Tuesday, December 22, 2009

Alfatihah buat Abg Rosli Limat...

Aku baru shj dapat tahu bahawa abg Rosli Limat telah kembali ke rahmatullah pada 28 November lalu, sehari selepas raya haji, pada hari ulangtahun perkahwinan arwah yang ke22 tahun dgn kak Dalila Shahibuddin.


Abg Lie dan Kak Dal masa Raya 2009


Abg Lie dan Kak Dal aku temui semasa aku buat praktikal di TNB HQ di Bangsar pada tahun 1997. Waktu tu aku nak masuk tahun akhir di UM, di mana kami diwajibkan buat praktical selama 3 bulan. Disebabkan aku scholar YTN, maka aku buatlah di TNB HQ aje.



Projek yang ditugaskan pada aku dan Ana (memberku yg sama praktikal) melibatkan pengumpulan data dari seluruh TNB seluruh semenanjung malaysia, so agak besar jugak. Kak dal telah diletakkan dalam projek kami sebagai apa yea tak ingat dah. Abg lie pulak sebagai salah seorang yang kami kena ambik datanya, sbb beliau bertugas bahagian network. Abg lie dan kak dal sama2 keje di TNB HQ masa tu.



Seronok sangat keje dgn mereka dan kami end up jadi rapat sgt dgn keluarga abg lie dan kak dal. Selalu jugak kami datang ke rumah mereka, makan2 dan lepak kat sana. Aku pernah juga mengajar anak2 depa tusyen masa aku bujang dulu, masa anak sulungnya Atiyah nak UPSR dulu. Masa aku kawin, depa datang ke Perak memeriahkan majlis.



Bila bangunan COIT, tingkat 5, diserahkan kepada TNB, TNB-ICT dipindahkan ke situ. kak dal yang pada masa tu keje dgn TNB ICT terus keje di UNITEN, bangunan COIT tingkat 5. Kami selalu berjumpa, maklumlah aku rajin menjual barang2 tupperware dan tudung2 bawal dengan kak dal. biasalah, pompuan. Kebetulan Atiyah masuk UNITEN, dan ada 1 semester tu dia ambil subjek database dengan aku. Memang banyak jumpa atiyah dan kak dal.



Abg lie pun kerap aku terserempak bila dia ada urusan dgn ICT atau sekadar jumpa kak dal. Bila aku nak bercuti ke Bandung, abg lie yang banyak beri panduan dan beri nombor tepon supir sana untuk dihubungi.



Bila tadi aku borak ngan kak dal, baru aku tahu abg lie telah tiada lagi. Kena serangan sudden heart attack, waktu tghhari balik dari korban lembu. Beliau mengadu sakit, bawa ke HUKM dan menghembuskan nafas terakhir di sana..



Sedihnya ditinggalkan tanpa pesan kasih dan tiba2, harap2 kak dal tabah menhadapi ujian ini.



Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amiinn..

Tempat jatuh lagikan dikenang...

Pada 26 Disember ini, sekolah ku tercinta iaitu sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Ipoh akan mengadakan reunion bagi pelajar2nya batch tahun 80 - 90an.. aku termasukla tu, sebab aku bersekolah di situ dari tahun 1987 hingga 1991.

inilah lencana sekolahku
ini pulak gambo dewan utama.. cilok kat internet.. taktau kenapa kecik je gambonya..
Betapa teringinnya aku nak berjumpa dengan kawan2 lama yang kebanyakkannya dah lost contact sejak habis SPM tahun 1991 dulu.. 18 tahun yang lalu tuu.. kenangan bersama kawan2 semasa mengharungi dunia awal remaja memang sukar dilupakan, malahan bila setiap kali ke Ipoh, pasti aku akan terkenang segala kenangan pahit manis yang tersimpan kemas dalam mindaku..
waktu perbarisan. ni gambar dari tingkat 3 bangunan baru (sekrg dah ada lebih baru)
xtvt waktu petang dan hujung minggu... ramai2 melapak kasik moral support heheh
kat situlah aku mengenal bolatampar atau volleyball, yang hingga sekarang tetap menjadi favourite game aku, melebihi netball.. walaupun aku tak terer sangat lah kan, tapi, masa kat universiti, aku wakil kolej main volleyball, dan masa kat uniten, dalam sukan staff, pasukan kami menang volleyball 3 tahun berturut2 merebut piala Puan Halimah Nor. Dalam sukan utk student, aku memang sentiasa volunteer untuk handle volleyball lelaki dan perempuan kerana aku sangat enjoy game tu.. tiap2 petang aku sanggup turun padang utk praktis sama2 students dan kadang2 kalau aku tak larat main (sbb kadang2 kelas sampai lewat petang) dgn baju kurung pun aku sakan melompat bersorak kat tepi padang..
aku jugak kenal karom kat sini, kerana kat bilik aku di RBBB, ada 1 set karom. Tiap2 waktu senggang kami akan melepak main karom tu. kalau weekend jgn citer laa.. sampai tgh malam pun dok main jugak.. kadang2 kami sampai angkut karom tu main kat koridor sbb kesian kat kengkawan yang nak tidor dalam bilik.. bising kan... sanggup tu.. Sebab main karom tu lah aku masuk pertandingan karom masa aku matriks masa kat 1st College UM, dan dapat nombor 2 keseluruhan. Susah tu wooo sbb main sambil dikerumuni orang sekeliling.. susah nak konsentret tu hehehhe...

kat sini gak aku kenal makanan yang istimewa hanya ada kat sekolahku je iaitu bihun goreng kuah laksa... memang marvellous sekali!! kalau balik prep malam, memang berebut bihun kuah laksa ni.. satu lagi makan dalam plastik bag.. stail tebuk lubang kat bawah dan makan sikit2 ikut situ hehhehe...
cerita lanjut tentang zaman sekolah menengahku boleh baca kat sini:


Ini gambar kenangan dengan kawan sekelas 5 sains masa kitorang ramai2 pegi melawat Kellie's Castle kat Batu Gajah Perak. kami panjat castle tu sampai atas sekali, dapat tengok pemandangan menghadap sungai kat depan castle tu. Masa tu masuk free je, sekarang ni kena bayar dah... hehehhe.. sejarah Kellie's castle boleh baca kat sini.
Kalaulah aku kat Malaysia kan best, boleh aku join reunion Grand Gathering ExSerataian 2009 tu huhu.. apekan dayaku.. lain kali buat lagi tau.. pasti aku join..
to all my friends, enjoy yourself dan jgn lupa ambik gambo byk2, upload dalam FB yea.. :)

Bahan2 buangan?

hmm.. entri aku kali ni pasal sampah sarap aka bahan2 buangan. bahan2 buangan ni adalah bahan2 yang kita buang samada tiap2 hari seperti remah2 makanan , atau berkala seperti suratkhabar lama atau botol2 kicap, sos cili; termasuk yang basah mahupun yang kering.
Kalau kat Malaysia, semua sampah sarah dari rumah kita akan dikumpul dalam satu plastik je dan dibuang di satu tong sampah je. Tapi kat sini, pengasingan sampah dan pengendalian bahan2 buangan tu dilakukan di rumah masing2. Hasilnya: bahan buangan yang benar2 dibuang adalah sedikit aje, dan barang2 recycle boleh terus di recycle kan..


Tong sampah warna biru tutup kuning.

Setiap rumah kat sini mesti ada tong sampah warna biru tutup kuning. MESTI kat sini maksudnya MESTI kena ada. Aku tak pasti la pulak samada kita kena beli atau memang dibekalkan oleh pihak berkuasa, tapi memang setiap rumah ada tong sampah ni, takleh share share.. jadi, kalau contoh kat Carolina Place ni ada 60 bijik rumah, maka ada 60 tong sampah biru tutup kuning ni, dilabel dengan nombor rumah masing2. Guna tong sampah ni adalah untuk buang barang2 yang boleh recycle, iaitu botol2 kaca seperti botol kicap kipas udang (ada jual kat sini) dan sos cili maggi (sos cili life takde kat sini - frust aku), atau botol2 plastik seprti botol susu 2 liter fresh milk tu atau jus oren, kertas2 terpakai seperti suratkhabar lama (North Shore Times percuma utk semua org - 3 hari seminggu selasa, khamis dan jumaat), kertas2 junk mail promosi kedai2 sempena sale krismas dan lain2 kertas lagi..



