuti sekolah. Hujung minggu ni dah penuh jadual kenduri heheh!!
Lamanya tak menulis
Bukanmenulis.. menaip.. well.. kesibukan tugas seharian terlalu mendesak sehingga tiada ruang untuk diluangkan di sini. Hujung bulan 5 ada 2 due date yg maha penting: 1. Permohonan PhD yang memang sgt2 diharapkan akan tiada masalah untuk dapat. Kemudian dengar ramai pulak yang mintak, sedangkan kuota utk fulltime oversea hanya 1 aje!! Aku harap i can make it. 2. Permohonan untuk naik pangkat. Yang ni walaupun telah diusahakan sedari awal bulan lagi, namun banyak sangat bukti2 yang perlu dikumpul, dikira semula, diklasifikasikan semula dan difailkan mengikut aturan. Hari khamis 29hb baru siap sepenuhnya, setebal 1.2 cm report nya beserta guided CV dan borang permohonan. Jumaat, aku dan Azie berkejar ke Bangi utk potostat 1 copy for our own reference in the future, pastu berkejar balik opis utk hantar ke HR. Dengan Mek Lani punya pun kami handle sekali sbb Mek Lani dah balik kg awal lg. Last2 dah hantar baru boleh tarik nafas lega sesgt.
Bulan 5 jugak aku berjaya masuk FaceBook (FB), yang mana dulunya tak boleh masuk kalau guna email opis. last2 aku guna email Yahoo, boleh pulak. Aku jumpa terlalu ramai kawan2 chatters aku masa aku aktif chatting kat BBS back in 1997 until 2000 dulu. Ramai mereka sekarang dah jadi parents kpd 2, 3 org anak, berkerjaya hebat2 belaka dan insyaAllah, boleh dikatakan hidup aman damai dan penuh kasih sayang. Tak sangka, after all these years, sekali jumpa balik, we catch up really fast. bak kata Fahroe "Once a chatter, always a chatter" Aku masih ingat masa zaman2 kegemilangan BBS dulu, aku memang rajin turun gathering, jumpa ramai chatters di sebalik nick2 dan berkenalan di alam sebenar. sesetengahnya terus jadi kawan sejati hingga kini, ada juga yg lost contact disebabkan desakan hidup yg sibuk dan masing2 berhaluan sendiri membina keluarga dan kerjaya. Tapi rakan BBS di alam realiti ni sama shj mcm di alam maya tu.. kalau jumpa masyaAllah kecohnya dan havocnya, tiada bandingan!! Macam tiada halangan, macam kawan yg dah kenal dari kecik, camtulah..
ok.. berbalik pada masa aku isi borang promotion tu, masa mengorek sana sini utk cari segala bukti2 yg ada, ntah macammana aku terjumpa diari lama. Bukannya terjumpa oke.. sbb aku memang simpan diari tu tak buang.. terbukak kot. Memang ada jugak dapat bukti dalam tu (industrial training lawat Masyu, and a year before that.. gilak aa.. tahun berapa tu.. 2000 kot?) But the most important, aku baca balik cerita2 yang aku tulis masa aku umur 23, 24, 25 tahun, manis sangat zaman tu. Tak takut dan berani mencuba, adventurous, atau dengan kata lain, Redah jerr... Keluar malam, tak lekat kat rumah. Hujung minggu je mesti ada aktiviti dengan kawan sekuliah, chatters atau paling2 pun, balik rumah Andak. Dengan Kancil aku yang comel tu, aku meredah ke mana je: pergi kenduri kawen kawan2 sampai ke Penang, Melaka, Johor, Pahang; lawat student praktikal sampai ke Alor Star, Seremban, Nilai; jalan2 cari makan sampai ke Muar, Melaka, Batu Gajah; join trip Mat2 Motor Besar sampai Port Dickson; handle gathering Chatters sambil jual keychain, dan macam2 lagi. Sedihlah Kancil aku dah takde - kami punya banyak kenangan bersama. Sobsobsob...
Oh yea.. dalam diari lama tu, aku jumpa 1 tutup hidung. Ala.. kan ada 1 time tu jerebu yg teruk ya amat tu, semua org pakai tutup hidung ala2 doktor bedah tu kan.. haa.. yg tu lah.. Tapi, tutup hidung dalamm diari aku ada bertulis "Genie, aku bahagia tengok ko bahagia. Your happiness is ours, too" hmmm.. pada si penulis yang tak perlulah cakap sapakan.. dia mesti tahu punya.. well.. the happiness memang milik kita masing2, tapi obviously, bukan dgn org yg kita couple masa tu hahahha... glorious time betullah.. memang akan tersimpan dalam sejarah hidupku menjadi antara helaian2 terindah usia remaja ahakss...
Tuesday, May 27, 2008
Engagement Celebration
So, the event went well and well planned also. Except for few waitings and searching (because of the number of vehicle involved and not all are familiar with Port Dickson), everything seems like agree with the engagement. We meet up at R&R Seremban - all of us - Shahril's car (Anje [my youngest sister], mak, opah and Zhafran [Anis' son - my nephew]), Mokde's car(drove by Abah, Mokde, Adik, Asraf [Mokde's son]), Anis's car (drove by Abe, Anis, Mira and Maktam [my neighbour]). Kami yang paling sesak sekali, my brother (Fairuz) drive Kancil diisi oleh he himself, his wife and son, Mak Andak with her son and daughter and me. Terhimpit sehhh. Once we reach Seremban R&R, quickly I moved to Shahril's, and Zahid (Mak Andak's son) moved to Mokde's. Pak Ngah then reach us at exit Seremban/PD, and there we go the 5 cars one after another. We headed straight to Masjid Lukut apart of the majlis will be held in Springhill. Arrive Masjid Lukut at 1.++pm, so just nice, we rest a bit, do the Zohor, and eat all the bekal since we are so hungry. About 2.00pm we headed to Springhill for the ceremony, joined by Pak Lang that waited for us somewhere near the Springhill road.
The family even rent a khemah for the ceremony and it is quite big. Pak Ngah did the talking and Opah then do the sarung cincin to Lin (my brother's fiancee).
We even manage to snap few photos of Lin and then both of Shahril and Lin. They seems so beautiful and handsome and all the hantaran things also are beautiful.
Lin masa nak sarung cincin
Shahril dan Lin bersama barang2 hantaran
Barang dari pihak lelaki
Anyway, after the celebration, we moved to Kondominium Blue Lagoon. We will stay there for one night. It is a 2-rooms apartment and 1 bathroom. Hazabnya bab bathroom tu because so many of us and the praying time is the hazabest time! Total up, there are 20 of us cramping in that apartment!! Me, Fairuz and family (3), Anis and family (3), Adik, Mira, Anje, Mak, Abah, Opah, Andak (3), Mokde (3), Pakngah, Makngah, Along and family (3), MakTam. Its 25 people, wow!! Nasib baik Jodi and family just came and not staying, kalau tak kena tambah lg 3. And Paklang also didn't stay with us.
Anyway, for dinner Paklang kasik rm100 for it, so abah ngan Fairuz gi carik sate. Our dinner mlm tu sate and lauk2 pauk kenduri which was given by Lin's family plus all the edible hantaran. Pukul 10 dah tido hihi sbb no activity and tv pun ada 14inch je. We miss the AF final!!
ok sambung nanti lah..
Zaman Sekolah Rendah - Part 2
Darjah 4
Masa Darjah 4 cikgu kelas kami Cikge Faezah. Cikgu ni terror English so memang tahun ni semua orang agak improve sikit English nya. Maklumlah, sekolah kampung kan.. English ni terror sikit2 pun org dah kagum gitu heheh.. Tahun ni kami banyak terlibat dengan persatuan dan sukan, so selalu lah balik lewat dari sekolah. Kadang2 tak balik, stay kat sekolah je sampai petang. Kadang2 balik rumah dulu, tukar baju pastu datang sekolah balik. Jarak ekolah dengan rumah aku adalah dalam tak sampai pun 100 meter so kalau jalan kaki tu kejap aje. Mak tak kasik bawak basikal sbb takut eksiden heheh, so sampai habis sekolah rendah memang tak pernah rasa naik basikal, in fact memang takde basikal pun.
