Tuesday, December 27, 2011

Intebiu orang beso2

saspen jgn cerita la... kol 10 intebiu nya.. kol 8 pagi dh mula debaran di dada.. huhuhu...

alkisah aku tlh mengintebiu director of telekesihatan malaysia di Putrajaya.. untuk mendapatkan input berkenaan PhD aku ni.. benarkah patient ni ada bahagian contribution dlm telehealth, dan sejauh mana contribution itu membantu dlm pelaksaanan atau kejayaan telehealth..

Dr Amir ni rupanya sangat baik, down to earth dan tidaklah segerun yang aku sangkakan.. orgnya dh berumur, selayaknya berjawatan director lah kan.. dan masa jumpa tu pun pakai t-shirt korporat je, bukanlah pakai kot ke blazer siap tie bagai... lega rasanya..

paling penting, kesudian beliau berjumpa aku dan menerangkan panjang lebo tentang telehealth, bagaimana perjalanan telehealth, sejarah dan hala tuju akan datang.. walopon tak semua sebab masa yang terbatas, namun begitu banyak ilmu berguna yang aku kaut..

paling penting sekali, ialah aku dah berjaya establish satu contact yang penting untuk masa akan datang.. sbb respondent aku nanti, bukan hanya terhad kepada patient shj, tapi juga melibatkan government people, so, bila aku ajukan pertanyaan samada dia sudi menjadi respondent ku kelak, aku mendapat maklumbalas positif. gumbiranya hatiku!

dengan ini, mengesahkan bahawa apa yang aku study tu memang ada benarnya, bahawa patient atau pun individu memang penting, namun sering diketepikan atau tiada diberi kesedaran.. now, terpulang pada aku bagaimana untuk mengolah nya menjadi suatu kisah yang sempurna..

tadi abang ada tunjuk aku satu nota dalam satu buku yang dia baca "anda perlu menyukai suatu perkara untuk bersungguh2 mengetahui tentangnya" .. semoga Allah tetapkan hatiku untuk fokus dlm bidang ini dan tidak membolak balikkan hatiku..

terima kasih juga pd kawan sepejabat ku Azlan yang meminjamkan voice recorder yang sgt comel, namun sgt efisien.. aku sangat gembira, dan telah menghadiahkan diriku sendiri sekeping pretzel Auntie Anne's perasa Caramel Almond berharga rm4.60.. huhuhu..

Thursday, December 15, 2011

Selamat bersiaran...

Salam pagi khamis... badan aku lenguh2 kat belakang sebab semalam 8 jam dalam kereta (4 jam pegi, 4 jam balik).. yes.. kami balik hari je.. gigih kan?? heheheh.. terima kasih tak terhingga buat suamiku yang setia mendrive pegi dan balik tanpa keluh kesah.. jasamu kukenang!

Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya... kami sampai JB memang agak awal sikit sbb nak buat discussion pasal research design.. semua pun macam blurr2 gitu.. asalnya kami ber3 je (aku, halim dan yuzi) tapi rupa2nya samirah dan padil pun tak buat lagi.. so jadiklah 5 org.. the more the merrier.. banyak sikit perkongsian ilmu.. alhamdulillah selesai semuanya jam 2.30 lebih sikit..

terus masuk kelas hidayati... macam biasa, kelas beliau kejap je, kol 4 dh habis.. kemudian aku, shima dan halim pegi library Sultanah Zahariah untuk install EndNote.. wah kemain laju je install kat library.. senang dan paling penting, free!!

so, lepas ni aku kena korek semula nota EndNote yang aku dpt masa di NZ... kalau rasa konfiden, bolehlah aku buat kelas EndNote utk kawan2 di UTM nih.. sbb semalam tanya librarian tu, depa mintak bayaran sejam 100rm, minima 5 jam.. maknanya rm500 tuuuu... mahal seihhh...

seblom buat kelas, nanti aku nak cuba2 dulu.. huhuhu... dh lama tak guna export data ke endnote.. biasa guna insert citation jer...

ya Allah, yang membalik balikkan hati manusia seperti gasing, Kau tetapkanlah hatiku di dalam taat dan didalam agamaMu, dulu, kini dan selamanya!!! aminnn...

Tuesday, December 13, 2011

hidup perlu terus...

aduh penatnya!! nama je cuti isnin haritu tapi keje menimbun jadi terkejar2 la jugak..

tadi baru bagi kuiz pd students sbg last kuiz.. depa amsih ada 1 assignment lagi yang perlu dihantar by khamis ni.. bagi kuiz tu maknanya kena lah menanda nya pulak.. sakit tu bila pelajar hampir 100 orang!

esok nak ke JB lagi, menghadiri kelas Dr Hidayati.. dan ada assignment kena disiapkan.. dah le aku tak tahu camna nak buat tuuu..

progress repot jugak kena dihantor esok... dokumen2 berkaitan kena disiapkan .. walopon dah isi online, namun yang hard copy pun nak jugak huhuhu

dalam pada itu, berita gembiranya aku ditawarkan pinjaman pelajaran MARA.. taklah banyak, cukuplah untuk cover yuran belajar selama 3 tahun nih... masih dlm pikiran lagi nak ambik ke taknak.. banyak gak keje kena buat dan borang2 kena isi dan macam2 lagi..

di samping tu, aku ada buat appointment utk jumpa org besar2 di jabatan telekesihatan malaysia, bahagian tersebut dari ministry of health.. saspen jugak nak jumpa.. maklumlah, kita ni semut merah je huhuhu..

doakan semuanya berjalan lancar dan aman tenteram... semangat perlu tinggi dalam perjuangan yang bukan mudah ini!

Wednesday, November 30, 2011

akibatnya....!

aduhhh.. akibat terlalu banyak sgt makan durian dan rambutan.. 1 panas, 1 sejuk, berlaga dalam perut.. hasilnya aku dilanda sesema jenis yang berair meleleh2 tu... sampai merah2 hidungku menghembus hingus dan terbersin2...

tapi apapun, kelas tetap lah pegi.. dan pada ketika ini, aku bersiaran dari U Hotel, di Taman Universiti, Skudai.. break jap seblom ke kelas lagi ptg ni jam 2.30..

harap2 nya tak terlalu kritikal sesema ku ini..

sabar lah.. sakit tu kan penghapus dosa..!

*senyum*

Tuesday, November 29, 2011

Awal muharram.. moga lebih indah!

Hari ni sudah masuk 3 muharram... sambutan tahun baru kulali dengan hati yang sangat lapang dan jiwa yang sangat tenang..

walopon masih dlm keadaan runsing tentang kesihatan ayah di klang, kami balik juga ke Bidor sbb dah janji dgn emak.. durian di kampung banyak yang telah disimpan dan tiada sesiapa yang boleh diharap untuk mengupas dan memilih isi yang baik dan tidak berapa baik.. yg baik boleh dibuat pengat durian atau cekodok durian, yang tidak berapa baik boleh lah dilenyek dijadikan tempoyak aje.. tempoyak boleh dikatakan wajib ada di semua rumah di Perak.. makanan tradisi tuuu...

kami sampai ke kampung jam hampir 10 pagi... yang menyambut kami ialah si Zahid, anak mak andak yang rupa2nya bercuti panjang di kampung sempena tamat PMR.. rupanya dia balik menumpang kereta Adik yang sampai malam sebelumnya tu.. tapi Adik dan suaminya dah balik ke kampung mertuanya di Air Hitam..

lepas breakfast ala kadar, aku dan mira pun memulakan operasi mengasingkan durian2 yang dah banyak berlonggok di depan rumah.. lama jugaklah kami bertapa membelah lepas satu, satu sehingga habis beberapa longgok. sambung ke dalam rumah lak utk melenyek membuat tempoyak, sampai santak tghhari.. kemudian berhenti kejap utk masak lunch... aku buat sambal tumis ikan biliis campur tempoyak dan petai.. gulai lemak kobis serta ikan goreng... yummeh!

ptg tu, abang memulakan operasi memancing ikan haruan belakang rumah... seblom tu dia dan zahid pegi ke tepi gerotak di simpang bikam.. memancing di situ... byk yg terlepas dari dapat.. huhuhu...

petang sikit famili jodi dan yanti balik, diikuti dgn famili icah bawak anje sekali.. meriah lah jadinya bila budak2 kecik tu ada di rumah... macam2kerenah.. masing2 menunjuk pelajaran terkini hehehh... tapi dah tentu lah yang paling jadi perhatian si kecil nurin insyirah.. yang kejenya hanya tahu minum susu dan tidur shj.. pipi pun dh naik berisi.. kata icah, 20 hari dh naik jadik 4.5 kg.. perghhh...

dlm pukul 7, aku suarakan hasrat sembahyang berjemaah sempena awal muharram... so kami terus bentang sejadah di ruang tamu, beramai2 lah kami sembahyang berjemaah termasuk zhafran dan dania... yelah depa dh 4 tahun, dah boleh dengar cakap, walopon tgh2 sembahyang boleh bergaduh lagi tu huhuhu...

lepas solat maghrib, kami terus buat tadarrus.. pilih punya pilih, kami setuju nak baca surah taubah.. gilir2 lah kami seramai 6 org tu.. lepas tu terus solat isyak beramai2... adik pun dh balik rumah dan sempat join isyak.. pastu dh rasa lapo nih, aku ajak abang carik lauk extra untuk tambah lauk yang dah ada.. si mira nak ikut plak, dan dia ngidam lah pulak nak makan sate.. so kami ke gerai sate dulu, makan sate 20 cucuk dan nasik ayam (abang).. pastu baru ke Murtabak Corner beli roti canai 10 keping dan mee goreng mamak 3 bungkus.. perghhh... makan sampai terover!

esok paginya kami buat nasik goreng je adik ke air hitam cari roti canai tapi malangnya dh habis.. huhuhu... kami makan beramai2 lah pagi nih... harini operasi kumpul durian lak utk di bawa balik.. tghhari aku masak lauk ayam masak kari kerisik sama kentang.. sup ayam utk org pantang dan budak2... tumis taugeh, goreng ikan.. marvellous sangat!!

malam tu kami solat berjemaah lagi.. dan aku, mira serta anje bertadarus lagi sekali... malam ni kami layan bola beramai2.. tapi sedih betul tengok bahrain menyumbat 3 gol berderet2 masa kita leading 2-0.. sakit hati pun iye gak.. huhuhu.. mujur ada insyirah untuk dilayan... suka jugak hati aku..

pagi esok, mak masak nasik lemak punyela banyak.. aku tumis ikan sadin, dan goreng telur dadar utk lauknya.. ada sikit nasik tu aku goreng je.. lepas breakfast, aku dan anje lak memulakan operasi mengupas durian lagi satu trip.. aduh penatnya sampai luka2 tgn mokcik!! abang ngan zahid lak buat operasi kait rambutan.. sampai 1 kereta sorong depa ambik!! sedap nya buah rambutan manis bersari disukai ramai hehehh..

kami cadang nak balik dlm pukul 3, tapi tup2 dapat berita jiran kami Nyah Jenab meninggal dunia.. semalamnya kami 4 beradik dah pegi melawat dan bacakan yassin, kesian beliau dah sangat lemah dan terlantar aje.. minum pun susu je ikut tiub.. Nyah Jenab ni memang dh berumur, beliau ditakdirkan cacat penglihatan.. namun kuasa Allah, bila Allah ambil nikmat penglihatan beliau, beliau dikurniakan pula nikmat "melihat" melalui deria yang lain.. beliau banyak menawarkan sakit pening anak2 kecil termasuklah kami adik beradik ketika kecil2 dulu.. dgn izin Allah lah sudah pastinya.. namun beliau memang mengamalkan ayat2 suci shj pun.. dan kalimah "La ila hailla Allah" tidak pernah lekang dr bibirnya, hatta di saat2 akhir hidupnya pun, dlm lemah kudratnya tu pun beliau masih berzikir begitu.. semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman dan didalam rangkulan rahmat Allah jua hendaknya...

kami gerak balik jam 4petang, abah ikut sekali sbb beliau nak gi jumpa cucu2nya pulak.. sangkut pulak di sungkai kerana ada lori terbalik... dan kami masuk highway shj.. kami terus ke PD sbb nak distribute durian dan rambutan yang banyak dlm kereta ni, sampai pening lah aku dok dalam keta penuh durian tu... kami sampai PD jam 8 malam, lepak jap kat luar sbb cail takde kat rumah.. cail sampai je, pastu dia keluar lak beli makanan... tak lama pastu Munei sefamili pun dtg gak ke umah cail, lepak2 ngan farhan dan harris..

penatnyaaa.. dlm kol 11 lebih aku dan abang pun geraklah balik ke bangi.. abah pulak, plan asal nak stay umah cail, dikenselnya sbb siang2 cail dan lin keje.. so, dia ikut lak munei balik sbb mar tgh cuti sekolah.. dan kebetulan munei pun cuti 2minggu, so bolehlah bawak abah jalan2.. kami sampai di bangi jam dah 12.30... mujur dh solat isyak siap2 kat PD tadi.. so lepas angkut barang masuk rumah, aku terus masukkan kain dlm mesin utk basuh, pastu masuk tidor.. mengantuk sangat...

esoknya, aku ada kelas jam 9 pagi.. pastu hari rabu jam 4.30pagi kena gerak ke JB pulak.. ada talk dan kelas PhD yang menanti.. perghh.. rasa season sgt badanku.. kat mana ada org boleh tolong urut???

Friday, November 25, 2011

karipap oh karipap!

last entry aku ada citer pasal bikin kuih karipap untuk mak mertua ku huhuhu.. kemudian, bila balik Bangi, adik2 aku datang rumah, so aku goreng habis stok karipap yg ada sikit lagi dlm peti ais... habis sudah...

masa gi paso malam selasa lepas, tertengok org jual daging, abang pun sound suruh buat lagi karipap.. kali ni bubuh daging pulak.. haritu tak bubuh sbb mak dia memang takleh makan daging, ayam dan ikan2 tertentu.. loya tekak nya.. so, kali ni kita bubuh daging utk anaknya plak makan, yang memang tak reti de loya2 nih hehe

proses buat karipap makan masa 3 hari (lama siutttt!).. hehehh.. maklumle, siang hari den kan kojo... pastu balik umah jek ngam2 azan maghrib.. kemain gigih lagi kan aku keje.. nak wat camne.. kadang2 tak buat keje pun sbb idea tak mari.. kadang2 tak cukup masa nak siapkan nota... macam2...