Colour coded plastic bags

Gambar ni diambil dari blog cikguasna. lain2 colour plastik utk lain2 bahan buangan. Yang kaler pink tu utk letak kain baju terpakai yang masih elok utk sedekah kat orang. Yang Plastik oren tu untuk letak sampah2 harian, dan dikutip oleh satu syarikat swasta. Plastik oren ni kena beli, 5 helai dalam 4 dolar (kalu tak silap - tak pernah beli). Ada kwsn yang memang wajib pakai plastik oren ni, takboleh guna plastik yang dapat kat pasaraya tu. kalau pakai gak plastik free pasaraya tu, jawabnya sampah tu takkan diambil. Plastik oren ni boleh beli kat pasaraya je.. memang banyak jual.. ada 2 size, 40liter dan 60 liter.. Plastik pink tu free je, biasanya dia selit dalam suratkhabar.

Tong sampah rumahku. Ada label no 48 lagi tu..

setiap 2 minggu sekali (kat Carolina Place ni, hari Rabu) kita kena tarik tong sampah tu ke kawasan yang ditentukan (dekat je) dan lori angkut sampah akan datang dan kutip barang2 recycle dari semua tong2 sampah biru tutup kuning ni. Dan petangnya, kita kena tarik balik tong sampah ni ke rumah kita. Lori angkut sampah tu akan bergerak ke kwsn2 lain utk kumpul semua sampah2 tu, setiap hari ia akan pegi ke kwsn lain, sampailah turn kawasan Carolina balik 2 minggu lagi.

Untuk sampah yang biasa dihasilkan di dapur, seperti kulit bawang, tangkai cili, lebihan2 makanan atau kulit telur, semuanya tak perlu dibuang dalam tong sampah. Kita boleh masukkan je dalam sinki, dan terus masuk dalam Waste Management yang memang dipasang ke sinki. Biasanya rumah2 yang baru, atau moden sikit, mesti ada kemudahan ni.

kalau tengok label tu, power dia 1/2 kuasa kuda. power tuu...


Inilah rupa benda yang dipasang di bawah sinki. bahan2 buangan tu ditolak masuk dalam lubang sinki, dan ada satu suis yang kita kena on. Sistem ni akan kisarkan bahan2 buangan tadi menjadi ketul2 halus, diflush turun dengan air yang banyak, dan terus masuk sistem pembuangan yang diuruskan oleh syarikat2 yang dilantik. Dengan cara ni, kita tak kan hasilkan bahan buangan dari dapur yang banyak. Kita boleh buang dalam sinki je, isi perut ikan dan ayam, batang2 sayur yang taknak mcm akar kangkung, kulit2 telur yang kita guna, kulit2 halia bawang putih dsbnya. Kecuali benda2 keras seperti tulang kambing atau tulang ikan yang tgh2 tu, yang lain semua boleh sumbat masuk sinki aje.

Suis waste yang tgh2 tu..


Inilah rupa suis untuk hidupkan sistem waste kat sinki tu. Suis yang tgh2 tu memang berlabel WASTE. suis yang atas dan bawah tu untuk plug power macam biasa lah.

Special kan kat sini.

So sampah yang kita hasilkan sikit aje. macam tin2 susu, plastik2 roti atau bahan buangan hari2 seminggu baru penuh plastik sampah. Dengan cara ni, kita takdelah mengalami masalah pelupusan sampah yang kritikal.

Patutnya Malaysia boleh implement nih. Yelah, yang baik tu kita ambikla jadi amalan..kan?

Wednesday, December 9, 2009

Sorry...

Sorry yea agak slow sikit... banyak keje2 PhD yang kena disiapkan sebelum supervisorku bercuti sakan.. aku pun tumpang sekaki turut bercuti sakan huhuhu... yo-yo-o aje.. macam banyak sangat pitis nya hehhe..

anyway, ada banyak perkara nak tulis, tapi tunggu after monday.. lepas tu boleh tulis banyak2 dalam blog nih..

see you all later!

Friday, December 4, 2009

Farhan, Dania, Zhafran..

Wajah2 terbaik Farhan, Dania dan Zhafran.. Enjoy!

Farhan masa pakcik Shahril dia nak nikah.. mengamuk tak kasik pakcik kawin hehhe..


Ni tengah layan Upin Ipin la nih.. pantang bukak pc je mesti pekena Upin Ipin seround baru ok.. kalau tak, mengamuk sakan..!

Dania masa kecik lagi.. datang umah mertua aku kat Klang, semua org kasik duit.. hehhe.. sampai telinga pun selit duit..


Zhafran di saat kegemilangan... sangat tembam masa nih.. aku panggil dia Gentur...

Farhan masa Pak Ude Jodi kawin.. dia kecik lagi.. asyik lari2 dalam masjid masa org nikah.. buat hal dia je heheh..

Muka tak puas hati sbb kena duduk dalam troli.. asyik nak merayau je.. rasakan!

Stim je mata tu... mesti nak cari gaduh dgn Dania la tu..


Jom naik kuda, Dania!

Anak dara ni kuat berposing.. tapi susah btul nak ikatkan rambutnya..

Amboi gembiranya dia!!

Thursday, December 3, 2009

little faces.. big hearts..

Entri aku kali ni aku dedikasikan kepada semua little ones yang menyentuh hidupku dimana jua aku berada. Aku memang suka layan budak kecik, namun takdir Ilahi, aku belum lagi diberikan rezeki zuriat sendiri.. tapi itukan bukan atas kuasa kita, jadi aku tak lah terlalu membebankan fikiran..

yang aku nak cerita ni tentang semua anak2 kecil yang ada dalam duniaku yg kecil ini.

firstly, tentulah anak2 buahku tersayang.. Farhan, Dania dan Zhafran.. mereka ni penyeri dalam kuargaku.. telatah mereka sentiasa membuat semua orang tak kering gusi walaupun bila time depa mengamuk tu rasa nak cubit2 aje hehhehe.. tapi tentulah mereka ni membawa bahagia kan.. sbb segala pelajaran baru yg depa dapat menyebabkan kami semua rasa seronok dan exciter giler.. masa farhan mula2 panggil aku makngah dulu, die tak pandai sebut makngah, tapi jadi maknah.. heheh.. sabo je.. maknah pun maknah laaa... farhan ni memang peminat kereta.. kalau dulu aku jumpa dia je, bile nak balik tu mesti dia nangis2 nak naik keta maknah.. kena pulak bawak dia pusing2 kejap naik keta baru dia ok.. dia selalu cakap, keta maknah laju hehhe padahal keta kembara aku tu semput aje heheh..


Inilah Farhan.. bulan Januari ni genap umurnya 5 tahun.


dania pulak setakat ni yang paling keletah sekali bercakap.. kami sekuarga gelar dia si Joyah, sbb becok sangat mulutnya heheh.. kalau kita bersembang, dia pun ikut sama apa yg kita cakap, mana taknya jadi Joyah.. umur baru 2.5 tahun, tapi bercakap kalah orang tua hehheh..

Ini pulak Dania dan Zhafran. Ni Gambar tahun lepas.. beza unur mereka 5 bulan je..


si Zhafran pulak yang paling tembam, dan paling banyak aksi.. dia paling mudah dijaga sbb dengan sapa2 pun dia nak.. tak kisah.. makan pun paling banyak huhuhu..