Masa ni budak kelas aku cuma ada 29 org je.. sikit kan? Dan walaupun result akhir tahun lebih baik dari pertengahan tahun, aku hanya dapat no 2 je. No 1 Hanom, dan no 3 Rusman. Ni lah kawan2 aku yang asik bersaing ngan aku.
Darjah 5
Cikgu kelas kami adalah cikgu baru kat sekolah kami, namanya cikgu Arbain b Saidi. Cikgu ni sungguh berhemah, kerja2nya sangat teliti dan handwritingnya sungguh cantik. Dia ajar kami BM, dan beliau sungguh berwibawa. Kami memang seronok dia jadi guru kelas kami. Tahun ni kami ambik Peperiksaaan Penilaian Darjah 5 (PPDL), so selalu sangat ada tusyen. Guru besar pun sama turun padang mengajar kami Matematik. Yang bestnya, guru besar tak lokek. Siapa yang siap awal latihan dia dan betul semua akan dapat 20sen. Kalau tusyen hari sabtu atau ahad tu, kadang2 aku dapat kumpul dekat seringgit heheh. Kami semua benar2 teruja dan belajar bagai nak rak, and the result of PPDL memang melebihi jangkauan pihak sekolah. Rusman jadi satu2nya pelajar yang dapat 5A. Hanom dan aku dapat 4A1B dan 2 org lagi (Samad & Ridzauddin). Karim dapat 4A1C. Pada masa tu, itulah kejayaan paling besar bagi sekolah kami. Ramai juga kawan kami yang lain dapat 3A dsb. Pada hujung tahun itu (tahun 1985), Datuk Seri Abdullah Badawi datang ke sekolah kami untuk merasmikan bangunan baru (yg dah siap sejak bertahun dah) dan menyampaikan hadiah pd kami2 ni. Paklah adalah Menteri Pelajaran pd masa tu, dan upacara penyampaian hadiah dibuat diluar bangunan sekolah iaitu open air. Gembiranya dapat bersalam dengan menteri bagi kami anak2 kampung ni sukar nak diceritakan. Muka bangga para ibubapa pun jelas terpancar dan rasa gembira guru2 juga masih jelas di ingatan. Kami sungguh gembira pada hari itu, selain dapat salam menteri, diberi juga penghargaan mengharumkan nama sekolah.
Darjah 6
Since kami dah habis PPDL, so, tahun ni merupakan tahun honeymoon dan enjoy sakan. Walaubagaimanapun, tahun ni kami banyak terlibat dalam mengisi borang permohonan ke asrama, pegi ujian bertulis, jamuan makan dan lawatan. Yes, lawatan yang sebenar! Guru kelas kami masih Cikgu Arbain yang kami sayangi dan tahun ni aku dilantik jadi Ketua Kelas. Memang lain dari kebiasaan, biasanya Ketua Kelas lelaki, Penolongnya pompuan, tapi Cikgu Arbain nak kelainan, so pompuan lak jadi Ketua, dan penolongnya lelaki (Ridzauddin @ Din). Tahun ni kami ada buat collection kelas, tak ingat bayar berapa. So pada hujung tahun kami murid2 darjah 6 plan untuk buat majlis perpisahan dengan semua guru2. Semua nya kami rancang sendiri, dari segi makanan dan hiasan. Kami gunakan bilik sebelah yang kosong sebagai bilik jamuan tersebut, dan semua orang bertungkus lumus menghiasnya. Cantik sangat jadinya bilik tu siap ada riben yang merentangi bilik dan pintu pun bergantungan riben2 macam rumah kap lam ya nga pun ada. Makanan pun sedap giler semua orang bawak makanan. Memang best lah! Cikgu2 pun puji atas kerjasama kami dan depa terharu sebab belum pernah ada murid2 buat majlis untuk cikgu. Lawatan pulak, aku masih ingat kami buat lawatan ke Penang. Kira tu paling jauh la tu. Kami bertolak pukul 10 malam dan sampai sana tgh malam. Entah apa kejadah nya kami bertolak malam2 tu pun aku pun tak tahu.. ye laa.. aku kan budak lagi masa tu. Padahal Bidor - Penang tu tak berapa jauh sgt pun. Aku bawak duit adalah RM30 ++ hasil sumbangan mak, opah dan tok heheh tapi masa tu 30 besar woo nilainya. Aku masih ingat dalam tgh malam tu sampai penang, kami park kat depan rumah Francis Light sementara tunggu pagi. Dengar bunyi ombak pukul2 benteng tu buat semua org jadi segar. Tak ngantuk punwalaupun pukul 2, 3 pagi. So, esoknya kami pegi naik Bukit Bendera, pegi Tokong Ular, pegi Botanical Garden yang banyak monyet tu, dan macam2 lagi. Makan sate, makan pasembor, kemudian lepak kat tepi pantai mana tah.. memang happening giler lah trip tu. Aku beli hadiah untuk semua ahli kuarga aku dgn duit 30++ tu siap makan minum kat sana lagi. Seronok sangat trip ke Penang tu sbb sampai sekarang aku masih boleh rasa angin laut menampar2 pipi masa kami duk kat depan rumah Francis Light tu sambil cuba nak tidur tapi takboleh...
Hujung tahun ni, aku dapat tawaran masuk Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh. Hanom dapat 2 tawaran, Sekolah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Agama Gunung Rapat, 2-2 kat Ipoh. Rusman dapat Sekolah Sultan Abdul Halim, Jitra. Samad dapat sekolah Teknik kat Ipoh dan Karim dapat Sekolah Anderson, Ipoh. Din dapat Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Walaupun Hanom dapat sama sekolah ngan aku, tapi kami setuju untuk pegi sekolah lain2 sbb nanti kami boleh tukar2 kertas soalan dan mesti dapat kawan2 baru. Pengalaman pun berbeza so adalah cerita2 yang boleh dikongsi.
Periksa hujung tahun tu, Hanom dapat no 1, aku no 2 dan Rusman no 3. Kemudian, kami bawa haluan masing2 menuju sekolah2 yang berlainan. Tapi hubungan kami tak putus sbb semua satu kampung, so setiap kali cuti sekolah, atau hari raya kami akan berkumpul semula dan mengenang kenangan2 manis ketika sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang, Bidor, Perak yang tercinta.
Update:
Hanom antara yang paling awal kahwin. Balik dari oversea (Univ. of Newcastle upon Tyne), dia terus bertunang dan kawin tahun 1998. Sekarang ni anak dia 4 orang (semua lelaki), yg sulung dah darjah 3. Hanom pernah keje dgn Commerce Bank sblum ikut husband dia sambung belajar. Balik tu tak tahu keje mana, but now duduk kat area keramat/gombak sana.
Din pun kawin agak awal gak. Tamat sekolah teknik, Din sambung politeknik. Kemudian keje di Majlis Bandaran Ipoh. Isterinya 1 pejabat dengan dia. Anaknya seorang je, lelaki, now drjh 3.
Rusman masuk UPM lepas SPM, kemudian sambung di USM. Kat sana dia jumpa isteri nya. Mereka kawin tahun 2000, dapat 2 orang anak perempuan. Kemudian mereka sekeluarga pindah keje kat Sabah. Pd tahun 2004, mereka sekeluarga terkorban dalam kejadian banjir /air melimpah yang turut mengorbankan orggaji mereka. Keempat2 mereka dikebumikan dalam 1 kubur di Tanah Perkuburan Kampung Jeram Mengkuang pd waktu hampir senja dengan kesayuan seisi kampung tak dapat diceritakan.
Samad melanjutkan pelajaran ke politeknik dan bekerja sebagai pegawai bank di BSN. Dia kemudian berkahwin dengan anggota polis dan dapat 2 anak, yang sulung pompuan, yg kedua lelaki. Samad duduk di Kampung Pasir, sebelah Kampung Jeram Mengkuang dengan mak dan adik perempuannya.
Karim kawin agak lewat tapi mungkin sebab dia anak bongsu so kena jaga emaknya. Karim keje di Teluk Intan sekarang, isterinya orang situ juga. Mereka juga tinggal di kampung Pasir.
Cikgu Arbain dah tak mengajar di kampung kami lagi. Dia duduk di Tapah, jalan menghala ke Cameron Highland. Pada hari raya sebelum Hanom kawin (tahun 1998), kami beramai2 ada pergi ke rumahnya, tapi Cikgu Arbain tiada di rumah. Mungkin balik kampung agaknya. Takde rezeki nak jumpa cikgu.