1 malam aku ambik masa utk buat inti aje... pastu esoknya baru buat karipap nya lah... pastu intinya tak habis, so simpan lagi.. sambung lagi esoknya pulak... hasilnya, skrg dlm peti ais aku ada baaanyyyaaakkk karipap frozen... sape2 nak makan karipap, marilah terjah rumah aku huhahuhaa...

minggu ni aku nak balik kg kerana menurut perintah bonda ku.. katanya durian dh banyak gugur, dan tangannya sakit nak kopek durian utk buat tempoyak.. jadi bantuan aku dieprlukan segera untuk mengopek durian dan membuat stok tempoyak yang baru.. yeyeyey.. bestnya nak makan durian! stok tempoyak aku pun dh habis.. dan yang lama punya tu dh masam.. sedap buat gulai tapi tak sedap buat sambal.. kalau nak buat sambal, kena tempoyak yang masih ada rasa manis... baru ngam2 soi!!

seblom balik kampong, tadi aku dan abang sempat lagi gi Big Bad Wolf di South City Plaza... syurga buku bagi peminat buku2 bahasa omputih.. semua buku cuma rm5 dan ke bawah.. tak ke gile dibuatnya! aku sambar 9 buku, dan abang dpt 4 je.. so buku2 yg kulit keras tu dan baru dan terkini tu semuanya hanya rm65 jer.. !! suka sangat!! Big Bad Wolf ni hanya dari 24-28 nov ni aje.. lanjutan dari Big Bad Wolf yang dibuat di Serdang haritu... buku2 nya walopon diiklankan koyak, damaged dsbnya, tapi hakikatnya, baaanyyyaaakkk buku2 baru yang intact... memang mengagumkan!!

mlm ni kami akan gerak ke Klang dulu.. tido sana dan gerak balik ke Bidor awal2 esok lepas subuh.. doakan kami selamat pergi dan balik yea... mission nak makan durian dan dapatkan stok tempoyak nih huhuhuh....!!

Tuesday, November 22, 2011

yay yay.. malaysia menang bola!!

memang saspen sangat semalam tengok bola... aku kejap2 tutup mata, kejap2 layan tv, kejap2 buat sudoku (boleh?) ... sbb terlampau gayat, aku gi dapur bancuh air neskefee kaw punya... aku mmg fail bancuh air neskefee ni, so aku terbancuh extra pekat.. memang kelat.. huhuhu

laki aku minum seteguk terus rasa nak pengsan, katanya.. tapi dia yang minum banyak.. dah sejuk sikit dia gi bubuh ais batu.. marvellous!!

eh citer bola la, lari tajuk lak... aku dah gembira2 dh masa 2nd penalti yg indon tu terkena tiang gol.. aku jerit sorang2 sbb abang masa tu kat pintu belakang tengah bakar muncung.. tensen tengok bola terpakse isap rokok.. ceh!

sekali malaysia player plak tak masuk masa 3rd round!! adeiiii.. saspen semula... kendian bila apek berjaya tampan bola yang last dari indon tu, aku terus duduk tegak wooo... jantung dupdapdupdap... perghhh... bila last bola tu bergolek selamba rock masuk gol aku terus HUH?? GOL?? waaaaaaaa.... gollllllllllllllllll..!!! yes yes malaysia menang!! yeyeyeyyeyeyeyy!!!

gumbiranya hati... tambah2 seblom tu masa aku blogwalking, rata2 semua nak bola menang emas, acara2 lain tak kisah le... janji bola bagi emas... akhirnya tercapai jua....

sian indon... 20 tahun woooo tak dapek puluk ciyum itu piala... welll, best team wins!!

aummmmmm....!!!

akibat dari penangan neskefee yang begitu power, kami 2 ekoq takleh tidor... lepas subuh, dengan telekung2 tu aku bantai sambung lagi tido.. aduh.. kelat bijik mata... !

anyway, tahniah malaysia team!!

Monday, November 21, 2011

Ayah, Abah dan Mak-Mak..

Alhamdulillah, aku memang sangat beruntung, sebab dapat merasa nikmat mempunyai ibu dan bapa mertua... di samping mak dan abah ku sendiri, dapat pula mak dan ayah.. keempat2 mereka WAJIB kita taati dan layani sepenuhnya dengan keupayaan kita sebagai anak dan menantu..

itulah aku dan abang memuhasabah diri kerana kami masih belum dikurniakan rezeki anak walaupun telah lebih 8 tahun berkahwin.. mungkin jika kami ada anak, kami tak dapat berbakti lebih kepada orangtua kami, mungkin lah.. perancangan Allah adalah yang terbaik, walaupun perit namun tauhid harus kukuh dalam jiwa semoga kita dianugerahkan iman yang tak goyah.. aminnn..

alkisahnya, ayah telah dimasukkan ke hospital klang sejak seminggu yang lalu, dan pada hari Rabu 16 nov, ayah telah dimasukkan ke IJN pula.. kebetulan aku ke JB kerana ada assignment Prof Zaki yang perlu dilunaskan (buat evaluation ke atas 10 booth pameran INATEX).. jadi kami hanya berkesempatan melawat ayah pada weekend shj..

Jumaat malam, lepas makan malam di BBB Bangi (tak masak pun, sbb tak daya dah), kami singgah rumah kakngah sekejap, dah lama tak jengok walopon duduk dekat aje.. maklumlah kami dok keje mengukur jalan Bangi-JB je disamping tugas mengajar.. lepas solat isyak, kami berdesup ke Klang.. sampai dalam 10.30 malam... aku bawa karipap frozen yang aku buat sendiri.. terus goreng utk mak dan adik2 makan... tgh dok goreng tu, gempar sekejap sbb nenek yg duduk depan rumah mak tak sedarkan diri (ada sakit jantung jugak tu!).. selepas sudahkan goreng, aku pun jengah juga Nenek Harisun.. masih tak sedar lagi masa tu.. dekat sejam gak aku, mak dan Ban menemani penghuni rumah tu dan jiran2 mak yang lain..

pastu balik rumah tengok2 karipap yg digoreng tadi tinggal 2 ketul je!! sape lah yang makan bagai nak rak ni heheheh sedangkan yang ada di rumah hanya abang dan mat yassin je.. ha cuba teka sapa?? ahh buang karan je, so aku pun ke dapur dan goreng lagi karipap tu sampai habis.. mujur jugak bawak agak banyak.. pastu kak zai dan abang arip serta anak depa nurul pun dtg melepak rumah mak sambil makan karipap.. aku perasan mak dapat makan 2 je.. sian mak...

esoknya pagi2 mak masak sambal tumis dan aku goreng cekodok ikan bilis.. ni memang feveret abang - cekodok cecah sambal... boleh makan sampai kenyang macam makan nasik huhuhu... dalam tghhari, aku, abang dan Ban pegi ke IJN lawat ayah.. ayah makan roti canai telur cecah dal dan sambal, pastu sambung lagi roti gardenia 4 keping.. sian ayah.. sangat2 rindukan sambal tumis huhuhu.. siap boleh komplen mak bekalkan sikit sgt sambal tumis tu.. tak cukup hehehhe...

balik tu mak dok tanya2 camana nak buat karipap tu.. dia nak buat.. aku dh dapat hint2 dh mak memang tak puas makan semalam, so aku sound kat abang, pegilah belikan kentang dan udang kering, saya nak buatkan karipap utk mak, kesian mak tak puas makan.. maghrib2 tu abang ke kedai (dekat je) dan belikan barang2 tu.. aku terus masakkan intinya dulu, sbb lepas isyak tu kami nak ke rumah Busu Atan, ada tahlil dan kenduri kecil sbb esoknya majlis kahwin anaknya (anak lelaki)..

wah sedap betul makan lauk kenduri rumah Busu Atan.. Nek Biah dari Melaka juga ada dtg, dan dapatlah aku dan abang borak2 ngan nek.. dia marah kami yang tak balik ke kampung, minta ampun ye nek, masa tak cukup nih nek heheheh...

balik dr kenduri jam dh pukul 10.30 malam.. terus aku ke dapaur, uli tepung dan buat karipap... aku buat sengsorang je sambil layan tv citer alien.. abang dh tidur kat ruang tamu, mak pun dh baring... aku siapkan karipap, goreng separuh masak, dan simpan dlm peti ais.. intinya ada byk lagi, dan plan esoknya nak buatkan karipap pusing pulak..

bangun pagi esok, aku menyambung keje2 buat karipap pusing pulak.. karipap pusing ni ada kebaikan ada keburukan.. keburukan sbb dia kena buat 2 jenis bancuhan, dan kena ngadap sbb kena gelek dsbnya.. kebaikan pulak, dia tak mudah bercapuk bila digoreng, dan tak perlu goreng separuh utk disimpan.. 2 bancuhan tu tadi, 1 nya adalah air + garam je, 1 lagi mentega je (aku guna minyak masak je, bleh gak).. bancuhan2 tu dikepal2kan sebesar bola golf.. dan yang mentega disalut dengan yang air shj tu.. kemudian barulah digelek, sekurang2nya 2 kali utk dapatkan corak berpusing2 tu.. semua sekali bilangan karipap yang dibuat adalah 47 (karipap biasa) dan 52 (karipap pusing).. perghhh... hampir seratus tuuu... mak makan puas2 yea..

tghhari tu aku, abang, mak dan ban, hadir kenduri Busu... lepas tu aku dan abang berdesup ke IJN.. Mak dan Abah ada telefon nak dtg melawat Ayah, munei yang ambil di jln duta, depa datang dengan Jodi sefamili... so, kami jumpa di IJN aje.. selepas menengok2 keadaan ayah, mak dan abah ngekor kereta kami untuk ikut kami balik ke Bangi.. depa ada bawak durian dan rambutan... serta lauk2 makan tghhari.. kelaparan diorang, kesian.. sampai je rumah aku terus siapkan hidangan, makan dan minum...

adik2 ku Shahril dan Adik pun dtg ke rumahku jugak meramai2kan sbb nak jumpa mak dan abah.. meriah sungguh la jadinya.. lauk yang mak bawak pun bukanmain banyak, dan aku masak lagi nasik utk adik2 yg sampai lambat.. kenyang2 terover lah kami malam tu...

mak, abanh, jodi, yanti, nia dan mia balik jam 6 petang... tapi cail dan adik stay sampai lepas maghrib baru balik.. puas main dgn budak2 tu especially Damia yang sangat comel dan memanja2kan dirinya.. geram betui tengok!! pandai dh panggil makngah huhuhu...

muah muah muah... berakhir weekend ku dengan penuh pengisian... kembali semula menyiapkan assignment dan nota kelas!!

Thursday, November 17, 2011

Alhamdulilah...

... bila Allah menutup satu pintu rezeki, percaya dengan yakin bahawa Allah akan bukakan satu pintu rezeki yang lain....

demi hidup dan matiku di tanganmu ya Allah, yang menggenggam segala hati manusia dan rezeki yang bertaburan, yang meluaskan jalan2 kebaikan dan menutup jalan2 kemungkaran, ku mohon Kau kuatkan tekad dan jiwaku, dan semoga aku tergolong dalam golongan yang layak mendapat rahmatMu...

Aminnnn...

Salam pagi Khamis, semoga hati yang akan ku temui nanti, lembut dan kasih kepadaku...

Friday, November 11, 2011

cantiknya tarikh harini 11.11.11 tuuuu...

sebenonya harini aku ada rahsia yang bukanlah rahsia apa pun huhuhu... harini aku dtg keje dgn pakai baju semalam... tak tukar.. huhuhu... syyyyyhhhh....!!

sebabnya, smalam petang lebih kurang jam 4, abang call... katanya suruh aku balik keje awal sikit... biasa aku balik ngam2 sampai umah je azan maghrib berkumandang.. tgklah betapa rajinnya aku berkerja heheheh... tapi mmg skrg tgh bizi dengan menyiapkan soalan final exam, dan terpaksa pulak bantu pensyarah yang menggantikan Bong yg mencutikan dirinya tanpa meng alert kan fakulti... dasat betul kan.. takde rasa bertanggungjawab, dan prihatin pada orglain.. aku memang hangen dgn Bong ni.. memang aku dah mengamuk2 ngan dia dlm tepon... Bong ni ajar subjek sama ngan aku, dia ajar section 1, aku section 2.. bila ajar subjek sama, tentulah semua pun kena synchronize baik dr segi mid term exam, apatahlagi final exam.. masalahnya, dia dh selamber rock bercuti tanpa gaji sbb sakit.. yelah, cuti tu takpelah, tapi bagitahu lah supaya org lain boleh ganti.. dia cakap camnih " i thought HR dh alert sbb they ask me to finish my annual leave before taking unpaid leave" helloooooo... HR takde masa nak layan hal2 loading ko... ko kenapa tak pakai otak jgn nyusahkan orang... sakit hati betul... memang aku takbleh tengoklah muka Bong nih... !

kemudian aku email student2 aku berkenaan kelas selasa depan terpaksa cancel sbb ada opening ceremony ICIMU di DK1, so semua pelajar kena hadir function tu.. aku pun pikirlah apakah jalan terbaik supaya depa ni nak hadir.. so, aku hantar email dan suruh depa buat assignment pasal ICIMU, on that day itself kena jumpa aku utk claim sticker/note yang kena di attachkan skali dgn report tu nanti.. aku consider tu sbg assignment.. jadi ada 5 assignment, tapi aku akan ambil the best 4 aje... so, harapnya ramailah yg turn up nanti...

so dlm 4.15 aku gegas jugak balik rumah, sbb abang bagitahu tadi kata ayah klang masuk spital ampuan rahimah.. sakit jantung dia menyerang semula.. risaunya hati... aku sampai rumah, terus solat asar, dan terus gerak balik klang, kami terus ke spitala je.. Mak dan Adem ada kat sana... pastu tak lama, kaklong dan abglong pun sampai.. abang bwk ayah gi mandi, pastu ayah mcm sayu hati, menangis kat katil.. dia panggil mak, cakap ngan mak.. pastu panggil aku dan abglong.. cakap suruh kami tidor umah mak aje, tak payah balik.. katanya doktor cakap, jantung nya dah rosak teruk.. bayangkan, serangan pertama kali ialah pada pagi hari keluarga klang nak dtg merisik aku, iaitu tahun 2002.. dah hanpir 9 tahun bertahan tu... mungkin dh sampai masanya, kata ayah..

menitik jugak airmataku, aku ni mmg sensitip, kuat meleleh.. nak wat camne.. dh naluri...pukul 7 lebih kami tinggalkan spital ngan mak.. adem jaga ayah... balik ke umah singgah beli satay je utk makan malam.. taklarat dah nak masak2...

aku dan abang memang takde bawak baju salin.. kami memang tak teringat pun.. mujur ada baju tidur kat klang.. dan abang memang le biasa je dia pakai selai baju 3 hari hehheh

jadi lepas subuh, dlm pukul 6 lebih sikit, kami dh gerak balik ke Bangi.. terpaksa lah pakai je baju semalam.. tapi tak kotor pun yea.. ala bukan keje mencangkul pun.. keje dok dlm ekon je hehehhe...

singgah jap kat seri kembangan ambik duit sewa rumah dari penyewa.. masa tulis resit tu lah perasan, eh cantik betul tarikh harini yek.. 11/11/11 waaaa.... sapa2 nak akwen harini, memang best lah untuk dikenang hehehh...

eh lupa lak!! semalam hari lahir zhafran yg ke 4 tahun.. nak tepon zhafran jap lah... tengok dia tengah buat apa kat kelantan nun, menemani mamanya yang berpantang di sana!!