Ini gambar aku dan Sukor dgn Farhan dan Zhafran. Dania masa ni taknak kat org.

kat Seri Kembangan pulak, anak2 jiranku lah yang menceriakan hidup aku dan Shukor.. ramai sungguh kat sana, namun yang paling rapat dgn kami tentulah anak2 Leha dan anak2 Is.. anak2 Leha si Nasuha dan Zulaika, anak2 Is pulak si Farah, Danish dan Zharif.. aksi dan telatah mereka sentiasa menghiburkan.


tengok tu.. punyela ramai..!


kat opis aku plak, anak2 kawanku pun ramai.. tapi takde gambo pulak.. ada satu ni gambo anak buddy ku si Azie.. anak no 2 dia Raisz... tembam budak nih.. geram je rasa macam nak gigit hehhehe..

tu la si Raisz yg pakai baju oren. baju putih tu Zharif anak Is jiranku di SK.

kat Albany ni pun rupa2nya ramai anak2 kecil ni.. seronok sungguh kami melayan mereka... ada anak2 Asna si Najwa, Arif, Yasmin dan Wafa.. dan anak2 Biha si Zahin dan Zafran.. anak2 Nida si Mizah, Azi dan Anis.. dan anak Azlina si Aqil @ Thomas hehehe.. kalau berkumpul semuanya mau runtuh juga 48/8 Carolina Place nih hehehhe





Min dgn Zafran..


itulah serba sedikit tentang little ones.. they might be little in size and appearances, but they touch us in a very big way and leave prints in our big hearts :)

Hujan yang turun...

Harini betul2 dalam sejarah. Sepanjang hampir 2 bulan aku kat sini, belum pernah lagi hujan selebat harini. Selalunya hujannya renyai2 je dan putus2.. maknanya kejap2 tapi lama..

Baru je 2, 3 hari lepas aku borak2 dengan Steffan pasal hujan. Aku dok cakap, aku rindu sangat hujan lebat macam kat my hometown, sbb kat Malaysia hujannya lebat sampai jarak penglihatan pun terbatas gitu. Kat sini hujan nya macam ala2 je.. tak puas.

oh ya, lupa nak cerita. Steffan ialah budak PhD yang terbaru register di IIMS. Dia ambil Mathematics, under supervision of Dr Alona Ben Tal. Dia orang Holland (belanda kan?). So, since bilik aku je yg kosong, dia join aku lah dalam bilik tu.. so dari 6 tempat, ada 3 lagi lah yang kosong (3 yang terisi tu, aku, steffan dan sorang indian lady)

si steffan pun cakap kat tempat asal dia pun camtu.. hujan lebat dan kerap. sebenarnya aku rindu bunyi hujan tu kat rumah aku, di Seri Kembangan, kalau hujan lebat, memang dengar sbb kat balkoni aku, orang bawah tu pasang awning, so bunyi hujan memang dengar kuat. Dan selalunya akan ada banjir kilat kat parit besar kat jalanraya besar depan rumah aku, membawa sampai ke traffic light depan Jusco.. selalu sangat aku buang masa tengok air hujan yang banyak melimpah parit/longkang membanjiri jalan dan kereta2 yang terus sangkut jem sbb jalan dah tutup dengan air. Mesti aku cakap dalam hati "kesian korang.. sangkut lagi kat jalan.. aku dah selamat kat rumah hihihi"

selalunya juga bila hujan lebat tu astro pun sangkut.. tak dapat siaran.. so, aktviti yang bermanfaat adalah tidur hehheh.. kalau ada pisang, paling sedap dibuat pisang goreng, sambil bancuh kopi o.. memanglah heaven..!

jadinya, bila hujan lebat melanda bumi Albany tghhari tadi, tiba2 aku jadi excited. si steffan pun pandang aku dan cakap kuat2 " it's raining.. finally!" kitorang 2 ekor terus jadi jakun mengadap tingkap dan mendengar bunyi hujan yang jatuh menimpa atap, bumbung kereta, payung, kepala orang, rumput-rumput, bunga-bunga kecil, dan akhirnya jatuh menimpa tanah. Rasa dalam hati suatu perasaan yang sukar digambarkan, seolah-olah aku dibawa pulang ke tanahair.

Kalau dari ofisku ditingkat 6 di UNITEN, hujan boleh nampak menitis turun dari tingkap kaca.. membawa satu kenangan yang terasa hangat dalam jiwaku...!

Thursday, November 19, 2009

Futsal?

Sehari 2 hari ni aku dilanda kemalasan yang amat sangat untuk menjengok blog dan FB. Last entry aku pun dah berusia seminggu. Tak tahulah angin apa yang melanda, sampaikan nak bukak PC untuk menaip pun malas. Tapi baca blog orang rajin pulak hehehe..



Last Sunday telah selamat berlangsungnya acara Futsal yang ditunggu-tunggu.. Ada 3 team aje pun, iaitu team North Shore (kami lah.. Tiger North Shore), team City (pelajar2 yang reside kat Auckland city centre) dan team Mount (pelajar2 yg reside kat kawasan gunung ganang. Biasanya team Mount ni anak ramai2, so depa terpaksa menyewa di luar City Centre sbb kat city harga sewa rumah boleh menyebabkan depa jadi papa kedana.


Game yg ada pun ada 3 gak, iaitu futsal utk bapak2, netball utk mak2, dan futsal utk budak2 lelaki. Abih budak2 pompuan nak buat apa? Maka aku kan kesian tengok budak2 pompuan ni, so malam sebelum ahad tu aku pun guntinglah plastik buat kan pompom utk budak2 pompuan. Jadilah team kami ada pompom girls.. jangan marah! Meriah lagi.. siap training lagi tuuu.. hehhehe..



gambo2 masa futsal, aku blom upload sepenuhnya lagi.. sbb malas sangat kan.. tapi tengoklah gambo2 nih dulu, yang aku ambik dari blog Cikgu Nida. Thanks yea cikgu Nida, and sorry ambik tanpa kebenaran heheheh... sharing is caring huhuhu..



Thursday, November 12, 2009

Sajak Perantau

Benang kukait menjadi tali
Buat kita saling berpaut
Sokong menyokong sandar menyandar
Tali kuanyam menjadi hamparan
Buat kita duduk, rebah
Dan bangun semula dengan lebih gagah

Di sini tanah tandus kasih
Kita suburkan dengan ukhuwah
Dan saling ingat

Di sini bumi yang kontang cinta
Kita hujankan dengan gelak tawa
Dan riang mesra...

~ sempena ulangbulan sebulan :) ~

Benang kuanyam menjadi hamparan...

Diam tak diam dah genap sebulan kami merantau di bumi Albany, Auckland ini. Kami menjejakkan kaki di airport Auckland pada 11 Oct lebih kurang jam 1.00 tgh hari. Dan hari ni dah bertarikh 12 Nov. 1 bulan 1 hari usia nya hehheh..


Walaupun masih baru di sini, namun kami rasakan macam dah lama sangat. Ingatan pada kampung halaman tak pernah padam. Kenangan pada semua kemudahan di Malaysia selalu terbayang2. Shukor selalu cakap kat aku rasa tidak percayanya dia yang kami berjaya mengharungi sebulan pertama di sini. Aku pernah terbaca dulu, kata-kata bijak pandai yang 21 hari pertama dalam apa2 saja perkara adalah waktu2 sukar untuk kita adjust diri dan minda. Benar sangatlah tu.

Perlahan-lahan realiti mula meresapi hidup kami. Inilah kehidupan yang akan kami jalani untuk 2 tahun 11 bulan akan datang. Bil-bil dah mula sampai ke mailbox kami dan surat-surat rasmi dari universiti dah mula menemani bil-bil tersebut hehehe. Terasa juga dalam hati bila melihat alamat di sampul surat tersebut menunjukkan kami sekarang ini adalah sebahagian dari warga Albany.

'Dimana saja korang pergi, pandai2lah membawa diri' pesan keluarga pada kami sewaktu kaki melangkah melepasi check-in di airport tempoh hari. Bak kata peribahasa Melayu, ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Di sini, kami berkawan dgn keluarga2 dari Malaysia yang lain, sebagai satu panduan agar semangat Malaysia terus hidup dan menyala. Mereka banyak membantu samada secara langsung atau tak langsung, membuat hidup jadi lebih mudah dan teratur. Keluarga Azwan dan Liza, keluarga Abg Mie dan Asiah, keluarga Zakhir dan Biha, keluarga Cik Piah dan Nida, keluarga Nihra dan Azlina, keluarga Lornie dan Bejau, keluarga Ajeep dan Dina serta keluarga Adnan dan Asna. Tanpa mereka, mungkin kami masih terpinga-pinga dan serba tak tahu.