Kawan2 lain: Razak meninggal masa kami sekolah menengah, eksiden betul2 di depan rumah dia. Zura kawin agak awal jugak, anak 2. Maslina kawen sebaik shj tamat SPM, anaknya 3 org. Jayan kawin masa sekolah menengah lagi, anaknya 5 org. Roslan pun ada 2 anak. Rozaini keje di IWK, anak sorang. Hamizat ada 2 anak. Norizan baru bertunang. Samsul ada sorang anak. Supi keje di Pulau Pinang, ada 2 anak. Wati keje di KL, ada 3 anak. Zanian keje di Tapah, taktahu berapa anaknya. Annuar A, Anuar B, Hamid A, Hamid B, Khairi, Mahairi, Jamal, tak dapat berita terkini. Mungkin mereka ada contact kawan2 lelaki yg lain kot.
Sambung pula citer aku sekolah menengah.
Saturday, May 24, 2008
Zaman sekolah rendah
Zaman Tadika
Aku start sekolah Tadika masa umur aku 6 tahun. pada waktu tu, parents takdela taksub macam ekarang ni 3 tahun dah hantor sekolah. Zaman aku dulu paling awal pun 5 tahun je. Anyway, aku masuk je sekolah dah pandai tulih nama sendiri. Maklumlah, makcik2 aku ramai cikgu dan aku ni anak sedara mereka yang 1st, so semua org excited nak mengajar aku. Cuba sekarang ni, confirm dah tak larat nak layan anak sedara dah berderet heheh. So aku masih ingat Makde aku ajar tulis huruf2 nama aku tu. Kat Tadika ni aku tak pandai sangat nak berkawan sbb aku biasanya kawan ngan adik2 aku aje dan memori aku pun mcm tak ingat sgt kawan2 tadika kecuali yg join aku masuk sekolah rendah lah. Ada beberapa insiden masa sekolah tadika ni yg masih aku ingat.
1 nya masa tu kami ramai2 duduk kat beranda rumah tukang masak tadika ni (seblah tadika je umah dia).. takla kami tahu yg beranda nya reput. Tahulah budak2 kan melompat2 bagai siap main Datuk Harimau kat beranda tu sekali tu 'praaakkkkkk' !! runtuh beranda tu heheheh. Punya la terkejutnya kami ni semua pakat menangis siap tukang masak tu terpaksa jamu kami teh o dgn biskut kering pulak sbb nak console kami.
2. Masa kami ada buat lawatan ke Batu 4. Tadika kami di Batu 5, kiranya pegi melawat jaraknya sebatu aje hihihi.. tapi masa tu kira dah grand sesgt la tu pegi lawatan. Kat tempat lawatan tu macam ada funfair, siap ada khemah bagai. Hujan tiba2 lebat siap angin kuat bagai. Khemah tu terjatuh betul2 kena kepala ada sorang budak Singh nih. Berdarah punyala banyak dan kami pun semua kena dieksport balik dalam hujan2 tu. Tak bestlah lawatan tu.
Cikgu kami namanya cikgu Yati. Baik orgnya. Tukang masak kami namanya Mak Jah. Sijil tamat sekolah tadika tu masih aku simpan sampai sekarang.
Zaman Sekolah Rendah
Darjah 1
Ketika masuk darjah 1, kami diletakkan di bangunan lama. Djh 2 keatas je dapat duduk bangunan baru. Teringat masa 1st day masuk sekolah, beriya2 kami melambai2 senior2 yg duduk kat bangunan baru, macam jakun je heheh. (FYI, bangunan lama tu bangunan kayu, 1 blok dibahagi 2, separuh bilik kelas drjh 1, separuh lagi stor utk brg2 sukan. Bangunan lama ni terletak terasing dr bangunan lain. Kalau nak pegi ambik brg kat stor takutnya seram aje sbb hujung bangunan tu mcm semak2 dan kawasan nya berpaya sikit. Rumput pun tinggi2. Bangunan baru tu of course lah cantik sbb bangunan batu 2 tingkat lagi heheh) Cikgu kelas kami namanya Cikgu Zainal Abidin, dah tua cikgu ni banyak uban pulak tu. Selalunya bila aku dah siap kerja yg dia suruh buat, aku ambik upah cabut uban dia 3 helai 5sen. Sebelum cabut kena kumpul habuk kapur tulis tu sebagai bahan tak bagi licin nak tarik uban tu. Hmm.. Cikgu Zainal ni dah meninggal dah lama dah.
Masa hujung tahun aku dapat nombor 1. Famili aku semua taknak percaya, semua cakap aku tipu sbb apa taktau lah. Tension aje aku. Tapi aku tak ingat sapa dapat no 2 dan 3.
Darjah 2
Darjah 2 ni Cikgu kelas kami namanya Cikgu Hamid. Darjah 2 ni takde spesifik memori kecuali Van Milo datang sekolah, dan kena minum ubat cacing. Periksa hujung tahun aku dapat no 2 pulak. No 1 tak silap aku Hanom dan no 3 Nazeri.
Darjah 3
Tahun ni adik aku start Tadika dan kami masih dihantar oleh Atok, naik basikalnya. Biasa Atok hantar aku sorang, tahun ni 2 org pulak. Mula2 hantar aku, pastu hantar adik aku. Cikgu kelas aku masih Cikgu Hamid dan tahun nih kami mula berjinak2 dgn segala macam persatuan. Periksa hujung tahun aku dapat no 1 balik. Hanom no 2 dan Rusman no 3.
sambung part 2 plak..
Engagement
Harini aku dan famili agak sibuk sikit sbb adik lelaki aku akan bertunang. Bakal tunangnya orang Port Dickson. Lin namanya. So aku tak gerak dari kampung, dari sini aje. Since husband aku dah balik Melaka malam tadi hantor sepupunya balik, aku pun terpaksala tumpang adik aku kat Gombak sana. Mungkin dia sampai dalam kol 10.30 nanti.
Dari kampung, keta adik aku yg nak bertunang tu (Shahril), keta MakOde, keta adik aku Anis dan keta Maklong Hajar. Makngah aku gerak dari Kuala Kubu Baru dan Paklang aku gerak dari Rawang. Janjinya kami semua nak jumpa di RnR Seremban nanti.
Malam ni kami tidur di PD aje. Harap2 semuanya berjalan dengan baik dan selamat semua seperti yang diharapkan. Nanti aku update kemudian yea..
Saturday, May 17, 2008
AF week 9
Lama tak buat review. Anyway, first thing first I don't like Fabulous Cat, the singers and also the performance. And i don't know why group ni yang dipanggil buat opening, mungkin dia bayo banyak kot kat Astro. AC nampak glowing dalam baju kaler hijau pucuk pisang/kuning hijau ke apa ntah. Macam kelakar.
I like Afdlin Shauki and rambut Ning pun nampak cantik. At least a good start. Carta Kedudukan Undian: Stacy, Nubhan, Riz, Nadia, Stanly, Toi. Kedudukan yg selesa for Stacy, Nubhan and Riz. Nadia tu walaupun % sama dengan Riz tapi kedudukan bahaya takut jadi macam minggu lepas which is nyaris terkeluar kalau Astro tak umumkan tiada penyingkiran.
Stacy
Dengan lagu evergreen dan agak 80's, Stacy mungkin mengalami kesukaran menjiwai zaman. Persembahan Stacy agak agresif sesuai dengan maksud lagu tapi jiwa Stacy tiada untuk lagu ni sebegini. Tarian Stacy kadang2 tercepat dari penari. Walaupun lagu ni lain, tapi Stacy deliver macam dia buat lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi. No more no less. Since Stacy sudah berada in her own class, so tiada yang baru dari Stacy untuk minggu ni walaupun dia perform ok.
Toi
AC buat lawak slapstik masa nak announce Toi. Pleaselah! Kemudian dengan soalan pasal Seri yang ntah apa2. Anyway Toi start dengan cantik lagu hit ni, tapi di tengah2 Toi macam hilang kawalan, but towrds the end dia buck it up and control dengan cantik. Ending pun ok, Toi berjaya kawal suara dan persembahan dengan minimalis yang sepadan.