Thursday, November 10, 2011

Prof Omar..!

Pagi2 ni aku kesiangan... subuh dah hampir habis baru terjaga... terpisat2... cepat2 solat, dan ke dapur kukus pau keladi frozen.. separuh bawak bekal, separuh tinggal utk abang..

harini kelas jam 8 sampai 10... nota dah siap, plan harini nak sambung module 5 separuh je, separuh lagi nak taruh next week... kemudian nak pulangkan mid term exam haritu, sambil discuss jawapan.. kemudian sebelom balik bagi 3 soalan quiz on the spot based on apa yang baru belajar harini dan last class..

semua berjalan lancar, ikut plan.. habis kelas melenggang kangkung mak limah menuju lif nak ke bilik technician pulangkan kunci dan remote projektor, seblom balik ke bilik melepaskan lelah.. di pintu lif, terserempak Saliza.. dulu saliza buat master di COIT sambil keje tutor di Ikal.. lama tak jumpa dia.. hi-hi gitu2 sekali dia cakap..

"kak june, Prof Omar kirim salam"

"prof Omar?" dlm hati memang takleh nak recall sesiapa bernama Omar yg berjawatan Prof..

"Prof Omar.. skrg dia keje di UPNM.. dulu dia kat UM.. dia jadi supervisor master kawan saya.."

"UM? Prof Omar?" macam nak kenal dh sikit2..

"ha.. dia cakap kenal tak staff Uniten pompuan muka macam cina, pakai spek.. lama saya nak pikir.. bila cakap noorazizun ke.. HAAA.. ye lah tu.. kimsalam kat dia yea"

"kenal kenal.. masyaAllah.. lama nyaaaa tak dengar kabo dia.. bilanya masuk UPNM?" sungguh kagum..

"dia masuk UPNM tu la dapat prof tu.. ke prof madya gitu laa... dia under security management kan.."

"a'ah.. memang org security.. dulu dia ajar kak june... adatlah mula2... gabra2, pastu kitorang selalu usik2 dia hehehe... dia jadi supervisor final year kak june tu.."

"yeke.. eh tapi dia tere sekarang.. semua org cakap dia best"

"iye?? isk iskkk.. tak sangka.. dia rambut kinting2 kan??" sekadar mengconfirmkan.. bukan ngutuk tau..

"a'ah.. ok kakjune.. bye...!"

"bye!"

wahhhhh... aku sungguh teruja!!

firstly, sbb Prof Omar ni dulu2 kami panggil Encik Omar je, now dh jadi Prof dh.. dan dh jadi someone dalam bidang security.. memang subjek dia ajar kami dulu subjek Disaster Recovery.. teringat notes dia yang bertulisan tangan dan sanat detail, sampai sekarang masih jadi rujukan aku dan Ana.. punyelah berkat ilmu yang disampaikannya..

secondly, Prof Omar ni masih ingat kat aku!! biasalah kalau anak murid ingat pensyarah kan, tapi pensyarah ingat anak murid after soooooo many years!! aku grad 1998, so hampir 13 tahun nan berlalu!! sungguh aku terharu.. aku harap2 Prof Omar ingat aku sbg pelajar yang baik dan tidak mendatangkan masalah... ke sbb aku strugle sgt masa final year project, tu pasal dia masih ingat kat aku?? huhuhu...

apa2 pun, harini, Prof Omar makes my day!! sengih je la aku...

Wednesday, November 9, 2011

perihal Raya..

Selamat sudah kita seluruh umat Nabi Muhammas SAW menyambut hari raya aidiladha, dengan penghayatan perjuangan dan penghijrahan nabi junjungan kita.

keluarga kami menyambut raya dalam susana suam2 kuku aje. baik keluarga aku, mahupun keluarga shukor. antara sebab musabab nya adalah masalah keluarga kami lah. sungguh sayu dan sedih hati kami berdua mengenangkan orangtua kami.

keluarga sebelah shukor, tiada sesiapa pun balik, maksudnya yang dah kawen lah, kecuali kami aje. itupun kami balik kejap aje sbb turn raya di Bidor. Kami gerak dari Bangi jam 12 tghmalam, dan sampai di Klang jam 1 pagi.. semua org dh tidor, namun kami sempat gak makan nasik impit cecah rendang daging yang telah siap dimasak oleh mak. Mak jugak masakkan anaknya kek belang, iaitu kek style kampung yang super sedap.. memang abang tak berapa gemar kek2 moden, kek coklat ke cheese ke semua tak jalan, aku je yang lahap kek2 moden nih hehhehe... abang suka kek batik biasa je tapi malangnya bini nya tak pandai buat kek.. huhuhu... nanti nak kena berguru ngan Mak Simah a.k.a mak mertua ku nan sorang huhuhuhu...

lepas ngap2 sana sini, kami berborak2 kat ruang tamu sampai subuh.. 3 org tercatuk dalam gelap malam dan macam2 isu yang dibincangkan.. sedih rasa hati bila mak cerita kisah anak2nya, terasa menitik air mata.. mujur dlm gelap, tak sape nampak.. rupanya abang juga terkesan bangat.. dan terus mematikan mood raya beliau sampai sudah. takpelah.. kita usaha selagi mana mampu, selagi ada hayat dikandung badan.. bila difikir2kan, aku bgtahu abang, mungkin ini hikmahnya kita takde anak.. sbb kalau kita ada anak, mungkin kita banyak pikirkan pasal anak, sehingga kita tak mampu nak pikirkan tentang orgtua kita sebegini dalam dan jauh.. mungkin!

kami balik ke Bidor jam 5 ptg dr Klang.. sempat aku beli lemang 5 batang sbg buahtgn kerana mak tak buat lemang, gara2 takde org yang nak buatkan.. perjalanan agak jem di sana sini, namun kami sempat sampai waktu maghrib ke kg. Aku hadiahkan Abah jam tangan baru sbg tanda supaya mematuhi waktu solat dan menjaga masa supaya tidak membazir.. Mak pula kuhadiahkan dengan anak baju (bra) baru kaler peach lagik!! hehehhe...

tapi kami dikejutkan dengan berita majlis perkahwinan anak PakNgah tak jadi berlangsung Disember ni.. gara2 bakal pengantin lelaki sakit yang belum diketahui apakah penyakitnya tu.. kesian sungguh melihatkan pakngah dan makngah, especially pakngah yang sangat beriya2 untuk majlis ini. memang besar2an, dan kami semua pun tak sabar nak meriahkan majlis.. maklumle, selalu majlis kawen, asyik penat je, so kali ni kami nak rileks goyang kaki sbb semuanya pakngah pakai catering, hatta majlis tahlil malam seblom kenduri pun pakngah ambik catering je, malas nak masak2.. dan ada rombongan bas ke melaka lagik pd minggu hadapannya untuk menghantar pengantin ke rumah lelaki.. meriah kan?? tapi, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.. sedih melihat barang2 perkahwinan yang dh sedia ada, macam pasu2 kecil utk guests, langsir, cadar, belom masuk kira jemputan2 yg dijemput dgn mulut je, walopon kad belom edar lagi, tapi biasalah, awal2 kita dah ajak sedara2 terdekat dtg meriahkan majlis kan...

untuk meredakan kesedihan, MokDe Teluk Intan mencadangkan kami semua mengadakan Hari Keluarga pada tarikh hari kenduri, dan keluar dari kampung duduk di tempat lain utk 2 malam.. cadangan yang sgt bernas.. cadaangan asal ialah kami berrehlah di Sg Klah Hot Springs.. boleh tempah tshirt dgn adikku Shahril, dan buat banner kecil dr sepupuku Along Rijal, dan potluck makanan untuk di balun di sana beramai2... ramai pun sepupu sepapat ku yang dah berkerja, so bolehlah menyumbang sedikit2 untuk aktiviti bersama.. kita tengoklah nanti.. harap2nya menjadi lah plan nih... kesian jugak pada bakal pengantin pompuan (kaklang - anak makngah), takut dia makan hati sangat kan... :(

petang hari raya pulak, mak, makngah, pakngah dan atok ke Bagan Datok untuk tujuan risik anak Paklang Sahak. Paklang Sahak ni pangkat sepupu mak sebelah Atok, anaknya ada 2 pompuan 4 lelaki.. tapi anak pompuannya belom bertemu jodoh lagi.. yang sulung muda setahun dariku, dan yang ke2 tu sebaya adikku yg kawen haritu (26tahun).. jadi ada kawan kpd kakak pakngah ni yang ada anak lelaki, itulah mak dan makngah nak jodohkan dengan anak pompuan paklang yang kedua.. tapi ini masih di peringkat awal, iaitu peringkat tukar2 gambar aje.. kita tunggu lah perkembangan selanjutnya nanti, semoga ada jodoh di antara mereka... sesungguhnya jodoh yang baik itu adalah satu rezeki kepada kita, dan sentiasalah percaya bahawa jodoh di tangan Allah, kita wajib berusaha mencarinya...

selain itu, aku menghabiskan masa bermain dgn anak2 buah kesayangannya Dania, Damya dan Harris.. memang tak kering gusi dengan gelagat mereka dan sangatlah terhibur dengan tingkah laku mereka sekalipun kadang kala mencabar jugak.. Dania mmg lah petah yg amat, siap ajar aku masak lagi heheheh.. buat nasik gorenglah, buat sayur lobak lah, macam2.. damia masih takleh jalan, tapi pandai sangat buat aksi kelakar huhuhu... manakala harris tak tahu duduk diam.. kalau daddy nya marah je baru senyap sikit, itupun dia tengking balik daddy nya heeheheh... sabo ajelah..! cakap masih tak betul lagi, tapi ada bunyi sikit2...

hari isnin, kami ke pasar dan beli lauk2 utk makan tghhari... selepas masak, solat, dan makan, aku dan abang pun gerak balik ke Bangi dalam jam 3 petang.. jem jugak sikit2, tapi kami selamat sampai ke rumah jam 5.30 petang.. alhamdulillah.. home sweet home...!!

kertas exam budak2 pun dh selamat tanda sepanjang cuti raya, bergelut sekali dgn Lin.. masing2 dok pegang pen merah ehheheh... so, balik ni aku nak konsentret untukkeje2 PhD pulak.. ada banyak assignment yang blom siap nih... huhuhu

dari gear 1, masuk gear 5 semula... doakan daku yea kawan2!!

Thursday, November 3, 2011

Selamat hari raya AidilAdha...

bersiaran dari Skudai, kali ini aku kecapekkan.. kelas ku yang sepatutnya hari Jumaat telah dibawa ke hari Selasa.. so, aku lah yang teruk, sbb selasa tu aku ada kelas kol 8-10.. solutionnya: lepas kelas kol 10 tu terus berdesup ke Johor, dan aku attend kelas tu petang aje.. mujur Prof Rose ok je... huhuhu

minggu ni last week sebelom 1 minggu break... so dapatlah bercuti raya dgn senang hati.. tapi kelasku di uniten takde cuti cuti yea.. direct 14 minggu kelas, memang rasa macam nak tercabut kepala otak!! huhuhu... mujur budak2 subjek aku ok2 semuanya, cuma kesian kat depa banyak kali aku terpaksa tinggalkan depa untuk attend kelas PhD.. tapi waktu2 aku tak kelas, aku dah siap2 kasik assignments, dan kuiz (yang dihandle oleh Miss Hanani yang sweet giler tu).. so, alhamdulillah.. harap2 nya tak jauh tertinggal.. risau sgt...

harini lepas kelas jam 5 akan terus cabut balik Bangi.. esok gi keje cam biasa, dan ada byk keje nak kena setelkan seblom cuti raya.. malamnya nak balik Klang dulu, tidor sana semalam.. mak klang dah bising, rindukan anaknya lah tu heheheh.... anaknya pun dah lama tak tidur bawah ketiak mak ke? heheheheh...

hari sabtu barulah balik ke Bidor... dan balik semula ke bangi hari isnin... selasa pagi pukul 8 dah ada kelas yea... huhuhu... mati lah aku kepenatan.. tapi takpe sbb 2 minggu takde kelas kat JB, boleh lah rileks sakan!! yahuuuuuu.. (sebenonya ada kelas wajib hadir univ, ULP tapi aku tak register lagi.. kelas ni 2 minggu deret.. slps bincang2 ngan abang, aku decide ambik subjek ni next sem aje), sbb next sem agak lega, cuma ambik 1 subjek aje di Jb ni, 1 lagi di Kl, so takdelah banyak ponteng ngajar, harap2nya.

apa2 pun, kita sambutlah raya haji ni dengan rasa kesyukuran yea.. selamat Hari Raya Haji kepada semua kawan2ku di mana berada, dan hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail serta terapkan dalam kehidupan kita di mana sepatutnya, InsyaAllah..

Monday, October 31, 2011

Bulan baru cerita baru..

Dalam diam kita dah pun masuk bulan November, dah nak masuk hujung tahun... macam2 peristiwa yang aku lalui sepanjang 2011 ini.. begitu juga kehidupan aku berubah dengan pelbagai warna dan corak.. dari New Zealand aku balik ke Malaysia, dan berpindah lagi barang2 rumah.. kami menyewa pula rumah lain dan memulakan kehidupan baru bermula dari kosong. kemudian aku mendaftar sbg pelajar pula dan meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.

perubahan dalam diriku secara luarannya takde apa pun, cuma rohaniah nya aku sedang berusaha menjadi insan yang lebih baik, samada sebagai isteri, anak, kakak, sahabat, pengajar dan pelajar. Banyaknya topi aku! Alhamdulillah, aku dan abang sering memuhasabah diri masing2 dan belajar lebih kuat lagi untuk mencari keredhaan Ilahi. Mujurlah, aku bersyukur sangat ditemukan dengan CD2 ceramah Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus yang memang banyak melambak di pasaran..

Kepada keluarga dan sahabat handai, marilah kita membaiki diri. Sentiasa ada ruang untuk perubahan. Masa semakin berjalan dan umur makin meningkat, tiada tentu yang kita akan hidup setahun atau sebulan atau seminggu atau sehari lagi. Mulakan dengan membaiki solat kita. Ambil masa untuk membaiki bacaan dalam solat dan cuba menghasilkan solat yang berkualiti. Semoga Allah merahmati usaha kita dan memberi lebih baik lagi..