Kepada semua, terima kasih kurakamkan dari lubuk hati terdalam.

Jauh dari keluarga, di tempat yang terlalu asing, hanya teman-teman tempat mengadu. Dalam kepayahan ini, kuharung jua, bak kata lagu Jentayu dendangan Nora feat Sheila Majid:

Di paruhmu kemilauan sinar
Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu
Bening budi terdampar di jagat raya

Di sayap taufan kau jelajahi
Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan

Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku

Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua

Pinjamkanlah syahdumu......
~ditulis dalam office pada pagi Khamis 12 Nov jam 10.52 waktu Auckland~

Wednesday, November 11, 2009

Happy Birthday my dear Zhafran!!

Zhafran adalah anak buah aku yang terbungsu setakat ini. Dia anak sulung kepada adik perempuanku Anis. Ada banyak perkara yang special tentang Zhafran:

1. Dia lahir pada 10 Nov 2007, tepat pada ulangtahun perkahwinan Mama dan Baba nya. (depa nikah pada 10 Nov 2006)
2. Zhafran ada tanda lahir di dahi sebelah kiri nya, sebesar ibu jari. Tanda lahirnya warna merah, dan kadang2 macam timbul.
3. Zhafran memang tak takut orang. Sejak kecil lagi dia nak saja dgn sapa2 pun. Memang senang jaga Zhafran nih.
4. Zhafran potostat habis muka Baba dia, malahan bentuk badan pun sama.

hehhehe.. Zhafran memang buah hati keluarga, aksinya sentiasa melucukan dan mencuit hati sesiapa saja. Kami selalu balik ke kampung, tapi tak singgah Bidor, sebaliknya terus shoot ke Ipoh, tidur umah Zhafran sebelum balik kampung keesokkannya.

Semalam (10 Nov 09) genaplah umur Zhafran 2 tahun. Aku rindu sangat dgn Zhafran, tapi aku cuba telefon banyak kali tapi tak dapat. Sedih sangat.

Zhafran ngan mak ngah kat Lost World of Tambun, masa blan Julai haritu.

Takpelah, ku doakan Zhafran mendapat keberkatan pada ulangtahunnya yang ke2 ini, dan dia menjadi anak yang soleh dan sentiasa memberi cahaya kegembiraan kepada semua yang menyayanginya. Mak ngah selalu ingat Zhafran namun makngah tak dapat nak cakap ngan zhafran macam selalu.


InsyaAllah, nanti makngah kirim hadiah dari sini bila makngah dapat cari hadiah yang within budget makngah, ok?



Mak ngah rindu sangat ngan zhafran tau..!

Masalah Bahasa??

Jumaat lepas (6Nov) aku hadir 1 conference di University of Auckland, Tamaki campus. Supervisorku yang suruh aku hadir sbb 2nd supervisor dari Palmerston North turut hadir, jadi kiranya macam serampang 2 mata lah.. kebetulan conference tu tentang mHealth, yang sangat2 relevan dgn bidang aku. (supervisorku pun jadik salah sorang ahli panel dalam forumnya). Maka pergilah aku ke sana..

1 perkara yang aku notis, ialah aku susah sangat nak paham cara percakapan new zealander, sbb cara mereka pronoun perkataan berbeza dgn cara kita. Mujur juga supervisorku org English, and he speaks proper english, so memang takde problem utk paham apa yg dia cakap. Ada beberapa speaker yg dari India, China, US, dan aku bleh paham depa perfectly well. kalau org new zealand (kat sini kita panggil orang kiwi), memang susah..

cara mereka pronoun 'e' dalam perkataan yang bunyinya 'e' macam dalam 'ekor' akan jadi 'i'. Tapi kalau 'e' dalam 'emak' akan remain as it is. Cth: next akan jadi bunyi nixt, step jadi stip, seven jadi siven, death jadi diath, extra jadi ixtra, dan lain2 lagi. depa juga tends to combine 2 words together mcm cth: good morning jadi gomorning.

camtulah. susah nak tangkap apa yg depa cakap, melainkan kena dengar betul2..tapi lost jugak walaupun concentrate camne pun..

hmm.. rasanya given 2, 3 more months, bolehla paham bahasa depa nih.. tapi buat masa skrg ni, kita layan ajelahhh... :)

Thursday, November 5, 2009

Yang tak pernah di Malaysia..

Banyak benda yang tak pernah buat kat Malaysia, aku buat kat sini.. antaranya tentulah makanan.. sbb susah kan nak makan luor tu..

smalam, aku tak datang opis.. perut meragam sakit senggugut hehhe.. so pagi2 tu aku kuarkan daging cincang (mince).. aku plan tghhari ni aku nak buat burger. Dalam pukul 12 tu daging dah lembut dah, so aku pun campurkan dengan garam, kicap cair yang masin tu sikit, ajinomoto sikit, kemudian potong bawang dan carot potong dadu halus2 serta tepung 2 sudu. semua tu aku gaulkan je kasik rata. pecahkan telur sebijik dan gaul lagi. kemudian aku buat bentuk pattee daging tudan simpan dalam peti sejuk setengah jam..

lepas setengah jam, aku pun gorenglah.. sedap! menjadik jugak daging burger aku tu huhuhu.. buat 250gram dapat 7 keping.. banyak kan? tapi kitorang makan dengan roti nye sorang satu aje, daging yang lebih kami ratah macamtu je.. kenyang kami berdua.. alhamdulillah..

petangnya dalam pukul 3 lebih, kami bergerak ke rumah Adnan kat Torbay. Kawan kami si Nihra, ntah apa hajatnya, belanja ayam 10 kilo, lamb 3 kilo, utk buat satay.. perghhh... tak pernah aku buat satay kat Malaysia, namun dah nak makan punya pasal, ramai2 kami menyiapkannya. Masa aku sampai, org lelaki tgh potong daging ayam tu, org pompuan tgh kupas2 bahan2 so aku terus ambik tender memblender bahan2 cam serai, bawang, ketumbar, jintan, halia, lengkuas dsbnya. lepas tu, kami mencucuk daging lembu dan lamb pulak sampai siap.

sementara tu, depa bakar pizza Hawaian chicken dan Super Supreme, sbb Nihra dulu manager pizza hut gitu, so menjadikla pizza nya sejibik macam rasa pizza hut.. 4 ke 5 bijik pizza ntah aku pun lost track, tapi memang banyakla sampai tak habis.. kemudian sambung plak cucuk ayam sementara Cikgu Nida masak kuah satay nya.. by pukul 7 semua dah siap, kemudian kami ramai2 minum teh susu dibancuh oleh Cikgu Asna sambil makan bubur kacang hijau yang aku bawak.. best betul..

so, harini (khamis), kami akan bakar satay kat rumah Nihra, dia baru beli BBQ set sempena summer sale haritu.. so nak testing la nih.. kami kira2 balik, ada hampir 500 cucuk satay perghhh.. mujur BBQ set tu pakai letrik (ke gas?) kalau kena kipas mau tercabut lengan masing2 heheehh.. makanan2 lain tak tahu lagi.. tapi aku bawak nasik impit, biha bawak karipap.. yg lain tak tahu bawak apa..

nanti aku upload gambo2 kami membuat makanan2 yang tak pernah kami buat kat Malaysia heheh.. (biasa beli ready made aje huhuhu)..

Wednesday, November 4, 2009

Back to basic

Suatu petang yang damai, di bumi Albany ini, aku dan hubby duduk bersembang di rumah Adnan dan Asna, ditemani sekali dengan Lornie dan Bejau. Kami menghabiskan sepetangan berbincang dan bercerita kisah2 kami di perantauan. kalau diikutkan, kami bertiga keluarga ni adalah keluarga2 yang terbungsu dalam semua keluarga di Albany. Lornie & Bejau datang kesini dalam April, Adnan & Asna datang seminggu sebelum aku (dia datang 3 oct, aku dtg 10 oct).