Stanly
Lagu ni memang sedihnya berhantu. In my opinion Stanly berjaya bawak lagu ni dengan baik, firstly sbb Stanly berjaya untuk tidak mengeluarkan suara tenor die tu, secondly sbb kesedihan yang dipaparkan oleh wajahnya (?) terasa menusuk hati gitu. Overall, persembahan Stanly tidak mengecewakan dan dia buat better dari persembahan2 minggu2 lepas.
Nadia
kihkihkih puas hati aku AC kena ngan Nadia. Tak berkenan dengan 1. Baju Nadia yang buat dia nampak pendek dan gemuk. Warna hijau tak sesuai untuk lagu ni, patut kaler merah atau kuning terang macam kaler merah baju penari dia tu. 2. Rambut Nadia sungguh out of this world dan menampakkan muka dia tak garang tapi manis sweet dan happy which is not the right mood for the song. Yang bagus tentang Nadia ialah bila dia nyanyi wording dia keluar bulat2 dan jelas. Lagu ni dideliver dengan baik oleh Nadia. Baik je, taklah excellent pun tapi ok.
Riz
Lawo baju Riz. Persembahan Rock & Roll jarang sangat dipersembahkan dalam AF. Riz punya suara sangat masuk dengan lagu ni dan persembahannya pun tak mengecewakan. Suka ending dia which Riz nail lagu tu with high note followed with mumbling something and end. Rock & Roll all nite!!
Nubhan
Lagu ni memang macam lagu2 forte Nubhan and i don't expect Nubhan tak boleh bawak lagu ni sbb suara Nubhan memang masuk dengan range lagu yang mcm lagu Indon nih. Nubhan sampaikan dengan penuh emosi tapi spek hitam yg besar tu kacau betulla. So bila dia bukak spek tu emosi nya lebih sampai dan telus.
Stanly & Toi
Toi ok but Stanly over stress wording lagu ni. Tapi since lagu ni macam lagu fast and happy, so semua tu taklah obvious sgt.
Lain2
Terganggu seketika sebab my mom telepon hehhee.. terpaksa tengok tv sambil mulut bercerita ngan mak. Letak tepon je tup2 tanly terkeluar. Wasseyyy!!
Overall:
1. Baju paling buruk: Nadia
2. Baju paling lawa: Riz
3. Paling improve: Toi
4. Paling tak improve: Stacy (compared to last2 week, ok!)
5. Pengkritik tah hape2: Afdlin
6. Konsert final 5 org jer. Yay!
Happy weekend semua!!
Thursday, May 15, 2008
Durian oh durian..
Aku baru balik dari Muadzam Shah, Pahang. Ada kursus 3 hari 2 malam kat sana. Pergi pun naik bas je. So, husband hanto ke tempat keje pagi2 isnin to catch the bus, had a breakfast and off we went. Seronok jugak dapat berjalan jauh tapi pada masa2 begitu lah terasa 'Home Sweet Home'. Kami dapat apartmen 2 rooms and 1 apartmen untuk 2 org, meaning 1 orang sebilik. Tapi kami macam takut sket sbb students dah cuti cuma ada kami2 jer, so kami cramp 2 org sebilik, so 1 apartmen 4 orang. Oklah sikit takde lah takut sangat.
By the way, kursus tu taklah pack sangat, and kami kena actually discuss about KPI which will be use by all akademik staff. So, on the first day tu, malamnya kami ada BBQ rusa, ayam, sotong and much more. Aku rasa aku makan sotong half cooked sampai esok paginya aku terus diarhea. Mujur tak seteruk masa aku kena kat Bandung. Anyway, lepas BBQ kami sempat buat rombongan cik kiah ke Rompin. Tapi apa pun takde sbb dah malam sgt pun. Tidur je dalam bas.
Esonya kami berdiskusi sampai 4.30 ptg. Lepas tu, terus kami buat rombongan cik kiah lagi ke Segamat pulak. Sampai sana dalam 6 lebih, sempat pegi Jakel but i didn't buy anything. Saje jalan2 window shopping kat Segamat. Anyway, on the way back, kami singgah beli durian around 40kg to accomodate one whole bus of us. 1kg = rm5
On the last day, kami cepat2 finish up everything so that kami balik rightly on schedule. We manage to reach here tepat jam 6. So there goes our 3d2n course cum vacation. Well, today, I got a workshop kat Subang, and after that terus singgal di SELSET to submit my application. The PIC there very helpful and everything finish up in less than 5 minutes! I hope, really hope that my application goes well and everything going on just as smoothly as possible..
Balik tu singgah kat Jusco and aku beli lagi durian 3 packs = rm10.. Aku sorang je pun makan since husband tak berapa minat. And since tomorrow baru aku masuk office, malam ni bolehla rehat lagi.
Tomorrow lepas Maghrib, husband nak pergi trip lagi ke Besut, one of his series of trip. I only can hope the best for him and semuanya baik2 belaka.
tata.
p/s: Miss little Zhafran.
Sunday, May 11, 2008
Kecoh..
Semalam kan hari Sabtu. So, apart from nak tengok AF dengan tenang dan buat sikit review, i have no specific plan. Tup2 my brother kat Gombak called, dia nak dtg rumah with his wife and son and i was kind of excited to meet my nephew so i called my other brother kat Shah Alam suruh dia pun dtg jugak bwk wife and daugther. So aku pun masak2 lah sikit for our dinner. Since lift kat rumah aku rosak, so aku memang malas nak turun so aku masak je apa yg ada kat rumah. End up, Asam pedas ikan, masak tempoyak ikan selar, goreng pekasam ikan lampam, sardin sweet sour, ulam2am dan ikan bilis goreng. Yummy!! We spend a quality time together despite Dania memang taknak kat sapa except ummi dan abbi dia je. Farhan pulak dah bergaduh dgn org and towards the extend ' Pahan taknak kawan ngan makngah' hihihi..
seronok nya, sampai AF pun tgk ala2 jer.. hmm.. takpe la kan.. since minggu ni takde sape terkeluar pun so kita review next week aje!!
Wednesday, May 7, 2008
Hari2 tension.. iyeke?
Well, kalau dah dihadap dan dimasuk dalam otak, memanglah tension. Tapi kalau kita dok pikir pasal sakit hati, iri hati, tidak adil, duku durian, sampai bila pun we are not moving. Come on, ada byk lagi isu in front of us, yang ni can be put aside buat sementara. Betul ke?? Macam tak caya je. Well, like I said, biarkan je si luncai terjun dengan labu-labunya, once dia terjun, baru dia tahu laut tu dalam tak berdasar, dan arus tu kuat menggila bak tsunami. Ha sekarang ko adjustlah sendiri.
Now in the middle nak isi form for promotion. Mampus CV aje dah 16 helai, karangan ada 5 pulak tu, 4 utk setiap basket ngan 1 tu yg typical la, 'Why u are qualify to become bla bla bla'. Ingat senang nak naik pangkat. Lainlah ada org tu yang dapat privilege super duper power tahap gaban. Tu belum masuk bahan bukti lagi nak kena kumpul, mahu semua dokumen ada lahh 1.5inci kot. Melampau kalah report AKC camni hihihi..
Anyway, tadi tgk CSI Las Vegas tu pasal laga anjing. Tak sangka lak anjing pun boleh ditrain untuk jadi anjing pelaga. Kadang2 manusia boleh jadi lebih binatang dari binatang, huh!! Anyway, tak best sangat sekarang sbb Sara Sidle dah takde. Dia dah berhenti terus. I like Sara sbb dia ni macam tough gitu, tapi walaupun die ni nampak kasar, dia masih sama je macam pompuan normal sbb dia jatuh hati ngan Grissom tu. And walaupun Grissom masih jual mahal macam harga beras, dia masih sanggup tunggu dan berharap Grissom akan suka dia. Pergh.. syahdu betul. Finally, bila Grissom dah suka kat dia, i think itulah hadiah terbaik dari Sara untuk peminat2 CSI Las Vegas. Ceh.. utk peminat pulak dahh.. bukan untuk dia hihihi
Next week kena pegi Muadzam 3 hari dr hari Isnin sampai Rabu baru balik. Naik bas aje sbb tak kuasa nak drive. Anyway, semua top2 management pun pegi and geng2 pun pegi sekali, so aku harap everything went well there and then.
tu ajelah dulu.. tata!!