Saturday, October 29, 2011

Nurin Inshirah yang dikasihi.. Arwah Paklang dan OpahChik yang diingati...

Adik aku yang seorang ni telah mengalahkan semua orang dalam keluarga paras2 cucu hajah Uteh dan Haji Usop.. yelah, org lain masih terkial2 lagi, dia dah 3 orang dah.. laju betul heheheh....

Alhamdulillah, Anisah @ Icah telah selamat melahirkan seorang puteri yang cantik jelita (macam makngah nya) dengan mulut comel, hidung mancung, alis mata melentik, kening terbentuk lawa, dan sihat sempurna cukup sifatnya. Segala puji bagi Allah yang maha oengasih dan penyayang.. bayi comel itu diberi nama yang cukup indah, iaitu Nurin Inshirah.. sedap kan??

Nurin Inshirah yang bulat..

Ironinya kelahiran Nurin sama tarikhnya dengan hari Paklang Salehhuddin meninggalkan kami semua setahun yang lalu. inilah yang dikatakan patah tumbuh, hilang berganti, walaupun yang datang takkan sama dengan yang pergi. Memang, kehilangan Paklang memang sukar dilupakan kerana Paklang menjadi tunggak keluarga dan cahaya yang menyinari seluruh keluarga. Mungkin tepat Nurin Inshirah lahir pada tarikh yang sama kerana makna inshirah itu sendiri ialah melapanngkan.. harapan aku dan semua keluarga, semoga Nurin menjadi anak yang solehah dan menerangi hidup semua dengan takwanya dan kasih sayangnya. Aminnn...
Paklang dan Maklang bersama aku, Shukor dan Zhafran


Selang 5 hari selepas Nurin menjengah dunia ini, kami menerima berita sedih sekali lagi, iaitu OpahChik kami telah pergi menghadap Allah yang esa. OpahChik ni merupakan adik kepada arwah Tokmok, iaitu mak kepada Abah, maknanya Opahchik ni adalah mak sedara Abah.. Kami memang rapat dengan OpahChik kerana beliau duduk di Tapah aje, rumah anaknya Maklong Hajar. seingat aku, segala kenduri2 keluarga aku, opahchik akan berkampung di rumahku dan menolonng pelbagai urusan sehingga selesai.

diakhir2 hayatnya, OpahChik hampir buta. Kencing manisnya sangat teruk, dan buah pinggangnya telah rosak. Dengan itu Opahchik kena menbuat dialisis darah 3 kali seminggu. kesian Opahcik kerana terpaksa menanggung derita tersebut. tempat cucuk dialisis di tgn kanannya telah rosak, jadi pihak hospital telah membuat tempat baru di lengan kiri. sementara menunggu tempat tersebut ok, dialisis dilakukan dengan tebukan di leher opahchik. kesian sungguh. Opahchik berumur 74 tahun telah tidak kuat menerima ujian itu. Allah lebih menyayangi beliau. Damailah Opahchik di sana.Opahchik yang kami kenali memang sangat kuat menjaga solat dan melakukan banyak amal ibadat dalam hayatnya. Semoga OpahChik tergolong dalam golongan orang2 yang mendapat syafaat nanti di hari akhirat.

kami adik beradik pulang juga ke kampung namun OpahChik telah selamat dikebumikan.. tiada rezeki untuk berjumpanya terakhir kali, namun semasa hari raya haritu, kami semua telah mengunjunginya dan berbual sakan dengan beliau.. itulah kenangan kami yang terakhir. Beliau memang tak nampak dah, dan terpaksa meraba2 muka kami untuk kenal siapa yang bersalam dengannya. sedih sungguh...

itulah kehidupan. Yang pergi tetap pergi, namun yang hidup masih mempunyai peluang untuk membaiki diri dan menambah amal ibadat. Semoga semua kita mendapat barakah Allah dan dipanggil pulang dalam keadaan khsunul khatimah. Amin...


Thursday, October 27, 2011

Update sket dehh...!

salam buat semua... wah dah lama tak jengok blog.. bukan sengaja.. walopon sebenonya kadang2 tu agak sengaja la jugak kan hehehh... aduhaiii rasa bersalah pulak membiarkan blog bersawang, padahal blog orglain rajin gak menjengok2...

hidupku sekarang memang sangatlah penuh.. sorry, ini kenyataan tau, bukan ayat bangun membuat atau bangun kena buat hehheh... kenapa jadi gitu yek?? sebetulnya aku sekarang telah mengregisterkan diri sebagai phD candidate di UTM JB.. aku register sebagai fulltime, tapi aku tak dapat cuti belajar pun.. jadi aku masih keje di uniten macam biasa, cuma loading agak rendah la sikit dari normal... jadi dalam 1 minggu yang ada 5 hari isnin sampai jumaat tu, aku terpaksa split antara bangi dan JB.. di uniten hari isnin dan selasa, dan pagi rabu aku berdesup gi ke JB untuk mengahdiri kelas plak rabu sampai jumaat.

tapi takde lah tiap2 minggu.. kalau ikut jadualnya, kelas kami 2 minggu sekali.. so aku cuma takde di uniten 3 hari dalam 10 hari bekerja je.. tapi jadual kelas banyak plak tukar2 so aku pun main tukar2 jugak macam ahli silap mata doooowwwhhh....... kalau kelas aku 1 hari je, kami akan gerak dari bangi (rumahku) jam 4.30 pagi, sampai sana jam 8.30 ngam2 masuk kelas jam 9.00 pagi.. tu pun berenti solat subuh dan bekfes di RnR dulu... so agak laju gak ekk laki aku bwk keta kan...

yea.. lakiku yang baik hati lagi bertimbangrasa dan comel (yg ni mcm tak aje! hehehh) tu telah sudi menjadi supirku ke JB setiap kali!! wah mithali sungguh nya lahai! kelas habis kol 5petang, berdesup balik ke bangi, sampai balik kat umah dalam jam 9 malam.. hebat tak hebat keje kami mengukur jalan bangi-jb je seytiap minggu!!!

kalau kelas lebih dr sehari, terpaksalah tido sana kan... ada beberapa budget hotel sekitar skudai yang sgt affordable.. setakat ni pernah duduk di U Hotel dan Rose Cottage Hotel aje.. U Hotel sgt selesa, biliknya agak luas, dan bilik air pun luas bangat... boleh golek2 gelentang dalam bilik air nya!! Rose Cottage plak biliknya kecik sangat... tv kat depan katil tu tak bleh lalu pun.. kalu nak pasang tv kena naik atas katil dulu.. tapi Rose Cottage bagi breakfast free dan ada free WIFI.. so mcm berbaloi jugak.. walopon breakfast nya sempaoi aje lah mcm mee goreng atau bihun goreng, roti bakar dan coffee atau teh 3 in 1.. kadang2 ada telur separuh masak... ok la tu kan! lagi pulak kat Rose Cottage ni air panas/sejuk free flow.. ambik je tak payah bayo... kat U Hotel, takde lah bende2 tu semua heheheheh....

anyway, hidup aku skrg bergelut dengan nota utk kelas aku, dan assignment untuk lecturer2 aku.. kebetulan plak sem nih aku mengajar subjek baru, Business Mathematics namanya, yang baru diperkenalkan semster ni kepada budak2 foundation sem 2... walopon tajuk cam gempak, tapi subjek nih taklah sesusah mana.. dan aku agak enjoy jugak mengajar subjek nih... walopon last minit punya preparation, namun Alhamdulillah, Allah pelorong segala jalan jika kita usaha pasti akan berjaya, dan bantuan internet memang tak dinafikan, kan kan kan??? student aku pulak tu ramai gak dekat 100 org, kalau nak bagi kuiz tu memanglah seronok tapi bab nak tanda kuiz tu mahu menangis dibuatnya heheheh... setakat nih dah jalan 2 kuiz, 2 assignment dah.. next week kita ada Mid Term Exam yea anak murid, so be well prepared... korang kalau tak jawab betul2 terimalah amukan berdarah dariku hehehhe gaya ancaman aje lebih tapi bab perlaksanaannya kapuutttt hehhehe

citer pasal study plak, sem ni aku ambil 3 subjek je.. dan program PhD ni adalah guided phd, so, memang subjek2 yang diambil tu sangat2 membantu pelajar2 dalam membuat research, mencari gap research, membuat kritikan, literature review, dan paling penting mengenalpasti samada kita nih jenih researcher yg bagaimana.. samada positivist, interpretive atau critical.. sbbnya paradigm ni akan mencorakkan keseluruhan rupabentuk research yang dijalankan nanti... samada dari segi research objectif, research question, methodology dan cara analysis nanti semuanya bergantung kpd jenis paradigm diri sendiri yang bagaimana....

ohh barulah daku paham segala apa yang aku belajar sendiri2 dulu di NZ, inilah yang disampaikan oleh pensyarah2 yang sangat hebat ini.. aku sangat gembira belajar sekarang ini kerana aku telah nampak apa yang mereka cakapkan - sbb aku telah melaluinya dulu dalam keadaan teraba2 gelap gelita tak paham segalanya.. terima kasih Allah atas kurniaan ilmumu yang kuhirup ini menjadikan aku lebih tahu dari sebelumnya. Aku juga mendapat seorg supervisor yang sangat hebat dari segi ilmunya, cuma beliau agak sibuk dgn tugasan admin membataskan perjumpaan. tapi semester ini beliau mengajar kami so ada can lah untuk jumpa!!

Abang juga telah berkorban untukku.. selain dari menjadi supir yang setia, cuba bayangkan apa yang dibuatnya ketika aku ke kelas... memang bosan kan... tapi itulah pengorbanannya.. kalau kami pegi pagi balik ptg, beliau lepak dalam surau je... kalau kami tido hotel, dptlah beliau lepak dalam hotel, selesa sikit.. aku selalu pujuk abang supaya sabar dgn cabaran hidup begini, kerana hanya kami sahaja yang tahu tentang kehidupan yang kami pilih, dan pedulikan kata2 orang sekeliling.. yelah, abang pun jadi serba salah sbb nak cari kerja nanti siapa pulak nak jadi supir.. skrg ni kami berpegang pada kata2 seorg kawan kami yang senasib "kejayaan ini nanti adalah kejayaan bersama" yea abang, ini juga perjuanganmu, bukan perjuanganku sendirian...

yea kawan2 ku sedara maraku, doakan kami kuat dlm menjalani hidup ini.. doakan rasa kecintaan pada ilmu ini tidak pudar setengah jalan, dan semangat perjuangan itu terus marak sehingga titisan keringat terakhir.. lagipun, kan kita dituntut untuk mencari ilmu, walaupun sehingga ke Negeri China... !!

sambung lagi lepasnih... salam pagi Khamis...

Friday, September 9, 2011

Ke mana kawan2 ku?

Kalau diputarkan masa ke alam remaja, time2 raya camnih, apakah yang paling best sekali? Anggaplah cuti sekolah tu panjang dan raya pun panjang, so apekah yang kita buat, let say, umur dalam 15 tahun gitu?? auuwwww... mudanyaaaa... ehheheh

kalau budak2 skrg nih, hampehh... beraya pun main henpon... kalau tak call atau sms, sanggup tu main game dalam henpon tu.. bukannya nak bermesraan ngan sedara mara dan kawan2... isk iskkk...

sebenonya, aku teringat adik aku haritu masa kami gegas2 nak balik KL, dan mak abah gegas2 nak ke Lambor, dia tinggal sorang2 kat rumah, sbb kawan2 dia nak dtg beraya.. ehheheh... otomatik aku teringat kisah aku beraya bertahun2 dahulu, sewaktu aku masih muda rumaja ahakssss.....

seingat aku, masa aku sekolah rendah, aku tak pandai nak beraya sendiri tanpa mak dan abah... tapi bila aku dah sekolah menengah barulah aku dilepaskan untuk beraya sama kawan2... tapi masa tu, kami naik bas dari satu rumah ke satu rumah... bas kat kg aku tu pulak bertime, setiap setengah jam satu bas, tapi ada 2 bas yang boleh naik, iaitu bas Bidor-Teluk Intan, atau bas Bidor-Kg Coldstream.. dua2 pun lalu kg aku... tapi kekerapan ke Kg Coldstream tu agak limited.. sejam satu kot...

alkisah, kawan2 aku dulu kebanyakkannya tak raya mana2 pun, semua beraya kat kg aku tu.. kecuali yg aku ingat, famili Arwah Rusman.. kalau nak dtg rumah dia, kena dtg hari raya ke3, baru dia ada rumah, dan dapat makan laksa mak dia yang sangat sedap.. sanggup tu, nak makan laksa punya pasal... rumah Rozaini dan Supi adalah rumah yang paling hujung sekali menghala ke Batu 6, kemudian Hanom, diikuti oleh Samsul, Arwah Razak dan rumahku.. lepas tu baru jumpa rumah Jamal, kemudian tepi sekolah rumah Karim dan Rusman.. depa ni duduk Batu 5... selebihnya kawan2ku semuanya duduk di Batu 4, atas kongsi yang asalnya dibina untuk pekerja2 lombong bijih timah...

aku ingat 1 tahun tu, kami berkonvoi beramai2 naik bas pegi beraya.. yang last sekali kami raya kat rumah Maslina, masa nih rumahnya di Kg Pasir, dan hanya dia sorang je yg duduk situ.. selalu kami malas nak pegi sbb agak jauh, dan bazir 1 rumah je, tapi tahun tu kami pegi gak... seksa betul kena tgu bas! ada sekali tu kawan2 aku tak dtg rumah aku, tapi terus direct gi rumah Hanom.. sampai sana baru depa tepon aku suruh aku dtg rumah Hanom.. merajuk betul aku masa tu, sampai tahun depannya aku ungkit lagi!! ehheheh

ada sekali kami konvoi naik moto pulak, ni dh besar sikit, harus form 4 atau form 5 kot... aku naik ngan hanom, wati naik ngan ju.. budak2 lelaki konvoi ntah berapa bijik moto tah... tahun tu lah kami dapat beraya byk sikit rumah sbb senang nak gerak... taklah nak kena tgu bas...

disebabkan tu, kami semua rapat ngan parent each others, sbb dah tentu sekampung.. pastu kalau berkumpul tu, bukannya tanya nama kita, tapi depa tanya, "ko ni anak sapa?" "anak saad, makcik, cucu uteh" "ooooo.... !" mmg gitu lah cara org kg beramah mesra, kannnn...

bila time depa menyerang rumah aku plak, bapak aku mesti join sekaki sekejap seblom mak aku plak join... tapi selalunya depa pun memang kenal semua kawan2 aku so takde lah nak intebiu bagai... macam mak aku kata "alah mak ngan mak dia tu sama2 bawak perut ke klinik dulu.. " ngandung sama2 lah tu!! hehheeh..

rindunya aku ngan kawan2 sekampung aku tu!! kalaulah masa boleh diputarkan semula, aku nak bersama2 mereka merayau kampung, menziarah dari satu rumah ke satu rumah, makan kuih raya dan maruku sambil minum sirap bergelas2, sambil layan tv dan menghimbau cerita2 kelakar di sekolah rendah..

skrg ni masing2 sudah berkeluarga dan punya tanggungjawab terhadap suami/isteri disamping tanggungjawab hakiki kepada ibubapa.. masa cuti yang makin singkat pulak perlu dibahagi 2 kampung, dan banyak perkara perlu dipertimbangkan untuk sesi ziarah rumah kawan2..

harapanku semoga semua sahabat2 sekampungku bergembira di hari raya yang mulia ini, dan sentiasa menyimpan kenangan manis usia remaja, dan mengenang diriku walau secebis sebagai salah satu fragmen yang pernah hadir dalam hidup mereka, sepertimana aku mengenang mereka sebagai sahabat2ku... insyaAllah, jika ada rezeki dan umur panjang, kita akan berjumpa semula, dan aku yakin sangat yang kita akan menghimbau semula cerita2 kelakar di sekolah rendah tu dan membina semula ikatan ukhuwah yang lebih erat. Amiinnnn...