Banyaklah panduan dan nasihat yang disedekahkan pada kami yg masih terpinga2 ni. Lagak macam baru masuk kampung orang, agak takut2 nak buat apa pun. Pernah aku nak beli setem kat pejabat pot pun tak pandai, rasa saspen semacam. Haru betul. Aku masa tu nak masuk peraduan, sbb sebelum tu aku beli bateri eveready tu dapat 2 form peraduan dia. Aku ingat no harm lah kalau aku masuk pun, ok je. Tapi sbb aku tak reti nak beli setem, last2 borang peraduan tu masuk tong sampah je. Ntah apa2 ntah.

Lornie lah yang bukak citer pasal back to basic. Berbeza dgn Malaysia, kat sini kita hidup seadanya saja. Paling penting langsung tak membazir. Makan kat luar tu dah tentu la tak dapat, sebab yg paling obvious, tak HALAL, dan lagipun mahal berantu. (Nandos je yg halal, tapi tak mampu heheh).. Kalau kat M'sia, pantang terdetik je, hujung minggu je, malah hari2 biasa pun, banyak makan luar je. Aku teringat perkara paling besar perbezaannya, kalau kat Malaysia, kami beli beras 5kg tu sampai berkutu, kena jemur bagai, last2 solutionnya beli beras sekilo each time.. kat sini, kami angkut yg 10 kilo punya.. sbb murah dan memang makan nasik je hari2.. (kalau 5kg 11.95, tapi 10kg cuma 19.95.. murah kan).. duduk baru nak masuk minggu ke4, beras yg 5kg dah habis, yg 10kg dah luak 1/3.. hebat seyhhh.. hehheh

Dari segi lauk pauk, memang sangat jimat. Kalau masak tu tak habis, simpan dan akan dihabisan jugak. Takdelah nak buang macamtu aje, tak macam M'sia. Salah sikit je buang, bosan je buang.. Haritu aku masak ayam masak merah.. Ayam tu kan dah goreng dulu, dan sambalnya masak asing lah. Seksa sungguh masak sambal tu sebab dia kan asyik terpercik je dan dapur aku tu kecik je, dan takut sgt kotor tak hilang (nanti duit bond rumah 3 minggu akan lebur tak dapat balik), tapi akhirnya siap jugakla.. menjadikla jugak sambal tu dan selepas gaul dgn ayam tu memang nampak banyak jugak sambalnya. Bila makan malam tu, ayamnya habis, tapi sambalnya ada balance lagi. Memang tak buangla, dahle memasaknya sikit punya mencabar. So esoknya aku hiris daging, keringkan airnya dan masukkan sambal tu.. taddaaaaa! jadiklah daging masak sambal pulak hehehehh...

Camtulah survive kat tempat orang. Kat sini kita jadi org yang atas sikit je dari muflis, sbb insyaAllah cukuplah makan tu, baru terkenang si Baiya, ex-orang gaji ayah aku yang keje di kebun kami di kampungku di Bidor. Baiya ni memang disediakan rumah 1 ruang terasing dari rumah kami. Dalam rumahnya tu ada katil kayu dilapik dgn toto dan berkelambu, lantainya simen kasar dan lembap, dilapik dgn kain2 terpakai supaya kaki tak sejuk, ada 1 meja kayu buatan sendiri dan kerusi plastik, 1 ruang memasak, dapurnya ihsan Mak, tapi gas tu Baiya beli sendiri. 2, 3 bijik periuk, Baiya msak sendiri. Hari2 si Baiya ni masak kari, bergantung dgn apa yg dia ada. Kalau ada keladi, kari keladi lah, kalau ada ikan pancing, kari ikan lah. Kalau takde sangat, kari sayur2 aje. Air minum dia ambil rumah kami, utk mandi Abah sediakan satu bilik air berdinding 3 kat luar rumah, utk dia ambik wudhu sekali. Tapi survive jugak dia.



inilah rumah Baiya. Rumah ni ada 2 pintu, setiap pintu tu 1 bilik aje. Bilik Baiya yg sebelah kiri yg macam ada porch tu. Kat luar tu ada tali penyidai utk dia sidai baju. Pintu sebelah kanan adalah stor barang2 kebun mcm baja, makanan ikan dsb nya.

Bila aku kenangkan, aku jugak macam Baiya sekarang ni, mungkin lebih elok sikit aje. Gitulah gayanya kalau dah namanya Perantau..

Tuesday, November 3, 2009

Mari belajar bahasa Maori

Kat sini memang ada 1 channel TV yg dedicated utk ajar bahasa Maori.. seronok gak layan kalau pagi2 tu channel lain semua katun @ berita heheh.. kalau hujung minggu siap ada citer katun bahasa maori.. sabau jelah.. tapi aku suka layan walopon tak berapa paham (memang tak paham pun heheh)

Ada beberapa perkataan yg senang nak ingat cth:
1. Kia Ora. maknanya apa khabar. Perkataan ni paling banyak nampak dan paling senang nak ingat.
2. Tino. maknanya 'absolutely'. aku ingat word ni sbb teringat org kelate panggil org pompuan tu oghe tino.. hehehe.. kat sini maknanya absolutely.. cth kalau org tanya 'ko suka tak duduk sini?' so boleh la jawab 'tino!' hehheheh... macam ayam cakap ngan itik plak dahh... kalau guna dgn perkataan lain, ia jadi absolute aje, cth kalau absolute power, jadi tino power.. hehheh
3. Moreno (morena). maknanya good morning, tapi biasanya org yg membalas tu yg guna. cth A cakap kat B ' good morning' so B pun balas 'moreno'.. ha camtulah.. tak perasan lak A tu cakap good morning camne, nanti aku belajo lagi yea..
4. Nei. maknanya no.. nehi.. tidak.. cth ayat ' ko dah makan?' boleh la jawab 'nei' kalau blom laa.. kalah dah makan, ko cakap yes heheheh
5. Haere Mai. maknanya selamat datang. cth 'Selamat Datang ke New Zealand' jadi 'Haere Mai o Aotearoa' .. wah wah wah.. hehheh

ok cukupla tu.. nanti banyak2 karang tak ingat pulak.. jgn lupa praktikkan yea..

huhuhu..

Monday, November 2, 2009

masak masak...

Semalam, balik dari Browns Bay, kami konvoi ramai2 ke SilverBell Market.. kawan2 lain nak beli ikan.. kami tak beli ikan sbb masih ada lagi stok ikan, last week beli sekor ikan trevally besar bagak.. baru makan 2 potong..

masa ronda2 kat situ, jumpa kacang hijau.. stok baru tu sbb last week memang dah habis balang kacang hijau tu.. so aku belilah sikit.. dalam hati cakap, kalau buat bubur kacang sedap bangat nih.. santan dalam tin pun ada 1 tin lagi blom bukak.. pastu jumpa plak sagu halus, aku sambar gak sebungkus..

balik umah tghhari tu, terus masak makan tghhari.. lauk sotong (beli kat SilverBell) masak goreng kunyit aje, dan ikan salmon sepotong.. ikan salmon tu aku je makan, abang memang tak sentuh.. ikan tu aku lumur dgn serbuk perencah maggi kari tu (mee nya aku dah buat maggi goreng masa piknik kat Shakespeare last week).. dan goreng dgn 2 sudu minyak je.. yummy..

lepas makan, aku buat projek bubur kacang lak.. aku guna periuk nasik utk rebus kacang tu sbb lebih cepat kembang dan tak payah nak jaga api ataau air.. kalau dah kering air, die anggap macam nasik dah masak le, terus warm aje.. so kacang aku tak hangit atau terlebih kembang gitu.. bila dah kembang je aku terus masukkan santan tin tu setengah tin, gula pasir dan gula merah.. aku bubuh garam sikit dan masukkan biji sagu tu dalam 2 sudu besar. kemudian aku panaskan kat dapur je sbb kalau nak panaskan dalam rice cooker tu lambat gila nak gelegak.. sedap seh aku nye bubur kacang heheheh..

harini (isnin), aku balik umah cam biasa jalan kaki. aku tak makan lunch sbb malas nak pack makanan, aku cuma bancuh air nescafee je kat opis tadi.. mujur abang dah kuarkan ikan, so ikan dan lembut dah.. aku ambik kepala ikan trevally buh dalam periuk dan ajar abang masak lemak cili api heheh.. abang la tolong blender cili dan bawang dan ketuk serai.. aku bubuh santan belen semalam (setengah tin lagi), buh garam, kunyit, aji, dan campakkan asam jawa sejemput (asam keping takde).. pastu abang yang masak sampai sudah sbb aku cam pening kepala balik opis tu.. masak je aku terus makan sorang2.. abang dah makan maggi tghhari tu so dia tak lapo sgt.. sedap betul meratah kepala ikan.. jadik plak tu masak lemak cili api nya!! heheheh

moral of the stori: takde moral pun.. sbb entry ni adalah masak masak... lepas masak tu makanlah heheeh..

yummy yummy...