Sunday, May 4, 2008
My Juniors
From left: Balkis Mum (Fizah), Balkis, Dania (in Dad's arm, Zunaidi), Farhan (beside Balkis), Zhafran (in Mum's hold, Anisah)
From left: Farhan, Zhafran, Dania, Balkis
I love them all with all my hearts. Their present brighten up my world!!
AF Review
AF Review has to be put aside first until i don't know when. Currently, too bz updating my profiles for promotion in my career. Tak sangka ada banyak sangat proof nak kena cari dan karangan nak kena buat.
Anyway, next week (week 8) maybe I can review something. Redah jerrrr....!!
Friday, April 25, 2008
Bandung aka Parijs van Java..
Bandung was known as Parijs van Java aka Flower City.
Before going to Bandung
A lot of things that i found in the internet says that:
1. Bandung is a paradise for shoppers
2. Fods in Bandung are all nice and must-try.
3. Weather in Bandung is plus minus like in Cameron Highland
4. April is a rainy month
5. It is important to have supir to drive us anywhere
At Bandung
I realise that:
1. Bandung memang syurga for shoppers. For branded items and export quality items, Bandung has it all. Especially if you are looking for branded and nice baju sejuk, dan for kidswear also you will have a lot of option. Handbag and shoes from leather, jeans, laether products, this is the place where you have a lot of items and you feels that you want it all.
2. Foods at Bandung is not that good as it is being told. Few things are worth to try, but make sure you go for hygene first. Don't simply eat at the raodside stall, as the cleanliness is quite fatal. A lot of food poisoning happens, and of course it will kills your holiday spirit.
3. Yes, the weather there is cold, but not as cold as cameron highland. Going up yo the Tangkuban Perahu, it's getting colder and windy. In the town of Bandung itself, it is not so cold, but you will not sweating. It is a nice weather, though.
4. Yes, April is full of rain. Mostly, from the early of the month until 20th, you can expect raining all day. Gradually, it will keep less towards May. The thing is, you can hardly walk in the sideways since the water is flooding the road as well.
5. Supir is not so important, unless you want to visit outskirt of Bandung, such as Tangkuban Perahu or Jakarta. Apart from that, you can always use Angkutan Kota (Angkot), which is quite reliable and cheap. Choose your hotel/motel properly, so that you can minimize the use of any transportation.
After coming back from Bandung
Few advices and as a remberance for all:
1. If you need to walk along their roads, do not walk by the side of the road. Angkot will honk you many times as asking either you need them or not. Walk a little bit deeper of the road, normally there are a pedestrian walkways there.
2. Their time is one hour late from Malaysia (if Malaysia jam 15.00, Indon jam 14.00). Their solat time also different from ours.
3. Most of the shop will close at 17.00 waktu Indon. Most Factory Outlets will close at 21.00. After that, only roadside stalls are open until 24.00 or 01.00.
4. They really proud of their teh. Normally, you will get teh o suam for free at almost any restaurant/stalls/etc. You can buy the same taste of teh in Teh Botol.
5. Durian is everywhere there. You can try the Ice cream Durian at any roadside stalls, it is refreshing and tasty. Kopi durian can be found at Blue Monster, a restaurant right in front of Rumah Mode FO.
6. Ayam kampung is a must try delicacies. Either fried or grilled, both will satisfy you.
7. The way people drive their cars there is very much different from here, so, do not rent a car. You might face difficulty. Traffic light is very few and rare.
8. People there, they love cheese and chocolate very much. I tried their mushroom soup, and it was full of cheese. I think i got enough cheese to last for many years now.
Anyway, it is a good experience and nice holiday for me. We found people from Malaysia here and there, and in the crowd of Indonesian, we proudly speak Malays like good friends.
:)
Propose Itenerary for 3day4night in Bandung:
Day 1: Arrival and check in at Royal Dago/Patra Jasa. Explore FO along Jalan Dago (Level, Edward Forrer, Blossom, Grande, Jetset, Glamour, etc). Take your lunch at Restoren Timbel or another restaurant. Dinner, you can try Amanda, they got a nice salad, and sandwiches.
Day 2: Explore Jalan Dago. Check out from hotel and take a cab to Hotel Cemerlang / Kenangan / Mutiara. Explore FO there (Heritage, Stamp etc).
Day 3: Suggest to spend whole day in Pasar Baru. You can find telekungs, chiffon, lace, and a lot more at a very cheap prize. You can have lunch at their Food Court, and try Nasi Timbel Complit. Very nice one. Pasar Baru close at 17.00. After that, you can take taxi, and go to Cihampelas Street. Alot of jeans there. The landmark is McDonalds, just beside Hotel Aston.
Day 4: in the morning, you can visit few FO. Then, check out and make your way to the airport.
By this way, you can travel by walk and do not need any supir, so can save up to 450k rupiah which u can use for more shopping. Check your receipt each time, few FO are giving out vouchers together with the receipt.
Do not afraid to ask around. You may find dificulties speaking their language, but they understand that your are foreigners.
Lastly, save up few rupiah for airport tax and cab's fare (normally cab's fare to the airport = 20k - 25k using meter and airport tax = 60k per person)
:)
Saturday, April 19, 2008
AF week 5
Terlepas few minutes yang awal, bukak je tv nampak budak2 tu tgh dok berjoget2 sakan atas pentas. Okla, sempat aku dok makan kejap sambil jeling2..
1. Pengkritik jemputan Hetty Koes Endang tuu..tapi tak lalu tgk aksi manja AC melentok atas pentas yuckkss!!
2. Undian dibuka: Alif Stacy Riz Toi Nadia Stanly Saida Nubhan Rina. Alif 22% dan Rina 6%.
3. Lawak apa tu Lelaki Karan tu??
Alif
Baju lawo dah, tapi attitude tak cukup la dik. Bila Adam masuk jer, nampak sgt Alif very lack of rap attitude tu. Banyak words yang awal2 tu tertelan masuk perut, agaknya sbb nak concentrate dgn step nyanyian kot. Anyway, tarian backup dancer cantek sekali. Sharp dan gempak. Geram la AC ni sibuk je menyampuk si Hetty tgh komen! "Indonesia bisak! Jgn diam saja, goyangnya mana" Wahhh.. konsert ni akan lebih menarik nih!!
Stanly
Ciannya mak Stanly bagi ucapan sambil baring tu. Starting ok dah. Tapi Stanly selalu takleh control suara bila note tinggi. Penghayatan bagus, penyampaian pun bagus. Baju Stanly tu nampak tak sesuai sbb kaler tu menyebabkan Stanly nampak debab dan berat. Mungkin perlu beri suit dan kemeja sambil pegang bunga ok kot?? Yes ning, u point it right about the high note. Sweet la Hetty panggil Bu Kartini gitu heheh.. Eh Eh AC nampak sgt tinggi bila diri seblah Stanly.. baru perasan!
Nadia
Persembahan dia ni memang aku tunggu2. Dah la aku minat Kalis Rindu ni. Anyway, Nadia nampak berisi sgt dgn baju begitu. Tapi Nadia tak cukup attitude utk lagu macam stail mcm ni, kena lebih byk ekspresi lagi. Warawiri dr Hetty, tapi semuanya OK!
Rina
bajunya sgt tebal dan hebat! Wow Rina! Kawalan suara yg baik dgn interaksi yg bagus. Nasib baik AC jawab okeh, kalu tak wat malu je heheh. Betul kata hetty, ending nya tak nail la mama. Gonjreng!! (betulke aku eja tu?)
Iklan kejap yg AC jadik drebar bas tu heheh..
Toi
Lawak Padaiyappa la pulakk!! Ha nasib baik Sean yg real muncul jugak heheh tah apa2 tah.. Mengahnya Toi.. sampai aku yg tengok dan dengor pun rasa mengah gak. Toi nyanyi wordnya keluar sebijik2 tapi banyak tempat yang hancur, kerana note takleh sustain di tempat2 yang agak tinggi sikit. connection dgn penari latar ok, tapi dgn penonton tak de la pulak. Cap yg dipakai tu bila halfway dia bukak tu nampak lebih ok. Attitude dah ada cuma kurang sikit, probably sbb mcm Hetty cakap, terlalu menghafal lirik. Sean Kanna la plakkkk... iskk.. nalla!!