Thursday, September 8, 2011

Beraya di jalan raya.. huhuhu!

Salam Syawal buat semua.. ni dah masuk 8hb 9, maknanya dah 10 hari kita menyambut hari raya.. cepat je kan masa berlalu.. kalau sapa2 yang puasa 6 tu, dah habis dah.. tapi aku tak start pun lagi huhuhu... penat sangat lah mak ngah!!

hari raya tahun ni kami sambut di Klang dulu.. yang kesiannya mak di Bidor, hanya ada adik 2 org je (Mira dan Anje).. yang lain2 semua beraya di rumah mertua masing2.. sabo lah ye mak... tahun depan, kita kasi pecah rumah Bidor pulak.. heheheh... ni raya haji nih kaknyah balik Bidor, dun wurry.. :)

Raya di Klang, macam biasa, mesti ada ketupat nasik punya.. so aku pun turut sama menganyam ketupat sebab aku risau skill menganyam aku pupus.. heheh.. macam haiwan pualk kan, nak pupus bagai... anyway, aku berjaya menganyam hampir 50 ketupat, untuk ditopup ngan mak punya yang telah dianyam sebelomnya sebnyak 90 bijik... masak lauk2 semua aku tak buat, sebab selera famili husband ku ni susah sikit nak terima orglain masak.. so aku masak lauk feveret aku je, iaitu Kari Ayam Kering, pakai kerisik, sama kentang dan lain2... kalau di Bidor, memang wajib ada lauk nih, maklumlah, kami kan keturunan belah utara, kari mesti takboleh lepas punya!

lepas solat raya, (aku tak pegi sebab trend famili husband, hanya lelaki shj yang pegi - sbb ramai sangat kot org kat klang nih, masjid penuh melimpah), kami makan beramai2.. tgh makan tu ada pulak sedara mara dah dtg dah pun... aku terus ambik tender basuh pinggan.. dok kat dapur, dan bancuh2 air segala... start tu terus tak berenti org datang, sampailah petang dalam pukul 4 lebih tu baru stop.. aku pun tertidor sbb letih bangat...

malam tu lepas maghrib, kami ramai2 3 keta konvoi ke rumah Pak Ngah (abang Mak) dulu.. seblom tu, beraya rumah jiran seblah umah mak.. penuh rumah dia heheheh... kat rumah pakngah, dpt makan ketupat pulut yeehaaa... pastu kami gerak pulak gi umah Pak Andak (adik Ayah).. anak2 Pak Andak nih semua lelaki, so memang port cantikla budak2 lelaki melepak... memang penuh budak2 lelaki... kami makan kerepek pisang super sedap hasil tangan Mak Andak sendiri... pastu kami gerak lak ke rumah belakang rumah Busu Atan (sepupu Ayah).. Busu Atan pun anaknya 4 org lelaki, memang geng ngan anak2 Pak Andak.. seronok dengar Busu bercerita, kami balik hampir pukul 1 pagi!!

Balik rumah je terus solat dan tidor.. esoknya, bangun sembahyang subuh, aku dan abang terus gerak balik Bidor.. huhuhu.. bestnya balik kampung!!.. kami sampai kampung dalam pukul 10.00 gitu.. jalanraya ok je tak de jem pun.. kat kampung yang ada Munei ngan Mar je yang baru sampai mlm seblomnya... masa tgh makan2 kat dapur, Adik ngan Ijam pun balik dari Air Hitan.. pastu depa bleh cepat2 plak check-in bilik yang best! Bilik depan memang Munei dah check-in dulu.. aduhhh heheheh

pastu aku segera menggunakan kuasa veto suruh Anje pindah bilik Mira buat seketika, kasik laluan aku dan abang untuk check-in bilik dia.. anje buat muka tapi aku buat tak layan je heheheheh... so dapatlah aku check-in bilik anje.. best jugak bilik dia nih, sejuk je.. tapi takde bilik air dalam bilik le...

mak cakap mlm ni ada makan2 umah MakNgah (adik Mak), so, cantekkk... kami pun masak lunch ala kadar je.. masa tgh makan2 kat umah makngah tu, sekali Shahril, Lin dan Harris plak balik!! budak comel tu memang geram aje tapi taknak kat org sangat... hahah Cail terpaksa check-in kat ruang tamu aje!! ehheheh

esok paginya, kami memulakan expedisi jelajah raya... mula2 kami ke rumah Wan Dut (sepupu Mak) yang sakit terlantar di kg kami tu je.. kesian tengok Wan Dut.. lepas tu kami gerak plak ke Kg Cegar di Bidor untuk melawat Tokcik Hassan (adik bungsu Arwah Opah), yang sakit stroke tiba2... tokcik kenal beberapa org je, rasa macam aku pun dia tak berapa kenal.. anak tokcik, Mak Andak Halawiah berkawan baik dgnku sedari kecil lagi.. dulu masa kecil tak panggil mak andak pun, jd sampai skrg janggal nak panggil mak andak.. (Mak Andak Halawiah ni idola aku dari kecil... aku ikut je dia masuk Taayah, SRP 8 aggregate, SPM, pastu masuk UM.. lepas dia kawen, baru aku lak kawen.. heheheh)

lepas tu, kami berkonvoi le pulak ke Bota utk menghadiri majlis resepsi perkahwinan Linda dan suaminya Mizan. Linda ni bestfren adik aku Icah, tapi dah dianggap mcm anak angkat Mak, dan dia pun panggil Mak aku tu Mak.. pangiil kami pun semua mcm adik beradik je.. lama giler perjalanan ke Bota siap sesat2 dihujung jalan lagik heheheh... lepas makan gulai tempoyak ikan patin yang super sedap, kami pun bergerak pulak balik menuju ke tatau apenama tempat nih, tapi gi umah Paklong Ripin (abang Abah satu bapa, lain mak).. paklong Ripin ni walopon jumpa sesekali tapi tahap kemesraannya memang tinggi... kami pun memang bukan jenis pendiam, dan anak2nya pun semua jenis ramah2, memang seronok berkumpul beramai2.. (info: masa Tokwan (bapa Abah) dan Tokmok (mak Abah) kawin, masing2 duda dan janda. Tokwan ada anak lelaki - Paklong Ripin, dan Tokmok ada anak pompuan - Maklong Siah. Depa dapat 2 org anak lagi, iaitu Abahku dan Maksu Sarimah. Abahku digelar anak2 buahnya sebagai PakLang. Istimewanya, di sebelah Abah, kami ada dua set paklong dan maklong iaitu Paklong Ripin + Maklong Sayang, Maklong Siah + Pak Olong Mat)

Selepas dibekalkan dgn 2 ekor ikan keli afrika yang besar, kami meneruskan perjalanan ke Tapah utk pegi rumah OpahCik (adik Arwah Tokmok - kiranya mak sedara abah lah).. Opahcik ni dah tak nampak, salam dgn dia, nanti dia akan raba2 muka kita.. sedih sungguh.. 3 kali seminggu beliau akan buat dialisis cuci darah.. memang kesian tapi gembira jugak hati aku berkesempatan berjumpa Opahcik... Maklong Hajar masakkan kami mee goreng yang sangat sedap!

balik rumah kami semua kepenatan, maklumlah sampai je dh pukul 8 malam... kelam kabut solat maghrib.. aku takpele sbb aku bleh jamak qasar huhuhu... lepas mandi siap2 semua dlm kol 9 kami gegas2 pulak gi umah MokDe (adik Mak) di Kg Pasir.. De buat kenduri kecil dan cater makanan utk malam tu, so makan le lagi.. aku belasah pecal je sbb masih kenyang makan mee goreng sedap kat umah Opahcik tadi.. balik umah malam tu, tgk2 Jodi dan Yanti serta Nia dan Mia dah balik dr Gemas... wah seronoknya main ngan Mia!!

wah penatnya beraya.. jumaat tu kami tak kemana2, tapi petang tu aku, Mira dan Anje ke Teluk Intan sbb nak carikan barang2 depa... kejap je pegi, pastu balik dalam pukul 6 ptg...sabtunya, mak dan abah, serta jodi sefamili akan pegi ke Lambor pulak sbb nak menghadiri kenduri kawen anak Toksu Harun (adik bungsu Arwah Tokmok).. aku, shahril dan Munei akan balik ke KL menamatkan cuti raya.. kebetulan kereta Pak Andak sangkut di bengkel di Behrang, jadi Andak dan Zahida naik keta aku, Pak Andak dan zahid tumpang shahril..

kami selamat sampai di Bangi jam 3 petang... tertidur sampai maghrib, punyelah penat... malam tu, Cail tepon pulak, dia ada di Bangi rumah tok sedara Lin.. aku pun jengah sekejap sbb adik sendiri kan, tak baik pula, lagipun bulan raya yang mulia... sempat jugak main ngan harris sekejap.. shukor tak ikut pun sbb dia kepenatan..

ok, so tamatlah kisah raya tahun ni.. open house aku awal2 dah mention no open house, sbb rumah pun takde hehehe... insyaAllah, kalau ada rezeki, kita buat le makan2 di lain masa dan ketika...

Salam Syawal yang penuh berkat, jgn terlalu banyak membazir, ingatlah ada yang kelaparan di luar sana. Muhasabah diri dgn kelebihan dan kekurangan sendiri.

Friday, August 26, 2011

Kisah raja-raja.. Tengku Amir Hamzah

Dalam 2, 3 hari ini (in fact, sepanjang minggu ni), aku bagaikan terkesima dengan kisah seorang Pahlawan Nasional Indonesia dalam bidang sastera, Tengku Amir Hamzah (TAH). TAH memperjuangkan penggunaan bahasa melayu ketika bahasa belanda diwajibkan di seluruh indonesia.

Alkisah aku telah membeli 1 buku cerita karya Masriah Masrom bertajuk "Nyanyi Sunyi". tajuk ni diambil dari satu ontologi puisi TAH dgn tajuk yang sama. Aku kebetulan teringat buku yang pernah kubaca dulu iaitu "Nyanyi Sunyi Seorang Bisu" karya Pramoedya Ananta Toer. Karya2 dari penulis Indonesia memang aku suka, tapi karya penulis malaysia pun aku ghairah juga huhu (kecuali penulis2 buku seperti yang melambak di pasaran - aku kurang minat kisah cinta tak berhaluan - maaf yea!)

dalam buku cerita tersebut, wataknya sangat diinspirasikan dengan hidup TAH dan wanita disekelilingnya. Kisah ini membuatkan aku nak sangat tahu tentang TAH, lalu apelagi, aku surf internet mencari bahan.

yang paling kukagumi dalam kisah TAH ini adalah kekuatan jiwa orang2 yang disayangi/menyayangi beliau. Semuanya mempunyai jiwa yang sangat besar. Pertama sekali, ibunya Tengku Mahjiwa yang melepaskan anak bungsunya belayar jauh mencari ilmu. ketika dia sakit tenat pun, masih direlakan anaknya tidak pulang kerana bakal menempuh periksa akhir, dan pergi menemui Ilahi tanpa sempat memeluk dan mencium anak tersayang.

kekasih hati TAH, Ilik Sundari lebih besar jiwa dan hatinya kerana merelakan kekasihnya menikahi perempuan lain. Ilik wanita terpelajar yang menguasai ilmu sastera hingga peringkat tinggi. Dia bukan sebarang orang, malahan puteri Solo dari keturunan Raden. Tapi demi TAH memberitahu yang dia perlu menikahi Tengku Kamaliah atas urusan tugas, Ilik memahami sesungguhnya TAH bukan miliknya lagi.

oh, betapa beratnya hati melepaskan kekasih yang tercinta, bila diketahui sang kekasih juga tidak rela!

Tengku Kamaliah kurang cantik dibandingkan dengan Ilik. Badannya sedikit berisi dengan muka bulat, sedangkan Ilik bermuka bujur dengan dahi luas, tulang pipi yang tinggi dan mulut menguntum seperti ciri biasa masyarakat Keraton Jawa. Namun hati Tengku Kamaliah bersih, ikhlas mencintai TAH selayaknya seorang isteri mencintai suami.Walaupun dia tahu keluh kesah TAH yang patah hati, sedikit pun dia tidak mengamuk atau marah2 menengking herdik, malah dia terasa bersalah pula memisahkan 2 hati itu. Niat sucinya nak menerjakan haji ber4 (TAH, Tengku Kamaliah, anaknya Tengku Tahura dan Ilik Sundari) tidak kesampaian kerana TAH ditangkap orang dan tidak kembali lagi.

Keinginan untuk mengorek cerita TAH lebih lanjut membuatkan aku kepingin sangat mencari buku karya NH Dini bertajuk Amir Hamzah: Seorang Pangeran Dari Seberang. Buku ini mengupas secara total seluruh kehidupan TAH dari mula dia lahir hingga saat dia dipenggal kepalanya semata-mata kerana fahaman anti-feudal dan beliau keluarga bangsawan. Tamatlah kisah beliau dalam umur 35 tahun, sangat muda.

"Cintaku hanya satu. Dan yang satu itu telah kuberikan kepadamu." - Amir Hamzah kepada Ilik Sundari.

Sayunya hatiku membaca kisah cinta trajis ini. Namun ringkasnya, mereka sentiasa meletakkan kecintaan yang lebih besar dihadapan mereka dan mendahulukan orang yang tersayang dari diri mereka sendiri.

1. Amir Hamzah mendahulukan tugasnya kepada masyarakat untuk mengembangkan sastera dan budaya bangsa dari mengikut kata hatinya untuk mengahwini Ilik.

2. Ilik Sundari mendahulukan Amir Hamzah dengan merelakannya pergi dan menikahi oranglain sedangkan Amir ialah kekasih hatinya, belahan jiwanya.