Sunday, November 1, 2009

Sale sale sale!

Masuk aje summer, semua kedai buat sale. Harga jatuh gila2 sampai juling bijik mata.. Iklan kat tv pun penuh dengan sale memanjang. kata orang, time ni lah waktu terbaik utk cari baju2 untuk dipakai masa winter nanti.. sbb harga dah jatuh nih.. baju2 summer pulak yg mahal.. org dah mula pakai baju tanpa lengan, t-shirt nipis corak colourful, skirt pendek bunga2, serta topi besar utk elak matahari.. jgn lupa pakai sunblock jugak hehheh..

kami yg semekin ni nak shopping sangat2 tu tak mampu lah.. so weekend yg terang benderang ni rasa rugi spend kat rumah.. so, sabtu haritu, pagi2 kami dah menuju ke Garaga Sale kat Torbay... sale jugak, walaupun garage sale aje heheh.. harga memang sangat2lah murah.. baju budak2 $1 selai.. baju adult plak $2 je selai.. kalau beli 3 cuma $5 je.. aku pilih punya pilih, aku beli la 2 helai.. aku mintak kurang harga 2 helai tu $3.5 je.. dapat pulak.. syoknyaa..

pastu beli bekas tapawei sbb susah nak simpan barang2 takde bekas.. ada 1 set 7 bijik siap penutup, saiz dari kecik, sedang dan besor, cuma $5 je.. cepat2 aku sambar.. abang plak berkenan dengan 1 bekas kayu bulat reganya $2.. abih kami mcm belah bagi je nak beli, terus makcik yg jual tu tanya 'do u have 50cent?' 'yes, we do' 'then just give 50cent and you can have the bowl' wow.. such a very good deal.. terus je kami bayo tanpa banyak citer hehhe..

all in all, kami habis $9 kat garage sale tu.. pastu kami melepak kat umah adnan plak sampai petang.. siap makan lunch kat situ lagi.. masak pizza 2 keping, makan nasik lemak punyelah banyak.. waduh waduh.. balik tu, sampai umah aku bantai tidor sampai maghrib hehheh

hari ahad plak, nihra kami konvoi dgn nihra sekuarga, pegi ke Browns Bay plak.. kat sini ada car boot sale.. sale jugak yea hehhehe... besar jugak pasar lambak ni, macam2 barang ada jual.. kami round punya round punya round, last2 aku beli pokok stroberi 2 for $1, dan pokok cili padi $1.. abang beli beanies (topi tutup kepala tu) 3 for $2.. kemudian aku beli lak sayur2 murah2 kailan $1 dan sawi $1, carrot i plastik $1, tomato 1 plastik $2.. semua sekali $9 jugak.. jimat sungguh..

lepas abih shopping2 kami gi lepak kat pantai.. duduk2 kat meja kayu yg disediakan sambil bukak bekal.. maklumlah, budget punya orang hehhehe.. beramai2 kami duduk situ, adnan sekuarga, nihra sekuarga, biha sekuarga, lornie dan bejau, dan kami berdua.. budak2 gumbira sakan main kat playground, pastu kasik merpati makan roti.. happening jugak, walaupun low budget..

sabtu ahad ni aku pegi sale habis $18 dolar.. mujur tak pegi bricsoes atau mitre 10 atau westfield.. kalau tak, pasti lebih berganda2 dari tu lagi hehheheh....

Wednesday, October 28, 2009

Jalan kaki

Dulu masa aku belajar, back in 1996 sampai 1998, aku memang pejalan kaki tegar. Masa tu memang takde kenderaan langsung.. usahkan kereta, basikal pun takada. tapi tak hairan sbb kebanyakkan student memang takde transport.. cuma segelintir aje yg ada kereta atau moto.. yang lain, semuanya pejalan kaki atau pengguna bas universiti..

aku dulu, kalau kelas pagi, akan ambik bas UM dari depan Seksyen 17, turun dekat depan librari dalam UM. Kalau terlepas bas UM tu, another option adalah naik bas berbayor. Ada 2 option iaitu naik bas intrakota no 12 atau no 18. Kalau no 12, bas ni tak masuk UM. Kena berhenti kat luor, pintu masuk gate INTAN, dan menapak ikut jalan belakang, cross fakulti ekonomi dan fakulti syariah, masuk institut bahasa, terus keluar jalan ke FSKTM, hampir dengan kolej ke8. Kalau naik bas no 18, bas ni akan masuk UM, pun berhenti kat depann library UM. dari depann library, jalan kaki ikut parking library, lalu fakulti geologi, dan tembus jalaan ke FSKTM jugak. Mana2 cara pun yang pasti tetaplah menapak ke FSKTM tu.. masa tu alah bisa tegal dek biasa, perjalanan yg jauh tu dah jadi pendek aje. Biasanya, aku akan janji dgn Norma dan Aisyah yg naik bas UM dari Pantai Dalam, jumpa kat depan library dan kami menapak bertiga ke fakulti. Itulah rutin perjalanan hari2 sebagai student dulu..

tapi itu dulu beb.. hampir 13 tahun nanlalu. time tu aku muda remaja lagi, cabaran berjalan kaki tu is nothing pada aku. Aku pernah 2, 3 kali buat kerja separuh gila, jalan kaki dari asramaku di Seksyen 17 sampai fakulti.. perghhh jauh gile tu.. lalu UIA PJ, terus ke roundabout depan sekolah sultan abdul samad, terus straight aje akan masuk ikut gate INTAN tu.. gile jauh.. sampai fakulti je aku dah berpeluh sakan.. tapi tak selalu la wat camtu.. sesekali je bile mood gile tu datang hehehh..

Sekarang ni aku dah jadi student balik. dengan bangganya aku pegang status tu, dan rasa semula keseronokkan belajar. kat university Massey cawangan Albany ni, ada 2 campus, yang dipisahkan oleh pokok2 tinggi. Campus East Precint dan Campus Oteha Rohe.. kalau masuk gate 1, 2 dan 3 akan pegi East Precint, kalau gate 4 dan 5 pegi ke Oteha Rohe.. Campus aku kat East Precint, dan aku masuk biasanya ikut Gate 1 (gate 2 hanya utk staff dan visitor shj).. dari gate 1 tu nak ke opis aku tak jauh mana.. dalam walking distance jer..

tadi aku sahut cabaran Pak Kor untuk jalan kaki balik ke rumah dari campus. Aku jalan dari IIMS (opis aku), lalu gate 1, naik bukit kecil, dan turun bukit lagi melalui kawasan hutan2 sebelah kiri dan sekolah Pinehurst. adalah dalam 20 minit jugak aku berjalan tu sampai terasa gak lengun urat kaki ku...

Alhamdulillah aku berjaya sampai rumah dengan jayanya.. Gembira sakan Pak Kor tengok aku balik jalan kaki..

hmmm kalau camnih hari2 boleh kurus aku nih huhuhu...'

Tuesday, October 27, 2009

Beli barang2

Semua orang mesti nak barang murah kan? kalau boleh nak free je. itu dah memang lumrah la.. siapa taknak kan.. Kalau di Malaysia, aku shopping barang2 senang jer:

1. barang2 basah iaitu ikan, ayam, daging, sayur2 kat Pasar Borong Selangor.. barang2 kering mcm beras, gula, tepung, cili kering, bawang2an, rempah ratus kat Balaji dalam Pasar Borong Selangor..