Saida
Dapat tengok kejap kak ogy berlakon dgn azmil citer apa tk ingat tajuk. Saida masih macam dulu gak, terlalu nampak ketakutan dan was2 dlm mata dan air mukanya. Probably sbb mata dia tak fokus pd 1 spot dan asyik terkelip2 dan mukanya nampak takut, bukannya sedih, which is the right mode for this song. Tak cukup umpph bila endingnya rasa macam tergapai2. Jiwa kacau betul, kan kak ogy kan? Yes Hetty point it truely right.
Nubhan
Seloka Bob dab Farah tu sungguh tak masuk akal. Nubhan ni nyanyi biasa2 je tapi confident level dia memang boleh dipuji. Gaya macam pro je dibantu baju yg ok dan vest pun cantik. Interaksi dgn penonton (at least penonton depan tv) memang superb, gaya badan pun memang the vast. Izwan pilus ke tu?? Ingat kan Hatta Dolmat tadi hehehe.. kak ogy kata Nubhan perlu merangsang sikit, Ning kata lenggang lenggok tu kena buang okeh! Hetty again said it all!!
Stacy
Lagu ni memang sangat susah nak nyanyi. 1. Attitude seksi 2. lagu rancak 3. tarian kena mantap. But Stacy manage to cater all area to make it a superb performance (kata kak ogy), meletop (kata ning), sudah siap menjadi superstar (kata bu hetty). You go girl! Goyangnya jgn ke depan tau, kena ke samping hehehe..!
Riz
Lawak dari Corrie tu okla jugak, memandangkan yg berlakon nya Corrie kan hehhe. Nak kena marah ni lompat dr stage ni, kan haritu Linda Jasmin dah marah tak kasik. Perghh takutnya aku tgk muka Riz. Well, aku tak familiar lagu ni so tak tahu sgt nak comment apart from mekapnya yg menakutkan dan bajunya yg terlalu sopan pulak utk lagu underground. Kalau pakai macam baju gitaris kat belakang tu pun cung jugak. Baju tu nampak feminin lah. U did it (kata kak ogy), u mesmerize us (kata ning), puas (kata bu hetty).
Yay! Rating aku utk persembahan konsert ke 5 ni, here goes:
1. Stacy
2. Rina
3. Stanly
4. Nadia
5. Riz
6. Alif
7. Toi
8. Nubhan
9. Saida
I don't like to watch tarian menuju puncak, so aku taknak review on that.
Well, nampak gayanya telahan aku betul bila aku put Saida's performance yg paling last sekali. Saida nampak gembira dapat keluar, probably dah rindu sgt dgn hubby dia kot. Dalam ucapan dia nampak lebih bersemangat dari masa dia nyanyi. Hmm.. like people said, dalam setandan buah, mesti ada yang komeng. So, label adik Siti is nothing ok!
for the rest, buat baik2 next week.
And tunggu next entry pasal Bandung pulak. Bandung, here i come!
Makan2..
Harini hari Sabtu. Since esok kami nak bertolak ke Bandung, so harini rasa macam nak masak2 dan nak ajak kawan2 makan. Tapi tak ajak datang rumah lah sebab aku nak clearkan rumah. Aku bawak makanan turun ke bawah aje, ke kedai Leha.
Rupiah...
Jumaat haritu aku sgt bz. Bukannya bz keje, keje tu ada sikit2 aje. Tapi bz menguruskan duit utk bawak ke Bandung. Oh ya, kami akan ke Bandung pd hari Ahad ni. Penerbangan dijangka sampai di sana pukul 12.40 tgh hari. Kami stay selama 5 hari di sana sehingga 24 April baru balik.
BTW, duit yg nak dibawak kesana nak kenalah tuka ke IDR, so aku pegi tukar kat Warta je sbb aku memang ingat ada money changer kat tepi CIMB dalam Warta tu. Masa pegi tu money changer tu tak bukak lagi. Alih2 adalaa sorang pakcik tu dalam 40an la kot aku belasah je panggil pakcik, rupa2nya dia baru balik dr Bandung dan nak jual balik balance IDR dia. So, since aku pun memang nak beli, so aku je dari dia 2.15 juta rupiah = 752.50 rm. So, lepas tu beriya pakcik tu story pasal Bandung kat aku. Aku pun apelagi, tadah ajelah.
Duit tu tak cukup, so aku tunggu gak la org money changer tu datang, dan beli lg 3.5 juta rupiah. So, all in all, aku bawak 5.65 juta lah duitnya. Pergh, terus jadi jutawan aku hehehhe..
ni gambo duit rupiah tu:
Semuanya tu 5.65 juta tuu..
Hmm.. nanti aku posting pasal Bandung plak yea.
Lega streamyx dah ok..
Leganya rasa streamyx rumah aku dah settle. Punyalah lama nak dapatkan technician TM datang dan baiki. Yelah, rosak dia mungkin minor je tapi manalah kita tahu, tambah2 husband aku yg bukan computer guy tuh.
dialog hubby dgn org TM:
hubby: Cuba ko check, apa masalah aku? aku ada hutang ke?
TM: takde lah ncik.
hubby: abih tu, apa pulak masalah ko? sampai nak masuk 10 hari tak boleh settle?
TM:*terkedu*
janji dia, technician nya akan dtg kol 9pagi. Okla takpela. Pastu sampai kol 1 lebih masih tak muncul. Kena sembur lagi. Last2 kol 3 lebih baru sampai. Muka dahla masam mencuka, agaknya kena sound ngan boss dia kot. Buat keje kat umah tak sampai 15 minit. haii.. tu pun payah sangat ke nak datang??
Terukla customer service TM nih!!
Thursday, April 17, 2008
Sejuknyaaa....
Masih dalam sesi presentation student. Punyala sejuk bilik aku ni rasa beku urat saraf. Harini kami semua mood baik.. walaupun student tak semua boleh buat elok sistem mereka. Ada yang ok, ada yg hampeh, tapi hanya yang benar2 hampeh je kami fail kan. Yang so-so tu kami masih bagi chance, duduk kat belakang dan betulkan few functions - once dah ok, considered lulus.
Teringat zaman aku buat project final year masa belajar dulu. Punya lah takut sampai last minute pun masih betulkan slide presentation. Tapi masa tu takde lah macam sekarang ni, senang je simpan sistem dalam cd.. dulu terpaksa ambik masa sekerat hari nak burn sistem dalam cd. Beratur ambik no giliran lagi sbb cd burner nya ada 1 je untuk 1 fakulti dan sebesar 1 desktop pc tu aa. Melampau sekarang ni boleh simply write, delete, read kat CD sesuka hati kan..
Kemudian dulu manade CD sangat. Yang ada hanyalah floppy disk yang lembut tu sebesar half A4 paper. Nak bawak kemana2 pun kena hati2 takut terlipat ke apa nanti langsung takboleh pakai. those were the days.
anyway, harini dah selamat semuanya. Overall, from 2 session yang aku jaga, ada 7 student pass, 4 student fail (3 boleh remarking, 1 takboleh sbb outsource), 3 tak dtg langsung (takut gamaknya). Lega rasanya dah selesai tugas.
Pasnih nak concentrate utk tulih karangan rational kenapa aku layak utk further PhD aku. Hmmm... harap2 aku dapat convince top management that it is about my time to do it. Meantime, kena tgk2 jugak projek grant tu takut sangkut tak jalan pulak..
ok la, sambung next entry.
Thursday, April 10, 2008
Streamyx problem...
Tension la talian streamyx kat rumah masih sangkut. Tak boleh access sbb katanya komputer cannot be reached. Ntah apa problemnya. Telefon TM dari hari Isnin, bawak sampai nak abis minggu pun masih tak solve lagi. Janji nya ada technician akan dtg tapi habuk pun tarak.
Dah le bayo tiap2 bulan tu RM77 tu, geram je rasa!!
Terpaksa la masuk dari opis je. Curi2 post entry sbb byk sgt keje.
Marking belum habis, 5S tengah menggempur, projek seed fund nak buat meeting asyik pospon je. Rationale utk permohonan PhD pun masih sangkut. Analysis Advisor-Advisee pun tak sort out lagi. Report projek 1 student pun masih belum baca.
warghhhh!! Rasa macam nak jadi hulk hogan!!
Pesta Buku pun dah nak habis. Sempat ke nak pegi nih?? Rasa macam tak sempat jer nih...!!
.........