3. Tengku Kamaliah mendahulukan Amir Hamzah dalam kehidupannya sehingga sanggup dimadukan jika itu boleh membuatkan Amir hidup bahagia.

"Bukankah kebahagiaan itu melihat orang yang dicintai hidup bahagia? - Masriah Masrom, Nyanyi Sunyi.

Alangkah bahagianya jika semua orang mendahulukan orang lain dalam kehidupan untuk mencapai kebahagiaan abadi. Alangkah!!

Thursday, August 25, 2011

Hari Raya dah makin hampir...

Oh sungguh gembira dapat menyambut raya di tanahair sendiri... namun bukan itulah yang penting, yang penting sekali, kita meraikannya dengan cara yang betul, walau dimana bumi dipijak...

ketika di NZ tahun lepas, kami menghidupkan ramadhan di tempat orang kapir tu dengan tadarus, disusuli majlis khatam quran... juga kami buat dodol beramai2 sebagai pelepas kerinduan... malam raya pula kami buat takbir dari rumah ke rumah... pagi raya, kami berkumpul di rumah terbesar di kalangan kami, untuk menikmati suasana pagi hari raya... namun, pemberian angpau raya bukan tradisi di sana, maklumlah, semua pun hidup atas elaun diberi orang.. hehheh...

tahun ini, kemeriahan raya ada di mana2... jangankan pasaraya2 terkemuka, kedai runcit ah kau dan pasar mini ramayya pun meriah jugak... dengan pasar ramadhan di sana sini, bazar ramadan yg tumbuh melata, khemah2 menjual lemang serunding dan rendang, termasuk yang menjual mercun dan bunga api!

itulah tradisi yang takbleh tak ujud..

yang bestnya, tahun ni kami mengambil langkah drastik sekali untuk tidak melakukan apa yang lazim dibuat orang:

1. kami tak shopping baju raya pun.. semuanya recycle tahun2 lepas punya..
2. kami langsung tak berbuka luar, samada kedai tomyan atau hotel 2, 3 bintang.. (hotel 5 bintang memang tak pernah gi, kecuali org belanja huhuhu)
3. kami minimize habis penjengahan pasar ramadhan.. ada 2 kali je pegi kat area rumah aku nih, dan kat kg ku kat bidor, sekali je..
4. aku buat sendiri kuih raya iaitu almond london dan tart nenas... sedap!! dan paling penting, jimat..
5. kami merajinkan diri gi solat terawih since surau sgt dekat dan takde apa aral sbb tak buat kuih raya utk niaga pun.. yeehaaaa!
6. boleh dikatakan 80% abang yang masak lauk berbuka, aku cuma touch up sikit2 je huhuhuhu

tahun ni aku akan menyambut raya di Klang dahulu seblom balik ke kampungku di Bidor, mungkin ptg raya pertama, atau raya kedua... sambutan di klang tidak semeriah di bidor, namun kenalah bertolak ansur kan... kalau di bidor, pagi2 selepas balik sembahyang raya, mesti berkumpul dan bersalaman ikut umur.. aku lah yang start dulu, sampai adik yang bongsu.. mesti ikut giliran.. lepas tu biasanya keluarga makngah dan mak andak akan dtg ke rumah sbb mak ku anak sulung, mestilah adik yang mintak maap ngan kakak kan... tu lah tradisinya.. pastu kami ramai2 pulak ke kubur, untuk meraikan hari raya dengan mereka yang tersayang yang telah pergi menemui Ilahi - arwah Opah, Paklang, Tokmok, TokWan, abangku Yop Ajam dan sedara mara yang lain spt Opah emak (onyang), sepupu2 nya yang dah tiada spt Yang Mat, kawanku Rusman sekeluarga dan ramai lagi.

balik dari kubur, kami akan beramai pulak menyerang rumah mak andak dan rumah mak ngah... melepak makan kuih raya sambil bercerita itu dan ini.. ptg sikit, jika tiada sedara mara datang bertandang, barulah kami gerak ke rumah Opah Chik (mak saudara abah) di Tapah, atau Maklong Siah (kakak abah) di Teluk Buluh. Dulu kami akan juga ke rumah Maksu (adik abah) di Batu Masjid, dan rumah Tokcik (adik opah - bapa saudara mak) di Kg Cegar, namun maksu dah berkerat rotan berpatah arang dgn abah, dan Tokcik pula tak berapa sihat dan dibawa anaknya (MakNgah Khairi) ke Kedah.

saudara mara belah mak paling ramai datang berkunjung compare dgn sebelah abah. lagipun, rumah kami terletak seblah rumah opah, jadi sejak opah tiada, otomatik, mereka akan ke rumah kami, mentelah mak anak sulung dan paling dikenali oleh sedara mara.

tahun ni, anak2 mak semuanya raya rumah mentua masing2, tinggal 2 org yg bujang tu aje lah... mak pun bercadang buat lemang lepas raya je, sbb takde sapa nak tolong bako.. sian mak... sabarlah ye mak.. anakanda balik nanti kita buat lemang, ok!

opis pun dh sunyi, sbb ada yg dh mula bercuti... suasana dh makin terasa!!

Selamat Hari Raya semua!! Semoga Syawal ini membawa cahaya dalam hidup kita, dunia dan akhirat.. aminnnnn....

Monday, August 22, 2011

Jaga exam...

Salam Ramadhan... hari ni dah masuk hari ke 22 berpuasa... dan hari ni aku kena jaga budak2 pereksa final.. aku menggantikan Mona, sbb giliran aku sepatutnya Sabtu lepas, so, aku tukar dgn mona sbb aku balik kampung, berbuka dengan Mak tersayang..

pagi2 aku dah sampai Library level 6, tempat exam berlangsung... disebabkan dah lama aku tak jaga peksa kan, so agak semangat lah jugak heheheh... berkobar2 nih... tapi aku perhatikan, depa nih berbeza sgt dengat my time dulu2 sewaktu aku bergelar pelajar di UM..

pelajar2 ni dengan selambanya bawak masuk pencil case... pelbagai corak, warna, bentuk, malah ada bentuk arnab ke kucing ntah... ohhh aku teringat diriku sendiri pd minggu2 peperiksaan sebeginni di suatu waktu dahulu, hampir 20 tahun yang lalu... mak datuk.. lamanyaaaa..... iaitu zaman aku belajo di Asasi Sains Hayat di UM... malam sebelom hari periksa, masing2 dah sibuk carik rubber band, untuk ikat pensil, pen, pemadam dan pembaris.. takde sesiapa pun bawak pencil case, nak mampus!! Exam is a very strict business, i will never take it for granted.. one more, aku tak pernah bawak liquid paper, for me, it is just wasting time and money, silap2 gaya boleh rosak markah (kes padam, pastu lupa nak tulis balik).. dan kalkulator, walopon exam English.. takut nak jeopardize, manalah tahu tiba2 nak pakai, kan dah menyesal...

from my experience today, students does not bother to be a little bit aware of rules and regulations.. they can easily captured copying if, they accidentally put a piece of paper with some written note on it in their pencil case - which i know is common amongst student.. biasalah, small notes letak dlm pencil case, at least, i am one of those... let say terlupa nak keluarkan, dan terjulur keluar atas meja, eventhough it is from other subject (not related to current paper), or, the fact that you are not refering to it at all, it will not change the real fact that you have breach the rules and regulations. Hadiahnya, either FAIL dan ambik semula subject tu next sem, atau repeat exam.. tapi kalau kes camtu, memang tiada ampun  bagimu, dapat 0 for final, so, harapkan kerja2 kursus shj, paling power pun, dapatlah D atau D+... nak ke??

 satu lagi, kes handphone.. memang dah jelas dan nyata, students are not allowed to bring in handphone ke dalam dewan peperiksaan, still, they brought in. even though they put it on silent atau off, but still, it is NOT ALLOWED.. tak paham ke bahasa inggeris, kalau bahasa melayu pun tak paham.. nak kena cakap jerman lak agaknye huhuhu...

mujurlah aku tak jadi chief invigilator, kalau tak, memang semua tu aku filekan misconduct je... baru depa sedor diri... but this things will surely happen again, every semester.. i like to propose that before last class of every semester, lecturer kasik rubber band to all their students, and ask them to use it instead of pencil case. for phone problem, so far, no solution that i can think off... kalau confiscate karang, kita pulak yang kena, maklumlah, depa tu anak2 orang kaya belaka... tengok henpon pun mengerikan... heheheh

oh i miss the real exam situation!!

Friday, August 5, 2011

Rumah baru ku..

Salam 5 Ramadhan buat semua... sekejapan je kan kita dah masuk hari ke5 berpuasa.. sungguh laju masa berlari.. tak terkejar kita..

anyway, sepanjang 4 hari tu, semalam je aku pegi ke paso ramadhan.. tu pun paso yang paling dekat dgn rumah, gerainya adalah dalam 6,7 gerai je hehehe... hujan punyelah lebat tak hengat, menyebabkan aku basah kuyup... dan aku pun pegi ke gerai yang mula2, beli karipap 4 ketui + koci seketui (rm2) dan kuih tako 5 pcs (rm2).. tu jer.. aku pun balik.. cam tak berbaloi je kan basah2 beli banyak tu je huhuhu...

balik rumah, kena hon suruh abang keluar bukakan pintu pagor plak.. dah le pintu pago tu terkeluar dari kawasan yang dicover dari hujan, so abang memang kuyup jugak heheh.. baru adil kan.. bila aku amsuk rumah, salin baju dsbnya, sekali aku intai abang tgh mencangkul kat luar dalam hujan lebat!! apekehei?? rupanya, dia dah alang2 basah, terus mencangkul sikit sbb tanah tu tgh lembut... macam2... risaunya aku sbb kilat berdentum2... hishh... malam tu badan abang terus dedor2.. mujo tak demam... sengaja cari penyakit...

oh ya, kami dh pindah rumah baru... rumah sewa yang baru nih rumah setingkat... rumah kami sendiri di seri kembangan telah disewakan pada orglain, so selama sebulan lebih, kami menumpang umah kak ngah (kakak shukor), di bangi.. memang budget nak pindah sebelom puasa, alhamdulillah, dimakbulkan Allah... seronok sgt duduk rumah atas tanah, sebelom ni duduk atas awan je... heheh

alkisah, rumah ni ada 3 bilik... bumbungnya tinggi melangit, so siang2 memang terang benderang.. namun, ruang tamu, dapur, bilik 1 dan 3 telah bersiling, cuma bilik 2 dan bilik air 1 je yang nampak bumbung tinggi tu... dapurnya agak luas, bilik air ada 2 dan luas2 bilik airnya.. tu pun extra point tu sbb senang aku nak berligan dlm bilik air hehehhe... antara bilik 1 dan bilik 2 ada kwsn rehat kalau2 kita nak letak 2nd tv atau komputer memang sgt sesuai.. kiranya, agak tersorok lah kalau ada tetamu dtg berkunjung.. ruang tamunya luas sangat, dan panjang ke belakang.. lebih pjg dari rumahku dlu.. sangatlah selesa kalau sedara mara nak dtg tumpang bermalam...

kami cuma nak hidup seberapa sempoi yang boleh... sbb mungkin kami akan berpindah lagi dlm masa terdekat... namun, yang basic2 tu kami dh beli... peti ais, mesin basuh, Tv, dapur, meja lipat utk makan yg murah... perabot2 semua kami tak beli pun, so rumah kami sejuk je... memang best.. kami tidor pun atas toto je, bantal pun sorang satu je.. heheheh

kawasan rumah kami baru je start kumpulan berjaga malam... disebabkan banyak masalah kecurian baru2 nih, maka diwujudkanlah kumpulan2 ini yang duty setap hari 5 org.. boleh dikatakan, sorang akan duty 3 kali dalam 2 bulan.. tapi nama abang takde lagi dlm list, sbb kami baru je join.. haritu dh bayo duit join 50rm dan duit bulanan 10rm.. tapi abang mcm takleh join katanya, sbb semua pun org otai2 belaka.. set2 dh pencen je ramai duduk kawasan nih... abang perasan muda lah tu heheheh

rumah ni ada tanah sikit kat depan, belakangnya pulak, di luor pagar tu, seberang longkang memang ada tanah yang luas bangat, menghadap jalan  besar.. org sebelah kanan rumah siap buat reban ayam lagi.. dan tanam pokok buah2 besar macam mangga, rambutan, nangka, cempedak... perghh... best betul.. pagi2 aku suka duduk nengok hijau2 tu, terasa duduk di kampung... disahut pulak kokokan ayam bersahutan... memang tak syak lagi!!

surau pun sangat dekat dgn rumah aku nih... jalan kaki je kami gi terawih... kalau waktu subuh tu, depa ada buat kuliah subuh, tak payah pegi pun takpe, sbb boleh dengar dgn jelas dari rumah.. seronok betul!!

jiran2 pun macam ok... yelah, semua pun dh tua2, semua atas 60 tahun je... so, kami ni memang macam anak2 je lah.. deret kami tu ada berapa je rumah, yg mula2 en lim, pastu hashim, kami, anthony, tajwal, hassan, habibul, rama, halim, salauddin, azhar, nazir... tu je.. rasanya azhar tu je yang baya2 kami, yang lain tu semua otaiii... heheheh...

apa2 pun, seronok sangat lah duduk rumah nih.. gembira je rasa nak balik rumah.. tuan rumah pun ok, senang, tak banyak kira.. sewa pun 500 je, kira murah le kalau area2 bangi nih, mana nak dapat.. (apartmen tingkat 2 pun 600rm tau..!)

terima kasih Allah mempermudahkan urusan kami ini... :)

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakah!