2. barang2 kecantikan mcm sabun, ubat gigi, pencuci muka kat CNI

3. barang2 cucian lain macam softlan, serbuk cuci kain, basuh pinggan, toilet cleaner dsbnya kat Jusco

tu jer..

tapi kat sini agak susah sikit sebab constraintsnya adalah nilai harga barang.. sangat berbeza dari 1 kedai ke 1 kedai.. cthnya:

1. ikan trevally (nyok nyok) kat kedai A sekilo 12nzd, kat kedai B 5nzd aje..
2. telur ayam size 6, kat kedai A 6.99 sepapan 30 bijik, kedai B 4.29 sepapan
3. roti buku (mcm gardenia) jenama A 2.39nzd, jenama B cuma 1.44nzd
4. potato pulak, kat kedai A sekilo 1.29nzd, kat kedai B cuma 99sen aje

ada banyak lagi perbezaan harga yang sangat2 ketara antara kedai ke kedai.. Jadi kami dah buat beberapa listing barang2 yg mana perlu dibeli di kedai mana:

1. Beras, roti, mentega, minyak masak, susu, jus - kat PakNSave di Albany
2. Sayur2, cili padi, buah2an, tofu, kentang - Lim Vege and Fruit Shop di Wairau Road, Glenfield
3. Ikan - SilverBell Market di Glenfield
4. Daging dan ayam - yang ni takde choice, kat Meat Centre di Glenfield
5. kicap, sos cili, sadin, cili kering, rempah ratus - di Tofu Shop di Albany

memang penat kalau nak dapatkan semua barang.. minyak kereta kena isi jugak.. hmmm, kalau shopping banyak kat PakNSave, dapatlah diskaun isi minyak 6sen kurang atau 4sen kurang dari harga biasa... hmmm..

Sunday, October 25, 2009

Round sekitar Carolina Place

Petang tadi tahap bosan dah hampir sampai kemuncak Kinabalu.. so lepas semayang asar shukor ajak pegi lap van.. heheheh.. punyela bosan, lap van pun bleh jadik seronok hehehh.. sebenarnya van tu kami beli dari Abang Suhaimi.. rega nya mula2 4000nzd.. pastu agaknya dia kesian kami yang semekin ni, dia jual rega 3500nzd aje.. boleh bayo installment 3 kali.. okla tu.. pastu starter dia rosak plak, abg Mie gi baiki semua, terpaksa naikkan rega jadi 3600nzd.. takpelah.. kami pun memang berkenan.. shukor apetah lagi sbb kaler pun hijau, sebijik kaler van liteace nya yg telah selamat jadi hakmilik org lain..

nanti aku ambik gambo van tu yea.. serena limited edition.. ada sunroof kat atas, depan 1, belakang 1.. kerusi boleh pusing2.. dan memang bestlah..

pasal ptg tadi tu, van tu dah sental polish tu tapi tak lap lagi.. so, kami bawak kain selai sorang.. dgn air 1 baldi (sbb nak basuh taik burung).. abih 1 badan van kami lap licin licau.. berkilat..

ok tamat basuh van.. jam dah pukul 6,30 tapi hari cerah lagi.. sekrg nak masuk musim bunga, siang jadi lebih panjang.. kol 745 tu cerah trang tang tang lagik.. so kami pun jalan kaki explore kwsn sebelah carolina Place ni, masuk menghala ke Northwood Avenue. Rumah2 semua stail banglo setingkat, takde pagar kat depan.. lanskap pun cantik.. memang seronok betul tgk rumah2 orang.. kalau kat Malaysia pagar setinggi orang, kat sini open je.. pagar hanya nak pisahkan dgn rumah sebelah je..

sampai hujung kami jalan sampai kat tapak BBQ dan taman kanak2.. wah.. best betul.. memang disediakan kemudahan kalau nak ber BBQ kat luor.. padang rumput kat kwsn bukit2... menjalar membawa ke kaki hutan pokok2 tinggi.. betul2 kat pinggir hutan tu ada anak sungai pulak mengalir... memang cantik.. rugi tak bwk kamera atau henpon.. kalu tak boleh snap.. yela.. plan asalnya kan nak lap van je heheheh..

takpe lain kali kita ambik gambo yea..

esok nak gi pantai pulak.. kutip kerang.. kita sambung apa citer plak nanti nih?

karipap kumara

Semalam bangun pagi masing2 beku otak.. tak tahu nak makan apa for breakfast.. actually biasanya makan roti bakar je sapu mentega, tapi kebetulan roti dah habis.. jadi terus bengap.. kebetulan hari Jumaat tu barang2 yang kami pos dari Malaysia dah sampai, dan adalah 1 bungkus tepung gandum tu yang terbocor so dalam misi nak selamatkan tepung tu (sbb kami takde bekas nak simpan.. semekin betul), buatlah lempeng.. lempeng apa tau? Lempeng Gula Merah.. wah best betul.. enak bangat..

lepas makan breakfast, shukor bantai tidor balik. dia tengah detox nak berenti merokok.. so aku pun mcm boring aje, nak buat apa yea.. bukak peti ais tengok ada ubi keledek.. kat sini kita panggil kumara.. terus aku buat inti karipap.. bolehlah selamat tepung tu lagi kan hehhe..

so, by tghhari inti karipap dah siap.. menu lauk makan tgh harinya ikan bawal masak kari kapitan dan cendawan bulat goreng..yummy.. lepas makan dah malas nak buat karipap..

dalam pukul 445 petang, Abg Suhaimi called. Dia cakap nak dtg rumah sbb nak hantar van. kelam kabut. baru nyesal tak siapkan karipap, kalau tak boleh goreng karipap. So, terus tiba2 bancuh tepung utk buat roti jala. Ambik telur 3 bijik pukul2 sikit masukkan inti karipap dan buat ala2 murtabak. tepungnya dibuat dari roti jala.. hmmm.. okla tu.. sedap jugak..

so inti karipap sampai malam terus simpan dalam gobok aje..

harini pagi2 bangun tidur mcm biasa buat roti bakar sapu mentega.. sorang 2 keping.. shukor extra pulak sekeping lagi.. pastu teringat inti karipap dalam gobok.. hmmm.. tak boleh jadik nih, jom buat karipap!

akhirnya dalam pukul 1 lebih karipap pun siap dapat 26 ketul.. terus goreng 9 ketul.. yg lain simpan buat frozen.. selamat..

demikianlah alkisah karipap inti kumara.. hehhehe

Inilah rupa karipap yang belum digoreng..



Ini yang dah digoreng.. dari 9 ketul ada belen lagi 2 ketul hehheh..

Friday, October 23, 2009

The last heaven in earth...

Cuaca cantik bangat harini.. langsung tak hujan.. matahari pun memancar terik.. hangat dan mesra... kalau jalan kat rumput2 mesti nampak bunga kecik2 kaler kuning dan putih banyak berterabur... bunga2 yang biasa ada pun mekar.. pemandangan jadi sangat colourful.

ada org cakap, New Zealand ni adalah 'last heaven in earth'.. betulke?? ntahlah.. sbb aku pun baru lagi kat sini.. mungkin kalau masuk betul2 musim panas nanti akan jadi sangat2 cantik, pemandangan umpama imaginasi, barulah aku berani say yes.. sekarang ni kita wait and see ajelah.. sambil menghayati persekitaran, dan memuji kagum akan keindahannya..

tempat untuk dilawati memang sgt byk.. tapi buat masa ni, aku agak limited dari segi financial, mental, physical dan jugak knowledge. Banyak yang tak tahu lagi, yang akan ambik masa sikitlah.. give me 2 or 3 months time, insyaAllah ok dah kot..

jadi utk hujung minggu yang akan menjelang ni nak buat apa yea? nak shopping, memang byk sake sempena Labour Day nih, tapi ongkosnya nggak ada pak.. nak jalan jauh sikit, transportation pun tak lulus lagik.. susah2 sangat kita pusing2 Carolina Place ajelah.. ada gym dan swimming pool apa.. boleh senam2 kuarkan peluh, mandi terojun masuk kolam mandi.. huhuhu... baju renang yg aku pos dari Malaysia blom sampai lagi.. haiii.... payoh!

duduk rumah ajelah.. kita operasi vakuum.. basuh baju.. masak sedap2.. pastu layan blog dan FB..!! Alkisahhh.......!!