Tuesday, April 8, 2008
Rumi ke Jawi
Ada 1 web yg menarik sangat sbb kita boleh tukar rumi ke jawi. Bagus bangat kalau2 tak tahu how to spell in jawi, boleh pegi sini untuk convert kan.
Have a look!!
Kakuro..
Currently i'm so in love with Kakuro. Game ni more or less like Sudoku tapi lebih mencabar sebab kita kena buat sedikit kira-kira (bukan ilmu hisab Sufiyah yea). Walaupun kena mengira, tapi nombor yang dikira ialah nombor sa dari 1 hingga 9 aje, dengan value minima ialah 3 (1 + 2) dan maksima ialah 45 (1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9).
Ada nombor yg ada beberapa set penambahan seperti 8 (mungkin 1 + 2 + 5 atau 1 + 3 + 4) tapi beberapa set nombor memang mempunyai 1 set penambahan tertentu seperti 7 (1 + 2 + 4) dan 24 (7 + 8 + 9). Memang seronok bermain Kakuro!
Untuk pengalaman Kakuro anda, boleh pegi sini atau taip je kakuro puzzle dalam Google untuk dapat list web2 yg lain!!
Selamat ber Kakuro!!
Monday, April 7, 2008
AF oh AF..
Mana2 pun org citer pasal AF.. so, just nak buat beberapa significant comments aje lah..
1. Baju lufya tu amatlah buruk. Lebih kurang macam baju Princess Fiona bini Shrek masa dia jadi ogre gitu. Tak rock langsung malah tak sesuai langsung utk sebarang lagu.
2. Mama Rina Rawkssssss!!! Puas hati dan terhibur bangat!!
3. Sentuhan kecundang memang kecundang goes down the drain. Frust nak mampus aku dengar lagu yg sedap tu hancur berderai gitu.
4. Saida nyanyi memang takde gaya ella yg lentok2 mengada tak sedor diri tu. Tapi, muka Saida macam tu gak gayanya tak berubah2. Macam takut sesangat, yg heran tu, dari mula sampai abis lagu muka dia pesen tu gak. Rileks la sikit kakkk...
5. Nadia sang it sooo wellll!! Mood sedih dia sampai giler rasa mcm sayu sangat.. Stanly pun maybe faktor utama utk set kan mood tu. Memang menjadi lah!!
6. Nubhan mengunyah words dan langsung tak dengar apa dia cakap.. lirik pun tak hapal.. nak kena nih!!!
7. Pelesit kota benar2 menjadi cuma suara Stacy tak cukup rock. Tapi gaya dan attitude memang boleh puji terlompat2 gaya camtu is soo pelesittt. Boleh diterima dengan senang hati.
8. Stanly menghancurkan lagu yg sedap tu jadi tak sedap dan forgettable.
9. Tere main angklung maknanya takde lah tone deaf. Toi bawak lagu ni biasa2 aje sbb lagu ni pun tahap biasa2 aje rock nya. Aku memang tak suka lagu ni dari dulu pun.
10. Naim memang forgettable punya nyanyiannya. Kelaut menangkap ikan ke Naim?? Anyway, dia ni sgt pekat Peraknya tu so ada gak la connection ngan aku nih.. Perak rulezzz!!..
11. Lagu Aliff sangat berhantu dan sangat sedap. Evergreen gitu.. tapi memang Kamelia tu jadi macam kena marah pulak. Muka Aliff yg takde expression tu tiba2 expressi nya marah plak.. apeke hei nye yop!
12. Riz nampak lain sangat dengan fesyen rambut camtuh. Lagu dia bawak pun oklaa.. tidaklah hancur mcm faisal tu, tapi dia boleh go better so sedikit dissapointed la sbb dia tak all out gitu.
overall, memang rock ni utk org2 lama je. zaman2 dengar radio Pilihan Bersama dan dubb lagu dalam tape kosong. Itulah zaman rock yg kekal kapak!!
Monday, March 31, 2008
Aja yang ku kenali..
heheh.. Aja ni kawan ku yang baik hati. Aku kenal dia dari sejak aku 2nd year di UM dulu sbb dia muda setahun dariku. Dia berkawan baik dgn beberapa housemates aku yang sebaya dia lah, kira 1 batch dia, so selalu datang lepak rumah kami. Masuk tahun berikutnya, dia pindah masuk rumah kami. Time tu aku 3rd year dan Aja 2nd year lah. Hubungan kami terus baik, sehingga aku grad, dan tahun berikutnya Aja pulak grad. Disebabkan Aja ni ambik course perguruan (TESL), maka bila posting tu, tup2 dapat kat kampung ku tercinta.
7 tahun Aja mengajar kat kampungku, dia kerap melawat mak dan adik2 kat rumah, lama2 jadi anak angkat mak. Sementelah, tak lama selepas Aja berpindah sekolah balik mengajar di kampung halamannya pula, ibu kandungnya meninggal dunia. Jadi mak ku lah jadi mak Aja, tempat dia mengadu masalah yang biasa dilakukan anak perempuan-mak.
Aja akhirnya mendirikan rumahtangga hujung tahun lepas dengan seorang ahli bomba yg tinggal di Johor. Seawal usia 2 bulan berkahwin, Aja disahkan mengandung. Tapi malangnya, bukan rezeki dia, Aja keguguran. Selain itu, kehidupannya biasa aje.
Hujung minggu lepas, Aja bertandang ke rumah mak. Yang pertama kali sejak dia berkahwin. Dia dalam perjalanan ke Cameron Highland untuk berbulan madu, jadi singgah di kampungku untuk jumpa mak dan tidur 1 malam di sana. Kebetulan aku pun balik kampung juga, jadi banyaklah cerita antara kami. Maklumlah, lama tak jumpa gitu.
Hehehe.. Aja ni rupa2nya ada problem.. Biasalah, orang baru kawen, baru nak adjust. Asyik gaduh aje katanya, benda kecik pun nak merajuk, itulah inilah. Mak cakap ' Alah siang gaduh, malam ko peluk jugak' hehehe.. adatlah kan, adjusting time. Memang banyak gaduh, banyak nangis.
'Kadang2 rasa macam nak gostan je time' katanya. Mak cakap 'Mana boleh. Dah tentu ada yg takleh nak digostan' hehehhe
Sabo je lah Aja. Ambik masa sikitlah nak adjust tu. Maklumlah, time bujang, ikut kepala sendiri aje. Nak kemana, makan apa, nak buat apa. Now kena mintak izin bagai. 'Izin tapi tak restu' Camne tu?
Nanti kita jumpa, kita sembang2 lagi yea Aja!
Rukun Negara..
Kalau2 kita terlupa yg negara kita yang tercinta ini, Malaysia, mempunyai rukun negara, maka di sini ditulis semula (sebenarnya ambik dr blog gidong), untuk renungan bersama yang kita MESTI menghormati RAJA dan SULTAN memerintah negara. Sultan payung negara!
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN
TRANSLATION :
WHEREAS OUR COUNTRY MALAYSIA nurtures the ambitions of:
* achieving a more perfect unity amongst the whole of her society;
* preserving a democratic way of life;
* creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner;
* guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; and
* building a progressive society that will make use of science and modern technology.
NOW THEREFORE WE, the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our energy and efforts to achieve these ambitions based on the following principles:
* BELIEF IN GOD
* LOYALTY TO KING AND COUNTRY
* THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
* THE RULE OF LAW
* COURTESY AND MORALITY
p/s: Kepada pembiadap di T'ganu tu, elok sgt dibuang negara aje!
Friday, March 28, 2008
Today..
My husbank balik dari trip memancing dia harini. Actually dah sampai malam tadi tapi dia terus ke Klang dulu untuk bahagi ikan2 tu. Terus tidur rumah parent dia sbb letih sgt, and mintak tolong ayah dia siang ikan2 tu. Yelah ikan besar2 ni mana bleh siang pakai pisau kecik hulu kuning tu hehe.. tak berterabur hancur isi ikan tu karang..
By the way, harini aku bawak bekal gi opis. malam tadi sempat masak spagetti dan kuah dia sekali so harini jimat tak payah belanja. Tadi gi kutip duit tudung, orang taska bayar, terus gi Shell Sungai Ramal beli Dunkin Donut 2 ketul. I luv Dunkin Donut!