Kepada semua  sahabat2ku diseluruh pelusuk alam, kutitipkan salam Ramadhan dgn penuh kesyukuran.. tahun ini kita berpeluang mengucup wajah Ramadhan lagi, berpeluang juga menghirup nafas dalam bulan yang suci ini... buatlah Ramadhan ini sebagai satu penghijrahan diri ke arah yang lebih baik lagi..

insaf rasanya akan kekerdilan diri, tahun ini kembali menyambut Ramadhan ditanahair tercinta.. terkenang juga pengalaman di rantau org dulu, di mana roh Ramadhan tidak disambut oleh rakyatnya.. jadi terpulang kepada kita utk menghidupkan semangat Ramadhan.. berbuka dan bersahur pun tidak sesempurna mana, namun itulah asam garam kehidupan di tempat org..

tahun lepas, Shukor berbuka di tempat keje shj, jadi peluang utk kami berbuka bersama, hanya 1, 2 hari shj, sementelah pula masatu shukor cover chik piah, yg pulang ke malaysia utk data collection. Jadi aku kena balik awal dr uni, masak ala kadar,dan bekalkan abang lauk + nasik.. kemudian tinggallah aku sorang2 di rumah, berbuka sendirian.. sahur pula kami makan sempoi2 aje, sbb siang pendek, jadi tak lapar sgt..

tahun ni, kami berazam utk berjimat cermat walaupun kehidupan Ramadhan di Malaysia dilimpahi makanan dan kuih muih sebagaimana lazimnya.. tengok, samada kami mampu utk melayani akal pikiran dari dikuasai nafsu makanan melampau.. huhuhuhu

kepada semua sahabat2 ku di luar negara, jadilah seperti ikan di laut, yang tidak masin isinya walaupun seumur hidupnya dalam air masin.. jadilah seperti kelapa yang semakin tua, semakin tebal isinya dan banyak pula gunanya... jadilah seperti padi yang semakin tunduk pula bila ia semakin sarat dgn isi dan semakin matang...

kepada semua sahabat2 seagama, saudara2ku di dunia dan diakhirat, marilah kita hidupkan roh Ramadhan sedaya kita, sebagai umat akhir zaman yang penuh dihimpit cabaran.. yakin BOLEH!!

Friday, July 22, 2011

ke Kuantan mencari kedamaian..

ini kisah minggu lepas... dah berhari2 aku cakap ngan shukor, nak pegi Kuantan sbb nak jumpa Adnan dan Asna, dan anak2 mereka.. shukor plak buat tak tahu je.. membara je aku dalam hati jelah... huhuhu... tup2 pagi sabtu tu dia cakap, ha cepat siap2, kata nak gi Kuantan.. selalu camtu tau.. buat aku kelam kabut... taknak kawan!!
tapi sbb dia sudi drive ke kuantan, so aku kawan balik heheheh... kami gerak dlm pukul 11 pagi, selepas brekfast oat mcm biasa, kakngah bekalkan nasik lemak sebungkus, bhgn shukor, shukor jenis tak makan pagi2 sgt, so dia cuma makan biskut kering je... oklah, mari kita ke Kuantan!!

wahahahah... aku dh tertidur seblom masuk MRR2 lagik.. sedor2 je dah sampai Karak.. berenti kat petronas di KM 10, Karak.. wuhuhu.. aku teringat citer movie KARAK yang aku tengok masa kat umah Cail di PD haritu, perghhhh seramnyaaa... tapi mujor lah tghhari a.k.a. siang terang benderang, so aku pun tak takut lahhh... ehheheh... berhenti kat petronas, buang air, beli air, dan siram kereta dgn air sbb kereta berdebu kaler merah... tak comel dh Myvi aku tu.. cian dia..

kami tak ikut hiway, sbb sengaja mahu jimat duit tol.. shukor kan rajin drive jauh2 nih... dan ada 2 eksiden sepanjang perjalanan, memang jadi jem sekejap... siap ada org call lagi dalam radio Sinar, merepot tentang jem tu... kami sampai ke area Maran (ke Gambang?), berhenti kat tempat org jual durian.. phewww... menimbun duriannya... ada yg selonggok rm10, selonggok rm15, dan ada gak yang main timbang... kami decide nak makan kat situ je, so ambik yg selonggok rm15 tu je.. yg rm10 tu stok utk buat tempoyak boleh lah tu... wahhh.. sedap bangat duriannya.. ada macam2 jenis, dan kalau tak elok, dia ganti lak yang lain... best best... sampai ada belen 2 pangsa, kami dh kekenyangan giler...

oklah, mari kita teruskan perjalanan ke Kuantan... ada dalam 30 km lagi nih... kami pun mengejar waktu asar dah nak habis, masih belom solat nih... masuk je Kuantan, shukor terus belok masuk Seri Malaysia, aku pun terus tanya rega, semalam (weekend) kena 170.. wah agak mahal nih... tapi kami dah tak larat nak ronda, dan takut terlepas waktu solat so kami terus je check-in... dapat bilik hujung sekali, level bawah tu je, tak payah naik tangga... alhamdulillah...

kami terus solat dulu, pastu, selepas rehat dan mandi menyegarkan badan, kami keluar nak cari makan.. hajat di hati nak pekena ikan bakar.. so, kami ronda sampai pantai teluk cempedak, org punyelaaa ramai... kami park keta dan jalan ke pantai.. ingatkan ada kedai makan, namun tak jumpa yg jual ikan bakar.. so, kami patah balik ke belakang.... stop kat satu restoran ni, tercangak2 kot ada jual ikan bakar, tapi hampa lagi... sekali aku terus terjah je org yg baru lepas makan kat situ, tanya kat mana ada gerai ikan bakar.. mamat tu nampak brutal, dgn baju takde lengan, body mcm awie, pastu muka mmg garang, tapi baik giler, siap explain detail lagi camne nak pegi.. rupanya banyak ada di tanjung lumpur!!

gopoh2 kami bergerak pegi... memang gembira sangat hati aku tengok punyelaa banyak kedai ikan bakar!! kami selusur gerai yg memula tu, tapi tak berkenan ikan2nya, so makan next kedai... ambik sotong sekor buat goreng tepung, ikan sebelah buat bakar, ketam sekor utk goreng cili, dan puyuh sekor goreng garam kunyit.. marvellous makan sampai terover2 kenyang si shukor!! huhuhuhu...

sbb makan byk sangat, bangun esok pun abang masih rasa kenyang heheheh... tapi tak kira, mesti mau try breakfast kat Seri Malaysia nih.. sbb mahal dh bayo rega bilik kan... hmmm.. ok jugak makanan kat seri malaysia nih... sedap sedap semuanya!! lepas checkout, kami menuju ke pantai teluk cempedak.. janji nak jumpa Nan dgn Asna kol 3.30, so lama lagi nih... kami pun park keta dan pusing2 tengok barang2 org jual, sampai jalan2 kat tepian pantai.. wahhh... rasa mcm damai bangat, tenang je walopon org punyelah ramai tak hengat!!

dalam pukul 3 camtu, kami pun gerak ke tempat dijanjikan... pusing2 kat area tg lumpur tu, kami berhenti solat dulu kat masjid tg lumpur... pastu, jumpa la nan dan angkatan tenteranya... kami makan kat restoran ikan bakar lagi, kali ni, fancy sket lauk2nya sbb ada lala masak cili, sotong goreng tepung, sotong masak pedas, ikan jenahak dan caru, bakar... sedapnyaaa makan ikan.. favourite aku kan!!

lepas makan, kami gerak ke rumah chik nan.. lalu kat rumah chik piah/nida, dan sempat pulak tu call depa di NZ, sekadar nak confirmkan rumah yang mana satu!! hehehheh... selepas tu, kami gi gerai org jual durian, beli durian lak 4 bijik... sampai rumah Nan, masak pulak kuah durian dan pulut... nak makan pengat durian lah pulak.. perghhh... keje melantak jek ko yea... habis diet ko june!!

hahahah... senang hati... lepas solat bagai, kami gerak dari rumah Nan, jam dah pukul 9.40 malam... mata pun dh ngantuk..abang drive ikut jalan lama je.. memang sunyi takde org.. huhuhu... aku separuh jalan je dh tertidur... sedo2 je dh sampai umah kakngah di bangi pukul 1.30 pagi.. wah laju jugak ekk abang aku drive nih... aduioyaiii ngantok nyeee... jom lah tido jom!!!

oh ya, lupa nak citer... tentang sorang kawan aku nih.. kawan sama2 sekolah rendah, kawan sekampung... kalau masa kecik2 dulu, memang kami rapat sangat, dan sering bersaing untuk dapat markah tertinggi dalam apa subjek pun... namanya Hanom... kalau korang ingat, aku pernah ceritakan tentang Hanom dalam entri aku di sini dan sini... Hanom kini menetap di Kuantan.. jadi, malam smasa tunggu ikan bakar siap dibakar tu, aku pun gempurlah adik aku, utk dapatkan nombor Hanom dari adik hanom, yang merupakan kawan dia (aku dan hanom sebaya, adikku dan adik hanom pun sebaya).. dipendekkan citer, dapatlah aku nombor si Hanom.. dgn semangatnya aku teponlah dia.. Hanom masa tu ada di area Kuantan lah, jalan2 dlm keta dgn anak2nya (husband dia outstation ke Lipis).. tapi takde pun dia sound excited dpt call aku... shukor kata, kalau exciter, mestilah ajak dtg ke rumah ke, atau ajak makan lunch ke apeke... namun takde... so hanom janji nak jumpa lah esok, dia nak dtg seri malaysia je.. ok lah... namun, esoknya, aku punyelah tunggu kot2 dia nak call, hampa... bile kami dh checkout, aku pun call lah dia, tanya nak jumpa tak.. katanya dia takleh nak kuor, risaukan anak dia tak balik rumah lagi sbb keluar dgn cikgu dan balik sendiri.. katanya, nanti kita jumpalah, raya ke, raya haji ke... tapi bila aku tanya, dh berapa lama ko tak balik kg nih Nom... katanya, anak dia yg kecik tu, tak penah balik ke kg, budak tu dh umur 7 tahun dh... punyelah lama dia tak balik.. kalah org duduk luor negara... tensen aku... geram sbb kawan aku jadi camnih... kesian makbapak dia... sedih tengok muke depa... dhle ayah dia memang org kuat kalau ada majlis2 kahwin adik2aku... hmmm... sedih!! sampai sudah aku tak jumpa Hanom.. :(

Saturday, July 16, 2011

Macam2 kisah kehidupan..!

Sahabat aku yang sama2 tinggal di PR (putra ria), baru sahaja melahirkan anak ke3.. kali ni dapat anak lelaki setelah dua orang perempuan. gembira bangat parent dia.. nama anaknya, Muhamad Haziq. Aku dan shukor masih tak berkesempatan nak melawat si kecil Haziq - ada sahaja aralnya - , insyaAllah, dalam sehari dua ni kami akan pegi. lagipun, Leha (mak si Haziq) berpantang di sini aje sementelah kakak Haziq (Nasuha) sudah bersekolah. Jadi tak dapat lah Leha berpantang di kg sepertimana ketika Nasuha dan Zulaika dulu.. Nasuha ni adalah anak penghuni PR yang pertama lahir di PR.. maklumlah, kami semua menghuni PR tu dalam tahun 2003, sebaik shj aku berkahwin, aku dan shukor terus duduk di situ.. ketika itu Leha tgh sarat mengandung.. skrg nih, dah berapa ramai anak kecil sekeliling rumah kami tu.. huhuhu... semuanya produktif, maklumlah, semua pun pasangan muda2 macam aku jugak.. (tiba2 perasan muda hehehe)

Minggu depan mak aku di kg akan mengadakan kenduri menyambut puasa.. ini tradisi masyarakat kg yang biasa dibuat org, di mana2 pun.. kami adik beradik akan pakat beramai2 pulang ke kg untuk sama2 pula menyambutnya dengan mak dan abah, dan membantu dr pelbaai segi - kewangan, tenaga, logistik - macam2 lah.. menu masih dlm pebincangan, tapi aku bercadang nak buat gulai lemak pucuk paku, ayam goreng berempah, ikan gelama jeruk, anatara menu nya jika kenduri waktu malam. Jika siang, kena tukar menu lain, dan jika minum petang aje, aku bercadang nak masak gado-dago iaitu rojak style perak..(ala2 pasembor penang).. tengoklah camna... biasa nanti, dalam bulan puasa, ada pulak booking tarikh utk moreh. Selalunya, arwah bapa saudaraku Pak Lang, awal2 dh tempah 1 hari moreh, namun tahun ini pastinya berbeza tanpa beliau...

OH ya, kalau korang diberi pilihan, nak rumah setingkat ke 2 tingkat, yang mana korang akan pilih? anggaplah, dua2 pun sama harga, dan lokasi pun sama2 strategik, cuma yg bezakan hanyalah 1 tingkat atau 2 tingkat? Sebenarnya, aku dan suami dalam proses nak mencari rumah atas tanah. Rumahku sebelum ni, di aprtmt PR tu, dah kusewakan pada orang lain. Proses mencari rumah nih bukanlah mudah, kami merayau dari satu tempat ke satu tempat mencari rumah2 lelong,rumah utk dijual dsbnya. Hari2 aku mengadap mudah.com.my untuk mendapatkan harga terbaik. tapi, pilihan aku adalah rumah setingkat! sebenonya aku ada sikit fobia dgn rumah 2 tingkat, gara2 terlalu byk tengok citer hantu kot mcm kes hantu merangkak turun tangga, pastu ada bunyi2 kat tingkat bwh.. ya ampun (ikut cakap Bejau).. tapi one thing for sure i can say, rumah skrg memang terlalu amat mahal harganya!! melampau!!

Selepas 8 tahun kami berkahwin, keluarga shukor akhirnya akan mengadakan sekali lagi kenduri kahwin.. alhamdulillah, adik iparku yang paling bongsu, Idris, telahpun bertunang dgn pilihan hatinya (kawan dari darjah 1 tuuu), pada 10 Julai yang lalu.. nama tunangnya Zulyana (sedap kan?), tapi panggil yana je.. majlis kahwin akan diadakan tahun depan, maknanya jarak 9 tahun la ye tak.. kami dulu jarak 10 tahun dr akak shukor.. wah... jauh2 jarak kenduri nih, bila nak habis nih?? Utk pengetahuan, Idris melangkah bendul 1 abang dan 2 kakak, tapi ahhh tak kisahle.. jalan je kalau dah sampai saat dan ketika...

Kereta adikku yang kami pinjam sebaik sampai ke Malaysia haritu telah selamat dipulangkan ke tuannya.. 2 hari sudah, aku, shukor dan adik pegi ke PD dalam 2 kereta, balik tu 1 keta aje lah.. sempatlah jugak main2 dengan si kecik Harris, menggomolnya sampai lemas huhahuha...

bercakap tentang budak kecik, kakak shukor yang kami panggil kakngah, tempat kami menumpang tinggal, memang kejenya menjaga budak.. setakat ni, ada 1 baby 7 bulan (harasy), sorang 2 tahun (asraf), 2 orang 3 tahun (aliff dan najlah), dan abang aliff (daniel) yang menumpang pagi, seblom ke sekolah waktu ptg.. ada 2 adik beradik2 lagi yang transit waktu tghhari aje.. so, memang aku seronok sgt le melayan budak2 tu.. sekrg nih, asraf tu dh mahu berkawan dgn aku, kalau dulu, langusng taknak.. asyik tutup muka dgn tgn je.. si aliff dan najlah pelatnya melampaui batas.. aliff ada gak bercakap2 walaupun susah nak paham, tapi najlah cuma cakap "ngak ngak ngak ngak" je... kekekek.. bile dia menangis, bunyi macam "ngenggggg ngenggggggg ngengggggg".. mcm bunyi motor lumba!!! si harash paling sensitif, kalau kita marah budak lain, budak tu tak nangis, tup2 harash yang nangis ehheh... seronok melayan budak2 nih...

hmmm... bersegi2 rupanya hidup aku nih yea...!!