Thursday, October 22, 2009

Bumi asing..

Harini hari Khamis, 22 Oct 2009. Maknyanya, harini genaplah 11 hari aku berada di perantauan. Bumi Malaysia jauh kutinggalkan demi satu penghijrahan, demi satu lagi takuk perjalanan kehidupanku. Namun, sedaya nya kucuba untuk tidak menjadi terlalu stranger di sini.

Bumi asing, orang asing, segalanya perlu bermula dari bawah. tidak seperti Malaysia, semuanya dah ada, semuanya dah tahu susur belok nya, kat sini semuanya kena ditunjuk. Kat mana nak cari makanan halal, kat mana nak beli sayur murah, kat mana nak dapat groceries yang murah dan pelbagai, kat mana nak beli household yang affordable, camna nak cari rumah, cari kereta dsbnya.

Alhamdulillah, urusan yang wajib berjaya dilangsaikan dengan teratur dan segera.. rumah dah dapat, dan alhamdulillah, cepat mesra dan terasa hangat dalam keadaan yang kecil, semuanya within reach, concept cupboard dan closet, warnaya pun cerah aje. Suasana sekitar pun nyaman walaupun pemandangan hanyalah rumah2 org juga, nun sayup boleh nampak pokok2 tinggi membataskan kawasan rumahku dan Massey University. Barisan pokok2 tinggi tu membentuk satu garis sempadan yang tidak memungkinkan jalan dari Carolina Place ke university. Ia seolah2 bersudut tepat dengan Rosedale Road, tak perasan pulak samada bersambung lagi on the other side of Rosedale Road atau tak. Rasanya macam tak, sbb kat sebelah sana adalah kawasan Bush Park Drive.

rumah kami kecil aje, kalau compared dengan rumah kat Malaysia. buka aje pintu masuk, belah kanan terus nampak mesin basuh dan dryer kat atasnya. Sebelahnya ada pemanas utk the whole house, mcm tongdram besar yang slim, tapi tinggi.. Tu utk supply air panas for the whole house - sinki dapur, sinki bilik air, shower, mesin basuh (boleh pilih nak hot wash!). Lepas tu fridge & freezer, lepas tu ada 1 almari untuk letak barang2 dapur, kemudian dapurlah. kabinet dapur tu adalah dalam 6 kaki panjangnya, termasuk sinki dapur sekali. Lepas tu terus ke ruang tamu. berhadapan dgn dapur, ada meja makan bulat 4 kerusi. kat ruang tamu ada 2-seater settee dan almari berlaci, agak besar jugak.. atasnya letak TV toshiba biasa je. keluar terus ke balkoni, ada meja kayu bulat 2 kerusi kat luar tu. tu je.. dari pintu masuk tadi, kalau ke kiri, akan jumpa 3 pintu lagi.. yang kiri, pintu bilik office, yg terus main bedroom, yg kanan masuk bilik air. Kiranya rumah ni ada 2 bilik la, walaupun bilik office tu kecik ake, besarnya macam besar toto tu.. tapi kat situ lah kami letak 1 meja study + kerusi pusing (ihsan dari Azwan), dan komputer. agak cozy bilik nih, memang jadik favourite spot kalau duduk kat rumah. Main bedroom ada katil double (bukan queen - kecik sikit dari queen), walk-in closet (sini memang walk-in closet), ada 2 meja tepi dgn lampu tidur each, dan 1 meja berlaci besar dalam 4 kaki panjang x 2 lebar x 3 tinggi. Itulah saja yang kami ada :)

Akaun bank dah dibuka dengan ANZ New Zealand, handphone pun dah register. Kebetulan promotion, dapat pula handphone percuma. Banyak betul promotion time kami sampai nih, alhamdulillah, gembira sangat sebab dipermudahkan. Register telefon rumah dan line internet, dapat pula wireless modem percuma. bolehla buka few computer serentak, sbb wireless.. mudah kalau urusan nak cari data, atau kawan2 datang tumpang pakai komputer, tak ganggu sangat.

Urusan universiti pun ok. Aku dah dapat meja dalam bilik yang dikongsi dengan 5 org lain. Tapi, skrg ni hanya aku sorang aje dalam bilik tu, dan mejaku, aku pilih mengadap tingkap. Pemandangan dari tingkap office menghadap padang rumput berpagar atas gunung, dikepung oleh barisan pokok2 tinggi yang kelihatan dari rumahku. Pagi2 boleh nampak burung camar terbang kejar mengejar dengan sayap hitam dan bulu putihnya nampak sangat mesra. Arnab liar tapi jinak berlari2 di celah2 bunga2 kuning kecil2 yang baru nak tumbuh. Burung2 hitam sebesar ayam kampung tenang berjalan2 (tak terbang pun) dengan burung2 kecil hinggap di pagar2 kayu menambah ceria pagi. Tenang sangat. Nantilah aku ambik gambar dan paste kat sini sebagai bukti.

Perlahan2 bumi asing ni akan jadi biasa padaku. Tapi pada masa sekarang ni, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri....!!

Wednesday, July 1, 2009

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng & Lost World of Tambun

Aku ditugaskan untuk bertugas di Ceramah kerjaya di SBPI Gopeng, di area Kota Bharu, Perak. Teringat pulak pada kawan lama aku si Kema tu sbb dia orang Kota Bharu nih, selalu kami balik dari sekolah sama-sama naik keretapi, singgah kat Kota Bharu dulu. Dari Ipoh ke SBPIG nih ambik masa dalam 20 minit je, tapi nak masuk ke dalam area tu dari jalan besar tu agak jauh jugak.

Ramai pelajar2 SBPIG yang hadir, dan kami jumpa pelajar2 Form 5 dan 1 team buat game Robotz utk mereka. Zhafran aku bawak sama, masa kat sana dia tertidur lepas penat main ngan pelajar2 tu. Penat abang riba zhafran heheheh...



Setelah penat dengan diarrhea yang menyerang seharian on the Saturday 27th June, esoknya, Sunday tu, kami pakat untuk pegi the Lost World of Tambun. Hanya 2 minit je dari rumah Anisah, kami naik 1 kereta je pun. Aku, Shukor, Anis, Abe dan Zhafran gi dalam kol 11 pagi. Sampai sana, teringat kamera tertinggal, so, abang ngan abe balik rumah semula utk ambil kamera. Aku ngan anis lepak ngan zhafran yang time tu dah agak ngantuk sbb time tidur dia kan, tapi aku bawak duduk kat tepi air terus gumbira sakan budak kecik tu.


Like Baba like son


Zhafran gembira sakan.


Melentik2 ibu jari tunjuk 'besttttt...'

Main air tak hengat. Ajak balik taknak plak tu...

aku, anis dan zhafran.. zhafran tu mengintai je tu nak masuk air yg dalam tu.. ada sekali dia terjatuh, tak sempat sambar, mujur gak takde apa2.. iskkk.... sekejap je takut air nya.. lepas tu, tak hengat semula heheheh

abang naik buaian gantung tu... aku nak naik mula2 tu sekali takleh kancing buckle dia.. hampehh!

Apan tetap lah bestttt.....!

Thursday, June 4, 2009

House items


More items on sale. Contact 019-2007654 for details or for booking. You can also leave message in comment box. First come first serve. Items available NOW!

Mesin pancing Penn International II SW50. Rare species. Solid metal.

2 speed. Tiptop condition. RM2000.


Flowers worth RM60 in a RM30 paper vase must go for RM40 only!
SOLD


Flowers worth RM70 in a RM30 paper vase must go for RM40 only!
SOLD


Twin poliester pillow brand Preston from Dreamland. Never used. RM40.


Wall accesories, ayat Kursi in beautiful case, RM50


Flower worth RM30 in a special vase must go for RM20 only!