Malam ni insyaAllah nak balik kampung. Semalam dah belikan mak gamat Healin tu 2 botol. Ada kedai House of Healin baru bukak kat betul2 depan rumah aku seberang jalan tu. Punyalah teruk mencari kat mana ada jual last2 nya depan rumah je. Suka! Senang sikit nak maintain ubat mak nanti.
Tak sabar nak tunggu hubby balik petang nanti! Gembira dia selamat pergi dan balik! I luv U!
Thursday, March 27, 2008
Tuesday, March 25, 2008
Kawan2 masa kecik..
Masa aku kecik aku sekolah pun kat kampung je.. jalan kaki je dah sampai. Sepanjang aku sekolah rendah tu (dari tadika sampai drjh 6) ada beberapa kawan yang aku memang tak dengar khabar berita sampai sekarang ni. Antaranya:
1. Latha. Dia ni salah sorang dari 2 org je budak india perempuan kelasku. Dengan dia ni aku kamceng sangat dan waktu rehat memang aku ngam lah lepak dgn dia. Dia rajin ajar aku perkataan2 hindi dan kadang2 buat pop kuiz kat aku pulak hehhe. Dulu memang geng main batu seremban time rehat. Sanggup tak makan tuuu..
2. Norlela. Dia ni seingat aku pendiam sangat. Biasa aje takle kamceng sangat. Kalau ingatkan muka dia ni, jenis muka yang kahwin awal. Agaknya anak dah sekolah menengah kot hehhehe..
3. Zaitun. Zaitun ni kamceng dengan aku masa sekolah rendah dah besar sikit, macam drjh 3, 4, 5 tuu. Geng aku kalau cikgu suruh beli apa2 kat kedai seberang jalan depan sekolah (beli susu anak dia), kami mesti pergi berdua. Biasanya cikgu (cikgu Khamsiah tak silap aku) akan bagi extra la duit tu, nanti aku beli Krispy atau pun asam masin untuk makan dengan limau kasturi (limau kasturi tu pokoknya belakang sekolah, kena panjat pagar untuk ambik buahnya. Sapa punya pokok tak tau).
4. Supirabi. Nama dia ni memang pelik tapi org Melayu kita je. Rumah dia rasanya paling jauh dari sekolah menghala ke hilir. Insiden aku dan dia yang masih terpahat di ingatan aku ialah ada satu hari tu, hujan, dia datang rumah aku kna ajak pegi main2. Tapi dek kerana hujan, last2 kami main bawah rumah aku je. Kami korek lubang dan main congkak atas tanah tu. Kotor gile tangan, kuku semua penuh tanah. Tapi the feeling masa tu sampai sekarang masih teringat, tak tau lah kenapa. Supi dah kawin awal dia kawin dah beranak pinak dah pun, tapi tak pernah jumpa lepas sekolah rendah tu.
5. Nazri. Dia ni OKU, tapi perangainya nakal masyaAllah. Kaki dia sebelah hanya setakat lutut je, jadi kalau dia berdiri sebelah kaki, sama tinggi lah dengan kami, tapi kalau dia drop kaki nya, maka die setakat pinggang kami jer. Dia sekolah kat kampung aku sampai djh 2 aje kot. Dia selalu buat dajal kat org, biasanya tackle org sampai jatuh sbb dia kan pendek je. Ntah camne tah. Pandai jugak die ni, tak silap aku masa djh 1, aku dapat no 1 dia dapat no 2. So masa penyampaian hadiah tu, dia duduk sebelah aku la sbb seat kan cikgu2 dah susun ikut aturan naik pentas. Masa tu je kami baik sikit.
Ada beberapa org lg tapi aku tak ingat dah nama. Rasanya ada sorang Singh, masa kami tadika, ada lawatan ke kampung sebelah, khemah kat situ runtuh sbb hujan lebt. Khemah tu timpa anak singh ni, rasanya macam parah jugak. Aku pun tak reti sbb masa tu aku tadika. Ada Saiful, lawa budaknya. Masa tadika, masa hari persembahan aku ingat si Saiful ni jadi arnab hehhehe. Anak cikgu kelas aku, Azman namanya. Dia sekolah kejap je kat sekolah aku pastu dia tukar sekolah. Aku ingat dia ni hensem gile sampaikan ramai yg crush kat dia (termasuklah aku kot heheh). Setahun je dia sekolah kat kg aku, pastu tahun depan nya dia sekolah kat pekan bidor cehh.. Ada Mahanum gak, yang rupa2nya sedara aku tapi jauh la. Mahanum ni tinggi orangnya tapi badan agak bongkok sikit. Selalu lepak dgn dia petang2 bila habis training bolajaring kat padang.
Hmmm.. Sapa lg yea.. ramai jugak rupanya kawan2 aku yg da lost contact.. Kat mana depa ni sekarang yea??
Monday, March 24, 2008
Dia lebih mengetahui...
Tidak semua orang layak untuk segalanya. Hanya yang terpilih sahaja mampu memikul tanggungjawab tersebut. Itu yang aku baca dalam suratkhabar semalam (Ahad 23 Mac 2008). Berdesup rasanya masuk dalam jantung bila terbaca perkataan2 tu. Tak cukup bersyukurkah aku bila segalanya serba lengkap? Aku cuma belum dikurniakan anak penyambung zuriat tapi tidak semua orang layak untuk segalanya.
Kami dah hampir 5 tahun kahwin, namun belum ada rezeki. Pernah kusuarakan niat untuk ambil anak angkat namun suami tak mahu. Kami berusaha namun mungkin belum cukup usaha. Aku letakkan segalanya ditangan Dia yang lebih mengetahui kerana aku yakin sangat masa depan kita tak siapa tahu. Mungkin kalau kami ambil anak angkat, turn up dia tidaklah seperti yang dikehendaki, takut termenyesal pulak nanti. Kalau anak sendiri tu lainlah.
Makcik aku pun macam aku juga. Takada anak. 13 tahun lalu dia ambik anak angkat sorang. Lelaki. sekarang ni umur nya dah 13 tahun lah. MasyAllah degilnya. Pada hari kematian ayahnya (pakcikku lah), time orang sibuk2 tu dia boleh pegi cybercafe.. main game. Sepupu aku pegi, dapat pelempang sebijik. Tiap2 hari pegi CC, solat memang malas, belajar dah tentu la malas. Kesian makcikku, tambah2 lagi sekarang dia hadapi sorang2 kerenah anaknya since suami dah tiada.
Mungkin nasib aku taklah macamtu, mungkin juga macamtu, siapa tahu, kan?? Well, hanya Dia yang lebih mengetahui...
Sunday, March 23, 2008
Black spot
Many people come and go in my life. I'm not regret meeting them as the experience is what make me as i am today. but well, some of them still hold some black spot in my mind.. I don't know why i can't get rid of them. Somethimes, just think of it make me choke.
1. guru ngajar quran aku. this thing aku tak pernah citer kat sapa2 pun except my buddy. even my mum pun tak tahu. I hope he will get pembalasan di akhirat for what he did to me and others.
2. my first BF. I hope he find happiness now, but until now, i still don't know what i did wrong in the first place. The way he ended up everything is so childish it make me wonder how can I fall with that kind of guy? Must be because i was so desperate for a BF?? Silly me!
hmm.. the rest tu doesn't hurt me as much as they did. Btw, I got great life now. In another post I will tell another story.
Kimono..
My first story
Well, aku dah lama nak ada blog sendiri, tapi selalu tak jumpa cara - masa, kepandaian, cerita yang sesuai dsb - tapi entah macammana harini magiknya aku dah ada blog sendiri.
Harini aku tinggal sorang2 kat rumah. My hubby ada trip memancing kat pelantar minyak terengganu with other friends of him.. geng2 pemancing tegar gitu.. harap2 semuanya ok dan mereka dapat tangkapan yg ok dan selamat pulang. Kawan2 aku yg dok kat area rumah aku ni ada beberapa org jugak lagi yg pegi sekali so kami isteri2 bujang ni macam ada plan je nak jalan2 gitu.. tengoklah macammana esok lusa kalau free boleh gi Jusco kot.
Tadi ada jiran dtg rumah ajak gi makan2 esok kat kedai dia sempena opening ceremony gitu. siap tanya nak nasik putih ke nasik minyak. macam tak sesuai je nasik minyak sbb kenduri nya lepas Isyak.. InsyaAllah boleh pegi le esok. So, 1 plan dah ada hehehhe...
oklah post dulu this. babai..