Friday, July 15, 2011

Adik dah selamat bergelar isteri orang..!

*Kisah ini sudah sebulan berlalu, baru sempat aku nukilkan... tapi, beware, entri ini sangat panjang..*

Alhamdulillah seribu kesyukuran kupanjatkan ke hadrat Allah yang maha besar, kerana segala perancangan berlangsung dengan baik sekali. Adikku yang kami panggil ADIK, telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan keluarga yang kemudiannya juga pilihan hatinya. Kisah trajis Adik tentang hidupnya secara ringkas ada aku ceritakan dulu dalam entri yang boleh direfer kat sini :  kisah adik.

Aku dan shukor pulang ke kg dari hari rabu malam lagi. hari khamis tu memang buat persiapan terakhir dan kemas2 rumah yang berselerak. Adik2 aku pun semuanya balik hari khamis. Jumaat pagi, aku, mak dan mira, serta Munei, ke teluk intan untuk membeli lauk2 hidangan pengantin dan kelengkapan lain. shukor pulak dipertanggungjawabkan utk masak sup tulang seperiuk besor! perghhh... caya lah abang!
Majlis start dari akad nikah pada petang Jumaat jam 3 petang.. kami semua gegas2 ke masjid jamek kg jeram mengkuang, tempat yang sama aku dinikahkan hampir 8 tahun dahulu. dengan 2 kali lafaz, adik sah menjadi isteri kepada Hanizam Ali. Kemudian kami gegas2 pulak balik ke rumah untuk jamuan ringkas. Kaum keluarga dijamu dengan bihun sup yang abang masak tu. pergh sedap bangat!

Malam nya pulak ada majlis tahlil yang dikendalikan oleh orang masjid. Aku dan mira masa tu duduk dalam bilik tgh nengok2 cenderamata untuk org tahlil, sekali terperangkap dalam tu sbb org masjid dh sampai. duduklah aku ngan mira dalam bilik tu sampai sudah. mujur jugak kami duduk dlm bilik tu, sbb kami pantau pemberian utk org masjid, rupa2nya kuih wajik yang disedekah org, ada yang dah berkulat! mungkin sbb panas dlam bilik kot, namun alhamdulillah sempat kami selamatkan.
selepas selesai tahlil, org masjid pun dah balik, rupa2nya adik kena pulak majlis berinai. Naiklah dia ke pelamin dengan sepupu kami, si Piput (kaklang) yang akan naik pelamin disember nih. sempat lah kaum keluarga menepung tawar dan merenjis2 ke sana sini buat meriahkan majlis.

malam tu kami tidur lewat menyiapkan bunga pahar, dan mengemaskan barang2 utk masak esok harinya. Dalam pukul 6.30, Mak Jah yang mak harapkan untuk jadi tukang masak, datang ke rumah kami. kecoh2 beliau bagitau nak masak segera sbb ada org meninggal, dan mak jah nih yang akan menguruskan jenazah. segera lah aku bingkas bangun sbb aku kena ambil santan di pekan bidor, mujur dah janji awal2 so takdelah menunggu lama. aku pulak memang seblom subuh tadi dah bangun dan masukkan ayam 2 ekor dalam oven untuk buat ayam golek.
aku ke bidor ngan shukor je,sempat pulak abang ajak breakfast roti canai kat medan mara, minum teh ais, sebelum beli barang2 dan balik. pagi ni, selepas serahkan barang2 kat luor utk org masak2, aku terus segera berperang utk siapkan hidangan makan beradap. menunya ikan siakap stim, ikan kerapu sweet sour, udang panjat nenas, sotong goreng garam kunyit, hati lembu masak kari kering, sayur bak choy masak soy sauce, dan tak lupa ayam golek dgn char siu sauce. tukang hiasnya, aku tangkap muat je, Chik, Mar, dibantu oleh eli dan midah dan anak2 dara yg kecik2 tu.. rumit jugak kan bab2 menghias ni.. aku memang fail ler bab hias nih, aku ambik tender masak je huhuhuhu...

lepas abih siap semua hidangan dihantor keluar, aku terus mandi dan siap2 untuk majlis besonya.. time dh kol 12.. adik beradik aku yg lain semua dh pakai uniform.. pengantin sampai dlm pukul 12.30, terus le depa bersanding kejap, ditepung tawar oleh keluarga belah lelaki, dan terus gi makan.. time nih kecoh sekejap sbb tukang hias2 tadi terlupa nak letakkan sudu garpu kat hidangan, dengan air dan nasik pun tak letak lagi..!! aduhaiiii malunyaaaa.... mujorlah ada org2 yg cepat bertindak menyelamatkan keadaan...

aku keluar minum cendol yg abah charter utk harini, pastu ada pulak aiskrim.. tapi aiskrim nih kena bayo le.. aku pow munei utk belikan aku aiskrim.. mula2 dia belikan aku yg 1 menara je, aku ngengada nak jugak yg menara berkembo.. last2 yg 1 menara aku pass kat shukor.. wahahah.. sedapnya aiskrim org belanja!!

majlis usai dlm lebih kurang jam 3 petang.. pengantin pun dlm 3.30 tu dh tuko t-shirt utk sama2 mengemas khemah dan periuk belanga.. aku baru nak beronggeng umah makngah, bila tiba2 adik aku bagitau, ada kawan aku datang... terkejut aku.. sape lah yg dtg nih... rupa2nya Ejazul, besfren aku masa kat Taayah!! beliau dtg dari Ipoh, khas utk majlis adikku nih, sbb nak jumpa aku.. dtg dgn anaknya 2 org.. ohhh terharu sungguh!! lama jugak kami berborak, mengupdate kisah kuarga masing2, sbb dulu aku mmg rapat ngan famili ijah, selalu lepak umah dia kalau time balik kg, tapi malas nak balik bidor.. lepakle rumah dia.. tak lama lepas tu, Andak sefamili pulak sampai dari Gombak!! Ya Allah terharu sesangat, sbb anak andak si Zahid, masuk hospital, suspected denggi, tu yg dorang tak dpt balik.. namun, alhamdulillah, dapat jugak balik, walaopon agak lewat.. kami semua sangat2 gembira kerana andak melengkapkan keluarga kami..

dalam pukul 6.30 aku dan abang ke bidor lagi utk ambil kek utk acara malam nih.. gado2 yg juga telah ditempah, telah diambil terlebih dahulu oleh icah.. so, kami balik ke rumah ngam2 dah nak maghrib.. lepas maghrib, dalam pukul 8.30 gitu, semua dh berkumpul depan pelamin.. acara dimulakan dgn bacaan doa oleh atok, menggunakan heller yg dibawak oleh De..

macam biasa, soklan bocor yang wajib dijawab oleh pengantin, mcm yang pernah aku ceritakan di sini, kena pulak dijawab oleh pengantin baru nih.. sementara adik terpikat dgn hati ijam, ijam pulak terpikat dgn pipi dan lesung pipit adik!! Wahaha.. tepat sekali jawapan ijam tu, sbb dalam adik beradik, semua tak dapat menyaingi kegebuan pipi adik dan yg specialnya, adik ada lesung pipit di kedua2 belah pipinya.. memang disambut dgn meriahnya oleh keluarga akan jawapan ijam tu! Tentang saat perkenalan pulak, paling kelakar, kata ijam, dia dapat call dari maknya masa tgh keje buat stock check.. ada 5 tingkat stock, dan masa tu dia kat last level, last stock, tup2 bila dapat call tu, terus lupa!! Dah terpaksa kira semula..!! kahkahkah…
lepas tu, acara bukak hadiah dan potong kek… kemudian abah membuat cabutan bertuah yang special method nya.. abah dah siap2 isi dalam 30 sampul surat, duit yang tak sama bilangannya.. paling banyak 20rm, paling sikit 3rm… so, semua ahli keluarga akan cabut 1 nombor… kemudian nombor tu akan di matchkan dgn sampul kat abah, nasiblah dapat nombor berapa pun, sbb tak tentu isi kandungannya.. wahahhaha.. acara ini sungguh meriah dan kelakar sekali!! Yang best, aku dapat rm15, dan shukor dapat rm5.. total kami dapat rm20… andak la yg paling beruntung.. andak dpr rm15, zahida dapat cepuemas rm20, zahid dapat rm3.. tapi last abah bagi saguhati pada family, dapat lagi rm5.. total semua dapat 43rm.. perghhhh… tak sia2 andak balik.. lepas gak duit tol bagai ehhhehe…

lepas semua setel, kami pun bawak berehat… penat sgt badan…

esoknya pulak, kenduri adik di kampong ijam, lebih kurang 10 minit dari rumah kami je, iaitu kampong ayer hitam, jalan langkap. Kami sepatutnya gerak pukul 12, tapi paham2 le dah ramai tu… masing2 terlari sana, terlari sini, dan tunggu sana, tunggu sini, akhirnya, kami gerak dalam pukul 12.45… sampai je kat sana, dah dengar dh bunyi kompang, terus je depa naik pelamin dulu.. kemudian makan beradap.. lepas posing2 bagai, kami pun balik le ke bidor… adik tinggalle kat sana..

selesai sudah majlis adik.. semua org lega teramat sangat..  

Selamat Pengantin Baru ADIK!! Jalanilah kehidupan sebagai isteri dengan tabah dan banyak2 bersabar. InsyaAllah itulah kunci kebahagiaan sebuah rumahtangga, dan jangan tinggalkan solat, sesuai pesanan arwah Opah untuk anak cucunya… aminnn…

Thursday, July 14, 2011

8 is the number!

Alhamdulillah, perjalanan kehidupan rumahtangga kami setakat ini tiada badai besar yang melanda.. diam tak diam, sudah 8 tahun kami menjadi suami isteri pada 6 Julai yang lalu... terlalu singkat masa berjalan, serasakan baru sahaja aku bersanding di pelamin, dihadapan sanak saudara, sambil termalu2 kucing.. tapi bila makan beradap, terus tak malu dah.. (dibuktikan oleh gambar candid, lakiku tgh menyinsing lengan baju time makan.. sungguh kurang sopan bagi raja sehari yg ala2 ayu gitu.. heheheh)

kami pun dah lebih memahami pe'el masing2.. memang percaturan Allah itu sangat cantik.. jodoh yang ditentukannya memang melengkapi kekurangan masing2, sepertimana doa yang tercatat di kad kahwinku yang lalu '... semoga dihimpunkan yang terserak dari kedua2nya...'... Allah maha mendengar dan mengasihi..

kalau diikutkan aku, mmg pemalas kalau bab mengemas rumah, tapi kalau masak2, suka bangat.. bagusnya shukor suka mengemas dan pandai pulak mengemas huhuhu.. tapi ready2lah barang2 yang penting tu baik diselamatkan dahulu, kalau tak, wattammat wakalimaturab le jawabnye heheheh... tapi bab komputer, shukor memang buta IT habis.. hehehe... ntah berapa kali aku ajor dia, dah tua2 ni baru lah dia reti bukak email dan facebook sendiri wahahah.. kalau tak tu aku yang menyamar.. hahahha *gelak jahat*.. akaun bank dia sampai sekarang aku yang handle.. silap2 password dia pun dia tak tahu.. kihkihkih... no IC baru dia pun, sampai skrg dia tak hapal... aku pulak yg kena hapal... camtu punya org pun ada kan?? heheheh... mujur aku suka dengan nombor.. so, tak ngape laa...

bab makan, memang dia tak kisah sgt, tapi tak semua ikan dia makan.. ikan sungai langsung tak sentuh, kecuali dh jadi pekasam, dan pekasam tu digoreng hancur punya, style perak, barulah dia makan.. kalau ikan tu ada rupa ikan, jgn harap le nak sentuh... padahal famili aku mmg favorite ikan sungai.. kalau shukor balik kg, dia akan bertapa kat kolam belakang rumah, tangkap ikan haruan... memang marvellous ikan haruan masak kicap, atau goreng sambal, masak kari, apa2 aje... shukor jd supplier je la.. hehehh... ikan laut pun ikan yang besar2 tu semua dia tak makan.. padahal pegi mancing laut dalam berhari2, sewa bot beribu riban, balik jgn dikenang le tahap legam nya tu... pastu ikan, tak makan...? aku jugak yang kena makan... mujor le aku jenis pemakan ikan yang tegar heheheh.... takde ayam, daging pun takpe, asal ada ikan... yummeh!

tahun ni, kami dalam peringkat terendah dalam hidup kami... rumah pun takde, hidup menumpang rumah kakak shukor di bangi... keje tu memang le ada (aku le).. tapi shukor masih mencari keje... alhamdulillah kereta Myvi dah dapat semula kat kami, so gembira jugaklah sbb keta tu memang kesayangan aku.. warna merah menyala bak cili, suka sangat hati aku dapat balik keta tu.. condition pun intct, bau kedai pun tak hilang lagi...

so, celebration tahun ni, kami sambut sempoi aje.. shukor pun masa tu tinggal kat klang sbb tolong mak dia mengemas rumah untuk kenduri adiknya nak bertunan.. so shukor dtg opis aku, kami keluar gi makan ikan bakar di Sekinchan Ikan Bakar di Jalan Reko kat Kajang... hampeh tak sedap.. namun untuk tak merosakkan mood celebration tu, kami telan saje lah.. dah le mahal berhantu... cukuple sekali tu je la aku makan kat situ.. no more!!

selalu kami bertekak tentang siapa yang nak mati dahulu.. sbb masing2 rasa tak sanggup ditinggalkan dan mengharungi hidup sendirian... selalunya shukor akan cakap, "takde... saya dah book.. saya mati dulu... kalau tak nanti saya gila, ha, camna??" nanti aku akan cakap, "ahhh... takde, takde... saya mati dulu..".. camtu lah takde kesudahan... apa2 pun, percaturan Allah adalah yang sebaik2nya.. semoga bila tiba saat dan ketika (kerana mati itu benar, dan mengingati mati itu digalakkan), ketabahan hati dan keredhaan sesama kita, mampu diraih, insyaAllah!!

anyway, selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke 8 duhai kanda... semoga impian kita menjadi kenyataan, dan kasih sayang antara kita terus mekar dan mengharum.. terima kasih tidak terhingga atas kesudian mengambilku menjadi isterimu, sekaligus mengangkat martabatku sebagai seorang wanita, sudi menerima kelebihanku dengan syukur dan menerima kekuranganku dengan memperbaikinya..

untuk semua itu, tiada hadiah lebih bererti selain taat dan setiaku semoga Allah memelihara hati2 kita sentiasa menyayangi dan merindui sesama kita.. aminn ya rabbal alamin....!